Friday, June 18, 2010

Patung Nabi Isa disambar petir



http://www.voa-islam.com/timthumb.php?src=/photos/mumtaz/Yesus-penampakan-disambar-petir.jpg&h=235&w=355&zc=1
http://www.voa-islam.com/photos/mumtaz/Yesus-terbakar.jpg
Bandar Ohio terletak di Barat Daya, amerika.
Patung  Nabi Isa ini  telah dibina  sejak 2004 di depan Gereja Evangelical Solid Rock .
Petir itu menyambar pada hari Isnin, 14 Jun 2010, pada jam 11.15 malam.
Patung separuh  badan manusia setinggi  19 meter, lebar 12 meter .
Bahagian tubuh patung tersebut  dibina  dari bahan plastik dan bahan fiberglass.

Bekas timbalan menteri mahu Felda disiasat





Pemimpin PKR Dr Tan Kee Kwong (gambar) yang juga timbalan menteri tanah dan pembangunan koperasi sehingga tahun 2004 mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat dakwaan salahurus dalam Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).

Beliau yang hari ini menemani ahli parlimen Klang, Charles Santiago membuat laporan ke SPRM berhubung kemerosotan rizab tunai Felda yang menjunam daripada RM4.08 bilion pada 2004 kepada hanya RM1.35 bilion pada tahun lalu.


Dalam aduannya, Santiago meminta SPRM menyiasat penjelasan yang diberikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan bahawa jumlah rizab tunai Felda susut sebanyak RM2.73 bilion dalam tempoh lima tahun.Ahmad dalam jawapannya di Dewan Rakyat pada 16 Jun berkata, walaupun jumlah rizab berkurangan, nilai aset yang dimiliki oleh Felda tetap meningkat.Ahmad juga berkata, rizab tunai tersebut digunakan untuk program kebajikan peserta rancangan dan juga untuk membina ibu pejabat Felda yang baru.

Sementara itu, Tan yang pernah berkhidmat sebagai timbalan menteri di kementerian yang bertanggungjawab ke atas Felda berkata, bangunan baru berkenaan bertaraf "lima bintang" dan terletak bersebelahan Suruhanjaya Tinggi Republik Singapura.Felda, katanya, telah membayar pendahuluan sebanyak RM230 juta kepada Naza TTDI, pemaju yang bertanggungjawab membina bangunan baru dengan kos RM662 juta.

Beliau juga mendedahkan bahawa wujudnya satu rancangan pada 2006 untuk menggantikan ibu pejabat Felda sedia ada di atas tapak yang sama di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.Rancangan itu akan hanya membabitkan kos pembinaan RM220 juta kerana tanah itu dimiliki Felda sendiri, kata Tan yang berkhidmat di kementerian tanah dan pembangunan koperasi sehingga tahun 2004.

"Perdana Menteri (pada ketika itu) Tun Abdullah Ahmad Badawi juga telah bersetuju untuk merasmikan majlis pecah tanah itu," katanya lagi.Beliau seterusnya mempertikaikan apa perlunya bangunan baru itu dibina dengan kos RM662 juta, sedangkan ia boleh dibina dengan satu pertiga daripada kos berkenaan.

Wartawan RTM yang bongok




Kah kah kah lucu pulak tengok video seorang wartawan RTM yang perasan bagus tapi merepek macam orang bongok, rakan-rakan wartawan yang lain pun tanya elok-elok, tanya sopan-sopan tapi dia pulak lebih-lebih. Konon nak bodek menteri, tapi kena gelak je dengan orang ramai kah kah kah! Stesen Radio TV RTM ni semua orang dah sedia maklum memang lidah putar belit kerajaan UMNGOK Be End. Memang sentiasa akan puji kerajaan BN walaupun BN makan Tahi! Segala kelemahan kerajaan akan ditutup, segala kebaikkan akan diperbesr-besarkan! Biasalah dah nama pun stesen TV kerajaan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini hilang kesabarannya apabila diasak oleh seorang wartawan bagi mendedahkan bukti berhubung dakwaannya yang beberapa ahli parlimen PKR disogok RM2 juta dan juga ditawarkan kontrak supaya berpaling tadah.

Walaupun berulang kali berkata beliau akan mendedahkan perkara itu apabila tiba masanya, wartawan dari RTM itu terus mendesak hingga Anwar mula tidak selesa.

Di
asak wartawan radio stesen kerajaan itu yang hanya dikenali sebagai Tukimin, Anwar sebaliknya berkata, pelbagai pendedahan sebelum ini dibuat oleh Pakatan Rakyat tapi siasatan hanya separuh jalan.

"Saya hendak tanya balik, saya sudah buktikan VK Lingam. Adakah ada tindakan? Saya telah buktikan video VK Lingam dan dibuktikan sah. Mengapakah tiada tindakan?

"Saya sudah buat kenyataan, saya akan keluarkan pada ketikanya," katanya.

Suasana di lobi parlimen itu hangat seketika apabila wartawan RTM itu cuba mengasak Anwar dengan alasan masyarakat luar mahu mengetahui sejauh mana kebenaran dakwaan sogokan berkenaan.

"You tanya Menteri you, mengapa tidak ambil tindakan VK Lingam dulu. Kemudian bila dia jawab, you tanya saya pula. Bila saya hendak keluarkan kerana bila saya hendak keluarkan, you kena tanya kepada menteri you, ada atau tidak hendak ambil tindakan?

Tukimin yang masih berdegil akhirnya dicabar oleh Anwar supaya mengeluarkan kenyataan beliau berhubung beberapa skandal rasuah yang masih belum selesai.

"Ya, saya cabar RTM sekarang keluarkan kenyataan saya... ya berani atau tidak, keluarkan kenyataan saya. Ini wayang mereka...keluarkan PKFZ, apa tindakan? Keluarkan PERWAJA, apa tindakan? Keluarkan skandal Eurocopter, apa tindakan? Scorpene, apa tindakan? Laporan Audit Negara, apa tindakan?"

Anwar sebelum ini dilaporkan sebagai berkata, beliau akan memberi keterangan dan mendedahkan maklumat mengenai orang perantaraan yang menyediakan berjuta- juta ringgit kepada mereka yang melompat parti apabila tiba masanya.

Berikut video yang dimaksudkan sila klik untuk menonton








kekayaan tak menjamin kebahagiaan


:: Sultan Brunei bercerai ?

Gambar fail menunjukkan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah diiringi isteri-isteri baginda, Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (depan kiri) dan Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar Hakim (kanan) bersama kerabat diraja yang lain di Istana Nurul Iman in Bandar Seri Begawan, Brunei. Baginda hari ini secara rasmi menceraikan Azrinaz yang diumumkan oleh Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana, Pengiran Abu Bakar.

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/6/16/mstar_berita/20100616220721&sec=mstar_berita

Sultan Brunei Ceraikan Azrinaz
PETALING JAYA: Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah hari ini menceraikan isteri baginda, Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar Hakim Mazhar dengan talak satu.
Pengumuman khas mengenai perceraian itu diumumkan oleh Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana, Pengiran Alaudin Pengiran Abu Bakar melalui web tv Radio Televisyen Brunei (RTB) di Brunei malam ini.
Pengiran Alaudin turut mengumumkan kesemua pingat dan darjah kebesaran yang pernah dianugerahkan kepada bekas wartawan penyiaran TV3 itu ditarik balik serta-merta.
Pengumuman khas itu boleh diikuti di http://www.rtbnews.rtb.gov.bn/?c=newsDetail&news_id=10094.
Sultan Brunei menikahi Azrinaz pada 20 Ogos 2005 pada satu majlis tertutup di lokasi yang dirahsiakan. Beliau ketika itu berusia 26 tahun sementara baginda berusia 58 tahun.
Hasil perkahwinan tersebut pasangan diraja itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putera Abdul Wakeel pada 1 Jun 2006 dan Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah pada 28 Januari 2008.
..............................................................................................


Sultan Brunei cerai Azrinaz talak satu

Sultan Hassanal Bolkiah bersama permaisurinya, Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (tengah) dan Azrinaz Mazhar Hakim pada majlis perkahwinan Puteri Majeedah Nuurul Bulqiah dan Pengiran Khairul Khalil di Istana Nurul Iman, Brunei pada 10 Jun 2007. Puteri Majeedah ialah anakanda Sultan Hassanal Bolkiah bersama Raja Saleha. – REUTERS


KUALA LUMPUR 16 Jun – Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah hari ini menceraikan isteri baginda, Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar Hakim Mazhar dengan talak satu.
Pengumuman khas itu dibuat oleh Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana, Pengiran Alaudin Pengiran Paduka Abu Bakar menerusi slot berita Radio Televisyen Brunei (RTB) dan turut dimuatkan dalam laman web stesen tersebut.
Dalam kenyataan satu muka surat yang dibacakan itu dan turut diedarkan kepada media Brunei menyebut baginda menceraikan bekas personaliti TV3 itu atas sebab-sebab khas.
“(Ia) dipandu dan ditentukan oleh hukum syarak dalam perkahwinan dan perceraian dan juga menepati maksud ayat suci al Quran surah Al-Baqarah daripada sebahagian ayat 229, iaitu menikahi dengan baik (maaruf) dan melepaskan juga dengan baik (ihsan),” menurut kenyataan itu.
Teks perisytiharan perceraian antara Sultan Hassanal Bolkiah dengan Azrinaz Mazhar Hakim.


Sehubungan itu juga, terasul dan gelaran serta bintang kebesaran dan pingat kehormatan negara Brunei Darussalam yang dikurniakan kepada bekas isteri baginda itu ditarik balik.
Sultan Brunei, 63, diijabkabulkan dengan Azrinaz Mazhar, 31, pada 20 Ogos 2005 dalam satu majlis tertutup di ibu kota.
Hasil perkahwinan pasangan diraja itu dikurniakan dua cahayamata iaitu Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel, 4, dan Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, 2.


.............................................................................................



Sultan Brunei ceraikan Azrinaz talak satu

GAMBAR fail menunjukkan Sultan Hassanal Bolkiah (tiga dari kiri) dengan isteri pertamanya, Raja isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (kiri) dan Azrinaz Mazhar Hakim pada sambutan ulang tahun keputeraan baginda yang ke-60 di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan pada 15 Julai 2006.


BANDAR SERI BEGAWAN - Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah mengumumkan perceraian dengan isterinya dari Malaysia, Azrinaz Mazhar Hakim yang merupakan bekas wartawan penyiaran stesen televisyen TV3 malam semalam di sini.
Sultan Hassanal Bolkiah, 63, yang merupakan salah seorang lelaki terkaya di dunia berkahwin dengan Azrinaz pada 2005.
Azrinaz yang berumur 30 tahun melahirkan dua cahaya mata iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan.
Berita mengenai perceraian itu diumumkan oleh Yang Amat Mulia Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana, Pengiran Haji Alaudin bin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Haji Abu Bakar menerusi pengumuman khas di stesen televisyen Radio Televisyen Brunei pada pukul 8 malam.
Beliau membacakan kata-kata pujian kepada Allah sebelum mengumumkan mengenai berita perceraian itu.
Semasa membuat pengumuman tersebut, beliau lengkap berkot dan bersongkok dan menyampaikan berita yang mengejutkan itu dengan tenang.
"Maka pada petang Rabu tiga haribulan Rejab 1431 Hijrah bersamaan dengan 16 haribulan Jun tahun 2010 Masihi (baginda) telah menjatuhkan talak satu kepada isteri baginda, Duli Yang Teramat Mulia Pangeran Isteri Azrinaz Mazhar binti Hakim Mazhar," katanya.
Beliau turut mengumumkan semua gelaran dan pingat kebesaran yang diberikan kepada bekas isteri Sultan Hassanal Bolkiah telah ditarik balik mulai tarikh perceraian.
Pada pengumuman khas itu, beliau menyatakan perceraian itu dilakukan atas sebab-sebab khas tanpa memberikan butiran lanjut.
Beliau kemudian menjelaskan bahawa perceraian itu dibuat dengan dipandu dan ditentukan dengan hukum syarak dan menepati ayat suci al-Quran, surah al-Baqarah dari sebahagian ayat 229 iaitu menikahi dengan baik dan melepaskan juga dengan baik.
Pengumuman itu dibuat selepas tersebarnya khabar angin mengenai perpisahan mereka di Bandar Seri Bagawan.
Menurut agensi berita AP, ia merupakan perceraian yang kedua buat Sultan Hassanal Bolkiah yang mempunyai anggaran kekayaan sekurang-kurangnya AS$20 bilion (RM65.25 bilion).
Baginda bercerai buat pertama kali dengan seorang bekas pramugari, Mariam Abdul Aziz yang mempunyai darah keturunan Brunei, Jepun dan Scotland pada Februari 2003 selepas 21 tahun mendirikan rumah tangga.
Namun, Sultan Hassanal Bolkiah mengekalkan perkahwinan dengan isteri pertama, Raja Isteri Pangiran Hajah Anak Saleha yang dikahwininya pada 1967.
Putera sulung baginda, Putera Al-Muhtadee Billah Bolkiah kini merupakan Putera Mahkota dan bakal mewarisi tampuk pemerintahan.
Sultan Hassanal Bolkiah mula memerintah pada 5 Oktober 1967 selepas ayahanda baginda turun takhta.
Kekayaan Sultan Hassanal Bolkiah menjadi legenda di kalangan golongan kaya.
Semasa bermain polo dengan pewaris kedua takhta diraja Britain, Putera Charles, kasut baginda untuk bermain polo telah dihantar dengan menggunakan helikopter. - Agensi

.............................................................................................


Sultan of Brunei divorces former TV3 reporter

In this 2008 photo, the Sultan of Brunei Sultan Hassanal Bolkiah Mu'izuddin Waddaulah is accompanied by his wives Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (left) and Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar Hakim.
In this 2008 photo, the Sultan of Brunei Sultan Hassanal Bolkiah Mu'izuddin Waddaulah is accompanied by his wives Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (left) and Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar Hakim

The Sultan of Brunei has announced he is divorcing former TV3 reporter Azrinaz Mazhar Hakim after five years of marriage.
Sultan Hassanal Bolkiah, one of the world's wealthiest men, married Azrinaz in 2005.
Azrinaz gave birth to the sultan's 11th child, a baby boy, less than a year later and a daughter in 2008.
Brunei's palace announced on state television and radio late Wednesday that the sultan has divorced Azrinaz and revoked all her royal titles. No other details were made available. - AP
Published June 16 2010



.................................................................................



Brunei Sultan divorces Azrinaz after five years
BANDAR SERI BEGAWAN: The Sultan of Brunei has divorced his Malaysian wife after five years of marriage.
Sultan Hassanal Bolkiah, one of the world’s wealthiest men, married Azrinaz Mazhar Hakim, a former Malaysian TV news journalist, in 2005.
Azrinaz gave birth to the Sultan’s 11th child, a baby boy, less than a year later and a daughter in 2008.
Brunei’s palace announced on state television and radio late yesterday that the Sultan had divorced Azrinaz and revoked all her royal titles.
No other details were made available, AP reported.
The live broadcast at 8pm yesterday is also available on the Radio Television Brunei website at http://www.rtbnews.rtb.gov.bn/?c=newsDetail&news_id=10094.
The 139-second footage, shows the special announcement made by the Grand Chamberlain, Pengiran Haji Alauddin bin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Haji Abu Bakar.
Pengiran Haji Alauddin said the Sultan announced the first stage divorce (talak satu) upon Azrinaz.
The divorce is based on special reasons.
Azrinaz made headlines five years ago when she married the Sultan in a closed ceremony in Kuala Lumpur attended by family members, relatives and close friends of both bride and groom.
Azrinaz took a diploma course in broadcasting at the Malaysian Institute of Integrative Media (MIIM) or Akademi TV3 in 1997 and started work as an executive journalist with the station two years later.
She won TV3’s Promising Journalist for 2000 award and received an MIIM Alumni Award in 2002.

.......................................................................................


Kelantan Fiesta: UMNO Tetap UMNO... Derhaka Pada Sultan


Semalam di Kota Bharu, Kelantan... tercatat 1 sejarah yang tak mungkin dilupakan oleh mana-mana pihak baik Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri, para pemerhati politik malahan mungkin dunia juga tak ketinggalan.


Majlis Gilang-Gemilang anjuran Parti UMNO yang sekian lama diwar-warkan terhebat di Kelantan bertukar menjadi sejarah pahit buat semua yang menjadi saksi. sebaik sahaja matahari terbenam, selesai solat Maghrib, hujan turun mencurah-curah, angin kencang hampir saja menerbangkan gerai-gerai peniaga ditapak Kelantan Fiesta dan kilat sabung-menyabung.

"Sesungguhnya benarlah Ya Allah... hanya perancangan Engkau sahaja yang berjaya, wamakaru wamakarallah wallahu khairulmakirin - "Mereka merancang, Allah juga merancang, sesungguhnya sebaik-sebaik perancang ialah Allah".

Masalah datang bertimpa-timpa sejak awal, sudahlah dibasahi hujan, penonton yang dijangka akan hadir seramai lebih 15,000 orang tak sampai 10% yang hadir, itupun nasib baik awal-awal dah diangkut pelajar-pelajar sekolah, kalau tidak, mungkin tak sampai 100 orang penonton hadir.

Masalah bekalan elektrik menjadi klimaks bagi acara gilang-gemilang. mungkin ini pertama kali dalam sejarah negara Malaysia sebuah acara gilang-gemilang dirasmikan dengan hanya menggunakan "Loud Hailer" yang biasa pendemonstasi gunakan dijalanan dan majlis penyampaian cenderamata pula berlangsung dalam suasana "romantika"... kelam-kelam dibawah cahaya neon. mujur ada ramai jurufoto, cerahlah sedikit dek lampu "flash"... kalau tidak mungkin hanya cahaya lampu "enpon" atau "lighter' menjadi penyelamat.

Yang ni nak kena ambil sebagai 1 pengajaran buat UMNO dan jugak Pakatan Rakyat. lain kali jangan dok kurang ajar kalau masuk rumah orang lain. cuba belajar hormat tuan rumah walaupun tuan rumah tu dari parti lain. jangan dok ingat korang hebat sangat. kalau rasa hebat sangat, bungkus kain baju, pergi lawan Zionis.

Kurang ajar pertama yang UMNO buat semalam ialah mengeluarkan nama Tengku Mahkota Kelantan sebagai Perasmi Kelantan Fiesta padahal perkara tersebut telah dipersetujui oleh ke 2-2 pihak dan Pemangku Raja juga telah menyatakan persetujuannya untuk hadir dalam 1 surat bertulis yang bertarikh 14hb. Jun, 2010.

Kurang ajar kedua ialah menafikan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat memberikan ucapannya dalam majlis tersebut dan perkara ini juga telah dipersetujui dan ianya adalah antara syarat-syarat penting yang dipersetujui oleh ke 2-2 pihak.

UMNO Derhaka Pada Institusi Raja

Kurang ajar pertama bolehlah disifatkan sebagai "Derhaka" kepada instistusi Raja-Raja Melayu. bila Dato' Seri Ir Nizar mohon "Sembah Derhaka" pada Tuanku Sultan Perak, beruk-beruk UMNO menjerit-jerit dan melompat-lompat dari pokok ke pokok mengkhabarkan bahawa "Nizar Derhaka pada Sultan".

Nak salahkan UMNO memang tak berapa boleh sebab dalam dunia beruk, tak ada sistem beRaja. beruk yang tak ada Raja tak akan faham istilah "Mohon Sembah Derhaka". sebab itu beruk tak perlu maklumkan kepada Pemangku Raja bahawa jadual asal telah diubah untuk memberi laluan kepada Perdana Menteri Beruk merasmikan majlis yang sepatutnya dirasmikan oleh Tuanku Pemangku Raja.

"Memalatkan Perjanjian" yang telah dipersetujui dengan Pemangku Raja tidaklah diklasifikasikan sebagai "Menderhaka kepada Sultan" sebab yang memalatkan perjanjian tersebut ialah UMNO. UMNO ialah Parti Beruk dan Beruk tidak ada Raja. Rajah Brooke bukan Raja Beruk.

Kalau Pakatan Rakyat buat apa yang UMNO buat pada Pemangku Raja Kelantan semalam, dah tentu semboyan "Derhaka" akan dimainkan sampai angin sangkakala bertiup. benar kata Dato' Paduka Haji Husam Musa dalam artikelnya semalam "UMNO tetap UMNO".

Mana pernah UMNO jujur dalam semua hal..? perjanjian bagi UMNO adalah taik palat. boleh diabaikan begitu sahaja bila perlu, bila dah "stim" (maaf agak kasar). ini yang berlaku semalam dan ini jugak yang sering berlaku sejak lama dulu. tak perlu nak ulas panjang sebab tau baik orang UMNO atau bukan UMNO akui kebenaran yang ini.

Perjanjian Royalti Minyak dan Gas antara Kerajaan Negeri Terengganu dengan Petronas (baca KERAjaan Pusat) pernah dipalatkan oleh UMNO pada tahun 2005, tarikh kenaikan harga minyak pernah dipalatkan oleh UMNO pada tahun 2007, kerjasama antara PAS dengan UMNO pernah dipalatkan oleh UMNO pada zaman dato' Asri dulu, Royalti Minyak dan Gas Negeri Kelantan juga telah dipalatkan oleh UMNO sejak beberapa tahun dulu.

Banyak lagi contoh kebangsatan UMNO dalam memalatkan perjanjian. kalau nak disenaraikan, mungkin akan habis dakwat laptop ni.

Itu adalah salah 1 dari sebab kukuh Mursyidul Am PAS sangat-sangat menentang idea "Kerajaan Perpaduan" apabila ianya diilhamkan oleh beberapa Pimpinan PAS selepas PRU-12 dahulu. mereka yang ingat pada sejarah, tidak akan lupa pada sejarah dan tidak akan tergamak untuk mengulangi perkara yang salah buat kali yang seterusnya.

Jangan Ulang Sejarah

14hb. Jun, 2010 lebih kurang jam 2:00 petang, kita kehilangan seorang pejuang Islam yang sejati iaitu Ustaz Hassan Shukri (Al-Fatihah). 14hb. Jun, 2010 sebelah malamnya pulak, aku bergegas ke Taman Melewar untuk hadir majlis pengkebumian Allahyarham.

Sebaik sampai ke Taman Melewar lebih kurang jam 7:00 pagi, orang ramai dah penuh di perkarangan rumah Allahyarham. baca sejarah kehidupan Allahyarham disini. tak hairan kalau ribuan sahabat handai memenuhi perkarangan rumah beliau.

Mursyidul Am PAS turut hadir bersama lain-lain Pimpinan PAS dan juga Pakatan Rakyat. sebaik tiba, TGNA terus dibawa kedalam rumah Allahyarham untuk memberikan penghormatan yang terakhir. baru saja beberapa hari lepas TGNA menyampaikan Anugerah dari Pemuda PAS kepada Allahyarham Ustaz Hassan Shukri ketika Muktamar PAS Kali ke-56 di Kota Bharu.
Selesai memberikan penghormatan yang terakhir buat sahabat baiknya, TGNA terus ke ruang terbuka diluar perkarangan rumah Allahyarham untuk menunaikan solat jenazah bersama lebih 500 hadirin buat Allahyarham. sambil menunggu jenazah dibawa kedepan makmum, TGNA termenung seketika, mungkin terkenang kisah-kisah lama bersama Allahyarham.

Aku yang dari tadi asyik dok perhatikan TGNA sempat mengambil beberapa keping gambar TGNA yang bagi aku menyimpan 1,001 makna tersirat.
Aku tak rasa airmata TGNA tumpah sebab sedih dengan kehilangan teman seperjuangan sebab kita sedia maklum dah ramai sahabat-sahabat seperjuangan TGNA dah pergi dahulu sebelum ni. 9 tahun dulu Ustaz Fadhil Noor juga meninggalkan kita dan selepas Ustaz Fadhil Noor, ramai lagi para pejuang agama Allah meninggalkan kita dan pada aku perkara ni dah lali bagi TGNA.

Aku dapat rasa, airmata TGNA tumpah apabila mengenangkan susah payah beliau bersama rakan-rakan seperjuangan berjuang membawa agama Allah dan PAS sehingga ketahap ini. sehingga ketahap dimana yang bukan Islam dapat menerima sistem pemerintahan yang berpaksikan kepada Al-Qur'an dan Sunnah.

Bukan setahun 2 para syuhada ini berjuang bersama-sama mereka yang masih bersama-sama dengan kita malah bertahun-tahun. mungkin juga TGNA teringatkan sahabat-sahabat yang lari meninggalkan perjuangan kerana lebih berminat dengan syurga dunia.

Ingat Pengorbanan Mereka-Mereka Yang Telah Tiada

Kita-kita yang masih hidup, sihat tubuh badan, sempurna akal fikiran elok renung kembali perjuangan para Pimpinan kita tak kira apa bangsa dan agamanya. yang beragama Islam pasti telah berusaha sebaik mungkin memperjuangkan apa yang diperintahkan dalam Al-Qur'an dan Sunnah.

Yang bukan Islam pula ada antara mereka pernah berkorban untuk membela rakan yang bukan seagama dan juga bukan sebangsa tapi atas dasar "Keadilan" dan "Kemanusian". itu juga yang dianjurkan oleh agama kita.

Elok juga kalau kita ambil iktibar dari 2 peristiwa diatas. peristiwa dalam bahagian atas artikel ini ialah "simbol kemunafikan" dan pada bahagian pertengahan pula membawa kepada "simbol perjuangan" manakala pada bahagian bawah adalah untuk direnung-renungkan.

Pada yang berhasrat untuk meninggalkan medan perjuangan dan bercita-cita untuk bersama dengan Parti UMNO baik secara langsung, tidak langsung, lompat jadi bebas atau Kerajaan Perpaduan dengan UMNO elok fikir balik sedalam-dalamnya.

Berbaloikah usaha korang mengkhianati perjuangan yang bukan sehari 2 diusahakan oleh para syuhada dan veteran-veteran politik Pakatan Rakyat..? berbaloikah memalingkan muka korang dari rakyat kepada diri sendiri..? berbaloikah untuk korang bersahabat dengan UMNO..?

Yang mana masih kekal istiqamah dalam perjuangan yang kita warisi dari mereka-mereka yang telah pergi, jangan sesekali putus asa. ada antara mereka-mereka sebelum kita, berjuang sehingga ke akhir hayat mereka tanpa sempat mereka nikmati labanya didunia padahal kita yang masih mentah, menikmati walau tak banyak, sedikit pasti ada hasil yang baik dari perjuangan mereka-mereka yang telah pergi.

Bersahabat, bersekongkol, berpakat atau apa-apa sahaja perbuatan yang melibatkan UMNO WAJIB dijauhi sebab UMNO tetap UMNO.

Ingatlah pengorbanan mereka-mereka yang terdahulu sebelum kita... jangan khianat, jangan khianat, jangan khianat, jangan khianat dan jangan khianat pada perjuangan.

Seorang Warga Emas Maut Akibat Kemalangan Di KM10 Jalan Gambang Pagi Tadi !!



KUANTAN, 18 Jun [4.20 pm] - Seorang wanita terbunuh selepas kereta yang dipandunya dirempuh sebuah bas dalam satu kemalangan di kilometer 10, Jalan Kuantan-Gambang, di sini pagi tadi. Dalam kejadian pada 9.30 pagi itu, Maimun Abdullah, 64, meninggal dunia di tempat kejadian manakala penumpang kereta itu, Suharto Wiryadi, 53, dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) setelah mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan dada. Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata, ketika kejadian, kereta yang dipandu Maimum dipercayai dalam perjalanan dari arah Kuantan ke Gambang. "Kenderaan berkenaan yang berada di lorong kiri jalan dipercayai masuk ke lorong kanan jalan sebelum dirempuh dari arah belakang oleh sebuah bas yang menuju ke Bahau dari laluan yang sama," katanya. Beliau berkata bas yang membawa 20 penumpang itu kemudian mengheret kereta tersebut sehingga ke pembahagian jalan dan melanggar beberapa batang pokok sebelum kedua-dua kenderaan terbalik di jalan bertentangan. Kesemua penumpang bas berkenaan mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan pesakit luar. Seorang penumpang bas, Saniah Jahari, 46, berkata, beliau melihat kereta itu cuba mengelak pelepah pokok yang terjatuh di atas jalan sebelum memasuki laluan di hadapan bas berkenaan.

[PDO mengucapkan salam takziah kepada keluarga mangsa kemalangan terbabit. Jika benar mangsa mengelak pelepah pokok yang terjatuh di atas jalan, maka ternyata ia sungguh malang sekali. Pihak yang terbabit perlulah mengambil tindakan tegas dalam hal ini. Ke mana perginya pemantauan yang dibuat oleh pihak Majlis Perbandaran Kuantan selama ini. Bukankah mereka mempunyai unit khas untuk menebang pokok dan dahan-dahan yang boleh menganggu lalu lintas. Apa yang berlaku kepada mangsa harus dijadikan tauladan kepada semua pihak. Paling penting, sebelum memasuki lorong bersebelahan sila gunakan cermin sisi untuk melihat sama ada kenderaan lain ada atau tidak dilaluan tersebut].

Kes Enjin Jet: Bapa Dakwa Anak Dipukul Seperti Lembu


Bapa sarjan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) N Tharmendran mendakwa anaknya itu diseksa dan dipaksa mengaku mencuri enjin dua jet pejuang yang dilaporkan hilang ketika dalam tahanan reman.
“Mereka memukulnya seperti seekor lembu,” kata N Nagarajah (kiri), 71, selepas membuat laporan polis berhubung perkara itu di ibupejabat polis di Brickfieds, Kuala Lumpur hari ini.
Nagarajah mendakwa dua pegawai TUDM, yang hanya dikenali sebagai Mejar Azam dan Mejar Ismail membelasah anaknya sepanjang tiga minggu bermula 2 Julai lalu sehingga 17 Julai tahun lalu.
Dia juga mendakwa Mejar Ismail memaksa Tharmendran memakai topi keledar, yang kemudiannya berulang-kali dipukul oleh pegawai berkenaan dengan kayu golf dan bat kriket.
Nagarajah berkata Mejar Ismail juga memberitahu anaknya bahawa semua nama mereka yang disiksanya termasuk Tharmendaran tertulis di topi keledar berkenaan.
Dia seterusnya mendakwa anaknya dibogelkan dan hanya berseluar dalam di sebuah bilik yang berhawa dingin dan tidak dibenarkan tidur kerana sering-kali disoal selepas tengah malam.
“Sepanjang masa berkenaan pangkalan TUDM di Sungai Besi, mereka memaksanya untuk mengaku yang dia mencuri dua enjin jet pejuang F5E berkenaan.
“Mejar Ismail juga mengugut untuk menembak anak saya dan (tertuduh bersama) Rajandran Prasad,” katanya dalam laporannya itu.
Tharmendran didakwa mencuri enjin berkenaan pada Disember 2007 dari pangkalan TUDM Subang dan kini dmasih ditahan kerana gagal membayar RM150,000 sebagai jaminan.
Nagarajah ditemani oleh empat peguam, termasuk N Surendran yang bertindak sebagi peguam utamanya.
Menurut Surendran, Tharmendran memberitahu mereka bahawa dia dipaksa untuk membuat pengakuan bersalah bukan sahaja terhadap tuduhan mencuri enjin jet tetapi juga senarai bahagian jet itu yang hilang.
"Hakikat bahawa dia diseksa untuk membuat pengakuan menunjukkan bahawa dia tidak bersalah,” kata Surendran.
Difahamkan Nagarajah diarahkan sekali lagi ke balai polis di Brickfields bagi memfailkan kenyataannya selang beberapa minit selepas dia membuat laporan.
Malaysiakini



KES ENJIN JET: TERTUDUH DISEKSA SUPAYA MENGAKU CURI ENJIN PESAWAT PEJUANG?

THURSDAY, JUNE 17, 2010


Bapa sarjan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) N Tharmendran mendakwa anaknya itu diseksa dan dipaksa mengaku mencuri enjin dua jet pejuang yang dilaporkan hilang ketika dalam tahanan reman.

“Mereka memukulnya seperti seekor lembu,” kata N Nagarajah (kiri), 71, selepas membuat laporan polis berhubung perkara itu di ibupejabat polis di Brickfieds, Kuala Lumpur hari ini.

Nagarajah mendakwa dua pegawai TUDM, yang hanya dikenali sebagai Mejar Azam dan Mejar Ismail membelasah anaknya sepanjang tiga minggu bermula 2 Julai lalu sehingga 17 Julai tahun lalu.

Dia juga mendakwa Mejar Ismail memaksa Tharmendran memakai topi keledar, yang kemudiannya berulang-kali dipukul oleh pegawai berkenaan dengan kayu golf dan bat kriket.

Nagarajah berkata Mejar Ismail juga 
memberitahu anaknya bahawa semua nama mereka yang disiksanya termasuk Tharmendaran tertulis di topi keledar berkenaan.

Dia seterusnya mendakwa anaknya dibogelkan dan hanya berseluar dalam di sebuah bilik yang berhawa dingin dan tidak dibenarkan tidur kerana sering-kali disoal selepas tengah malam.

“Sepanjang masa berkenaan pangkalan TUDM di Sungai Besi, mereka memaksanya untuk mengaku yang dia mencuri dua enjin jet pejuang F5E berkenaan.

“Mejar Ismail juga mengugut untuuk menembak anak saya dan (tertuduh bersama) Rajandran Prasad,” katanya dalam laporannya itu.

Tharmendran didakwa mencuri enjin berkenaan pada Disember 2007 dari pangkalan TUDM Subang dan kini dmasih ditahan kerana gagal membayar RM150,000 sebagai jaminan.

Nagarajah ditemani oleh empat peguam, termasuk N Surendran yang bertindak sebagi peguam utamanya.

Menurut Surendran, Tharmendran memberitahu mereka bahawa dia dipaksa untuk membuat pengakuan bersalah bukan sahaja terhadap tuduhan mencuri enjin jet tetapi juga senarai bahagian jet itu yang hilang.

"Hakikat bahawa dia diseksa untuk membuat pengakuan menunjukkan bahawa dia tidak bersalah,” kata Surendran.

Difahamkan Nagarajah diarahkan sekali lagi ke balai polis di Brickfields bagi memfailkan kenyataannya selang beberapa minit selepas dia membuat laporan. 

Konsul Amerika minta kerajaan rejim Zionis minta siasatan ke atas insiden seorang rakyat Amerika ditembak di mata



June 18th, 2010 

Jumaat, 18/06/2010 – Semasa pegawai tentera sempadan Israel menembak seorang penunjuk perasaan aman berdekatan tempat pemeriksaan Qalandia pada 1 Jun lepas, ramai saksi yang memaklumkan bahawa tentera rejim Zionis telah melepaskan 3 pemacu gas pemedih mata yang berkelajuan tinggi tepat ke arah seorang penunjuk perasaan warganegara Amerika, Emily Henochowicz, 21. Tembakan itu tepat terkena muka gadis itu dan menyebabkan sebelah matanya buta. Sekarang ini, hanya selepas beribu-ribu desakan dibuat supaya siasatan dilakukan ke atas insiden itu, Konsul AS di Jerusalem pun meminta kerajaan rejim Zionis membuat penjelasan berkaitan insiden itu.
Aktivis-aktivis keamanan Amerika telah menghantar petisyen kepada kerajaan mereka berhubung insiden itu dan memaklumkan bahawa respon yang diterima adalah lemah dan seperti tidak bermakna. Namun, kata mereka lagi, ia adalah lebih baik daripada tiada respon langsung.
Henochowicz, 21 telah berada di Jerusalem sejak 6 minggu lalu bagi mengikuti program pertukaran pelajar di Akademi Seni dan Rekacipta Bezalel. Gadis itu merupakan belajar seni lukis dan berkata bahawa kecederaan pada matanya telah memusnahkan masa depan kerjayanya sebagai seorang pelukis. Bapa Henochowicz berasal dari Israel dan gadis itu mempunyai dua kerakyatan iaitu Israel dan AS.
sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : salwa

“Saya cabar Anwar bersumpah”



KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan oleh Konsensus Bebas sebagai seorang ‘kaki penipu’ kerana mengatakan tidak pernah melihat video seks Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong. 

Ahli Parlimen Bebas dari Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, pada sesi taklimat di Pejabat Ketua Pembangkang itu, beliau melihat dan mendengar Anwar bercakap mengenainya dan akan mengambil tindakan terhadap Elizabeth. 

Menurutnya, beliau sanggup bersumpah dan mencabar Anwar bersamanya membuat sumpah di masjid untuk membuktikan siapa bercakap benar. 

“Saya tinggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana keraguan mengatasi keyakinan, kami bertindak kerana kami tidak mahu beliau (Anwar) bercakap sesuka hati beliau. 

“Dalam kes Eli (Elizabeth), saya hanya memberikan satu contoh pembohongan Anwar, sama juga seperti isu 16 September dahulu dengan menipu wakil-wakil rakyatnya, jadi jika beliau menipu saya tidak terkejut kerana itulah kemahirannya,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen semalam. 

Seorang lagi Ahli Parlimen Bebas dari Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin berkata, beliau turut berada di tingkat 14 ketika Anwar menjelaskan mengenai isu Elizabeth tetapi kemudian membuat penipuan mengatakan tidak pernah melihat video itu. 

“Begitu juga isu Apco. Sebenarnya Apco Worldwide berbeza dengan Apco yang terlibat dengan kepentingan Israel.Di Amerika, standard seperti MSO dan ISO digelar sebagai Apco. 

“Anwar pula membuat tanggapan bahawa itu adalah Apco yang sama sehingga mengelirukan rakyat. Keterangan selebihnya akan saya bentangkan di Parlimen minggu depan,” katanya. 

Selain itu, Zulkifli turut menolak tuduhan Anwar bahawa setiap ahli parlimen PR yang melompat keluar menerima ganjaran daripada UMNO-Barisan Nasional (BN). 

“Dalam kes saya, saya dipecat oleh Anwar. Adakah masuk akal setelah saya dipecat UMNO akan membayar saya? Yang lebih masuk akal adalah UMNO membayar Anwar untuk memecat saya, itu lebih logik,” katanya. 

Seorang lagi Ahli Parlimen Bebas dari Wangsa Maju, Wee Choo Keong berkata, Anwar seorang yang ‘cakap tak serupa bikin’ kerana sering membuat tuduhan dan mengugut akan mendedahkan bukti tetapi akhirnya beliau akan cuba mengubah ke isu lain.

Peniaga trauma akibat ditembak rambang polis saman KPN



RAUB – Seorang peniaga berasal dari Kampung Berchang, Lipis menfailkan saman di Mahkamah Sesyen Raub terhadap Ketua Polis Negara (KPN) kerana insiden tembakan rambang seorang anggota polis pada 1 Oktober 2008 menyebabkannya trauma sehingga kini. 

Plaintif pertama, Hasbullah Ludin, 40, antara yang menjadi sasaran tembakan rambang anggota polis mengakibatkan kereta Proton Wira yang dipandunya mengalami kerosakan termasuk pecah cermin belakang dan tayar belakang. 

Plaintif kedua, Muttacohiri Ludin, 38, adik Hasbullah adalah pemilik keereta itu turut menuntut ganti rugi. 

Peguamcara plaintif, Mohd Fadzli Mohd Ramli dari Tetuan Mohd Fadzli & Co berkata, plaintif menamakan KPN sebagai defendan yang bertanggungjawab terhadap tindakan anggota polis yang bertugas di negara ini. 

Menurutnya, plaintif menuntut ganti rugi khas iaitu kos membaiki kenderaan dan laporan polis sebanyak RM1,464. 

“Kami juga menuntut ganti rugi am, ganti rugi tauladan, ganti rugi melampau, kos dan lain-lain yang difikirkan sesuai berdasarkan taksiran mahkamah. 

“Tuntutan ini untuk mendapatkan pembelaan wajar dengan kejadian yang hampir meragut nyawanya,” katanya. 

Mohd Fadzli berkata, anak guamnya menunggu hampir dua tahun untuk mendapat penjelasan dan tindakan dikenakan terhadap anggota polis terbabit. 

Menurutnya, namun sepanjang tempoh itu plaintif tidak menerima maklum balas daripada polis walaupun membuat laporan sebaik insiden itu berlaku. 

“Sepatutnya amaran diberi terlebih dulu sebelum melepaskan tembakan, tambahan pula plaintif hanya seorang peniaga yang tidak mempunyai rekod jenayah. 

“Plaintif juga tidak menerima permohonan maaf daripada PDRM yang memberi kesan dalam kehidupannya,” katanya. 

Pada 1 Oktober 2008 kira-kira jam 7.30 pagi, plaintif memandu kereta adiknya dari Padang Tengku ke Berchang, Lipis. 

Ketika melalui Kampung Selindang, seorang anggota polis yang berada di bahu jalan melepaskan tembakan melulu tanpa sebarang amaran dan sebab yang sah.

Mahkamah tolak usaha Anwar dapat laporan perubatan dan sampel spesimen

KUALA LUMPUR: Pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini gagal mendapatkan laporan perubatan dan sampel spesimen yang disediakan tiga doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang memeriksa Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menolak permohonan Anwar bagi mendapatkan dokumen itu dan memutuskan bahawa tidak ada peruntukan dan asas undang-undang bagi membekalkan dokumen-dokumen itu kepada pihak pembelaan.
Mohamad Zabidin membuat keputusan itu selepas mendengar penghujahan dari peguam Anwar, Karpal Singh dan Peguam Cara Negara 11, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, yang mengetuai pasukan pendakwaan.

Pihak pembelaan memerlukan pelbagai dokumen dan bahan untuk diteliti pakar forensik Australia Prof Madya David Lawrence Noel Wells, yang telah diambil sebagai pemerhati oleh pasukan Anwar, sebelum pemeriksaan balas ke atas saksi kedua, pakar bedah Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr Mohd Razali Ibrahim.

Dalam permohonannya, Anwar meminta semua nota klinikal dan laporan perubatan, bahan, spesimen, e-mel, nota bertulis tangan, surat-menyurat, catatan dan pemerhatian oleh ketiga-tiga doktor yang telah memeriksa Mohd Saiful pada 28 Jun, 2008, dua hari selepas Mohd Saiful mendakwa dia diliwat oleh Anwar.

Dr Mohd Razali memeriksa bekas pembantu Anwar dengan pakar rawatan kecemasan Dr Khairul Nizam Hassan dan pakar patologi forensik Dr Siew Sheue Feng.

Anwar turut memohon sejarah lengkap pemeriksaan perubatan ke atas Mohd Saiful yang dijalankan di HKL, proforma serangan seksual standard dan kit serangan seksual yang digunakan oleh hospital dan kelayakan serta pengalaman ketiga-tiga doktor berkenaan. Mahkamah menetapkan 14 Julai untuk menyambung perbicaraan.

Anwar, 63, yang juga Anggota Parlimen Permatang Pauh, didakwa meliwat Mohd Saiful, 25, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008. Terdahulu, Karpal berhujah bahawa mahkamah tidak sepatutnya terlepas pandang mengenai keperluan bagi memastikan anak guamnya diberikan satu perbicaraan yang adil berdasarkan perintah Mahkamah Persekutuan pada 29 Januari.

Mahkamah Persekutuan, ketika menolak permohonan Anwar bagi pendakwaan untuk membekalkan pelbagai dokumen termasuk laporan perubatan dan sampel specimen, memutuskan bahawa pembelaan boleh memohon untuk mendapatkan dokumen-dokumen itu semasa perbicaraan.

Beliau berkata pembelaan memerlukan dokumen-dokumen itu kerana tugas pakarnya ialah untuk menasihatkan pasukan pembelaan yang telah terjejas tanpa dokumen-dokumen itu.

Karpal berkata, pakar itu menjelaskan bahawa adalah penting dan mempunyai kaitan untuk melihat semua dokumen itu untuk sebarang nasihat yang bermakna bagi pasukan pembelaan.



Mohamed Yusof menjawab bahawa dalam sesebuah perbicaraan, keterangan terbaik ialah keterangan lisan dan jika pembelaan perlu memeriksa dokumen-dokumen itu, mereka perlu bertanya doktor semasa pemeriksaan balas.

Beliau juga berkata pemohon (Anwar) telah gagal menunjukkan peruntukan undang-undang bagi menyokong permohonannya.-Bernama

Masalah air Kampung Macang dijangka berakhir



KUANTAN 17 Jun - Penduduk di Kampung Machang, Panching di sini boleh menarik nafas lega apabila masalah kesukaran mendapatkan bekalan air paip yang dihadapi sejak 50 tahun lalu berakhir tidak lama lagi.
Ketika memberi jaminan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panching, Mohd. Zaili Besar berkata, pihaknya memang menyedari masalah yang dihadapi lapan keluarga yang menetap di kampung itu berikutan permohonan yang dibuat selama ini masih belum diluluskan.
''Pada 29 April lalu saya telah mengemukakan permohonan mendapatkan peruntukan khas sebanyak RM95,000 kepada Pejabat Pembangunan negeri bagi kerja-kerja pemasangan paip ke rumah penduduk dan ia masih dalam pertimbangan untuk diluluskan.
''Sementara itu, Jabatan Bekalan Air (JBA) juga telah pergi ke kampung tersebut hari ini dan mendapati masalah utama yang menyebabkan penduduk tidak dapat menikmati bekalan air ialah jarak antara rumah dan paip utama agak jauh iaitu kira-kira 1.4 kilometer.
''Tambahan pula, kerja-kerja pemasangan paip terpaksa melalui kawasan kebun getah milik persendirian," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas laporan Utusan Malaysia semalam mengenai keluhan penduduk Kampung Machang yang terpaksa menggunakan air Sungai Panching sebagai bekalan utama untuk melakukan kerja-kerja harian terutama membasuh pakaian, memasak dan mandi sejak 50 tahun lalu.
Lebih membimbangkan, paras air sungai yang dalam dan deras amat berbahaya kepada penduduk terutama ketika musim hujan.
Menurut Mohd. Zaili, pihaknya telah memohon kebenaran daripada pemilik kebun getah terbabit dan mereka telah bersetuju membenarkan tanah masing-masing digunakan bagi pemasangan paip.
''Oleh itu, saya akan berusaha bagi memastikan penduduk di kampung berkenaan menikmati bekalan air paip dalam masa terdekat ini," jelasnya.

10 tahun terpaksa bergelumang dengan bau sisa ayam dan hanyir





kira-kira 100 penghuni Taman Sri Sulong terpaksa menghidu bau busuk akibat sisa ayam yang diproses dibuang dan mengalir ke dalam longkang besar di hadapan rumah mereka di Batu Pahat, Johor, semalam.


BATU PAHAT 17 Jun - Busuk dan meloyakan!
Itulah yang dialami kira-kira 100 penduduk Taman Sri Sulong dekat sini sejak 10 tahun lalu kerana terpaksa menghidu bau busuk dipercayai berpunca dari pusat penyembelihan dan memproses ayam berhampiran.
Penduduk mendakwa pusat berkenaan terlalu hampir iaitu kira-kira 30 meter sahaja dari kediaman mereka.
Utusan Malaysia dimaklumkan, ahli jawatankuasa penduduk taman berkenaan telah membuat aduan dan merayu supaya pihak berkuasa tempatan (PBT) memindahkan pusat terbabit ke kawasan lain kerana menimbul bau busuk setiap hari.
Seorang penduduk, Norliza Shukor, 32, yang baru dua bulan tinggal di rumah yang baru dibelinya berkata, setiap hari mereka sekeluarga menghidu bau busuk yang datang dari pusat penyembelihan dan memproses ayam yang terletak bertentangan rumahnya.
"Tetapi sejak kilang itu memindahkan tempat menyembelih, bau busuk itu kurang sedikit tetapi orang yang dekat dengan tempat penyembelihan pula menjadi mangsa," katanya
Katanya, bau busuk itu tetap 'datang' kerana air untuk memproses ayam dibuang dan mengalir ke dalam longkang besar di hadapan rumah penduduk di situ.
Seorang peniaga kedai runcit yang hanya mahu dikenali sebagai Heng mengakui masalah itu telah berlarutan terlalu lama dan penduduk sering kali mengadu kepada PBT namun hingga kini tiada sebarang tindakan diambil.
"Kami sudah tidak boleh buat apa-apa, masalah ini tidak selesai hingga kini terpaksalah hidu bau busuk setiap hari," katanya.
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati kedudukan pusat itu terlalu hampir dengan kawasan perumahan dan sisa buangan disalurkan terus ke longkang besar.