Wednesday, September 1, 2010

KELUARGA MOHD SATAR BIN HJ MOHAMED@MAT TUYU: Kejamnya Manusia....

KELUARGA MOHD SATAR BIN HJ MOHAMED@MAT TUYU: Kejamnya Manusia....

‘Ganyang Malaysia’ merebak



KUMPULAN dikenali  Lumbung Informasi Rakyat  mengadakan demonstrasi   di luar Kedutaan Malaysia di Jakarta, semalam.
KUMPULAN dikenali Lumbung Informasi Rakyat mengadakan demonstrasi di luar Kedutaan Malaysia di Jakarta, semalam.
JAKARTA: Gerakan ‘Ganyang Malaysia’ merebak ke Kalimantan Barat apabila rumah seorang jurutera Malaysia di sebuah ladang sawit di daerah Ketapang dilempar batu besar, Ahad lalu, manakala dua kumpulan baru menyertai tunjuk perasaan di hadapan Kedutaan Malaysia di sini, semalam. Kumpulan yang digelar Lumbung Informasi Rakyat (LIRA) dan Gerakan Rakyat Anti Malaysia (GERAM) turut memulakan kempen memboikot produk Malaysia dengan memasukkan anak tikus ke dalam plastik mengandungi anak patung siri kartun popular, Upin dan Ipin.
Kira-kira 50 penunjuk perasaan berbaju merah putih sebelum itu berkumpul di depan bangunan pejabat Menara Rajawali yang menempatkan pejabat Petronas dan melaung-laungkan perkataan Ganyang Malaysia sambil menaikkan sepanduk anti-Malaysia.
Kumpulan itu kemudian berjalan dan menunggang motosikal ke pejabat Kedutaan Malaysia pada jam 2.30 petang dan mengadakan tunjuk perasaan secara aman. Bagaimanapun, tiada kekacauan atau kejadian membaling najis seperti yang berlaku dalam tunjuk perasaan Kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat Malaysia (BENDERA), baru-baru ini.
Kira-kira 170 pegawai dan anggota Polis Indonesia turut membuat kawalan ketat di luar pintu masuk Pejabat Kedutaan Malaysia sejak jam 10 pagi.
Ketua penunjuk perasaan, Jojo Priosi yang menggunakan pembesar suara mengutuk Kerajaan Malaysia yang didakwa menghina kedaulatan dan rakyat Indonesia, gagal menangani dengan baik isu Tenaga Kerja Indonesia dan melakukan muslihat dalam isu sempadan.
Beliau juga mendakwa tindakan pejabat Kedutaan Malaysia menggaji rakyat Indonesia bekerja dan memanggil Polis Indonesia berkawal di luar pagar kedutaan sebagai menghina rakyat Indonesia.
Jurucakap GERAM yang mahu dikenali sebagai Sheila pula berkata, kumpulan itu mendesak Kerajaan Indonesia menjadikan Malaysia wilayah ke-34 republik itu jika Kuala Lumpur terus menunjukkan sikap tidak menghormati Indonesia.
Malah, katanya, GERAM akan melancarkan kempen memboikot produk Malaysia dan berhenti melawat Malaysia.
Sementara itu, Duta Malaysia di Indonesia, Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan, berkata rakyat Malaysia tidak perlu bimbang dengan keselamatan keluarga mereka di negara ini.
Katanya, Kerajaan Indonesia menerusi Kementerian Luarnya dan Polis Indonesia memberi jaminan untuk menjaga keselamatan rakyat Malaysia sama ada yang bekerja, melancong atau belajar di negara ini.
Kita dimaklumkan oleh pemerintah Indonesia yang mereka tidak berkompromi dalam soal keselamatan rakyat dan harta benda Malaysia di sini.
Kita harap waris rakyat kita di Malaysia tidak bimbang dengan perkembangan yang berlaku ketika ini kerana tunjuk perasaan di sini dilakukan kumpulan kecil yang diupah pihak tertentu untuk mengeruhkan hubungan kedua-dua negara, katanya.
Bagaimanapun, beliau menasihatkan rakyat Malaysia di Indonesia supaya berhati-hati dan tidak mengunjungi tempat awam yang dikenal pasti berpotensi menjadi sasaran penunjuk perasaan.
Menurut laporan Bernama pula, kejadian mengusir atau sweeping rakyat Malaysia turut berlaku di di daerah Ketapang, Kalimantan Barat.
Dalam kejadian 2 petang Ahad lalu, sekumpulan lima lelaki memakai pelekat di baju dengan tulisan Ganyang Malaysia membaling seketul batu besar ke arah seorang jurutera Malaysia yang ketika itu membuka pintu untuk meninjau keadaan selepas mendengar bunyi bising di luar rumahnya.
Sumber : Bharian.com.my

Warga AS masuk surau marah jemaah tadarus


MATARAM: Seorang ekspatriat warga Amerika Syarikat yang tinggal di Lombok selama 15 tahun hilang sabar dengan amalan bacaan ayat-ayat suci al-Quran apabila menyerbu satu sesi tadarus lewat malam dengan memakai kasut masuk ke surau, mencabut mikrofon dan didakwa memukul seorang jemaah.
Polis dan saksi berkata, dia bertuah kerana terselamat selepas jemaah yang berang mengejarnya dan menggeledah rumahnya.
Luke Gregory Lloyd, 64, terlepas daripada dibelasah namun ditahan polis kerana disyaki mempersenda agama dan melanggar syarat visa, kata timbalan ketua polis Lombok Tengah, Lalu Mahsun kelmarin.
Lelaki ini jelas menaikkan kemarahan penduduk kampung Kuta di Pujut, Lombok Tengah, kata Mahsun.
Pada malam 22 Ogos lalu, dia menyerbu ke dalam surau dan memaki hamun penduduk kampung yang sedang melakukan tadarus, amalan bacaan al-Quran sehingga lewat malam selepas selesai solat Tarawih.
Dia masuk dengan memakai kasut dan kemudian mencabut mikrofon digunakan jemaah untuk membaca al-Quran, kata Mahsun.
Kami percaya dia memukul salah seorang jemaah kerana menurutnya, mereka mengganggunya tidur.
Mahsun berkata, pejabat agama tempatan perlu memutuskan sama ada Lloyd mempersendakan agama, yang dianggap satu pelanggaran.
Mahsun berkata, visa Lloyd tamat tempoh April 2006. Mereka enggan mengatakan mengapa dia ditahan di hotel berbanding sel polis.
Lloyd memiliki sejarah mengganggu solat, kata Mahsun, namun ini adalah tindakan paling melampau, lapor Jakarta Globe.
Sumber : Bharian.com.my

Universiti Malang tolak pelajar dari Malaysia




Universitas Muhammadiyah Malang (UMM)
Universitas Muhammadiyah Malang (UMM)

Fakulti kedoktoran dan farmasi tak terima pelajar asing
MALANG: Universitas Muhammadiyah Malang (UMM), menolak calon mahasiswa dari Malaysia atas semangat nasionalisme mereka terutama untuk fakulti kedoktoran dan farmasi.
Penolakan itu tidak ada kena mengena dengan panasnya hubungan di antara Malaysia dan Indonesia. Penolakan ini sudah dilaksanakan sejak fakulti kedoktoran dan farmasi ditubuhkan kira-kira 10 tahun lalu, kata Rektor UMM, Dr Muhajir Effendi di sini, semalam.
Menurutnya, penolakan mahasiswa Malaysia yang mahu memasuki fakulti berkenaan juga membabitkan mahasiswa asing negara Asia lain termasuk India.
Beliau mengakui, penolakan terhadap mahasiswa asing yang ingin mengikuti kuliah di fakulti kedoktoran universiti ini semata-mata kerana semangat nasionalisme.
Katanya, ia berpunca daripada faktor sama selain dasar institusi pengajian tinggi tertentu di Malaysia yang turut menolak mahasiswa Indonesia mengikuti pengajian dalam bidang sama.
Muhajir juga menegur beberapa institusi pengajian tinggi di Indonesia terutama di sini yang tetap menerima mahasiswa asing memasuki fakulti berkenaan.
Katanya, beliau tidak faham mengapa institusi terbabit tidak mengutamakan mahasiswa tempatan sedangkan di Indonesia sendiri masih kekurangan pegawai perubatan dan farmasi.
Jika untuk fakulti lain, mahasiswa asing amat dialu-alukan. Di UMM juga ramai mahasiswa asing, namun untuk dua fakulti (kedoktoran dan farmasi) wajib mahasiswa tempatan, mahasiswa asing termasuk Malaysia tidak berhak menggunakan kemudahan mahal dan canggih di dua fakulti terbabit, katanya.
Muhajir mendakwa, penerimaan mahasiswa asing di beberapa institusi pengajian tinggi di dua fakulti terbabit kerana ia berkaitan standard antarabangsa yang diluluskan perjanjian kawasan perdagangan bebas (AFTA).
Walaupun calon mahasiswa asing di dua fakulti berkenaan tidak putus-putus ingin memasuki pengajian di UMM dan berani membayar lebih tinggi berbanding mahasiswa tempatan, Insya Allah, UMM akan tetap menjaga komitmen untuk tidak menerima pelajar asing di dua fakultinya yang menelan perbelanjaan tinggi itu, katanya.
Kuota mahasiswa Fakulti Kedoktoran di UMM rata-rata hanya 170 orang setahun dan 150 di fakulti farmasi Jumlah mahasiswa asing di UMM mencapai ratusan pelajar dan 20 daripadanya berasal dari Malaysia yang mengambil jurusan lain selain perubatan dan farmasi. Agensi
Sumber : Bharian.com.my

KISAH LIM GUAN ENG


usinkata;..Ramai yg taw dan ramai juga yg xtaw..laa aku nk bgtaw ..sapa2 nak taw bole baca...xmau taw bole abaikan..huhuhuhu..ini bukan cerita yg mengghairahkan huhuhu..xbest pon..huhuhu


Kenyataan Sabri bin Mohamed Yasin Bagi Pihak Ibunya Pendek binti Ahmad, Nenek Kepada Noryati Binti Mohamad Yusop, Mangsa Rogol Yang Terlibat Dengan Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik Di Hotel Belmount, Melaka Pada 3hb November 1999 .

"Saya tidak faham mengapa cucu saya hanya menyatakan sekarang tidak mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim bila dia telah mengakui selama 5 tahun kebelakangan ini sejak 1994 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim, termasuk membuat keterangan bersumpah di mahkamah di depan tuan hakim."

"Cucu saya,telah membuat satu kenyataan pada 2hb November 1999 menafikan keterangan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 29hb Oktober 1999 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik pada tahun 1994."

"Saya amat terkejut dengan kenyataan cucu saya ini kerana sepanjang 5 tahun ini, cucu saya telah mengakui mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim semasa cucu saya masih berumur 15 tahun. Cucu saya juga memberitahu ahli keluarga dan saya bahawa Tan Sri Rahim merupakan orang lelaki pertama yang melakukan hubungan sulit dengannya."

"Oleh kerana cucu terlibat dengan Tan Sri Rahim, dia ditahan oleh pihak polis pada akhir bulan Ogos 1994 sehingga saya sebagai nenek yang membesarkannya tidak dapat berjumpa dengannya. Saya hairan mengapa pihak polis dan kerajaan BN boleh membenarkan seorang mangsa rogol ditahan sedangkan mereka yang merogolnya bebas tanpa dipenjarakan. Ini boleh dilihat selepas 14 lelaki, kecuali Tan Sri Rahim, mengakui merogol gadis bawah umur di mahkamah tetapi tidak dipenjarakan sebaliknya dibebaskan. Akibat peristiwa hitam itu, cucu saya telah melahirkan seorang anak perempuan pada 1995."
"Oleh kerana tidak dapat menjumpai cucu saya, saya telah meminta bantuan daripada Ahli Parlimen

Lim Guan Eng semasa ditangkap
Kawasan Kota Melaka YB Lim Guan Eng yang berjaya memaksa pihak polis membenarkan saya melawat cucu saya. Saya amat kesal dan sedih bahawa YB Lim dalam usaha membantu mendapat keadilan untuk cucu saya telahpun dipenjarakan di Penjara Kajang pada 25hb Ogos 1998 dan kehilangan statusnya sebagai Ahli Parlimen."
Lim dipenjara

"Dalam kes mahkamah Lim Guan Eng yang mulai pada 20hb Jun 1995, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Mok Siew Hoong menyatakan bahawa cucu saya telah mengakui mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim. Pada 27hb Februari 1997, cucu saya pula memberikan keterangan sebagai seorang saksi kepada hakim Mahkamah Tinggi dalam kes YB Lim Guan Eng bahawa Tan Sri Rahim mempunyai hubungan sulit dengannya."

"Selepas itu cucu saya, semasa berjumpa dengan saya, masih mengakui bahawa Tan Sri Rahim ada hubungan sulit dengannya. Malah, cucu saya telah membuat satu ucapan di depan kami di Hotel Federal, Kuala Lumpur pada 27hb Januari 1999 menyokong YB Lim Guan Eng yang dipenjarakan seperti berikut:-"

"Saya merasa sungguh kesal atas apa yang telah berlaku di masa lampau, dan merasa sungguh sedih sekali kerana YB Lim Guan Eng kini telah dipenjarakan. Apa yang beliau cuba lakukan hanyalah untuk membantu saya. Tetapi beliau sendiri pula menjadi mangsa. Semua ini sungguh tidak adil. Saya berdoa semoga keadilan akan dikembalikan kepada YB. Malam ini, saya telah membawa dua surat rayuan, satu kepada Yang Di Pertuan Agong dan satu lagi kepada Yang Di Pertua Negeri Melaka, meminta supaya YB Lim Guan Eng diampunkan dan dibebaskan segera supaya meneruskan tanggungjawab sebagai seorang Ahli Parlimen sejati Malaysia. Saya meminta supaya YB Lim Kit Siang selaku Ketua Pembangkang Parlimen boleh membantu sampaikan surat-surat rayuan saya ini kepada kedua-dua pihak itu."

"Saya tidak faham mengapa cucu saya hanya menyatakan sekarang tidak mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim bila dia telah mengakui selama 5 tahun kebelakangan ini sejak 1994 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim, termasuk membuat keterangan bersumpah di mahkamah di depan tuan hakim."

"Saya berasa hampa, malu dan marah atas kejadian rogol yang menimpa cucu saya. Tetapi saya berasa lebih hampa, malu dan marah bila cucu saya boleh membelakangkan kebenaran dan keadilan dengan melupai jasa baik YB Lim sehingga bersedia bohong dengan menafikan dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim. Nyata sekali, ini adalah satu lagi konspirasi kerajaan BN menutup kebenaran demi kepentingan politik."

"Saya masih mengingati cucu saya begitu tersiksa semasa ditahan di Pusat Pemulihan Rembau sehingga cuba melarikan diri banyak kali. Dia memberikan keterangan di mahkamah bahawa dia berjaya melarikan diri daripada tahanan sekali sebelum ditangkap balik. Jelas, kasih sayang keluarga kami kepadanya tidak dibalas."

"Apa yang dilakukan oleh cucu saya adalah tidak adil kepada YB Lim Guan Eng yang telah kehilangan begitu banyak, termasuk dipenjarakan kerana cuba mempertahankan hak cucu saya ini. Saya tidak boleh lupa betapa susah anak-anak dan isterinya yang sering menangis merindui bapa mereka semasa dipenjara. Oleh itu, saya ingin meminta maaf kepada YB Lim atas apa yang cucu saya telah lakukan."

"Saya juga berhasrat memberikan jaminan kepada YB Lim bahawa keluarga kami sentiasa mengenang pengorbanan beliau dan mengingati kesediaan beliau menanggung segala penderitaan dan kerugian kewangan demi membantu sebuah keluarga Melayu miskin yang dianiayai oleh kezaliman kerajaan BN. Kami tidak akan lupai YB Lim adalah satu-satunya orang yang bersedia menegakkan keadilan untuk kami bila tidak ada seorang pun yang berani tolong sama kami."

"Semoga Allah S.A.W. boleh memaafkan cucu saya."

Pendek binti Ahmad
Sabri bin Mohamad Yasin
RAKYAT MARHAEN: LIM GUAN ENG : Sebelum Internet Lahir Di Malaysia

Mahmud Abbas, Ehud adakan mesyuarat rahsia



BAITULMAQDIS - Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dan Menteri Pertahanan Isra:el, Ehud Barak dilaporkan mengadakan mesyuarat rahsia di Amman sebelum rundingan damai bermula di Washington pada Khamis ini. 

Mahmoud Abbas dan Ehud bertemu di rumahnya di ibu negara itu, kelmarin, di mana beliau turut mengadakan pertemuan bersama Raja Abdullah II. 

Raja Abdullah dan Presiden Mesir, Hosni Mubarak akan menyertai mesyuarat sulung mereka di antara Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Abbas di Washington, hari ini. 

Benjamin dan Abbas akan memulakan rundingan damai pertama di antara dua negara itu sejak Palestin membatalkan rundingan pada 2008, selepas Israel melancarkan serangan terhadap Genting Gaza.

Cara remaja rai merdeka ditegur



GEORGETOWN - Sambutan menyambut detik 12 malam sempena meraikan Hari Kemerdekaan negara yang ke 53 di sini dicemari dengan pelbagai aksi liar remaja yang membimbangkan. 

Tinjauan Sinar Harian di beberapa kawasan tumpuan sekitar negeri ini mendapati golongan remaja tanpa segan silu duduk berdua-duaan di pesisiran pantai Queensbay dan persiaran Gurney. 

Walaupun umat Islam masih lagi berada dalam bulan Ramadan, terdapat juga remaja perempuan yang memperagakan pakaian menyolok mata selain ada beberapa kumpulan yang tanpa segan silu menunggang arak beramai-ramai. 

Sinar Harian juga berkesempatan menyertai Operasi Kasih Sayang Remaja Malam Merdeka anjuran Urusetia Menangani Gejala Sosial (Unggas) Pulau Pinang yang bertujuan membendung gejala sosial dalam kalangan remaja. 

Operasi yang bermula pada jam 12 tengah malam itu menghimpunkan 400 ahli sukarela dari 12 badan bukan kerajaan (NGO) dan pelajar institusi pengajian tinggi yang prihatin terhadap masalah sosial remaja terutama kegiatan maksiat. 

Pengerusi Unggas, Mohd Nizam Mahshar berkata, dalam operasi semalam, pihaknya menyasarkan dua lokasi utama iaitu sekitar kawasan pantai Queensbay dan Pantai Bersih, Bagan Ajam yang dijadikan ‘port’ remaja melepak sementara menunggu detik jam 12 malam. 

Menurutnya, dalam operasi yang dilakukan sehingga jam 4 pagi semalam, lebih 5,000 remaja ditemui berpelesiran di sekitar kawasan Queensbay dan Pantai Bersih serta mendapati lebih 100 pasangan yang bukan muhrim duduk berduaan sambil melakukan perbuatan yang tidak senonoh. 

“Kita mendapati keramaian seperti ini terutamanya pada malam merdeka, malam tahun baru dan sambutan hari kekasih mengundang pelbagai kegiatan sosial yang serius. 

“Kita mengambil pendekatan turun padang ke port-port sosial dan memberi nasihat serta kaunseling kepada mereka agar dapat mengelakkan mereka daripada melakukan perbuatan maksiat kerana pada masa kini gejala tersebut semakin berleluasa termasuk pembuangan bayi,” katanya pada sidang media, semalam. 

Nizam berkata, dalam operasi yang diadakan semalam, mereka juga mengedarkan 10,000 risalah mengenai bahayanya perbuatan maksiat serta kesannya terhadap kehidupan seharian remaja. 

“Kita edarkan risalah ini di beberapa tempat seperti bazar Ramadan, masjid dan beberapa lagi kawasan tumpuan. Dalam risalah berkenaan menceritakan mengenai masalah yang mungkin berlaku sekiranya anak-anak tidak pulang pada waktu malam. 

“Kita berharap dengan pendekatan melalui risalah ini, ibu bapa akan lebih prihatin dan sentiasa memantau pergerakan anak-anak mereka,” katanya. 

Sementara itu, dalam operasi semalam, Nizam berkata, pihaknya telah mendekati lebih 500 kes yang melibatkan remaja semasa meraikan sambutan malam kemerdekaan. 

Menurutnya, dalam operasi yang dilakukan mendapati remaja tanpa berasa takut melakukan kesalahan jenayah seperti merempit, pengambilan bahan terlarang seperti dadah dan gam. 

Selain itu, ada remaja yang didapati meraikan merdeka dengan meminum minuman keras. 

Nizam berkata, selepas pemantauan dan nasihat diberikan, pihaknya mengenal pasti lebih 50 orang remaja bermasalah kritikal dan membawa mereka untuk diberikan khidmat kaunseling oleh lapan kaunselor yang diundang khas dalam operasi tersebut.

Malaysia belum cadang keluarkan nasihat larangan ke Indonesia: Najib



PUTRAJAYA - Kerajaan belum bercadang mengeluarkan nasihat larangan melawat Indonesia walaupun berlaku insiden terbaru dalam gerakan anti-Malaysia apabila kediaman seorang jurutera Malaysia di Kalimantan dilontar batu pada minggu lepas.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau perlu berbincang dengan Wisma Putra sebelum nasihat larangan lawatan itu dikeluarkan kerana ia merupakan satu perkara yang serius yang melibatkan kepentingan kedua-dua negara.

"Kita ada banyak kepentingan...kerajaan, perniagaan dan hubungan persahabatan dengan Indonesia.

"Jadi kita perlu pertimbangkan dengan sebaik-baiknya. Pada peringkat ini, kita tidak akan keluarkan nasihat ini kecuali jika keadaan menjadi lebih buruk," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini selepas menerima buku mengandungi ucapan selamat Hari Kemerdekaan daripada pelajar-pelajar Sekolah Bukit Damansara, yang turut ditandaatangani oleh pelajar dari tiga sekolah di
Singapura.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran.

UMNO Rantau Panjang akhiri 'perang saudara'


UMNO Rantau Panjang akhiri 'perang saudara'

RANTAU PANJANG 31 Ogos - Kemelut 'perang saudara' selama dua tahun UMNO bahagian Rantau Panjang berakhir hari ini apabila pihak kepimpinan dan bekas pemimpin bahagian itu bersetuju untuk berdamai demi perpaduan parti.
Pengumuman perdamaian itu dibuat oleh ketiga-tiga pihak iaitu Ketua UMNO bahagian Rantau Panjang, Datuk Abdullah Mat Yassin dan bekas ketua bahagian, Datuk Mohamad Zain Ismail serta bekas Bendahari UMNO bahagian itu, Ghazali Ismail.
Majlis itu berlangsung dalam satu pertemuan dengan anggota jawatankuasa bahagian, penyokong mereka dan disaksikan Bendahari Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Hanapi Mamat di Pusat Kegiatan Kemas Rantau Panjang, Lubok Jong di sini.
Dalam ucapannya, Mohamad Zain berkata, kemelut yang berlarutan sekian lama itu berjaya diselesaikan dengan beberapa perkara yang dibincangkan mendapat tolak ansur daripada kedua-dua pihak.
Perpecahan berlaku di bahagian itu sejak 2008 menyebabkan wujud dua puak iaitu pimpinan Abdullah dan Mohamad Zain.
Berikutan itu, Majlis Tertinggi UMNO memutuskan pada 22 Julai lepas agar Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed menyelesaikan masalah itu. - BERNAMA

Tak boleh cakap agama kalau politik


Jangan guna hujah agama berpolitik

KUALA LUMPUR 31 Ogos - Para pemimpin Islam sepatutnya tidak menggunakan hujah-hujah yang berasaskan agama untuk tujuan politik.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata, peringatan daripada Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah perlu dijadikan iktibar kepada semua pemimpin Islam untuk kepentingan ummah.
''Kenyataan baginda sangat tepat kerana apabila berhujah, seseorang pemimpin itu perlu memastikan bahawa hujah tersebut berasaskan fakta dan untuk kepentingan umum.
''Justeru, saya menyeru kepada semua pemimpin Islam di negara ini supaya bersatu serta mengutamakan kepentingan ummah dan bukannya kepentingan parti politik masing-masing,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Raja Dr. Nazrin Shah semalam menzahirkan kebimbangan terhadap umat Islam di negara ini yang disifatkannya dalam suasana kritikal, bagaikan tenggelam punca.
Titah baginda, keadaan itu berlaku disebabkan pemimpin memilih untuk bertelagah serta bersaing bagi mendapatkan pengaruh sehingga tergamak melakukan perkara mencemarkan agama serta menjatuhkan maruah ummah.
Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan memberitahu, titah baginda itu perlu diberi perhatian oleh semua pihak terutamanya pemimpin-pemimpin parti pembangkang.
Katanya, politik mestilah berasaskan prinsip iaitu untuk mendaulatkan agama, membela bangsa dan membina negara.
''Justeru, jika ada tindakan yang melanggar prinsip, maka, seharusnya ia dijauhkan,'' katanya lagi.
Dalam pada itu, Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar pula menyifatkan, titah Raja Muda Perak itu kena pada masanya.
''Saya berpendapat semua pihak termasuk Raja-Raja Melayu perlu memainkan peranan masing-masing terutamanya dalam menyebarkan syiar Islam kepada yang bukan Islam.
''Dalam hal ini, 'neraca agama' perlu digunakan sebagai jalan penyelesaian kepada setiap masalah yang timbul,'' katanya.
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mustafa Kamil Ayub pula berpendapat, kebimbangan Raja Muda Perak itu berasas dan setiap pemimpin perlu berhati-hati ketika berhujah dan mengeluarkan kenyataan kerana ia akan memberi kesan buruk kepada umat Islam itu sendiri.
''Kita perlukan pemimpin yang menjiwai agama serta telus dan bukannya melampau,'' kata beliau.
habis

Pas bohong rakyat mahu laksana undang-undang Islam jika perintah negara ini



PASIR MAS 31 Ogos - Pas telah membohongi rakyat bahawa mereka akan menubuhkan sebuah negara Islam sekiranya berjaya memerintah negara ini bersama dengan sekutunya dalam pakatan pembangkang.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, ia jelas kerana kesemua pemimpin pembangkang telah menandatangani perjanjian bahawa mereka akan terus berpegang teguh kepada perlembagaan negara sekiranya berjaya mengambil alih Putrajaya.
Beliau berkata, perjanjian tersebut adalah berbeza dengan ceramah-ceramah yang dijalankan oleh pemimpin parti berkenaan di kampung-kampung yang menyatakan Pas berpegang teguh kepada dasarnya untuk menubuhkan sebuah negara Islam dengan melaksanakan hudud.
"Saya bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim bahawa Pas tidak akan dapat melaksanakan hudud kerana parti itu tidak akan dapat memerintah negara ini.
"Kalau mereka sendiri tidak dapat tubuh kerajaan dan hanya mengharapkan bantuan daripada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), impian ini tidak akan menjadi kenyataan kerana DAP secara terang-terangan menolak hudud serta negara Islam," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita kepada Majlis Makan Colek Perdana dan Sambutan Diambang Kemerdekaan di Tendong di sini hari ini.
Beliau mengulas pendedahan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin bahawa pakatan pembangkang tidak pernah merancang untuk melaksanakan undang-undang Islam termasuk hudud jika ditakdirkan berjaya memerintah negara ini.
Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, Pas tidak lagi meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan berdasarkan beberapa tindakannya hari ini yang berjuang hanya untuk kepentingan politik semata-mata.
"Pemimpin Pas terutama Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan mempertahankan segala tindakan yang dibuat oleh DAP dan PKR," katanya