Showing posts with label korea. Show all posts
Showing posts with label korea. Show all posts

Tuesday, March 12, 2013

Jeneral Korea Selatan lebih minat main golf



Seoul: Korea Selatan menyiasat laporan mendakwa pegawai atasan tentera negara itu bermain golf ketika mereka sepatutnya cuba meredakan ketegangan dengan Korea Utara minggu lalu.

Jurucakap presiden, Yoon Chang-jung berkata, pejabat Setiausaha Hal Ehwal Sivil Kanan menjalankan siasatan itu bagi memastikan apa sebenarnya berlaku.


“Siasatan dibuat bagi mendapat gambaran jelas mengenai laporan mengenai keadaan di padang golf,” katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Beberapa akhbar melaporkan, padang golf tentera di Seoul dipenuhi pegawai kanan pasukan berkenaan, termasuk yang berpangkat jeneral. - AFP

Monday, March 11, 2013

Mahu batal perjanjian

Mahu batal perjanjianNegara anggota Majlis Keselamatan PBB sebulat suara bersetuju untuk mengenakan sekatan lebih tegas ke atas Korea Utara, kelmarin. Foto: AP
PYONGYANG - Korea Utara, semalam mengumumkan bahawa mereka akan membatalkan perjanjian damai dengan Seoul dan turut memberi amaran keras untuk melancarkan serangan balas jika musuh mencerobohi wilayah mereka.

Sebelum ini, Pyongyang juga pernah mengancam untuk membatalkan gencatan senjata yang berjaya menamatkan Perang Korea pada tahun 1953.

Difahamkan, respons segera itu diambil selepas Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenakan 'hukuman' lebih tegas ke atas Korea Utara.

Sekatan pada kali ini dikatakan akan menyasarkan   ekonomi dan kepimpinan negara tersebut.

Draf resolusi tersebut diluluskan 15 negara anggota hasil rundingan selama tiga minggu  bersama Amerika Syarikat (AS) dan China.

Januari lalu, PBB mengenakan sekatan ke atas agensi angkasa Korea Utara, entiti kerajaan dan mana-mana individu yang terlibat dengan program senjata nuklear dibangunkan Pyongyang.

Sekatan demi sekatan yang dikenakan ke atas Korea Utara adalah sebagai 'hukuman' di atas kedegilan mereka kerana melancarkan ujian nuklear ketiga pada bulan lalu walaupun dikecam masyarakat antarabangsa selepas roket jarak jauh Unha-3 dilancarkan, Disember lalu.  - AP

Saturday, March 9, 2013

Mahu batal perjanjian



Mahu batal perjanjian
Negara anggota Majlis Keselamatan PBB sebulat suara bersetuju untuk mengenakan sekatan lebih tegas ke atas Korea Utara, kelmarin. Foto: AP
PYONGYANG - Korea Utara, semalam mengumumkan bahawa mereka akan membatalkan perjanjian damai dengan Seoul dan turut memberi amaran keras untuk melancarkan serangan balas jika musuh mencerobohi wilayah mereka.

Sebelum ini, Pyongyang juga pernah mengancam untuk membatalkan gencatan senjata yang berjaya menamatkan Perang Korea pada tahun 1953.

Difahamkan, respons segera itu diambil selepas Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenakan 'hukuman' lebih tegas ke atas Korea Utara.

Sekatan pada kali ini dikatakan akan menyasarkan   ekonomi dan kepimpinan negara tersebut.

Draf resolusi tersebut diluluskan 15 negara anggota hasil rundingan selama tiga minggu  bersama Amerika Syarikat (AS) dan China.

Januari lalu, PBB mengenakan sekatan ke atas agensi angkasa Korea Utara, entiti kerajaan dan mana-mana individu yang terlibat dengan program senjata nuklear dibangunkan Pyongyang.

Sekatan demi sekatan yang dikenakan ke atas Korea Utara adalah sebagai 'hukuman' di atas kedegilan mereka kerana melancarkan ujian nuklear ketiga pada bulan lalu walaupun dikecam masyarakat antarabangsa selepas roket jarak jauh Unha-3 dilancarkan, Disember lalu.  - AP

Mahu batal perjanjian



Mahu batal perjanjian
Negara anggota Majlis Keselamatan PBB sebulat suara bersetuju untuk mengenakan sekatan lebih tegas ke atas Korea Utara, kelmarin. Foto: AP
PYONGYANG - Korea Utara, semalam mengumumkan bahawa mereka akan membatalkan perjanjian damai dengan Seoul dan turut memberi amaran keras untuk melancarkan serangan balas jika musuh mencerobohi wilayah mereka.

Sebelum ini, Pyongyang juga pernah mengancam untuk membatalkan gencatan senjata yang berjaya menamatkan Perang Korea pada tahun 1953.

Difahamkan, respons segera itu diambil selepas Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenakan 'hukuman' lebih tegas ke atas Korea Utara.

Sekatan pada kali ini dikatakan akan menyasarkan   ekonomi dan kepimpinan negara tersebut.

Draf resolusi tersebut diluluskan 15 negara anggota hasil rundingan selama tiga minggu  bersama Amerika Syarikat (AS) dan China.

Januari lalu, PBB mengenakan sekatan ke atas agensi angkasa Korea Utara, entiti kerajaan dan mana-mana individu yang terlibat dengan program senjata nuklear dibangunkan Pyongyang.

Sekatan demi sekatan yang dikenakan ke atas Korea Utara adalah sebagai 'hukuman' di atas kedegilan mereka kerana melancarkan ujian nuklear ketiga pada bulan lalu walaupun dikecam masyarakat antarabangsa selepas roket jarak jauh Unha-3 dilancarkan, Disember lalu.  - AP

Saturday, February 16, 2013

Pyongyang sedia lancar peluru berpandu pula

Tentera Korea Selatan melepaskan beberapa
roket pelancar dalam latihan tentera di Cheorwon,
 kira-kira 70 kilometer dari Seoul, semalam. - AFP
WASHINGTON 15 Feb. - Ketika kemarahan masyarakat antarabangsa belum reda terhadap tindakan Korea Utara melancarkan ujian nuklear kali ketiga baru-baru ini, Pyongyang dilaporkan sedang membuat persiapan terbaru, yang boleh membuka jalan kepada pelancaran peluru berpandu jarak jauh di utara negara ini.
Sebuah blog Institut AS-Korea di Johns Hopkins Universiti, 38 North, yang menganalisis gambar-gambar satelit turut mendakwa, kemungkinan Iran turut terlibat membantu Pyongyang dalam projek itu dari Tapak Pelancaran Satelit Tonghae di wilayah Hamgyong Utara, Korea Utara.
Menurut 38 North, gambar satelit komersial bertarikh 5 Januari lalu menunjukkan berlaku 'kemajuan penting' sejak kawasan itu dilanda taufan pada tahun lalu itu dengan wujud aktiviti sama, dengan persediaan dilakukan untuk membuat satu lagi pelancaran.
Namun laman web itu tidak mempunyai bukti cukup untuk menyokong spekulasi bahawa Korea Utara akan melakukan ujian peluru berpandu terbaharunya, KN-08, yang berpotensi mencapai jarak antara benua yang didedahkan buat pertama kalinya pada April lalu.
Blog itu berkata, gambar satelit menunjukkan terdapat tiga tangki simpanan minyak berkapasiti 439,100 liter dibina di tapak itu pada tahun lalu, tahap jauh lebih tinggi berbanding kapasiti ketika pelancaran roket Pyongyang, baru-baru ini.
Sementara itu, lebih 100 ribu tentera dan orang awam mengadakan perhimpunan besar-besaran di Pyongyang bagi meraikan kejayaan negara ini melancarkan ujian nuklear dan memuji 'keberanian' pemimpin Kim Jong-un, lapor Agensi Berita Pusat Korea (KCNA), hari ini.
Perhimpunan yang diadakan di Dataran Kim Il-sung, semalam itu dihadiri pegawai-pegawai tertinggi parti dan tentera, selain anggota polis serta pelajar.
Namun, Jong-un, pemimpin muda yang mengambil tampuk pemerintahan selepas kematian ayahnya Kim Jong-il pada Disember 2011, tidak menghadiri perhimpunan tersebut.
Data menunjukkan ujian nuklear Pyongyang yang dilancarkan pada Selasa lalu adalah lebih berkuasa daripada dua ujian sebelumnya. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130216/lu_02/Pyongyang-sedia-lancar-peluru-berpandu-pula#ixzz2L1JzDF4Y
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Friday, February 15, 2013

Korea Selatan umum miliki peluru berpandu baharu

Gambar yang dikeluarkan di Seoul, semalam merakamkan kejayaan Korea Selatan melancarkan sistem peluru berpandu jarak jauh terbaharunya dari sebuah kapal perang. - AFP
SEOUL 14 Feb. - Dua hari selepas Korea Utara menlancarkan ujian nuklearnya, Korea Selatan, hari ini pula mengumumkan memiliki peluru berpandu baru, yang mampu mengenai mana-mana sasaran di negara jirannya itu.
Kementerian Pertahanan Korea Selatan memberi satu taklimat khas kepada wartawan dan menyiarkan rakaman video yang memaparkan peluru berpandu itu, yang mampu dilancarkan dari kapal perang dan kapal selam.
''Dengan peluru berpandu ini, kami boleh menjadikan sebarang kemudahan, peralatan atau individu di Korea Utara sebagai sasaran pada bila-bila masa,'' kata jurucakap tentera Mejar Jeneral, Ryu Yong-jeo.
Jurucakap Kementerian Pertahanan Korea Selatan, Kim Min-seok berkata, peluru berpandu itu mempunyai ketepatan sehingga mampu mengenai tingkap tertentu di sesebuah bangunan.
''Peluru berpandu ini mempunyai kuasa pemusnah kuat dan boleh memusnahkan sebarang aktiviti di ibu pejabat musuh ketika perang,'' katanya.
Tentera Korea Selatan berada dalam keadaan bersiap sedia peringkat tinggi sejak Pyongyang pertama kali mengancam menjalani ujian nuklear.
Ujian nuklear Pyongyang, kelmarin merupakan yang ketiga selepas Korea Utara mengadakan ujian pada 2006 dan 2009.
Data seismik mencadangkan ujian nuklear itu lebih kuat berbanding ujian sebelumnya.
Korea Selatan, semalam mengumumkan bahawa negara ini akan mempercepatkan pembangunan peluru berpandu balisitik jarak jauh yang boleh mengenai sasaran di Korea Utara. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130215/lu_04/Korea-Selatan-umum-miliki-peluru-berpandu-baharu#ixzz2KyXwl4cE
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Thursday, February 14, 2013

Korea Selatan kukuh tentera



Korea Selatan kukuh tentera
Seoul mengarahkan tenteranya bersiap sedia selain menggerakkan pakar mengkaji semula ujian Seoul
SEOUL - Korea Selatan mengambil tindakan memperkukuhkan pasukan keselamatannya dan menggerakkan kumpulan saintis bertujuan menentukan sama ada ujian nuklear ketiga Pyongyang sama seperti dakwaan kejayaan oleh Korea Utara, semalam.

Letupan itu turut mencetuskan gerakan diplomatik global dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry mengadakan pertemuan dengan sekutu di Seoul, Beijing dan Tokyo.

Presiden AS, Barack Obama menggunakan kuasa Kesatuan Negeri bagi memastikan sekutunya itu meningkatkan amaran terhadap Pyongyang.

"Kerajaan Korea Utara perlu tahu, mereka hanya akan mendapat perlindungan dan kemakmuran jika mempunyai tanggungjawab politik," kata Obama.

Kelmarin, Korea Utara melancarkan ujian nuklear ketiganya di kawasan bawah tanah di timur laut negara yang didakwa sebagai langkah terbaru Pyongyang membina bom kecil yang mampu memusnahkan AS.

Menurut kementerian pertahanan Seoul, ujian berkenaan adalah tindak balas terhadap ancaman dikeluarkan AS dan Pyongyang dijangka enggan berhenti jika Washington masih melindungi musuhnya. - AFP

Wednesday, February 13, 2013

Pyongyang tunjuk degil



Seoul: Korea Utara berkata, ujian nuklear dijalankan semalam hanyalah langkah “pertama” dan memberi amaran, tindakan lebih keras bakal diambil jika negara itu berdepan sekatan lebih ketat.

Menurut kenyataan Kementerian Luar Korea Utara, langkah pertama itu diambil dengan amat berhati-hati. “Jika AS terus menyukarkan keadaan dengan meneruskan permusuhan, kami tidak ada pilihan kecuali bertindak lebih keras untuk pusingan kedua atau ketiga,” katanya.


Bagaimanapun, tiada butiran lanjut diberikan.

Kenyataan itu dikeluarkan hanya beberapa jam selepas ketua agensi perisikan Korea Selatan memberi amaran, Pyongyang mungkin menjalankan ujian nuklear atau peluru berpandu dalam tempoh beberapa hari atau minggu lagi. Semalam, Korea Utara berkata, ujian itu dijalankan dengan menyasarkan AS.


Pyongyang berkata, Washington menghasut komuniti antarabangsa mengecam program nuklearnya serta mengetuai usul sekatan di Majlis Keselamatan PBB. Kementerian Luar berkata, sebarang tindakan, termasuk pemeriksaan kapal secara paksa atau sekatan laut akan dianggap sebagai “tindakan perang” dan boleh mendorong “tindak balas tanpa perikemanusiaan.” Kata kementerian itu, AS perlu memilih antara meredakan ketegangan atau meneruskan dasar silapnya ketika ini dengan memusuhi Korea Utara serta meningkatkan ketegangan. Majlis Keselamatan PBB dijangka bertemu dalam sesi tergempar lewat malam tadi bagi membincangkan tindak balas terhadap ujian berkenaan. Di Pretoria, Afrika Selatan, Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov, menggesa Pyongyang melupakan program senjata nuklear dan kembali berunding selepas mereka mengingkari resolusi PBB dengan menjalankan ujian nuklear semalam. “Meningkatkan ketegangan ketenteraan di rantau itu sangat berbahaya,” katanya. - AFP

Tuesday, February 12, 2013

Cahaya Islam berkembang di Korea....

Alhamdulillah, rancangan ke Korea ini menjadi kenyataan apabia saya mula bermusafir dengan pesawat MH 67 ke Seoul dengan penerbangan yang mengambil masa selama 7 jam.

Saya selamat mendarat di awal pagi pada jam 6.45 pagi dan agak teruja dengan kedinginan suhu paginya yang mencecah 5’C di kala musim sejuk sebenar belum pun menjelang tiba.

Baca lagi :

http://zainurrashid.com/cahaya-islam-bersinar-di-korea-selatan/

Wednesday, January 23, 2013

Korea Utara bakal kena sekatan PBB

Unha-3Roket Unha-3 dilancarkan dari tapak pelancar di Cholsan, 12 Disember lalu. Foto: AFP
NEW YORK - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan mengenakan sekatan ke atas agensi angkasa Korea Utara mengikut resolusi yang akan diluluskan minggu ini.

Resolusi itu juga menyasarkan entiti kerajaan dan mana-mana individu yang terlibat dengan program senjata nuklear diusahakan Pyongyang.

Bagaimanapun, ia terlebih dahulu perlu mendapat kelulusan 15 anggota majlis tersebut.

Sumber diplomat memaklumkan resolusi tersebut turut mengutuk tindakan Korea Utara melancarkan roket jarak jauh, Unha-3 pada 12 Disember lalu.

Selain itu, sekatan baru tersebut juga akan menambah langkah sedia ada selepas Pyongyang didakwa melakukan ujian ke atas senjata nuklear pada tahun 2006 dan 2009.

Sebelum ini, Korea Utara sering kali menegaskan bahawa roket yang dilancarkan mereka tidak mengandungi peluru berpandu balistik jarak jauh, sebaliknya ia hanya membawa satelit pemantau. - AFP

Monday, December 24, 2012

Roket Korea Utara mampu cecah 10,000km



SEOUL - Pelancaran roket Korea Utara baru-baru ini menunjukkan ia berupaya mencapai jarak sehingga lebih 10,000 kilometer (km), kata jurucakap Korea Selatan.

Berdasarkan analisis serpihan roket, jarak itu mampu sampai sehingga ke barat Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanapun, sehingga kini masih tidak ada pengesahan daripada Korea Utara mempunyai teknologi sebegitu untuk melancarkan peluru berpandu.

Pakar percaya keupayaan Korea Utara juga ketinggalan beberapa tahun terutamanya untuk melancarkan bom nuklear pada peluru berpandu.

Korea Utara telah melancarkan roket Unha-3 pada 12 Disember lalu.

Pelancaran itu merupakan kejayaan pertama Korea Utara menggunakan roket tiga peringkat untuk meletakkan satelit ke orbit.

Pemerhati berkata, tindakan itu menandakan Korea Utara kini berada satu langkah ke arah untuk meletakkan peluru berpandu pelbagai balistik antara benua.

"Hasil analisis bahan Unha-3 (roket Korea Utara) mendapati Korea Utara telah bersiap sedia menghadapi pelbagai kemungkinan lebih daripada 10,000km sekiranya peledak adalah 500-600 kilogram (kg)," kata jurucakap Kementerian Pertahanan Korea Selatan kepada wartawan.

Thursday, December 20, 2012

Geun-hye presiden wanita pertama Korea



20 Disember 2012
Park Geun-hye
Park Geun-hye
SEOUL - Park Geun-hye muncul sebagai wanita pertama memenangi jawatan Presiden Korea Selatan dan bertekad untuk memulihkan ekonomi negara Asia itu.

Geun-hye, anak bekas presiden Park Chung-hee menewaskan Moon Jae-in.

Geun-hye setakat ini dilaporkan memperoleh 50.1 peratus undi manakala Jae-in menerima 48.9 peratus.

Jae-in telah mengaku kalah dalam pemilihan.

"Kemenangan ini disumbangkan oleh rakyat yang mahukan pemulihan ekonomi dan krisis," kata Geun-hye yang berusia 60 tahun di sini semalam.

Saturday, August 13, 2011

Tentera laut Korea Selatan selamatkan nelayan Korea Utara

SEOUL: Tentera laut Korea Selatan menyelamatkan sekumpulan nelayan Korea Utara selepas dua bot menangkap ikan ditemui karam berdekatan sempadan Laut Kuning, lapor jurucakap ketenteraan.

Usaha menyelamat itu dijalankan semalam sehari selepas Korea Selatan bertindak terhadap dakwaan kegiatan menangkap ikan di sempadan dengan melepaskan tembakan amaran.
Korea Selatan menyoal empat warga Korea Utara selepas mereka diselamatkan dari dua bot menangkap ikan di Pulau Baengnyeong dekat sempadan. - AFP, bharian

Thursday, May 5, 2011

Pyongyang tahan 200,000 orang



LONDON 4 Mei - Korea Utara didakwa memenjarakan kira-kira 200,000 tahanan di dalam sebuah kem penjara politik besar di mana banduan dipaksa melakukan kerja-kerja berat, dilayan seperti hamba dan sering diseksa.
Dakwaan tersebut dikemukakan kumpulan hak Amnesty International semalam, yang baru-baru ini turut mengeluarkan imej empat daripada enam kem tersebut yang terletak di kawasan hutan di wilayah Pyongan Selatan, Hamkyung Selatan dan Hamkyung Utara.
Jelas kumpulan tersebut, perbandingan antara imej satelit pada 2001 dan sejak ia beroperasi pada 1950-an, menunjukkan kem tersebut semakin luas.
Amnesty International berkata, keterangan yang diperolehi daripada bekas tahanan yang dipenjarakan di kem Yodok itu serta pengawal keselamatan mendedahkan, tahanan menerima layanan buruk dan tinggal dalam keadaan menakutkan.
Bekas tahanan kem Yodok mendakwa, mereka dipaksa bekerja seperti hamba, sering diseksa serta menerima layanan buruk dan tidak berperikemanusiaan.
Jelasnya, semua tahanan di Yodok juga pernah menyaksikan hukuman bunuh secara terbuka dijalankan.
Kumpulan itu berkata, tahanan juga sering menghadapi kekurangan makanan sehingga terpaksa makan tikus atau sisa makanan haiwan seperti tongkol jagung.
Sehubungan itu, Amnesty International meminta Korea Utara menutup semua kem tahanan politik dan membebaskan tahanan. - Reuters