Monday, February 9, 2015

Liwat II: Estrada Nyatakan Sokongan Kepada Anwar


Diterbitkan: Isnin, 9 Februari 2015 11:07 AM
Anwar (kiri) dan Estrada.

PETALING JAYA: Bekas Presiden Filipina Joseph Ejercito Estrada menyatakan sokongan terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung berhubung kes Liwat II pemimpin berkenaan menerusi sepucuk surat.
Dalam surat tidak bertarikh yang didedahkan pada Isnin, Estrada berkata Anwar sedang melalui satu tempoh mencabar dan sebagai rakan, beliau yakin Anwar tidak bersalah.
"Saya penuh keyakinan menyatakan Anwar tidak bersalah dalam kes ini, bukan hanya kerana beliau rakan saya, tetapi juga kerana saya mengenali beliau sebagai pemimpin yang baik dan dihormati," katanya melalui sepucuk surat yang dikeluarkan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Estrada yang kini merupakan Datuk Bandar Manila berkata, beliau berada bersama-sama penyokong Anwar untuk pembebasan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.
Katanya, beliau percaya bahawa rakannya itu menjadi mangsa ketidakadilan politik selepas dilihat melalui pahit getirnya dalam perjuangan untuk melakukan perubahan demokrasi untuk negaranya.
Mahkamah Persekutuan akan menyampaikan keputusan kes Anwar, 67, pada Selasa berhubung rayuannya terhadap sabitan kesalahannya dan hukuman penjara lima tahun kerana meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 30, di kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara pada 26 Jun 2008.

Tiga pemimpin capai persetujuan


Rundingan selama lebih empat jam di Kremlin, Moscow itu disertai (dari kiri) Merkel, Putin dan Hollande.
Rundingan selama lebih empat jam di Kremlin, Moscow itu disertai (dari kiri) Merkel, Putin dan Hollande.
MOSCOW - Pemimpin Rusia, Jerman dan Perancis sebulat suara bersetuju merangka pelan untuk menghentikan pertempuran di Ukraine selepas serangan semakin meningkat di timur negara tersebut.

Menurut laporan AFP, jurucakap kerajaan Moscow, Dmitry Peskov memaklumkan keputusan itu dibuat selepas rundingan selama lebih empat jam antara Presiden Rusia, Vladimir Putin, rakan sejawatnya dari Perancis, Francois Hollande dan Canselor Jerman, Angela Merkel, di Kremlin, kelmarin.
"Kesemua pemimpin tersebut bersetuju untuk merangka pelan tindakan tersebut yang turut mengandungi cadangan daripada Presiden Ukraine, Petro Poroshenko," katanya tanpa memberi butiran lanjut mengenai rancangan terbabit.

Menurutnya lagi, rundingan itu menunjukkan perkembangan positif dan mereka kini sedang menyediakan dokumen berkaitan untuk melaksanakan perjanjian terbabit.

Sementara itu, Hollande menyifatkan usaha mereka itu sebagai jalan terakhir bagi meredakan konflik di Ukraine.

"Langkah tersebut juga bertujuan untuk mengelakkan peperangan tercetus di negara bekas Soviet itu," jelasnya.

Dalam satu kenyataan lain, Merkel pula berpendapat tindakan ketenteraan bukan jalan penyelesaian terbaik untuk menamatkan krisis antara tentera kerajaan dan kumpulan pemisah pro-Rusia yang berlarutan selama 10 bulan.

Bayi hamil anak kembar ketika lahir

Beijing: Seorang bayi perempuan ditemui mengalami keadaan ganjil dan misteri apabila didapati hamil anak kembar ketika lahir.
Bayi yang dilahirkan pasangan di Hospital Queen Elizabeth di Hong Kong itu dilaporkan harus menjalani pembedahan selepas berusia tiga minggu untuk membuang ‘anaknya.’
Janin kembar yang dikandung dari lapan hingga 10 minggu itu didakwa mempunyai kaki, tangan, tulang belakang, tulang rusuk dan usus.
Jurucakap hospital berkata, kedua-duanya anak bayi itu dilitupi kulit, dengan satu mempunyai berat 14.4 gram dan satu lagi 9.3 gram.
Bagaimanapun, kedua-dua janin mempunyai tali pusat berasingan.
Pembedahan itu berjaya dilakukan dan bayi itu dilapor dalam keadaan stabil, malah dibenarkan keluar dari hospital lapan hari kemudian.
Secara purata, keadaan seperti itu dilaporkan berlaku satu bagi setiap 500,000 kelahiran di dunia, tetapi 200 kes daripada itu saja yang didedahkan.
Sehingga kini doktor masih belum berjaya merungkai misteri punca bayi terbabit menghamilkan anak kembar itu.
Menurut pakar obstetrik dan ginekologi, Dr Yu Kai-man, ia hampir tidak boleh dikesan ketika pemeriksaan pranatal kerana saiz embrio dalam bayi itu amat kecil.
“Mustahil seorang bayi hamil. Persenyawaan mungkin hasil benih ibu bapanya yang pergi ke salah tempat,” katanya. - Agensi
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/29587#sthash.9RKVWD7A.dpuf

Indonesia digesa tidak laksana hukuman mati



GAMBAR fail bertarikh 14 Februari 2006 menunjukkan dua warga Australia, Andrew Chan (kiri) dan Myuran Sukumaran ditahan di penjara Kerobokan di Denpasar, Bali, Indonesia atas kesalahan cubaan menyeludup dadah. - AFP


SYDNEY – Para pemimpin agama di Australia menggesa pemerintah Indonesia supaya menunjukkan belas kasihan terhadap dua lelaki yang menunggu hukuman mati di Bali.
Andrew Chan dan Myuran Sukumaran ditahan sewaktu bercuti di Pulau Bali pada tahun 2005 dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati pada tahun berikutnya kerana cuba menyeludup sejumlah dadah jenis heroin ke Indonesia.
Chan dan Sukumaran yang merupakan anggota sindiket dadah Australia yang dikenali sebagai Bali Nine, gagal dalam rayuan terakhir untuk mendapatkan pengampunan
Pihak berkuasa Indonesia dilaporkan akan meneruskan hukuman mati seperti yang dirancang pada bulan ini.
Pemimpin agama Kristian, Archbishop Antony Fisher dan Mufti Besar Ibrahim Abu Mohammad meminta Presiden Indonesia, Joko Widodo campurtangan untuk menyelamatkan nyawa Andrew dan Myuran yang masing-masing berusia awal 30-an.
“Permintaan kami hari ini (semalam) adalah untuk pengampunan atau hukuman terhadap Andrew dan Myuran dikurangkan supaya mereka boleh terus menjalai pemulihan,” kata dua pemimpin agama tersebut dalam satu kenyataan bersama.
“Melaksanakan hukuman mati akan menamatkan kehidupan mereka sekali gus tidak memberi peluang untuk mereka bertaubat dan menjalani pemulihan.” tambah mereka.
Bagaimanapun, Duta Indonesia ke Australia, Nadjib Riphat Kesoema memberitahu wartawan di Canberra, rayuan undang-undang dua banduan tersebut sudah sampai ke peringkat tertinggi.
Pada bulan lalu, Jakarta telah menggantung enam pengedar dadah termasuk lima rakyat asing. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0209&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3RCNDjU6W 
Hakcipta terpelihara 

Al-Quran laris sejak serangan di Paris


Jualan buku agama berkaitan Islam di rangkaian kedai buku La Procure
Jualan buku agama berkaitan Islam di rangkaian kedai buku La Procure meningkat mendadak sejak serangan di ibu pejabat akhbar mingguan Charlie Hebdo, manakala jualan al-Quran terjemahan bahasa Perancis (gambar kecil) turut mendapat sambutan hangat dalam Amazon. – GAMBAR HIASAN
PARIS 8 Feb. – Jualan naskhah al-Quran dan buku tentang agama Islam meningkat mendadak sejak insiden serangan pengganas di ibu pejabat akhbar mingguan Perancis, Charlie Hebdo di Paris pada 7 Januari lalu.
Portal berita Islam Pos yang memetik laporan laman web Pages Halal dari Perancis, menyebut, naskah al-Quran dalam terjemahan bahasa Perancis paling ketara menunjukkan peningkatan jualan apabila disenaraikan sebagai 100 jualan terbaik dalam laman web perniagaan, Amazon sepanjang tempoh 26 hari.
Menurut Francois Maillot, Pengurus Besar syarikat rangkaian buku Perancis, La Procure, sejak serangan pada awal bulan lalu, ramai orang mencari maklumat tentang Islam dan membeli naskah terjemahan al-Quran.
“Rakyat Perancis mencari terjemahan al-Quran yang dicetak oleh penerbit seperti Denise Masson, Jacques Berque dan Malek Chebel.
“Selain al-Quran, buku ber-kenaan ajaran agama Islam turut mendapat sambutan hangat termasuk buku tentang sejarah ringkas Islam, Breve histoire de l’islam a l’usage de tous yang dikarang oleh Antoine Sfeir,” kata beliau.
Maillot turut mendedahkan bahawa buku berkenaan ajaran Islam dalam hidup berkeluarga, L’Islam explique aux enfants et a leurs parents tulisan Tahar Ben Jellaun, mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan.
Jelas beliau, buku yang mengajar remaja tentang Islam, Le coran explique aux jeunes hasil karangan Rachid Benzine juga laris dalam kalangan pembeli.
“Saya menyarankan kepada penduduk Perancis yang berminat tentang Islam agar membaca buku a maladie de l’islam yang mengisahkan tentang penyakit Islam, ditulis oleh tokoh agama, Abdelwaheb Meddeb.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/al-quran-laris-sejak-serangan-di-paris-1.57449#sthash.M2gJsY9B.dpuf