Thursday, February 5, 2015

Eric Paulsen mengaku tidak bersalah terbit kenyataan menghasut dalam Twitter

KUALA LUMPUR: Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Eric Paulsen, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tuduhan menerbitkan kenyataan menghasut di laman Twitter miliknya, 10 Januari lalu.
Paulsen, 42, bagaimanapun, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan sebaik pertuduhan dibacakan di depan Hakim Abdul Rashid Daud, tepat jam 11.17 pagi.

Mahkamah Benar Mohamad Salleh Pinda Jawapan Dalam Kes Saman Fitnah


Diterbitkan: Rabu, 4 Februari 2015 6:51 PM
Dr Mohamad Salleh Ismail

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi pada Rabu membenarkan permohonan Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail meminda jawapannya kepada pernyataan pembelaan Nurul Izzah Anwar dan Datuk Saifuddin Nasution dalam kes saman fitnah berhubung pembelian lapan unit hartanah KL Eco City. 

Hakim Datuk Hue Siew Kheng membuat keputusan itu di dalam kamarnya dengan dihadiri peguam Syed Ismat Syed Muhammad yang mewakili Mohamad Salleh dan syarikatnya National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) selaku plaintif dan peguam Shahid Adli Kamarudin, bertindak bagi anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah dan Setiausaha Agung PKR ketika itu, Saifuddin selaku defendan.

Syed Ismat ketika ditemui pemberita berkata mahkamah membenarkan permohonan Salleh itu selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak dan menetapkan 3 Mac depan untuk pengurusan kes.

Katanya mahkamah turut memberi kebebasan kepada kedua-dua defendan untuk memanggil semula saksi mereka bagi memberi keterangan pada perbicaraan kes saman itu.

Mohamad Salleh dan Nurul Izzah selesai memberi keterangan pada 5 dan 7 Januari  lepas.

Bagaimanapun, Salleh yang juga Pengerusi Eksekutif NFCorp memfailkan permohonan untuk meminda jawapan kepada pembelaan kedua-dua defendan dengan memasukkan butiran berniat jahat dalam kes saman fitnah itu.

Pada 24 Dis 2013, Mohamad Salleh dan syarikatnya, NFCorp memfailkan saman dengan mendakwa Nurul Izzah membuat kenyataan berhubung pendedahan Pengarah Strategi PKR Mohd Rafizi Ramli yang mendakwa Mohamad Salleh membeli lapan unit hartanah KL Eco City menggunakan dana yang diperuntukkan kepada NFCorp.     

Kenyataan Nurul Izzah itu disiarkan Malaysiakini TV pada 7 Mac 2012.    

Dalam pernyataan tuntutannya, Mohamad Salleh berkata kenyataan Nurul Izzah itu membawa maksud beliau dan keluarganya menyalah gunakan dana NFCorp untuk membeli unit hartanah berkenaan bagi kegunaan sendiri. -BERNAMA

Peguam Eric Paulsen Didakwa Menghasut


Diterbitkan: Khamis, 5 Februari 2015 12:13 PM

KUALA LUMPUR: Peguam hak asasi manusia, Eric Paulsen didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, Khamis berhubung kenyataannya di Twitter yang mendakwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempromosikan extremisme.
Pertuduhan itu dibacakan di hadapan hakim Abdul Rashid Daud.
Paul yang juga pengarah eksekutif Lawyers for Liberty, didakwa kerana mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan menerusi akaun Twitternya di twitter.com/ericpaulsen101 yang mengatakan "Jakim sedang mempromosikan ekstremisme setiap Jumaat. Kerajaan perlu menanganinya jika serius mahu banteras ekstremisme di Malaysia.”
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Unit Bahagian Siasatan Jenayah D5, Bukit Aman di sini, kira-kira pukul 8 malam pada 10 Januari lalu.
Beliau kemudiannya mengaku tidak bersalah di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948.
Hakim Abdul Hasim kemudiannya menetapkan ikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu sebutan kes pada 27 April ini.
Paulsen diwakili peguam Gobind Singh Deo.

Kereta kabel diubah jadi hotel mewah


05 Februari 2015 1:13 AM


Sebuah bilik tidur turut disediakan kepada pemenang pertandingan anjuran syarikat Airbnb itu bagi merasai pengalaman tidur pada ketinggian 2,743 meter dari paras air laut. – AGENSI

PARIS 4 Feb. – Sebuah laman web sewa rumah persinggahan terkemuka di Perancis, mengubah suai kereta kabel di sini menjadi sebuah bilik hotel mewah yang tergantung pada ketinggian 2,743 meter dari paras laut.
Kereta kabel yang diubahsuai oleh syarikat Airbnb itu terletak berhampiran puncak Gunung Sommet de la Saulire di Banjaran Alps di Perancis, lapor portal odditycentral.com.
Rumah persinggahan menyamai sebuah pangsapuri itu mempunyai sebuah bilik tidur dan boleh memuatkan sehingga empat orang pelawat.
Ubah suai itu merupakan sebahagian daripada pertandingan A Night At anjuran laman web ter­se­but yang menghadiahkan pengguna percutian 24 jam di lokasi eks­klusif tersebut.
Pememang pertandingan itu akan dibawa ke gunung tersebut dengan kenderaan salji dan selepas satu makan malam istimewa, Savoyard yang ditemani kerlipan bintang, tetamu akan menghabiskan malam mereka dengan tenang di dalam pangsapuri berkenaan.
Oleh kerana angin kencang di kawasan pergunungan itu, pangsapuri terbabit akan terhuyung-hayang sepanjang malam mengakibatkan anda sama ada menjadi resah atau tidur lena sepanjang malam.
Sepanjang menginap di dalam bilik istimewa itu, pengunjung ‘disajikan’ dengan pemandangan memukau sejurus bangun dari tidur pada waktu pagi.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/kereta-kabel-diubah-jadi-hotel-mewah-1.56022#sthash.y9qvZiwX.dpuf

Teresa Kok dilarang masuk Sabah


Oleh Junaidi Ladjana
Sandakan: Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dihalang memasuki negeri ini sebaik tiba di Lapangan Terbang Sandakan, di sini, tengah hari tadi.
Teresa tidak dibenarkan memasuki negeri ini sebaik cuba melepasi pemeriksaan Jabatan Imigresen negeri di lapangan terbang terbabit.
Difahamkan, pemimpin DAP itu kemudian diarahkan pulang ke ibu negara pada penerbangan berikutnya.
Wanita itu dijadualkan tiba untuk menghadiri dan menyaksikan penubuhan sayap wanita DAP Sandakan yang dijadualkan malam ini.
Sementara itu, Ketua Penguatkuasa Jabatan Imigresen Sabah, James Musa Singa, mengesahkan perkara itu sebaik menerima arahan daripada kerajaan negeri.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/28574#sthash.vOQtKqmd.dpuf