Logo Suara Dari Palestin
Suada dari Palestin
GENTING GAZA - Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC), Isnin lalu memaklumkan rombongan ketiga dari Gaza dibenar melawat tahanan Palestin pada Isnin lalu. Jurucakap ICRC di Gaza, Ayman al-Shehabi berkata, mereka sekali lagi berkumpul di hadapan ibu pejabat ICRC untuk menaiki bas yang membawa mereka menyeberangi utara Gaza.

Lawatan kedua pada 23 Julai lalu turut melibatkan ahli keluarga kepada 40 tahanan Palestin di penjara Nafha.

Selepas enam tahun, rejim Zionis akhirnya tunduk kepada tuntutan tahanan Palestin untuk memberikan hak lawatan keluarga mengikut perjanjian yang dipersetujui pada Mei lalu.