Tuesday, March 8, 2011

Kahwin 29 wanita

SH


BESUT - Umurnya kini sudah menjangkau 90 tahun, dan sekali imbas, tiada apa-apa istimewa mengenai warga emas ini. Namun, bila dia membuka cerita pernah berkahwin dengan 29 wanita, nyata dia bukan calang-calang orang.

Abdullah Awang Besar, 90, atau lebih mesra dengan panggilan Ayah Loh memberitahu, dia berkahwin pertama kali ketika berusia 14 tahun, selepas sebulah berkhatan.

Sejak itu, berkali-kali lagi Ayah Loh bertemu jodoh, menggenggam tangan kadi dan naik pelamin, hinggalah mencecah angka 29.

Dia mula ‘rancak’ berkahwin ketika umur 40 hingga 50 tahun, dan ketika itu kebanyakan isterinya adalah anak dara sunti berusia 20-an.

Hasil perkahwinannya sebanyak 29 kali, Ayah Loh dikurniakan tujuh anak, dua daripadanya sudah meninggal dunia.

“Kalau ikutkan hati memang mahu kahwin lagi. Tetapi tidak terdaya kerana sudah tua sangat,” luah warga emas, Abdullah Awang Besar, 90, yang pernah berkahwin dengan 29 wanita.

Penghuni Pondok Agama (Pondok Paku) itu memberitahu, dia melangsungkan pernikahan dengan isteri pertama ketika berusia 14 tahun, selepas sebulan berkhatan.

Dia yang lebih mesra dengan panggilan Ayah Loh atau Pak Ngah Dollah mula memasuki pondok itu kira-kira lima tahun lalu, tidak lama selepas berpisah dengan isteri terakhirnya, dari Seberang Jertih.

“Dahulu mas kahwin murah biasanya sekitar RM52 sahaja untuk kahwin dengan anak dara. Biasanya bila bercerai baru saya berkahwin lain.

“Tetapi pernah juga saya ada tiga isteri sekali gus, memandangkan isteri tua tidak mahu berpisah. Namun, akhirnya semua bercerai,” katanya yang masih sihat tanpa menghidap sebarang penyakit, malah penglihatannya juga jelas dan tidak menghadapi masalah pendengaran.

Menurutnya, walaupun berkahwin ramai, tetapi dia hanya memperoleh tujuh cahaya mata. Dua daripadanya, hasil perkongsian hidup dengan isteri pertama, sudah meninggal dunia hasil. Isterinya pertamanya, Habsah Abdullah juga telah meninggal dunia.

Abdullah berkata, kebanyakannya dia berkahwin untuk tempoh sebulan hingga setahun, bergantung terhadap perangai isterinya, malah dia pernah berkahwin tiga kali dalam setahun.

“Sekarang empat anak saya menetap di Kuantan, Pahang dan yang sulung tinggal di Kampung Telaga Nibong, Besut,” katanya yang pernah bekerja sebagai pekerja biji timah dengan sebuah syarikat Inggeris di Sungai Lembing, Kuantan, Pahang pada 1 Januari 1951.

Menurutnya, dia rancak berkahwin silih berganti ketika usianya mencecah 40 hingga 50 tahun, dan sebahagian besar isteri yangnya adalah anak dara berusia bawah 20 tahun.

“Dahulu Ayah Loh nakal sikit. Hendak buat macam mana, kadang kala orang gilakan Ayah Loh. Malah kalau ada yang berkenan, Ayah Loh akan pergi minta dengan keluarga perempuan itu dan pasti tidak ditolak,” ceritanya cuba menyembunyikan ilmu yang penuh di dadanya.

Malah katanya, ada dalam kalangan wanita yang pernah dikahwininya sanggup menawarkan diri tidur bersama madu dalam satu kelambu, tetapi ditolaknya kerana bertentangan dengan agama.

Boom! Semua bertempiaran lari


RAS LANUF (Libya): Pemberontak Libya mencari perlindungan apabila sebutir bom yang dilepaskan oleh pesawat tentera udara meletup berhampiran satu pusat pemeriksaan di pinggir bandar pengeluar minyak utama, Ras Lanuf, semalam.
Dalam satu pertempuran yang terburuk kelmarin, PBB menggesa agar mereka dibenarkan menyelamatkan puluhan orang yang 'cedera dan hampir maut' di bandar Misrata di barat.Seorang doktor di Misrata berkata 21 orang, termasuk seorang kanak-kanak berusia dua setengah tahun, terkorban dalam pertempuran kelmarin dan 91 orang cedera.Penduduk yang dihubungi kelmarin berkata mereka bimbang akan berlaku satu 'pembunuhan beramai-ramai' jika masyarakat dunia tidak campur tangan. -- Foto AFPCyberita Online

AS hadapi tekanan hantar senjata ke Libya



KURANG KELENGKAPAN SENJATA: Kumpulan pemberontak yang kekurangan senjata dan tidak tersusun cuba membalas serangan pasukan penyokong pemimpin Libya, Encik Muammar Gaddafi, di bandar Bin-Jawad, di timur negara itu, kelmarin. -- Foto AP

Obama bertegas semua pilihan masih ditimbang


WASHINGTON: Pentadbiran Presiden Barack Obama menghadapi tekanan yang semakin meningkat agar ia memberi kelengkapan senjata kepada pemberontak Libya bagi melawan pasukan tentera yang semakin berani dan bersepadu, di tengah-tengah dakwaan bahawa Washington terlepas beberapa peluang menyingkirkan pemimpin Libya, Encik Muammar Gaddafi.
Pemimpin Amerika Syarikat itu bertegas berkata semua pilihan yang boleh diambil, termasuk tindakan ketenteraan, masih ditimbangkan ke atas Libya.Pasukan-pasukan Encik Gaddafi melancarkan serangan udara berdarah ke atas pemberontak dan orang awam bagi menamatkan pemberontakan yang dikhuatiri telah membunuh ribuan orang itu.Pendapat di kalangan penggubal undang-undang Amerika dan bekas pegawai kelihatan bertumpu kepada kemungkinan membekalkan senjata kepada pemberontak sebagai satu jalan penyelesaian.'Saya andaikan bahawa banyak senjata akhirnya akan sampai ke sana (kepada pemberontak di Libya) dengan apa cara sekalipun dalam beberapa minggu ini,' kata Pengerusi Jawatankuasa Hubungan Luar Senat, Encik John Kerry, daripada Parti Demokrat Encik Obama, kepada penyiar CBS kelmarin.Seorang bekas gabenor New Mexico, Encik Bill Richardson, yang juga seorang bekas duta Amerika ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu (PBB), turut berkata sudah tiba masanya 'melengkapi pemberontak dengan senjata secara senyap' dan melaksanakan zon larangan terbang ke atas Libya.Seorang penasihat keselamatan negara kepada bekas Presiden George W. Bush, Encik Stephen Hadley, berkata Washington harus melihat kemungkinan membekalkan senjata kepada pembangkang.Seorang jurucakap Pentagon, Kolonel David Lapan, enggan mengesahkan sebarang rancangan menghantar senjata. Beliau hanya memberitahu AFP bahawa 'semua pilihan sedang ditimbangkan'.Menurut akhbar The New York Times, pilihan-pilihan ini boleh termasuk penggunaan pesawat penyesak isyarat di ruang udara antarabangsa bagi mencelarukan hubungan pemerintah Libya dengan unit-unit tentera.Satu lagi taktik ialah menjatuhkan senjata dan bekalan dari udara kepada pemberontak, kata laporan itu.Pilihan lain yang ditimbangkan ialah menghantar pasukan-pasukan khas kecil bagi membantu pemberontak, seperti yang dilakukan di Afghanistan bagi menumpaskan Taleban, kata akhbar itu.Seorang bekas ahli rejim Tripoli mengadu bahawa Washington telah terlepas satu peluang penting bagi menamatkan cengkaman kuasa Encik Gaddafi yang sudah empat dekad itu.'Kami meminta bantuan mereka ketika Encik Gaddafi di satu peringkat genting,' kata mantan Menteri Imigresen Libya, Encik Ali Errishi, yang meletak jawatan sejurus selepas pemberontakan itu bermula bersama beberapa lagi penyokong kuat Encik Gaddafi dan pegawai tentera.'Mereka berlengah-lengah, saya tidak tahu mengapa,' tambahnya.Pemberontak telah menguasai sebahagian besar timur Libya tetapi pasukan penyokong Encik Gaddafi yang lengkap bersenjata menyerang balas kumpulan-kumpulan kecil pemberontak yang kurang tersusun itu yang sering kali hanya dilengkapi senapang AK-47 sahaja. -- AFP.

Nik Aziz mahu jumpa mufti Perak

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menghantar surat rasmi menyatakan hasrat mahu bertemu dengan mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Surat yang dihantar pagi tadi itu antara lain mahu mufti Perak itu menjelaskan kenyataannya sebelum ini yang mendakwa Nik Aziz yzng juga menteri besar Kelantan, pernah berkata 'undi PAS masuk syurga'.

Harussani ZakariaTulisan mufti itu disiarkan oleh akhbar Mingguan Malaysia 6 Mac lalu, iaitu hari pengundian bagi pilihan raya kecil dewan undangan negeri Kerdau dan Merlimau.

"Hari ini saya telah menghantar surat rasmi kepada sohibus samahah Tan Sri Harussani, mufti Perak memohon penjelasan di atas tulisan beliau di dalam Mingguan Malaysia 6 Mac 2011.

"Saya memohon supaya beliau menjelaskan bilakah saya menyatakan bahawa undi PAS masuk syurga," katanya melalui Facebook hari ini.

Kedua-dua tokoh itu sering bercanggah pendapat berhubung isu agama dan jika pertemuan yang dicadangkan itu menjadi kenyataan, ini adalah kali pertama berlaku mereka akan duduk semeja.
Beri respon
"Semoga beliau memberikan respon,"kata Nik Aziz lagi.

Semalam, Dewan Pemuda PAS Perak juga telah menghantar surat jemputan kepada Harussani berhubung perkara yang sama.

Mereka menawarkan diri untuk menjadi orang tengah bagi menjayakan pertemuan tersebut.

Menurut Pemuda PAS Perak, sudah tiba masanya untuk kedua-dua tokoh itu bersemuka dengan cara yang lebih terhormat dan beradab bagi menjernihkan keadaan dan menyelesaikan kemelut yang hanya merugikan umat Islam.

NONEMereka berpendapat, dengan menghormati ilmu Harussani, pihaknya merasakan kaedah itu adalah yang terbaik bagi menidakkan semua pandangan yang telah dikemukakan secara terbuka.

Pemuda PAS Perak juga sebelum ini antara yang tidak senang dengan beberapa pandangan mufti itu khususnya dalam isu ancak membabitkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd Kadir. Malaysiakini

Anwar: Mahathir terdesak, cuba lindungi anaknya



Mac 8, 11 4:40pm

Tuduhan-tuduhan yang dilontar oleh Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam buku 'A Doctor in the House' atau 'Doktor Dalam Rumah' adalah untuk menutup penyelewengan semasa pemerintahan mantan perdana menteri itu dan demi menjamin masa depan politik anaknya, Muhkriz, kata ketua pembangkang itu.

NONE“Sebenarnya apa yang saya lihat ialah ketakutan dia (Mahathir) terhadap perubahan kerana kezaliman yang berlaku semasa pemerintahannya seperti yang didedahkan dalam buku Barry Wain:Malaysia Maverick. Beliau menghabiskan RM100 bilion lebih (duit rakyat), kata Anwar.

"Mahathir juga mahu menjamin masa depan anaknya seperti yang dilakukan oleh Hosni Mubarak terhadap anaknya Gamal. Dia mahu menjamin anaknya dalam golongan terulung di negara. Ini yang menjadi pertimbangan dia," kata Anwar kepada TVSelangor.

Dalam buku mengenai kisah hidupnya itu, Mahathir sekali lagi mengulangi dakwaan fitnah perlakuan moral Anwar.

Katanya, beliau tidak terkejut dengan pusingan terbaru tuduhan liar oleh Mahathir dan menegaskan bahawa masyarakat celik terhadap motif Mahathir untuk terus menyerang beliau.

Ketuan umum PKR itu berkata pembohongan Mahathir terserlah dalam buku Doktor Dalam Rumah, khususnya apabila mendakwa beliau (Anwar) tidak menafikan tuduhan liwat terhadapnya apabila perkara itu dibincangkan pada mesyuarat Majlis Tertinggi Umno sebelum dia di pecat dari parti.

azlan"Nyata satu lagi pembohongan jahat ialah Mahathir mendakwa kononnya saya mengaku (tuduhan) dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno. Saya tidak akan terkejut sekiranya kuncu-kuncu Umno akan mengesahkan (demikian),” kata Anwar.

"Tetapi kita ada rakaman mesyuarat itu. Sepertimana yang saya ingat, perjalanan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno itu telah bocor dan tidak ada sama sekali pengakuan saya kononnya mengesahkan tuduhan.” kata Anwar.

Meskipun sering mendakwa Anwar kononnya mengamalkan seks liar, Mahathir tidak sekali pun menghadirkan diri di mahkamah untuk memberi keterangan pada perbicaraan Anwar pada tahun 1998, walaupun atas desakan peguambela mantan timbalan perdana menteri itu.

NONESebaliknya Mahathir memilih untuk terus melontarkan tuduhan-tuduhan itu di luar mahkamah, dan di atas kedudukannya sebagai perdana menteri ketika itu.

Selepas berundur dari jawatan itu, Mahathir meneruskan serangan ke atas Anwar dengan sokongan pemimpin-pemimpin Umno yang melihat ketua pembangkang itu sebagai musuh utama parti mereka yang harus ditumpaskan.
Mahathir memuatkan 20 halaman dalam memoirnya mengenai bagaimana beliau mendapat tahu tentang dakwaan kisah seks Anwar dengan lelaki dan wanita, yang membawa kepada pemecatannya pada 1998.

Ia diceritakan di bawah bab bertajuk 'Anwar's Challenge' dalam memoir setebal 800 halaman itu. 

Antaranya, Mahathir menceritakan bagaimana beliau menemubual empat gadis yang memberitahunya bagaimana mereka dipujuk untuk bertemu seorang yang sangat berpengaruh, oleh seorang lelaki India yang mereka kenali sebagai Nalla.

Katanya, lelaki itu telah membawa setiap gadis itu secara berasingan ke sebuah rumah di Kenny Hills. Di situ mereka bertemu seorang yang mereka dikenalpasti sebagai timbalan perdana menteri. Mereka diminta menanggalkan pakaian untuk mengadakan hubungan seks.

Kedua-dua mereka, tulisnya lagi, enggan berbuat demikian tetapi yang dua lagi bersetuju. Mereka bersedia bercakap dengan polis dan dengan beliau, tetapi berkeras tidak mahu memberi keterangan di mahkamah.

Budak mati tersepit

Utusan Malaysia Online



Inilah meja lipat yang menjadi punca kematian Siti Nor Haiza Habibu Rahman (gambar kecil) di Johor Bahru, kelmarin.


JOHOR BAHRU 7 Mac - Bagi budak berusia empat tahun, apa sahaja objek boleh menjadi barang mainan.
Begitu jugalah bagi Siti Nor Haiza Habibu Rahman yang menjumpai sebuah meja lipat usang di luar rumahnya.
Bagaimanapun malang tidak berbau, kelekaan bermain dengan 'barang mainan' itu mengundang tragedi apabila lehernya tersepit pada meja tersebut.
Mayat mangsa ditemui abangnya di luar rumah mereka di Taman Damai Senai, dekat sini semalam.
Kejadian dipercayai berlaku pada pukul 3.30 petang ketika Siti Nor Haiza bermain seorang diri.
Ibunya, Jumaliah Amran, 37, berkata, dia hanya menyedari kejadian malang itu selepas dimaklumkan oleh anak lelakinya yang baru pulang bermain bola.
"Semasa itu, saya sedang tidur dan terkejut apabila diberitahu mengenainya. Saya bergegas keluar dan alangkah sedihnya apabila melihat Siti dalam keadaan badannya kebiruan dengan anak matanya memandang ke atas.
"Saya terus mengangkat dan membawanya ke hospital untuk rawatan, namun sudah terlambat kerana dia sudah pun meninggal dunia," katanya ketika ditemui di rumahnya dekat sini hari ini.
Jumaliah yang berasal dari Sabah memberitahu, dia telah membuang meja berkenaan di belakang rumah tetapi anak-anaknya mengambilnya semula untuk bermain.
"Tanpa saya sedar Siti pula bermain meja itu seorang diri sehingga meragut nyawanya," ujarnya.
Menurutnya, dia terkilan kerana tidak memenuhi permintaan Siti Nor Haiza yang inginkan permainan ketika mereka ke kedai runcit berhampiran rumah beberapa hari lalu.
"Dia merengek minta saya belikan permainan itu tetapi saya tidak belikan kerana ingin hadiahkan dia permainan yang lain. Saya terkilan kerana tidak dapat memenuhi permintaan terakhirnya," ujarnya.
Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Supritendan Zulkefly Yahya ketika dihubungi hari ini mengesahkan kes itu dan berkata, siasatan mendapati tiada unsur jenayah dan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.
"Mangsa telah dibawa ke Hospital Kulai dan disahkan meninggal dunia oleh doktor yang bertugas," jelasnya.

Bukan bermotif politik

Utusan Malaysia Online



ABU Bakar Bashir dikawal ketat oleh polis anti-pengganas semasa dibawa ke mahkamah di Jakarta, semalam. - REUTERS


JAKARTA 7 Mac - Pendakwa raya di Mahkamah Daerah Jakarta Selatan hari ini menolak hujah bantahan awal guru agama radikal Indonesia, Abu Bakar Bashir yang menyatakan dakwaan ke atasnya bermotifkan politik.
Pendakwa raya Muhammad Taufik berkata, mereka menolak hujah bantahan yang menyatakan dakwaan yang dibuat Abu Bakar mempunyai kaitan dengan negara asing.
"Pendakwaan dibuat atas kebimbangan jenayah pengganas dan tidak bermotifkan politik," katanya.
Dalam perbicaraan mahkamah Khamis lalu, Abu Bakar mengecam Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya atas 'cubaan tidak henti-henti' mereka untuk menyabitkannya bersalah dalam kegiatan pengganas.
Dengan membaca kenyataan bantahan awalnya, Abu Bakar memberitahu AS adalah dalang di sebalik tiga perbicaraannya dalam tempoh lapan tahun.
"Ketika saya kembali dari lawatan ke Malaysia, Firaun AS menuduh saya menjadi pemimpin al-Qaeda yang patut dihapuskan dari Indonesia," katanya semasa membacakan kenyataan setebal 90 halaman itu.
Dia kini berhadapan dengan dakwaan mengetuai dan membiayai kem latihan separa tentera di Aceh.
Sementara itu, Munarman, peguam kepada Abu Bakar berang selepas pendakwa raya menyifatkannya sebagai tidak sopan ekoran kenyataan yang dibuatnya minggu lalu tentang Dulmatin, pembuat bom terkenal yang dikehendaki atas serangan Bali 2002.
"Sudahkah polis dan pendakwa raya menyoal siasat Dulmatin dari dalam kubur," kata Munarman.
Beliau turut mempersoalkan bagaimana pendakwa raya boleh membuat kesimpulan daripada hasil perbualan kerana pertemuan itu dibuat secara bertentangan mata. Dulmatin dibunuh dalam serbuan polis tahun lalu.
Penyokong Bashir mengikuti perbicaraan itu melalui skrin televisyen besar yang dibina di luar mahkamah sambil memekik 'Pendakwa raya yang memalukan, anda tidak beragama'.
Abu Bakar hari ini turut memberitahu Hakim Herri Swantoro bahawa kem latihan separa tentera di Aceh dibina atas syariat Islam. - AGENSI

Parlimen: 4,118 kes bunuh diri dari 2001 hingga 2010

Utusan Malaysia Online


08/03/2011 7:38pm

KUALA LUMPUR 8 Mac – Sebanyak 4,118 kes bunuh diri dilaporkan sejak 2001 sehingga 2010, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Beliau berkata, antara faktor yang sering dikaitkan dengan kes bunuh diri yang dikategorikan sebagai kes mati mengejut ialah tekanan perasaan akibat kegagalan dalam hidup, masalah keluarga dan kematian orang tersayang.
"Faktor lain ialah mengalami penyakit jiwa seperti kemurungan dan trauma, terlibat dengan jenayah (bagi mengelak hukuman), terlibat dengan dadah dan menghidap penyakit yang tidak dapat dirawat,” katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Sim Tong Him (DAP-Kota Melaka) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.
Tong Him ingin tahu jumlah kes membunuh diri dari tahun 2001 hingga 2010 dan punca kejadian serta badan bukan kerajaan (NGO) yang berusaha untuk mencegah kejadian tersebut.
Hishammuddin berkata, masalah kewangan yang kritikal seperti menanggung hutang yang banyak dan terlibat dengan judi juga merupakan penyebab individu membunuh diri.
Beliau berkata, terdapat beberapa NGO yang berusaha menangani dan mencegah kejadian bunuh diri.
"Usaha ini dilakukan melalui program seperti khidmat kaunseling, ceramah, bengkel dan seminar mengenai kemahiran kaunseling dan pencegahan bunuh diri serta kempen kesedaran mengenai kesihatan mental,” katanya. – Bernama

Masih sah suami isteri

myMetro

BERTANYA SESUATU...Benjy bersama isteri dan ibu, Azean di luar mahkamah, semalam.
BERTANYA SESUATU...Benjy bersama isteri dan ibu, Azean di luar mahkamah, semalam.

KUALA LUMPUR: Lafaz “I’m rujuking”, oleh dramatis Benjy terhadap isterinya, mengesahkan pasangan itu masih suami isteri selepas dia menceraikan isterinya itu dengan talak satu pada hari yang sama, tiga tahun lalu.
Hakim Syarie Khairul Azwadi Mohamed Noor membuat keputusan itu selepas bertemu kedua-dua pihak di dalam kamarnya di Mahkamah Rendah Syariah, semalam.

Peguam syarie Hazirah Othman yang mewakili Safiya atau nama penuhnya Safiya Stephance Kar-Leng Lee, 28, ketika ditemui media memberitahu, mahkamah terdahulu mengesahkan lafaz cerai talak rajie Benjy atau nama penuhnya Khaeryll Benjamin Ibrahim.

“Cerai yang berbunyi “Aku ceraikan kau satu talak,” dilafazkan pada jam 9 pagi, 7 Julai 2008 terhadap isterinya Safiya di rumah mereka di Menara Duta Mas disaksikan seorang saksi.

“Bagaimanapun, mahkamah turut mengesahkan lafaz rujuk “I’m rujuking” yang dilafazkan Benjy terhadap isterinya itu pada jam 10 malam pada hari sama.


Katanya, lafaz rujuk yang dilafazkan Benjy itu sah kerana Safiya masih dalam tempoh edah serta pihak terbabit turut bersetuju dengan fakta walaupun terdapat beberapa pindaan dan mahkamah memutuskan mereka masih sah suami isteri.

Sejurus prosiding selesai Benjy terus dibawa meninggalkan mahkamah oleh polis dan Safiya dilihat berbual mesra dengan ibu mentuanya seniwati Azean Irdawaty di luar mahkamah.
Safiya memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai dan rujuk itu pada 7 Februari 2011 di mahkamah menamakan Benjy sebagai defendan.

Saya tak halalkan: Nik Aziz



Oleh Norliza Wasilan

2011/03/08

UMNO dianggap bertanding sebagai kerajaan bukan parti

KOTA BHARU: Meskipun akur dengan keputusan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan Kerdau, namun Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat menganggap pilihan raya itu sebagai tidak adil apabila mendakwa UMNO tidak bertanding sebagai sebuah parti, tetapi kerajaan.

Berikutan itu, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, beliau sebagai pemimpin PAS tidak menghalalkan dunia akhirat kepada mana-mana menteri yang menyalahgunakan kuasa demokrasi ketika kempen pilihan raya berkenaan berlangsung.
“PAS sepatutnya lawan UMNO sebagai parti tetapi yang berlawan sekarang ialah parti dan kerajaan (merujuk UMNO dan Barisan Nasional), segala televisyen, projek dan radio berpihak sebelah pihak, ini bukan adil, ini berdosa dunia akhirat.
“Saya sebagai pemimpin PAS tidak halal pada mana-mana menteri, mana-mana kuasa menyalahgunakan kuasa demokrasi, saya tak halal dunia akhirat,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Keputusan pilihan raya kecil DUN Kerdau kelmarin menyaksikan calon Barisan Nasional (BN), Syed Ibrahim Syed Ahmad menewaskan calon PAS, Hassanuddin Salim dengan majoriti 2,724 apabila memperoleh 5,060 undi berbanding lawannya dengan 2,336 undi.

Bagi pilihan raya kecil DUN Merlimau, calon BN iaitu Roslan Ahmad menewaskan calon PAS, Yuhaizad Abdullah dengan majoriti 3,643 apabila memperoleh 5,962 undi berbanding lawannya dengan 2,319 undi.

Ditanya mengenai kekalahan PAS di kawasan orang Melayu pada pilihan raya kecil itu, Nik Aziz menegaskan, tidak kira sama ada kawasan itu majoriti Melayu atau sebaliknya, tetapi apa yang penting ialah sebuah parti harus bertanding sebagai parti, bukannya kerajaan.
“Saya tak kira (kawasan) Melayu atau apa, saya kira adil atau tidak sebuah parti melawan sebuah kerajaan... mana boleh, biar tunjuk gentleman.

“Keputusan itu terimalah ia sebagai keputusan... tengok berita kelmarin, ada seorang UMNO masuk PAS kemudian tukar jadi UMNO semula sebab mendapat tekanan, saya dapat laporan macam-macam tekanan berlaku, mana ada (dalam) demokrasi (menggunakan) tekanan, macam rakyat ini belum akil baligh, macam budak, kena tekan dan bagi projek,” katanya.
Berita Harian Online | Saya tak halalkan: Nik Aziz

Bekas Presiden Perancis dibicara kes rasuah




JACQUES Chirac tiba di pejabatnya di Paris, Perancis semalam.


PARIS - Perbicaraan kes rasuah melibatkan bekas Presiden Perancis, Jacques Chirac bersama sembilan defendan lain bermula di sebuah mahkamah di sini semalam.
Chirac, 78, merupakan ketua negara Perancis pertama yang dihadapkan ke mahkamah sejak pemimpin Perancis era Perang Dunia Kedua, Marshal Philippe Pétain dihukum penjara seumur hidup.
Beliau didakwa terbabit dalam beberapa penyelewengan dan salah guna kuasa semasa menjadi Datuk Bandar Paris sebelum memegang jawatan Presiden Perancis pada 1995 hingga 2007.
Kes tersebut membabitkan Chirac mendalangi satu komplot supaya Dewan Bandar Raya Paris membuat pembayaran yang menguntungkan parti politik pimpinannya semasa beliau memegang jawatan datuk bandar.
Pemimpin tersebut yang menyebelahi bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) George Bush untuk menyerang Iraq berkemungkinan besar tidak dihukum penjara tetapi pada dasarnya, Chirac boleh dipenjara 10 tahun dan didenda $210,000 (RM635,884) sekiranya didapati bersalah.
Pemimpin veteran itu dijangka hadir di mahkamah berkenaan hari ini dengan perbicaraan kes tersebut diramalkan mengambil masa selama sebulan. - AgensiKosmo! Online - Dunia

Karnival Rio disertai model terkenal




SEBUAH kenderaan berhias daripada sekolah samba Vila Isabel menyertai karnival Rio de Janeiro, Brazil kelmarin.


RIO DE JANEIRO - Perarakan yang terkenal di seluruh dunia, Karnival Rio bermula kelmarin dengan pertunjukan bunga api dan sorakan peminat-peminat yang berpesta di jalanan selama dua hari.
Perarakan itu menampilkan penari-penari yang berpakaian hampir bogel, kereta-kereta berhias yang luar biasa dan watak-watak tambahan yang berjumlah ribuan orang serta 70,000 penonton di sebuah stadium selain disiarkan menerusi saluran televisyen antarabangsa.
Hanya 12 buah sekolah samba yang berada dalam senarai tangga teratas dibenarkan menyertai Karnival Rio itu.
Setiap sekolah perlu membuat persiapan berbulan-bulan dan melibatkan kos sehingga AS$5 juta (RM15 juta).
Juara sekolah samba dipilih berdasarkan koreografi, muzik, tarian dan kreativiti persembahan.
Kemenangan dalam pesta itu umpama menjadi juara dalam pertandingan bola sepak.
Secara keseluruhan, pertandingan itu mempamerkan imej-imej yang sinonim dengan Brazil seperti seksi, masyarakat yang pelbagai budaya dan semangat berpesta yang sangat membara.
Model terkenal dari Brazil, Gisele Bundchen berusia 30 tahun turut menyertai perarakan tersebut dan dia menari di atas sebuah kenderaan berhias dengan memakai pakaian singkat.
Pelakon terkenal, Pamela Anderson turut menyaksikan perarakan karnival itu. - AgensiKosmo! Online - Dunia

Kura-kura dua kepala dipamer


BENTUK belakang seekor kura-kura yang mempunyai dua kepala yang dipamerkan di Zilina, Slovakia semalam.


ZILINA, Slovakia - Seekor kura-kura kecil daripada spesiesGeochelone sulcata yang mempunyai dua kepala dan lima kaki dipamerkan di Zilina, Slovakia semalam.

Kura-kura yang berusia tujuh minggu itu dilahirkan di Slovakia dan diberi dua nama, Magda untuk kepala kiri dan Lenka untuk kepala kanan. - ReutersKosmo! Online - Dunia

Mati muda akibat obes




KAKITANGAN Hospital Kuala Lumpur (HKL) menguruskan mayat Ang Kok Fei semalam.


KUALA LUMPUR – Sejak lapan tahun lalu, anak muda ini yang menjalankan perniagaan telefon bimbit di Jalan Chow Kit di sini menghadapi masalah memiliki selera makan yang melampau.
Dia lazimnya mengambil apa saja makanan terutama nasi dan pelbagai jenis daging, empat atau lima kali sehari dan dalam jumlah yang banyak pula.
Akibatnya, ketika usia mencecah 28 tahun, dia menghadapi masalah obesiti apabila mempunyai berat badan 257 kilogram (kg) sekali gus mengundang pelbagai masalah kesihatan.
Dia kerap mengadu sesak nafas dan pada 3 Mac lalu, dia terpaksa dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini untuk menjalani rawatan akibat masalah yang sama.
Namun segala-galanya berakhir pada pukul 4 pagi semalam apabila Ang Kok Fei meninggal dunia akibat serangan sakit jantung.
Abangnya yang dikenali sebagai Fook Wong, 40, berkata, kematian adiknya itu amat mengejutkan dia dan ahli keluarga yang lain.Kosmo! Online - Negara