Showing posts with label salah laku. Show all posts
Showing posts with label salah laku. Show all posts

Friday, November 23, 2012

Aduan salah laku PDRM paling tinggi



Kajang: Polis Diraja Malaysia (PDRM) direkodkan sebagai agensi penguatkuasaan kerajaan yang diadukan melakukan salah laku tertinggi oleh Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC).

Statistik aduan salah laku direkod EAIC bagi tempoh April 2011 hingga 16 November 2012 menunjukkan dari jumlah keseluruhan 330 aduan yang diterima, sebanyak 237 aduan membabitkan PDRM masing-masing 17 aduan pada tahun lalu dan 220 untuk tahun ini.

Pengerusi EAIC, Datuk Heliliah Mohd Yusof, berkata antara aduan salah laku membabitkan PDRM berkaitan rasuah, tiada susulan selepas laporan polis dibuat, barang kes tidak dipulangkan selepas siasatan selesai selain gambaran polis mempunyai hubungan dengan kumpulan penjenayah atau pesalah.

Bagaimanapun, kita perlu tahu bahawa PDRM adalah agensi penguatkuasaan yang mempunyai keanggotaan paling ramai berbanding agensi lain iaitu dengan lebih 100,000 keanggotaan, maka kita tidak boleh menganggap angka itu menunjukkan PDRM mempunyai masalah salah laku yang serius.

Namun kita percaya, jumlah sebenar salah laku yang berlaku bukan saja dalam PDRM malah 18 lagi agensi penguatkuasaan yang berada di bawah pemantauan EAIC adalah lebih tinggi dari jumlah aduan diterima, katanya.

Wednesday, November 10, 2010

Mustaffa dedah 162 aduan salah laku, penyelewengan


KUALA LUMPUR 9 Nov. - Selepas memberi kata dua kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Mustaffa Kamil Ayub hari ini mendedahkan pula terdapat 162 aduan salah laku berkait penyelewengan oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP).
Mustaffa Kamil yang merupakan calon Timbalan Presiden PKR berkata, jumlah aduan sejak 28 Oktober lalu itu sudah cukup membuktikan bahawa JPP berat sebelah dan hanya ingin memastikan kemenangan berpihak kepada calon-calon yang digemari pihak tertentu sahaja.
Sehubungan itu, beliau sekali mendesak Wan Azizah dan Pengerusi JPP, Dr. Molly Chia supaya bertindak segera membatalkan semua pemilihan yang sedang berlangsung dalam masa 48 jam atau bakal berdepan 'tindakan' yang lebih tegas daripada pihaknya.
Pada masa sama, Mustaffa Kamil memberitahu, satu memorandum bantahan juga akan dihantar kepada Wan Azizah dan Molly hari ini untuk melihat sejauh mana kesungguhan pucuk pimpinan PKR memberhentikan penyelewengan itu.
"JPP gagal mempertahankan prinsip pemilihan yang bersih, bebas dan adil. Integriti jawatankuasa ini dipersoalkan kerana daripada 162 aduan yang diterima keseluruhannya berkisar kepada tindakan JPP yang berat sebelah, memihak, serta terlibat dalam penipuan undi.
"Presiden PKR dan JPP perlu mengisytihar pemilihan parti dibatalkan dalam masa 48 jam. Sekiranya tidak dilakukan kami akan mengambil langkah lebih tegas demi menegak keadilan," katanya pada sidang akhbar di kediaman bekas pesaingnya, Datuk Zaid Ibrahim di sini hari ini.
Semalam, Mustaffa Kamil mengancam untuk menarik diri daripada pemilihan bagi jawatan timbalan presiden jika kepimpinan parti tidak menyelesaikan segera isu proses pemilihan yang didakwa penuh dengan penyelewengan dan penipuan.