Showing posts with label mercun. Show all posts
Showing posts with label mercun. Show all posts

Friday, August 26, 2011

Rampas mercun



SEREMBAN - Pihak polis berjaya merampas 53 kotak mercun pelbagai jenis dalam serbuan Ops Kesan dan Tangkap di sebuah rumah di Taman Nyior Hijau dekat sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, nilai rampasan dianggarkan antara RM40,000 sehingga RM50,000.

“Pihak polis menjalankan operasi ini, hasil maklumat orang ramai di bazar Ramadan Ampangan, kira-kira jam 1 pagi.

“Dalam serbuan berkenaan, seorang wanita berumur 39 tahun dipercayai pembekal kepada penjual mercun dan bunga api di sekitar bazar terbabit ditahan,” katanya pada siang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, semalam.

Menurutnya, susulan tangkapan wanita terbabit, pihak polis berjaya menemui mercun yang belum dijual disimpan dalam sebuah bilik di rumahnya di Taman Nyior Hijau.

Kata Saiful Azly, seorang lelaki berumur 29 tahun dipercayai adik kepada wanita berkenaan berada di rumah itu ketika serbuan.

“Kedua-dua suspek ini dipercayai pengedar utama mercun di sekitar bandar ini dan mereka disyaki beroperasi dengan mengambil tempahan pada waktu malam dan menghantar bekalan keesokannya.

“Mereka ditahan reman mulai hari ini (semalam) sehingga 28 Ogos untuk membantu siasatan di bawah Akta Bahan Letupan 1957,” katanya.

Thursday, August 11, 2011

Mercun dalam bakul buah


KUALA PERLIS - Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) Kuala Perlis berjaya menemui pelbagai jenis mercun dan bunga api yang ditinggalkan dalam empat bakul buah di pesisir pantai berhampiran belukar di Kurung Tengar, di sini kira-kira jam 3.35 awal pagi semalam.

Komander UPP negeri, Superintendan Zakaria Abdul Rahman berkata, bertindak atas maklumat awam, sepasukan anggota risik UPP Kuala Perlis telah membuat serbuan di pesisir pantai Kurung Tengar awal pagi semalam.

Anggota selepas menjumpai satu longgokan yang terdiri dari beberapa bungkus mercun dan bunga api yang diseludup dari negara jiran melalui jalan laut ditinggalkan di pesisir pantai bertindak membuat risikan bagi memerangkap pemilik bahan letupan itu.

Bagaimanapun, selepas seketika menunggu, pemilik mercun itu tidak kelihatan dan UPP membawa kesemua barang rampasan itu ke pengkalan UPP di Kuala Perlis.

“Kita percaya, mercun dan bunga api ini ditinggalkan di situ untuk diambil pihak tertentu untuk dijual di pasaran tempatan menjelang musim perayaan tidak lama lagi,” katanya.

Anggaran rampasan kesemua mercun dan bunga api terbabit ialah RM4,000.

Beliau berkata, rampasan itu merupakan rampasan keempat sepanjang bulan Ogos.-SH

Dua lagi mangsa mercun di Kelantan



KETUA Jururawat, Rohayati Safee (kiri) menemani Syahir Saifullah (baring) dan Ahmad Zakiyuddin yang cedera akibat bermain mercun di HRPZ II, Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU - Kes kecederaan akibat letupan mercun di Kelantan seolah-olah tiada penghujungnya apabila dua lagi kanak-kanak lelaki nyaris putus jari.
Kali ini melibatkan kanak-kanak berusia dua dan tiga tahun dalam dua kejadian di Rantau Panjang dan Kok Lanas.
Dalam kes pertama, Syahir Saifullah Jefri, 3, dari Kampung Telaga Emas, Rantau Panjang hampir putus jari tengah tangan kirinya selepas mercun bola yang dipasangnya meletup di tangan.
Bagaimanapun, jari mangsa berjaya disambungkan semula selepas menjalani pembedahan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) semalam.
Ibu mangsa, Wati Ismail, 31, berkata, kejadian berlaku pada pukul 1.30 tengah hari kelmarin ketika anaknya sedang bermain bunga api bersama abangnya, Anuar yang berumur enam tahun di depan pintu rumah.
Katanya, berdasarkan cerita Anuar, adiknya masuk ke dalam rumah untuk mencari sesuatu sebelum terjumpa sebiji mercun bola milik abang sulungnya, Shahmi Faiq, 10, yang disimpan di dalam laci meja di bilik.
"Sebaik sahaja jumpa, Syahir Saifullah terus menyalakan sumbunya dan terus meletup tanpa sempat dia membuangnya.
"Ketika kejadian, saya sedang menjahit baju raya anak sebelum terkejut dengar bunyi letupan dari arah pintu rumah," katanya ketika ditemui di Wad Anggerik HRPZ II di sini semalam.-kosmo

Wednesday, August 10, 2011

UPP rampas mercun dan bunga api di pinggir Pantai Kurong Tengar, Kuala Perlis



KANGAR: Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) merampas pelbagai jenis mercun dan bunga api di pinggir pantai Kurong Tengar, Kuala Perlis dekat sini, hari ini. 

Komander UPP Perlis, DSP Zakaria Abdul Rahman, berkata rampasan dilakukan oleh pasukan UPP kawasan Kuala Perlis jam 3.35 pagi setelah membuat intipan selama satu jam di kawasan belukar pinggir pantai itu.
Katanya, UPP bertindak melakukan rampasan setelah tiada individu yang datang mengambil mercun dan bunga api itu selepas intipan dilakukan. Bagaimanapun, tiada sebarang tangkapan dibuat.
Zakaria berkata, hasil pemeriksaan mendapati sebanyak 13 jenis mercun dan bunga api yang dipercayai di seludup dari negara jiran melalui jalan laut untuk dijual di pasaran tempatan bersempena sambutan Aidilfitri tidak lama lagi. 

Nilai rampasan dianggarkan RM4,000 dan hasil rampasan itu akan diserah kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. 

Katanya, rampasan mercun dan bunga api itu adalah yang keempat dilakukan UPP sepanjang bulan Ramadan membabitkan nilai keseluruhan rampasan kira-kira RM6,000. - BERNAMA -bharian

Kanak-kanak 4 tahun hilang jari hantu akibat mercun

KOTA BHARU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun, hilang satu jari hantu tangan kirinya dan melecur di tangan apabila mercun bola yang dicucuhnya meletup di dalam tangan dalam kejadian di Kampung Telaga Mas, Rantau Panjang, semalam. Syahir Saifullah Jefri merupakan mangsa keenam yang cedera akibat mercun bola di negeri ini bulan ini. Ibu mangsa, Wati Ismail, 31, berkata kejadian berlaku kira-kira 1.30 tengah hari semalam ketika mangsa, anak bongsu daripada empat beradik itu sedang bermain bunga api bersama salah seorang abangnya. Beberapa minit selepas Boy bermain bunga api, dia masuk ke rumah dan mengambil mercun bola yang disimpan abang sulungnya, Syahmi Faiq, 10, di dalam laci di ruang tamu dan membawanya keluar. Anwar cuba menegah adiknya supaya tidak mencucuh bunga api itu tetapi Boy tidak mengendahkan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini, hari ini. Beliau berkata, mangsa kemudian meletakkan bunga api yang masih menyala di atas meja lalu mengambil mercun bola dan mencucuhnya dengan bunga api, menyebabkan mercun itu meletup sebelum sempat dilemparkan. Saya yang terdengar letupan dan jeritan Boy segera keluar sebelum melihat Boy menangis sambil memegang tangan kirinya yang dipenuhi darah lalu membawa dia ke Klinik Desa Rantau Panjang," katanya. Wati berkata, anaknya yang hilang satu jari serta melecur di kedua-dua tangan kanan dan kiri itu kemudian dihantar ke Hospital Lati, Pasir Mas untuk rawatan lanjut sebelum dipindahkan ke HRPZ II berikutan kecederaan serius. Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam HRPZ II, Zaid Ahmad berkata Syahir Saifullah merupakan mangsa keenam akibat mercun bola di negeri ini dengan kes pertama berlaku pada 1 Ogos lalu membabitkan seorang remaja berusia 20 tahun, namun dalam kes itu remaja berkenaan hanya cedera ringan. - BERNAMA -bharian

Saturday, August 6, 2011

Nik Aziz arah cetak gambar mangsa mercun


KOTA BHARU 5 Ogos - Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) mengulang cetak gambar mangsa mercun yang disiarkan akhbar untuk disebarkan kepada rakyat di seluruh negeri ini.
Beliau berkata, ia sebagai pengajaran kepada orang ramai terutama golongan muda supaya tidak mengulangi kesilapan yang sama dilakukan oleh rakan-rakan sebaya mereka sebelum ini.
"Ibu bapa tolong nasihat anak- anak, waktu dapat duit jangan beli mercun. Anak-anak kita terletak atas kita kalau kita pesan selalu, insya-Allah.
"Saya minta gambar-gambar yang ada di surat khabar dicetak semula, kemudian letak di kampung-kampung biar orang rasa gerun dan takut untuk main mercun lagi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai seorang remaja, Nasrudin Mohd. Nazli, 19, yang kehilangan tiga jari angkara mercun bola dalam kejadian di Kampung Dewan Beta dekat sini malam semalam.
Nik Abdul Aziz turut meminta golongan peniaga supaya berhenti daripada menjual mercun kerana ia membawa keburukan kepada orang ramai.
"Tiap-tiap tahun ada cerita budak kemalangan kerana mercun. Mercun bukan budaya orang Islam, orang berniaga semata-mata hendak duit sampai rela anak-anak kita cacat.
"Polis sudah kawal molek tetapi orang berniaga macam-macam tidak kira halal dan haram, dia seludup jual juga sehingga mengancam nyawa orang lain," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya akan melaksanakan arahan tersebut bermula esok untuk memastikan keselamatan rakyat di negeri ini.
"Seperti arahan Menteri Besar, kita akan mula mencetak dan mengedarkan gambar-gambar itu bermula esok," katanya.utusan

Tuesday, August 2, 2011

Lelaki buta akibat mercun di perlawanan bola M'sia-S'pura


MASIH DIRAWAT: Encik Ahmad Jazimin, ditemani ibunya, Cik Surakiah Mamat, ketika ditemui di hospital, kelmarin. -- Foto HARIAN METROPETALING JAYA: Seorang peniaga yang bertandang ke Stadium Nasional, Bukit Jalil, Khamis lalu, untuk memberi sokongan kepada skuad Harimau Malaya ketika perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Singapura, buta mata kanan akibat terkena serpihan mercun dilempar penonton.Mangsa, Encik Ahmad Jazimin Jalaluddin, 29 tahun, yang mengusahakan perniagaan mencetak kad kahwin di Bangi, pecah bola mata kanannya dan dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini, sejak malam Khamis lalu.Akibat kejadian itu, mangsa juga tidak dapat menemani isterinya, Nur Hardyawati Ismail, 28 tahun, yang dimasukkan ke wad bersalin hospital sama, pagi kelmarin, bagi menimang cahaya mata pertama mereka.Encik Ahmad Jazimin berkata kejadian berlaku pada 8.40 malam, sejurus selepas Lagu Kebangsaan, Negaraku, dimainkan apabila beliau, yang duduk di tempat duduk terbuka bertentangan tempat kenamaan, mendengar bunyi letupan sebelum mata kanannya terasa pedih.'Saya kemudian merasakan sesuatu keluar daripada kelopak mata kanan dan apabila dipegang, saya melihat darah pada tangan selain lendir berwarna putih sebelum dipapah keluar stadium oleh dua rakan.'Dalam keadaan kesakitan, dua rakan memapah saya keluar dari stadium di celah-celah orang ramai sebelum ternampak sebuah ambulans di pekarangan stadium dan saya dibawa ke PPUM untuk rawatan,' katanya.Encik Ahmad Jazimin menjalani pembedahan hampir lima jam mulai 4 pagi, Jumaat lalu, namun doktor mengesahkan mata kanannya tidak dapat diselamatkan.Difahamkan, beliau masih diberikan rawatan rapi bagi mengelak jangkitan kuman yang boleh menyebabkan saraf matanya rosak.Bagaimanapun, Encik Ahmad Jazimin tetap bersemangat dan tidak serik ke stadium untuk menyaksikan perlawanan skuad kebangsaan selepas ini, tetapi berharap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan pengurusan stadium mengambil langkah pencegahan lebih ketat bagi mengelak kejadian menimpanya berulang.'Saya sedih memikirkan nasib keluarga kerana punca pendapatan bergantung kepada perniagaan yang saya jalankan.'Malah, saya terkilan kerana tidak dapat menemani isteri yang akan melahirkan cahaya mata pertama kami pada bila-bila masa,' katanya.Rakannya, Encik Mohd Azhari Ariffin, 29 tahun, berkata beliau kesal kerana aspek keselamatan tidak dititikberatkan pada perlawanan itu. -- BHM.
http://cyberita.asia1.com.sg

Wednesday, August 25, 2010

Rumah saksi dibaling mercun




2010/08/25

BUTTERWORTH: Rumah seorang saksi yang baru-baru ini membuat laporan polis berhubung penggunaan nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam doa khutbah kedua solat Jumaat, Suid Saad di Padang Menora, Tasek Gelugor dibaling dengan mercun, dipercayai untuk menakutkannya. 

Suid yang juga pesara Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (PPC), berkata kejadian jam 1.45 pagi kelmarin ketika beliau sekeluarga sedang tidur.Katanya, mereka terdengar bunyi letupan kuat dan anak perempuannya, Nurhafilah Akmar, bergegas keluar untuk meninjau keadaan, tetapi gagal melihat individu disyaki.Pagi semalam (kelmarin) kami menemui serpihan mercun di depan pintu, selain bendera sebuah parti politik di kebun saya. 

Mereka mungkin hendak menakutkan saya berhubung laporan khutbah sebut nama Guan Eng, katanya di sini, semalam.