Showing posts with label rugi. Show all posts
Showing posts with label rugi. Show all posts

Sunday, December 23, 2012

News Corp milik Murdoch rugi RM6 bilion

Rupert Murdoch
Rupert Murdoch

LONDON - News Corporation, milik jutawan media Rupert Murdoch, mengumumkan bisnes penerbitannya mengalami kerugian AS$2.1 bilion (lebih RM6 bilion) dalam tahun kewangan yang terakhirnya.

Pulangan syarikat itu merosot sebanyak lima peratus ekoran penutupan News of the World, yang terpaksa ditutup ekoran skandal penggodam telefon.

Syarikat penerbitan ini juga merancang untuk memisahkan bisnes penerbitan filem dan televisyen, lapor BBC.

Sayap penerbitan, yang menurut News Corporation meraih keuntungan AS$678 juta pada tahun lalu, bakal dikenali sebagai New News Corp.

Ini termasuk dengan penerbitan buku Harper Collin, The Times, surat khabar The Sun di UK, Wall Street Journal, New York Post dan Australian.

Penerbitan TV dan perniagaan filem akan menjadi syarikat induk dan akan dikenali sebagai Fox Group.

Ini termasuk Fox News dan 20th Century Fox film studio.

Robert Thomson yang kini Editor Pengurusan Wall Street Journal bakal menjadi ketua syarikat penerbitan baru itu.

Beliau bakal menikmati gaji tahunan sebanyak AS$2 juta dan bonus tahunan yang berdasarkan prestasi syarikat manakala Murdoch pula akan bertindak sebagai pengerusi dan Ketua Eksekutifnya.

Sunday, October 7, 2012

Kerajaan Filipina rugi RM7.5 bilion

GLORIA MACAPAGAL ARROYO

MANILA - Filipina mengalami kerugian sebanyak AS$2.46 bilion (RM7.5 bilion) berikutan salah guna dana dan harta negara sewaktu tahun-tahun akhir pentadbiran bekas presidennya, Gloria Macapagal Arroyo, jelas Suruhanjaya Audit semalam.
Suruhanjaya Audit mendedahkan keraguan-keraguan yang kebanyakannya berlaku sekitar tahun 2007 hingga 2009 dalam siasatan yang melibatkan lebih 61,000 agensi kerajaan pada tahun lalu.
"Kebanyakan hasil siasatan audit dikategorikan sebagai kerugian kewangan kerajaan akibat pelanggaran undang-undang dan peraturan," jelas laporan yang disiarkan buat pertama kali di laman webnya semalam.
Lebih 4,000 kes perbelanjaan tidak sah, pemberian wang pendahuluan yang tidak direkodkan, tuntutan palsu, aset hilang dan projek terbangkalai menjadi punca kerugian tersebut. Jumlah itu bersamaan dengan 5.6 peratus bajet kerajaan Filipina untuk tahun ini.
Antara dana yang disalah guna ialah wang untuk keluarga miskin yang diberi setiap bulan bagi memastikan anak-anak mereka boleh terus bersekolah.
Ketua Audit Negara, Grace Tan dalam satu surat kepada akhbar-akhbar di Manila menyatakan bahawa audit dilakukan ke atas perbelanjaan tahun 2010, sebaik sahaja Aquino Benigno dilantik sebagai Presiden Filipina.
"Kerugian kewangan tidak semestinya disebabkan oleh rasuah. Hanya mahkamah boleh membuat keputusan mengenai kes rasuah," kata Tan.
Aquino dikatakan telah mengarahkan seorang peguam antirasuah khas untuk menfailkan pendakwaan ke atas mereka yang bertanggungjawab dalam 744 kes.
Arroyo kini ditahan di sebuah hospital tentera di Manila selepas dituduh menggunakan wang dana loteri negeri berjumlah AS$8.8 juta (RM27 juta) untuk kempen pilihan rayanya. - AFP

Wednesday, September 7, 2011

Rugi RM80,000 angkara tak tukar nama

KUALA LUMPUR: Seorang wakil insurans terkejut apabila pihak bank menyamannya bagi mendapatkan semula wang pinjaman kereta BMW yang pernah dibuatnya sedangkan kereta berkenaan sudah dijual kepada sebuah syarikat kereta terpakai empat tahun lalu.
Difahamkan, syarikat beroperasi di Kota Damansara itu tidak menyelesaikan proses pertukaran hak milik kereta mangsa, Ho Pui Tiong, 41, hingga menyebabkan beliau kerugian hampir RM80,000 apabila disaman pihak bank, awal bulan lalu.

Menurutnya, dia menjual kereta BMW miliknya dan membeli kereta baru daripada syarikat terbabit dengan bayaran tambahan RM10,000 secara tunai.

“Namun, lebih memeranjatkan, penama hak milik kereta BMW terbabit tidak ditukar hingga hari ini walaupun segala bayaran sudah saya jelaskan kepada syarikat itu.

“Lebih menghairankan, saya mendapati kereta berkenaan tidak dijual kepada pemilik baru, tetapi digunakan seorang ahli keluarga pemilik syarikat terbabit untuk kegunaan peribadi sejak tiga tahun lalu.

“Saya cuba menghubungi syarikat itu sebelum dimaklumkan syarikat terbabit tidak beroperasi sejak beberapa bulan lalu,” katanya ketika membuat aduan di Balai Berita, di sini, semalam.


Pui Tiong berkata, dia dimaklumkan kereta itu sudah dijual kepada pembeli baru dari Melaka, namun proses pertukaran hak milik dan penama kenderaan berkenaan masih tidak selesai.

“Saya mengetahui kejadian itu selepas menerima surat saman daripada bank awal bulan lalu berjumlah hampir RM80,000.
“Bagi menyelesaikan bayaran saman itu, saya kini terpaksa menjual sebuah rumah milik keluarga di Puchong,” katanya.

Sehubungan itu, Pui Tiong membuat laporan di Balai Polis Jinjang bagi menuntut syarikat terbabit bertanggungjawab atas kerugiannya.

Sunday, August 7, 2011

Rugi RM1.2 juta akibat bena perang


JOHARI (dua dari kanan) meneliti padi yang rosak akibat serangan bena perang ketika meninjau sawah padi di Kampung Pida 3 1/2, Tunjang, Jitra semalam.


JITRA - Lebih 200 pesawah mengalami kerugian kira-kira RM1.2 juta apabila seluas 211 hektar sawah padi di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) di Kedah dan Perlis rosak akibat diserang makhluk perosak yang dikenali sebagai bena perang.
Kawasan yang dikesan terjejas melibatkan empat wilayah MADA iaitu Kangar, Perlis dan tiga di Kedah iaitu Jitra, Pendang dan Kota Sarang Semut.
Luas kawasan tanaman padi di MADA adalah 96,558 hektar.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd. Johari Baharom yang melakukan lawatan ke kawasan sawah padi di Kampung Pida 3 1/2, Tunjang di sini semalam berkata, seluas 211 hektar sawah padi di empat wilayah MADA rosak akibat bena perang.
"Kerosakan akibat bena perang ini melibatkan kerugian kira-kira RM1.2 juta dan ia menjejaskan pendapatan petani di empat wilayah dalam MADA," katanya.
Kata beliau, penggunaan racun secara berlebihan mungkin menjadi penyebab sawah padi diserang bena perang.
Jelas beliau, ia berlaku apabila racun berlebihan membunuh sahabat ladang seperti labah-labah yang memakan bena perang seterusnya menyebabkan bilangan bena perang bertambah dan menyerang pokok padi.
Menurutnya, para petani sepatutnya menggunakan kapasiti racun mengikut ukuran yang telah ditetapkan MADA.
"Apa yang boleh kita buat sekarang adalah menyiasat perkara ini dengan lebih lanjut untuk mencari jalan bagi mengelakkan masalah serupa berulang pada musim padi akan datang," tambahnya.
Sementara itu, seorang petani, Azmi Ali, 63, berkata, sebanyak satu hektar daripada dua hektar sawah padinya rosak diserang bena perang dengan anggaran kerugian RM5,000.
Katanya, sawah menjadi kering dalam masa 10 hari selepas diserang bena perang dan dia mungkin hanya mendapat hasil padi sekitar RM10,000 selepas ditolak padi rosak.
Sulaiman Puteh, 59, pula terkilan kerana separuh daripada 1.4 hektar sawah padinya rosak akibat serangan makhluk perosak itu dengan anggaran kerugian lebih RM5,000.
"Serangan ini amat cepat dan jika populasinya bertambah serta dibiarkan tanpa kawalan, ia boleh menyebabkan petak sawah kering dengan cepat dan mengakibatkan padi kuning serta kering," jelasnya.kosmo

Tuesday, May 31, 2011

‘Kami kerugian’



BUKTI...Ahmad menunjukkan sijil halal yang diperoleh daripada IFRC Asia.
BUKTI...Ahmad menunjukkan sijil halal yang diperoleh daripada IFRC Asia.


KUALA LUMPUR: “Sebagai seorang Islam tidak mungkin kami menjual minuman tidak halal kepada saudara seagama,” kata Pengarah Suria Wholesaler Sdn Bhd, Ahmad Al Yateem, pengedar minuman malta berjenama Barbican yang dikaitkan dengan bir halal yang kini dipersoalkan kandungan alkohol di dalamnya.
Ahmad berkata, jualan Barbican yang sudah berada dalam pasaran tempatan sejak enam tahun lalu terjejas teruk sejak timbul isu minuman bir halal mempunyai kandungan alkohol sehingga 0.5 peratus melebihi kadar yang dibenarkan untuk pengguna Islam.

Menurutnya, Barbican tidak pernah dilabelkan sebagai bir halal selama ini sebaliknya hanya minuman malta berperisa buah-buahan.

“Bagaimanapun sejak isu itu timbul banyak media menggunakan gambar Barbican sehingga mengelirukan pengguna.

“Saya ingin tegaskan Barbican tidak mengandungi alkohol malah anda boleh temui minuman ini dijual di Masjidil Haram di Makkah untuk umat Islam di sana,” katanya.


Ahmad berkata, Barbican dikeluarkan syarikat Aujan Industries Co yang berpusat di Dubai dan dipasarkan di seluruh negara Arab selain Asia serta Eropah untuk pengguna Islam.

“Kami mempunyai sijil daripada Kementerian Kesihatan Dubai, sijil untuk eksport dan sijil halal daripada Islamic Food Research Centre Malaysia & Asia Region (IFRC Asia). Kami sama sekali tidak menjual minuman yang mengandungi alkohol kepada umat Islam.

Dia bagaimanapun mendakwa isu itu mungkin timbul disebabkan persaingan berikutan Barbican semakin menjadi pilihan umat Islam di negara ini.

“Saya tidak tahu sama ada minuman yang dikatakan bir halal yang dijual di sini mengandungi alkohol atau tidak tetapi apabila ada pihak mengaitkan dakwaan itu dengan Barbican sudah tentu ia menjejaskan perniagaan kami.

“Isu ini mungkin juga disebabkan persaingan namun saya tidak mahu menuduh sesiapa dan pada masa sama saya juga merancang untuk bertemu pihak Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) bagi menyelesaikan kekeliruan ini,” katanya.
myMetro | ‘Kami kerugian’

Wednesday, April 13, 2011

Anggaran kerugian Kastam hanya RM2.2 bilion


PETALING JAYA: Kastam Diraja Malaysia (KDRM) hari ini menjelaskan bahawa pihaknya hanya mengalami anggaran kerugian RM2.2 bilion daripada RM10 bilion duti import yang sepatutnya dikutip setiap tahun. 

Ketua Pengarah KDRM, Datuk Seri Mohamed Khalid Yusuf, berkata ini bertentangan dengan laporan akhbar tertentu yang mengaitkan RM108 bilion dengan siasatan terhadap KDRM. 
Beliau berkata perkara sebenar ialah jumlah RM108 bilion itu adalah anggaran kerugian setiap tahun kepada kerajaan akibat penipuan, pengisytiharan cukai, penyelewengan serta salah laku pelbagai agensi penguat kuasa kerajaan.
"Kami (kastam) hanya dapat mengutip sejumlah RM7.8 bilion tahun lepas yang mana kami kerugian lebih kurang RM2.2 bilion lagi. Jadi tidak tepatlah bahawa kerugian RM108 bilion itu hanya daripada kastam, tapi ia juga libatkan pelbagai agensi penguatkuasa kerajaan yang lain," katanya selepas menghadiri seminar kerjasama kastam-sektor swasta di sini hari. Beliau berkata kehilangan RM2.2 bilion atau 23 peratus duti kastam itu bagaimanapun masih dianggap rendah dan pada tahap normal serta biasa dialami oleh negara maju lain, yang menetapkan 25 peratus untuk kerugian maksimum. Mohamed Khalid berkata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abu Kassim Mohamed dijangka mengumumkan minggu depan mengenai laporan media yang salah melaporkan bahawa wang berselerak di rumah pegawai kanan KDRM yang ditahan pada 28 Mac lepas, sebaliknya wang itu ditemui di beberapa lokasi berlainan.
"Kami (kastam) perlu membersihkan nama baik penguatkuasa ini kerana jelas laporan (wang berselerak) itu memburukkan nama kami," katanya. 
Khalid dalam pada itu memaklumkan bahawa 20 pegawai kastam turut terlibat dalam Operasi 3B (3 bilion) yang bertujuan memastikan kutipan kerajaan melalui aktiviti pengimportan dapat memberikan hasil sejumlah tiga bilion. 
"Ada enam agensi turut terlibat dalam operasi ini, iaitu Peguam Negara, Ketua Setiausaha Negara, Kastam, Ketua Polis Negara, Ketua Pegawai Eksekutif Cukai Pendapatan dan SPRM sendiri. 
"Dengan penglibatan semua agensi ini, ia membuktikan bahawa kita tidak ''compromise'' dan telus dengan mana-mana pihak dan tahan atau siasat siapa sahaja yang terlibat dalam sebarang penyelewengan," katanya. 
Beliau berkata 20 pegawai kastam yang terlibat dalam operasi itu mempunyai kepakaran dalam bidang import-eksport, program komputer dan forensik. 
Dalam operasi 3B baru-baru ini, seramai 62 pegawai kastam ditahan SPRM dan pada 6 April, Penolong Pengarah Kastam Selangor Ahmad Sarbani Mohamed, 56, yang turut ditahan bagi membantu siasatan kes itu, ditemui mati di Tingkat Satu, pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane di sini. - BERNAMA 

Friday, December 10, 2010

Tidak tahan tanggung rugi



Kewujudan bas RapidKL dikatakan turut menyumbang kepada kerugian operasi 130 syarikat bas henti-henti di seluruh negara sejak 15 tahun lalu. - Gambar hiasan


SEREMBAN – Kerajaan diminta mengambil alih pengurusan kesemua 130 syarikat bas henti-henti di negara ini yang kini mengalami kerugian operasi akibat ketidakadilan dasar sedia ada termasuk saingan daripada syarikat bas yang dikuasai kerajaan.
Presiden Persatuan Pengusaha-Pengusaha Bas SeMalaysia (PMBOA), Datuk Mohamad Ashfar Ali berkata, langkah tersebut juga bertujuan untuk membela nasib kira-kira 8,000 pekerja yang mungkin hilang pekerjaan.
Beliau berkata, saingan yang tidak adil dengan syarikat pengangkutan bas kendalian kerajaan terutama bas RapidKL dan RapidPenang semakin memburukkan keadaan.
“Ahli-ahli kami tidak menerima bantuan daripada kerajaan, jadi macam mana mereka hendak memberi perkhidmatan yang baik,’’ katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan pengusaha-pengusaha bas seluruh negara di sini semalam.

Sunday, November 21, 2010

Negara rugi RM7.8b akibat kemalangan jalan raya



21/11/2010 3:17pm

PULAU PANGKOR 21 Nov — Negara mengalami kerugian berbilion ringgit pada setiap tahun akibat kes kemalangan jalan raya yang kadarnya meningkat setiap tahun, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha.
Menurut beliau, kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) mendapati pada tahun 2008 sahaja, negara mencatatkan kerugian sebanyak RM7.8 bilion yang bersamaan dengan 1.5 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Berdasarkan statistik pada tahun lepas sahaja, seramai 6,745 pengguna jalan raya maut berbanding hanya 6,527 orang pada tahun 2008, di mana 60 peratus daripadanya merupakan penunggang dan pembonceng motosikal, katanya kepada pemberita selepas menutup Program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) di Sekolah Menengah Kebangsaan Pangkor di sini hari ini. — Bernama

Wednesday, June 30, 2010

Bekas Pengerusi Pos jumpa PAC


KUALA LUMPUR - Bekas pengerusi Pos Malaysia Bhd., Tan Sri Adam Kadir (gambar) memberi penjelasan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) semalam berkaitan dakwaan beliau yang syarikat itu mengalami kerugian RM546 juta.
Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid berkata, jawatankuasa itu ingin tahu apakah sebenarnya yang didakwa oleh Adam mengenai kerugian yang dihadapi oleh Pos Malaysia.
Pada 2 Mei lepas, Adam menulis dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris bahawa Khazanah Nasional Berhad selaku pemegang saham utama Pos Malaysia tidak memberikan gambaran sebenar tentang kerugian syarikat itu.
Mengenai isu Sime Darby pula, Azmi berkata, pihak pengurusan syarikat itu meminta PAC untuk menangguhkan dahulu sesi penjelasan ke Ogos ini.
Sime Darby dilaporkan mengalami kerugian RM1.6 bilion akibat daripada lebihan kos dalam projek kendaliannya. - Bernama

Friday, June 25, 2010

Tiga GLC rugi antara 2005 hingga 2009


KUALA LUMPUR 24 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sebanyak tiga syarikat milik kerajaan (GLC) yang dimiliki oleh Khazanah Nasional Berhad telah mencatatkan kerugian antara 2005 hingga 2009.
Perdana Menteri berkata, kerugian yang dicatatkan oleh syarikat itu adalah disebabkan oleh persekitaran perniagaan yang mencabar.
"Ia konsisten dengan trend global seperti peningkatan harga minyak dunia serta pengurangan permintaan terhadap produk, di samping faktor luaran lain seperti penyusutan nilai pelaburan," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Er Teck Hwa (DAP-Bakri) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
Teck Hwa bertanyakan jumlah GLC yang mengalami kerugian sejak 2005, tindakan ke atas Lembaga Pengarah syarikat yang rugi dan senarai bantuan kewangan yang dihulurkan oleh kerajaan.
Dalam pada itu, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, adalah tidak wajar Lembaga Pengarah GLC berkenaan dikenakan tindakan atas kerugian yang telah dicatatkan oleh syarikat masing-masing memandangkan ia berpunca daripada faktor luar kawalan.
Tambahan pula katanya, rata-rata GLC berkenaan kembali mencatatkan prestasi kewangan yang lebih baik pada tahun-tahun berikutnya.
Bagaimanapun ujarnya, jika tindakan hendak diambil, ia perlu dibuat oleh pemegang saham syarikat itu sendiri.
"Ini selaras dengan amalan tadbir urus korporat terbaik dan Buku Hijau (Meningkatkan Kecekapan Lembaga Pengarah) di bawah Program Transformasi GLC," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Najib berkata, semua GLC yang rugi terbabit tidak menerima sebarang bantuan kewangan untuk tujuan menyelamat daripada kerajaan.
Sebaliknya, kata beliau, sebarang bantuan kewangan adalah melalui insentif sedia ada berdasarkan garis panduan dan polisi yang ditetapkan oleh kerajaan untuk meningkatkan industri berkenaan.

Tuesday, June 22, 2010

Lagi lama UMNO perintah lagi banyak kerugian ditanggung rakyat Malaysia

Pada masa Tunku Abdul Rahman kita hilang Singapura. Masa Pak Lah kita hilang pulau Batu Putih ,Blok L & Blok M. Pada masa Najib kita hilang tanah KTMB

 Begitulah bijaknya pemimpin kita memerintah, semakin lama UMNO memerintah
semakin kurang tanah kita. Pada masa Pak Lah perintah juga kita telah hilang Blok L dan Blok M ( berhampiran dengan Pulau Labuan ).Satu Blok sahaja iaitu Blok L boleh menghasilkan 500,000 tong sehari 
bersamaan dengan 40 juta ringgit sehari!Rakyat tak tahupun tentang kehilangan 2 blok minyak ini.
Tahu setelah didedahkan oleh Dr. Mahathir itupun telah lama berlaku. kita tak tahu apa lagi
yang masih disembunyikan oleh UMNO.Rakyat hendaklah berusaha untuk menghalang segala
jenis kerugian yang berlaku semasa UMNO dengan tukar kerajaan. Gantikan dengan pemimpin yang
jujur.Jangan jadi pak turut saja tanpa mempersoal apa yang UMNO buat samada betul atau tidak.


Isu tanah KTMB: Keputusan muktamad tiga bulan lagi

22/06/2010 7:14pm

PUTRAJAYA 22 Jun – Malaysia dan Singapura hari ini sepakat untuk mencapai satu keputusan muktamad mengenai tawaran pertukaran tanah membabitkan isu pelaksanaan butiran-butiran perjanjian (POA) berhubung tanah Keretapi Tanah Melayu Bhd. (KTMB) di republik itu dalam masa tiga bulan lagi.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia akan meneliti secara terperinci tawaran spesifik mengenai pertukaran tanah yang dikemukakan oleh Singapura dalam mesyuarat dua hala hari ini sebelum membuat keputusan muktamad dalam tempoh tersebut.
Dalam mesyuarat dua hala yang disifatkan sebagai produktif itu, Najib berkata, kedua-dua negara juga bersetuju menurunkan kadar tol di link kedua sebanyak 30 peratus berkuat kuasa pada 1 Ogos ini.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar bersama rakan sejawatnya dari Singapura, Lee Hsien Loong selepas mesyuarat dua hala di sini hari ini. – Utusan

Wednesday, May 5, 2010

POS rugi RM 227j saja bukan RM 5467j tak banyak


Tanggungan kerugian RM227j - Awang Adek

KUALA LUMPUR 4 Mei - Kementerian Kewangan hari ini menjelaskan, Pos Malaysia Bhd. menanggung kerugian sebanyak RM227 juta dan bukannya RM546 juta seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussein berkata, kerugian itu disebabkan oleh penyusutan nilai 20 peratus saham syarikat penyedia perkhidmatan kargo udara, Transmile Group Berhad yang dibeli pada 2004.
"Kita lihat terdapat kenyataan akhbar hari ini bahawa Pos Malaysia kerugian RM546 juta, saya ingin menjelaskan jumlah yang disebut tidaklah tepat.
"Maklumat terakhir yang saya peroleh daripada Khazanah Nasional Berhad dan Pos Malaysia, jumlah kerugian sebenar ialah RM227 juta,'' katanya sewaktu menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2009) 2010 pada persidangan Dewan Negara hari ini.
Utusan Malaysia hari ini melaporkan gesaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) supaya bekas Menteri Kewangan Kedua yang kini Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Azman Mokhtar menjelaskan mengenai kerugian RM546 juta yang ditanggung Pos Malaysia.
JMM turut meminta Nor Mohamed menjelaskan hubungan beliau dengan seorang ahli perniagaan, Shaikh Akmal Shaikh Alaudin iaitu Pengarah Syarikat E-Efficient Solution Bhd., yang didakwa mendapat kontrak bernilai RM900 juta daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Dalam perkembangan berkaitan, Awang Adek berkata, penyusutan nilai saham berkenaan telah diperuntukkan dalam akaun Pos Malaysia sebanyak RM227 juta menyebabkan pada 2007 syarikat berkenaan kerugian RM33 juta, manakala 2008 pula RM35.8 juta.
"Tetapi pada 2009, Pos Malaysia telah kembali untung sebanyak RM75.4 juta, bermakna setelah mengambil kira jumlah yang diperuntukkan pada 2007 dan 2008, Pos Malaysia kembali untung.
"Dan dijangka untung pada tahun 2010 semakin tinggi kerana penyusunan semula yang telah dibuat sebagaimana tarif setem sudah pun dinaikkan dari 30 sen kepada 60 sen dan ini akan memberikan hasil kepada Pos Malaysia," katanya.
Mengenai punca penyusutan nilai saham Transmile, Awang Adek berkata, ia berikutan penipuan besar-besaran membabitkan pemalsuan akaun sebanyak RM622 juta yang sebenarnya tidak wujud tetapi diada-adakan.
Menyentuh mengenai pemberian kontrak LHDN secara rundingan terus kepada sebuah syarikat, Awang Adek berkata, nilai sebenarnya ialah RM585 juta dan bukannya RM900 juta.
Katanya, kontrak berkenaan dianugerahkan pada 2005 dan ia akan tamat pada tahun ini.
"Ini membabitkan kontrak pengimejan dan pengimbasan fail-fail dan borang cukai untuk dimuatkan dalam sistem komputer," katanya.

Tuesday, March 30, 2010

Menteri mesti bertanggungjawab Pos Malaysia rugi RM546 juta



Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 30 Mac: PAS mahu kerajaan mengkaji kegagalan urusniaga Pos Malaysia dan mahu Pengerusi Pos Malaysia, Pengerusi Khazanah Nasional dan Menteri Kewangan bertanggungjawab di atas kerugian berjumlah RM546 juta itu.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar) berkata, Pos Malaysia sebagai GLC milik negara membelanjakan wang rakyat untuk urusniaganya seharusnya memberikan pulangan yang positif bukannya memberikan kerugian yang besar.
Sehubungan itu, katanya, PAS mengambil pandangan yang serius terhadap ucapan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong di parlimen berhubung pendedahan bekas ahli parlimen yang juga mantan Pengerusi Pos Malaysia & Services Holdings Bhd, Tan Sri Adam Kadir dalam majalah Malaysian Business bertajuk 'Is whistle-blowing really serious'.
Katanya, artikel berkenaan turut menyentuh secara langsung isu kehilangan wang rakyat berjumlah RM546 juta dalam pelaburan Pos Malaysia.
Tambahnya, tindakan Khazanah Nasional yang mempengaruhi Pos Malaysia untuk melambatkan penjualan sahamnya dalam syarikat pengendali kargo yang bermasalah, Transmile Group Bhd telah menyebabkan negara rugi bila mana sahamnya jatuh kepada harga 35 sen seunit dengan nilai keseluruhan hanya RM14 juta pada 26 Februari 2010.
Sebelum ini, Pos Malaysia boleh menjual saham itu pada harga tinggi iaitu RM14 dengan nilai keseluruhan adalah RM546 juta, namun percaturan yang dibuat jelas merugikan rakyat.
Pos Malaysia adalah pemegang saham kedua terbesar dalam Transmile Group Bhd selepas raja gula Malaysia, Robert Kuok (Kuok Brothers Sdn Bhd).
Pada tahun 2004, Pos Malaysia menjual 30 peratus kepentingan dalam Transmile Air Services Sdn Bhd iaitu anak syarikat Transmile Group Bhd sebelum membeli saham Transmile Group Bhd.
Walau bagaimana pun penjualan dan pembelian saham-saham itu ternyata tidak mendatangkan faedah bila mana Transmile Group Bhd selepas itu mengalami kemerosotan dan nilai sahamnya jatuh teruk selepas itu.
Tahun lepas sahaja, Pos Malaysia mengumumkan kerugiannya sebanyak RM113.20 juta, di mana RM107.19 juta adalah kerugian yang diterima dalam pelaburan di Transmile Group Bhd.
“Rakyat pasti bertanya, kenapa Pos Malaysia tidak mahu melabur dalam Malaysia Airlines Cargo Sdn Bhd (Mas Kargo) yang juga salah satu GLC milik negara yang lebih menguntungkan dalam operasi penghantaran kargonya?
“Adakah pelaburan sebelum ini ada kepentingan untuk membantu menyelamatkan syarikat Transmile Group Bhd yang turut dimiliki bersama dengan Robert Kuok?” tanya Idris.
Menurutnya, PAS hanya melihat kes itu sebenarnya mengulangi insiden kegagalan pengurusan GLC milik negara seperti Proton yang menjual sahamnya dalam MV Agusta dengan harga 1 Euro sahaja. 
Tambahnya, pendedahan mantan Pengerusi Pos Malaysia itu juga harus disiasat dan rakyat mahukan jawapan.