Tuesday, April 2, 2013

Khatib masjid dibunuh




2 April 2013
Khatib masjid dibunuh
Polis tempatan dan orang awam melihat sisa serangan di bandar Fallujah, Baghdad
BAGHDAD - Seramai tujuh orang termasuk katib sebuah masjid dilaporkan terbunuh dalam siri serangan berasingan membabitkan beberapa lokasi dalam Baghdad termasuk di barat bandar Fallujah, Iraq, kelmarin.

Menurut pegawai, sekumpulan penyerang bersenjata menembak mati khatib Masjid Al-Baraa, Sheikh Talib Zuwayid bersama anak saudara lelaki di pekarangan kedai manisan dan beberapa orang awam lain di ibu negara.

Jurucakap pegawai kesihatan mengesahkan kematian tujuh mangsa termasuk Zuwayid dan memberitahu seorang daripada mereka cedera parah.

Sementara itu, penduduk tempatan memberitahu serangan terhadap Zuwayid berkemungkinan disebabkan peranannya dalam menguruskan minggu bantahan Sunni terhadap kerajaan Syiah lebih tiga bulan lalu.

Pihak polis bagaimanapun berkata, motif serangan itu masih belum diketahui dan enggan mengaitkannya dengan protes tersebut.

Dalam serangan berlainan, sebuah masjid pengikut Syiah di selatan Iraq dibom mengakibatkan seramai enam orang cedera. - Al-Jazeera

Polis tempatan dan orang awam melihat sisa serangan di bandar Fallujah, Baghdad.

MACAM NI KE YANG UMNO DOK KATA NAK PEJUANGKAN MELAYU DAN AGAMA ISLAM...? KAHKAHKAHKAH....

...

Jumaat,30 NOV 2012

Exco Pemuda Umno Ni Cakap 'Allah Pilih Umno Untuk Diberi Kuasa Dan Amanah' Tapi Lihat Gambar Ni...

"Allah pilih UMNO untuk diberi kuasa dan amanah"- Dato Seri Reezal Merican Naina Merican- Ketua penerangan pemuda Umno- PAU 2012,- @PWTC- 29 Nov 2012.

hutang negara lebib 500 billion....rakyat juga yang tanggung....

Tak dak nama lain ke nak bubuh?....

ganaih nya geng umno

Dompok: IC baru bagi rakyat tulen Sabah boleh dilaksana




1 April 2013
Bernard Dompok
Bernard Dompok
PENAMPANG - Cadangan tiga parti Kadazandusun Murut agar kad pengenalan (KP) diambil kembali dan dikeluarkan semula hanya kepada rakyat Malaysia tulen di Sabah bukan sesuatu yang mustahil untuk dilaksanakan, kata presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) Tan Sri Bernard Dompok.

Bagaimanapun beliau mengaku pelaksanaan cadangan itu akan melibatkan banyak kesulitan, termasuk daripada segi keperluan  mengkaji pelbagai undang-undang berkaitan.

"Prosesnya memang rumit. Tapi, sekiraya kita sama-sama mencari jalan mengenainya, ia boleh dilakukan. Kami rasa cadangan ini  boleh membantu menangani status kewarganegaraan kita (rakyat Sabah) di negara ini, terutama bagi mereka yang layak mendapatnya," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan program "Selangkah Ke Menara Gading" anjuran Universiti  Malaysia Sabah (UMS) di sini hari ini.

Dompok berkata sebelum ini banyak perubahan telah dilakukan mengenai Kad Pengenalan dan jika satu lagi perubahan dilakukan,  ia perlulah memastikan sama ada seseorang pemegang Kad Pengenalan atau MyKad itu merupakan warganegara yang sah.

Pada 24 Mac, Dompok, yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, pertama kali menyuarakan cadangan tersebut  dan kemudiannya mendapat sokongan Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, yang juga presiden Parti Bersatu Sabah, dan Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Tan Sri Joseph Kurup, yang juga presiden Parti Bersatu Rakyat  Sabah (PBRS).

Mereka sependapat bahawa cadangan itu perlu dikemukakan untuk perhatian Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai  pendatang tanpa izin di Sabah.

"Saya juga ingin mengemukakannya (cadangan) kepada kerajaan persekutuan sekiranya ia tidak mendapat perhatian RCI.  Kemudian, kami akan bergerak dari situ," katanya.

Dompok berkata beliau yakin majoriti rakyat Sabah mahu masalah berkaitan kewarganegaraan di negeri ini diselesaikan dan  cadangan itu boleh menjadi penyelesaiannya. - Bernama

Mahkamah: Khalid Samad nafi murtad



WARTAWAN SINAR HARIAN
2 April 2013
Khalid Samad
Timbalan Pesuruhjaya II Pas Selangor, Khalid Samad
SHAH ALAM -  Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul  Samad  menafikan beliau telah keluar Islam sebagaimana dalam gambar 'superimposed’ menunjukan beliau berpakaian jubah seperti paderi, disiarkan oleh  Ketua Penerangan Wanita Umno, Datuk Hamidah Osman dalam blognya, tiga tahun lalu.
Khalid berkata, beliau tidak pernah memaklumkan bahawa dirinya murtad malah terkejut melihat gambar tersebut.
“Saya tidak pasti sama ada Hamidah yang 'superimposed' gambar saya tetapi gambar berkenaan ada disiarkan dalam blognya. Gambar itu jelas mengambarkan saya seorang paderi memakai  lambang salib di dada dan pakaian itu biasa dipakai oleh paderi.
“Saya tidak pernah memakai pakaian sedemikian, malah saya tidak pernah murtad, “ katanya.
Beliau berkata demikian ketika memberi keterangan pada hari pertama perbicaraan kes saman malunya terhadap Adun Sungai Rapat, Perak,  Hamidah kerana menyiar dalam tulisan blognya gambar ‘superimposed’  Khalid berpakaian jubah seperti seorang paderi.
Dalam prosiding itu, Khalid juga mengaku artikel yang dimuatkan dalam blognya pada tiga tahun lalu, secara dasarnya bersetuju orang bukan Islam boleh menggunakan kalimah Allah dan pendiriannya bertentangan  dengan fatwa oleh Jawatankuasa Fatwa Selangor.
“Saya mengiktiraf apa dikeluarkan oleh pihak fatwa dan saya tidak menyalahkan keputusan dibuat. Tetapi saya hanya berbeza pendapat atau pandangan,” katanya.
Khalid memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak pernah membuat laporan polis berkenaan blog itu sehingga sekarang.
Katanya, beliau juga mengambil masa dua tahun untuk mengemukakan saman terhadap Hamidah.

Khalid, yang juga Pesuruhjaya Pas III memfailkan saman terhadap Hamidah tahun lepas berhubung penyiaran gambar ‘super imposed’ anggota parlimen itu yang disiarkan melalui blognya pada Januari 2010.

Satirawan Mesir disoal siasat




2 April 2013
Satirawan Mesir disoal siasat
Youssef bakal berhadapan dengan satu lagi siasatan di Kaherah.
KAHERAH - Satirawan Mesir, Bassem Youssef disoal siasat lima jam berkaitan dakwaan menghina Presiden Mohammed Mursi dan agama Islam, kelmarin.
Menurut pegawai, Youssef turut diarah membayar ikat jamin AS$2,200 (RM6,820).

Sebelum ini, pihak berkuasa terpaksa menahan Youssef selepas sekumpulan penyokong Mursi membuat laporan mendakwa beliau telah menghina pemimpin itu serta agama Islam.

Menurut laporan Al- Jazeera waran tangkapan dikeluarkan terhadap pelawak digelar Jon Stewart Mesir, merupakan satu lagi siri terbaru tindakan undang-undang terhadapnya.

Bagaimanapun, tarikh siasatan untuk kes itu masih belum ditetapkan.

AS hantar F-22 Stealth ke Seoul



2 April 2013
AS hantar F-22 Stealth ke Seoul
Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un terus memantau bersama pegawai tertinggi tentera di sempadan negara itu.
SEOUL - Angkatan Tentera Amerika Syarikat (AS) menghantar pesawat pejuang F-22 Stealth ke Korea Selatan sebagai sebahagian daripada latihan bersama yang kini mencetuskan ketegangan baru dengan Korea Utara.

Dua pesawat F-22 Raptor itu tiba di Korea Selatan untuk mengambil bahagian dalam latihan tahunan dikenali sebagai Foal Eagle yang akan tamat 30 April nanti.

Jurucakap tentera AS berkata, jet pejuang berkenaan terbang dari Pangkalan Udara AS di Okinawa, Jepun.

“Pyongyang boleh bersedia pada bila-bila masa. Tindakan itu hanya menjadikan mereka terus terasing,” katanya dalam laporan dipetik AFP

Menurutnya, latihan AS dengan Seoul dilakukan bagi memastikan keamanan dan kestabilan di Asia timur terjamin.

Meskipun ia bukan kali pertama jet pejuang F-22 digunakan dalam latihan bersama itu, namun kehadiran pesawat itu menambahkan lagi tekanan kepada Pyongyang yang dari kelmarin mengisytiharkan negara itu di ambang perang dengan AS dan jirannya,
Korea Selatan.

Korea Uara sebelum ini, memberi amaran mengenai kehadiran pesawat pengebom nuklear AS, B-52 dan B-S Stealth yang turut mengambil bahagian dalam latihan bersama tahun ini.

Khaled Meshaal dipilih semula ketuai Hamas




2 April 2013
Khaled Meshaal
Khaled Meshaal
KAHERAH - Hamas sepakat memilih semula pemimpin veteran mereka, Khaled Meshaal secara rasmi ketuai pergerakan tersebut.
“Para pemimpin sepakat memilih semula Khaled Meshaal,” kata seorang pegawai kanan memberitahu pemberita semalam melalui telefon.
Para pegawai berkata, majoriti anggota majlis Syura mengundi dan sepakat memilih Khaled.

Mereka bagaimanapun tidak dibenarkan mendedahkan nama masing-masing kerana segala prosedur pemilihan adalah rahsia.

Khaled, 56, pernah mengetuai pergerakan Palestin sejak 1996 dan pernah dibuang negeri.

Beliau bagaimanapun mendapat  sokongan kuasa serantau dari Qatar, Turki dan Mesir yang kini berpangkalan di Qatar.

Pemilihan semula ini dilihat dapat memulihkan usaha pendamaian di antara Hamas dan pesaing politik Mahmoud Abbas, presiden yang disokong Barat Palestin yang berpangkalan di Ramallah.

Khatib masjid dibunuh




2 April 2013
Khatib masjid dibunuh
Polis tempatan dan orang awam melihat sisa serangan di bandar Fallujah, Baghdad
BAGHDAD - Seramai tujuh orang termasuk katib sebuah masjid dilaporkan terbunuh dalam siri serangan berasingan membabitkan beberapa lokasi dalam Baghdad termasuk di barat bandar Fallujah, Iraq, kelmarin.

Menurut pegawai, sekumpulan penyerang bersenjata menembak mati khatib Masjid Al-Baraa, Sheikh Talib Zuwayid bersama anak saudara lelaki di pekarangan kedai manisan dan beberapa orang awam lain di ibu negara.

Jurucakap pegawai kesihatan mengesahkan kematian tujuh mangsa termasuk Zuwayid dan memberitahu seorang daripada mereka cedera parah.

Sementara itu, penduduk tempatan memberitahu serangan terhadap Zuwayid berkemungkinan disebabkan peranannya dalam menguruskan minggu bantahan Sunni terhadap kerajaan Syiah lebih tiga bulan lalu.

Pihak polis bagaimanapun berkata, motif serangan itu masih belum diketahui dan enggan mengaitkannya dengan protes tersebut.

Dalam serangan berlainan, sebuah masjid pengikut Syiah di selatan Iraq dibom mengakibatkan seramai enam orang cedera. - Al-Jazeera

Polis tempatan dan orang awam melihat sisa serangan di bandar Fallujah, Baghdad

Polis Kedah nafi pukul suspek curi motosikal dalam lokap




2 April 2013
ALOR SETAR - Polis Kedah menafikan sekeras-kerasnya dakwaan anggotanya memukul seorang suspek curi motosikal di Pasar Malam Selasih di Kulim sewaktu ditahan di dalam lokap, seperti yang dilaporkan beberapa blog dan laman sosial.

Timbalan Ketua Polis Kedah Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata ketika dibawa ke Balai Polis Kulim, suspek sudah berada dalam keadaan sangat lemah, dan pihaknya tidak sempat menyoal dan membawa suspek ke dalam lokap.

Beliau berkata suspek yang berusia 25 tahun dari Kupang, Kedah telah mencuri sebuah motosikal pada 29 Mac, pukul 9.42 malam di Pasar Malam Selasih dan ini disedari pemilik motosikal terbabit yang berusia 23 tahun.

"Pemilik yang terkejut melihat suspek menaiki motosikalnya pergi kepada suspek dan dengan bantuan 30 orang awam mereka berjaya menangkap suspek dan terus memukulnya sebelum dua anggota polis yang berada di pondok polis berdekatan datang untuk meleraikan pergaduhan," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini hari ini.

Beliau berkata anggota polis membawa suspek ke Balai Polis Kulim tetapi keadaan suspek yang lemah menyebabkan dia terpaksa dibawa ke Hospital Kulim pada pukul 11.20 malam untuk dirawat. 

Katanya kerana keadaan suspek yang agak kritikal, dia terpaksa dibawa ke Hospital Pulau Pinang dan kini berada dalam keadaan koma.

"Suspek akan didakwa mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan atas dakwaan cuba mencuri motosikal dan kertas siasatan juga akan dilakukan terhadap orang awam yang memukul suspek mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan.

"Saya ingin mengingatkan, tidak salah ingin membantu menangkap penjenayah tapi jangan bertindak di luar batasan sehingga boleh menyebabkan mereka sendiri ditahan polis," katanya.

Abdul Ghafar berkata sehingga kini tiada sebarang keterangan dan tangkapan dibuat ke atas orang awam yang terlibat.

Beliau berkata tuduhan yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab itu terhadap polis adalah usaha untuk memburuk-burukkan nama polis. - Bernama

Ternakan hilang angkara pengganas



LAHAD DATU - Penduduk Kampung Tanjung Labian dan Kampung Tanjung Batu di sini bukan sahaja mengalami kemusnahan rumah dan harta benda malah turut kehilangan haiwan ternakan angkara pencerobohan puak pengganas Sulu.
Aldi Daris, 36, dari Kampung Tanjung Batu berkata, 30 ekor kambing milik keluarganya yang dikurung dalam kandang di belakang rumah telah hilang sebaik sahaja mereka memasuki kawasan kampung pagi semalam.
Menurutnya, kambing-kambing itu yang boleh dijual pada harga RM600 seekor dipelihara sejak tahun lalu untuk dijual bagi tujuan majlis korban dan kenduri.
"Pada hari kami tinggalkan rumah pada 4 Februari lalu, semua kambing itu kami masukkan ke dalam kandang bagi tujuan keselamatan. Bagaimanapun, hari ini (semalam), tiada seekor kambing yang tinggal dan kandang juga sudah kosong," katanya di sini semalam.
Aldi memberitahu, dia dan beberapa penduduk kampung cuba mencari haiwan peliharaan di sekitar kampung namun gagal menemui haiwan itu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0402&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz2PIQtueoH 
Hakcipta terpelihara 

Muhammad Ridhwan nafi kenal Jamalul Kiram III



MUHAMMAD RIDHWAN ketika tiba di IPD Ampang Jaya semalam bagi memberi keterangan kepada polis berhubung penyaluran dana kepada pengganas Sulu.


AMPANG JAYA - Individu yang dicari bagi membantu siasatan polis berhubung kes pencerobohan pengganas Sulu di Sabah tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya di sini semalam.
Datuk Seri Muhammad Ridhwan Sulaiman yang merupakan Presiden Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiah Malaysia tiba di IPD Ampang Jaya pukul 11.05 pagi dengan menaiki Nissan Sorento diiringi beberapa lelaki dipercayai pengikutnya.
Muhammad Ridhwan, 47, ketika ditemui sebelum masuk ke balai polis berkata, dia hadir untuk memberi kerjasama kepada polis selepas gambarnya disiarkan oleh akhbar-akhbar semalam.
Bagaimanapun, beliau menafikan terlibat dengan kumpulan pengganas dan mendakwa tidak pernah memberi dana kepada pemimpin puak pengganas Sulu, Jamalul Kiram III.
"Saya tidak mengenali Jamalul dan tidak pernah bertemu dengan Jamalul kerana dia berada di Tawi-Tawi, Filipina.
"Saya hanya mengenali Muedzul Lail Tan Kiram dan hanya memberi bantuan kewangan kepada Muedzul," katanya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0402&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2PIQhE6V1 
Hakcipta terpelihara 

Aceh mahu bendera baharu




SEBAHAGIAN penduduk mengibarkan bendera kumpulan pemisah di depan Masjid Baiturrahman di Banda Aceh semalam.- AP


BANDA ACEH, Indonesia - Beribu-ribu penduduk Aceh berarak semalam bagi menuntut supaya bendera kumpulan pejuang pemisah dijadikan bendera rasmi wilayah itu, kata polis.
Jurucakap polis tempatan, Kolonel Gustav Leo berkata, kira-kira 3,000 orang menyertai tunjuk perasaan yang bermula di Masjid Baiturrahman di bandar ini sebelum mereka berarak ke bangunan Dewan Perwakilan Rakyat.
Para penunjuk perasaan itu mengibarkan bendera kumpulan pejuang pemisah tersebut yang berwarna merah.
Mereka turut mengarak sebuah bendera gergasi kumpulan berkenaan.
Pada minggu lalu, Majlis Perundangan Aceh telah meluluskan undang-undang kecil mengenai penggunaan bendera tersebut yang sebelum ini merupakan simbol Gerakan Kebebasan Aceh.
"Bendera ini kebanggaan kami, kami tidak boleh menunggu lagi untuk menyaksikan ia berkibar di bumi kami," kata penganjur perhimpunan tersebut yang hanya dikenali sebagai Indra.
Undang-undang Indonesia melarang penggunaan bendera dan simbol fahaman kumpulan pemisah.
Aceh yang merupakan sebuah negara yang diduduki empat juta penduduk pernah dilanda peperangan dengan tentera Indonesia sejak tahun 1976.
Lebih 15,000 orang telah mati dalam peperangan itu sebelum perjanjian damai dimeterai antara pemerintah Indonesia dengan kumpulan Gerakan Aceh Merdeka pada tahun 2005. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0402&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2PIP1w0pr 
Hakcipta terpelihara 

Jamalul Kiram temui ketua biskop Filipina




JAMALUL KIRAM keluar dari pejabat Persidangan Biskop Katolik di Manila semalam.-AP


MANILA - Pemimpin puak pengganas Sulu, Jamalul Kiram III telah bertemu dengan Ketua Persidangan Biskop Katolik (CBCP), Jose Palma lapor akhbar dalam talian Philippine Daily Inquirer semalam.
Jamalul Kiram tiba di pejabat ketua tersebut pada kira-kira pukul 3 petang untuk mengadakan pertemuan dengan beberapa pegawai CBCP yang diketuai Palma.
Dia ditemani penasihatnya, Pastor 'Boy' Saycon.
Jamalul Kiram telah menghantar sejumlah pengikutnya yang diketuai oleh adiknya, Azzimuddie Kiram ke Lahad Datu, Sabah bagi menuntut negeri itu yang didakwa milik nenek moyang mereka.
Para pengikut Jamalul Kiram itu kemudian bertempur dengan anggota-anggota pasukan keselamatan Malaysia sehingga menyebabkan pertumpahan darah berlaku.
Kumpulan Jamalul Kiram itu menyerahkan kepada Palma beberapa dokumen termasuk tuntutannya ke atas Sabah dan isu hak asasi manusia berhubung layanan buruk terhadap imigran Filipina.
"Saya akan membaca dokumen itu. Saya juga berjanji akan mendapatkan nasihat daripada pihak yang lebih mengetahui tentang pemerintahan (berhubung isu-isu itu)," kata Palma.
Jurucakap Jamalul Kiram, Abraham Idjirani berkata, pertemuan itu diatur oleh Pengerusi Sukarelawan Menentang Jenayah dan Rasuah, Dante Jimenez.
Turut menghadiri pertemuan itu ialah anak perempuan Jamalul Kiram, Jacel Kiram.
Menurut Idjirani, Jamalul Kiram cuba untuk meyakinkan Palma berhubung tuntutannya ke atas Sabah. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0402&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2PIN3iGuO 
Hakcipta terpelihara 

UMNO pengkhianat negara


Perlukah Kad Pengenalan Sementara Ini Dikeluarkan Lagi? Kalau anda ingin tahu ini adalah Kad Pengenalan yang dikeluarkan oleh JPN Kpd warga asing khususnya Filipina & Indonesia yg beranak pinak di seluruh Sabah.Ini adalah satu cara baru yg 'lama' utk mnjadikan mereka ini warganegara Malaysia khususnya di Sabah.Dan utk pengetahuan semua rakyat di Sabah yg belum tahu..kad ini akan btukar kpd kad pngenalan penduduk TETAP,dan jika ini tlah brtukar taraf secara automatiknya anak2 yg dilahirkan oleh mereka ini akan mndapat kerakyatan warganegara secara automatik.."

Sekali lagi saya tegaskan, tarik balik semua IC di Sabah." - Tan Sri Bernard Dompok




Dompok menyatakan bahawa kedatangan pekerja asing ke Malaysia terutamanya Sabah adalah baik untuk perkembangan ekonomi tetapi mereka harus mempunyai dokumen pengenalan tulen mengikut saluran yang betul.

Katanya, mereka (pekerja asing) tidak seharusnya datang ke negara ini melalui ‘pintu belakang’ dan secara tiba-tiba mempunyai taraf kewarganegaraan.

“Sekali lagi saya menegaskan bahawa, hanya dengan cara menarik balik semua kad pengenalan rakyat Sabah, kemas kini dan keluarkan kad pengenalan baru kepada mereka yang benar-benar layak menerimanya.

“Dengan cara ini sahaja boleh menyelesaikan masalah yang sudah lama di negeri ini,” ujarnya.

Menurutnya, adalah tidak menghairankan sekiranya Upko akan terus bersuara kepada Kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan masalah itu.

Sumber: Borneo Insider

p/s: Awal-awal lagi Datuk Seri Nazri Abdul Aziz kata cadangan ini sukar dilaksanakan. Tapi, kenapa Kerajaan Persekutuan masih tidak menghiraukan cadangan Parti-parti KDM di Sabah? PM Najib masih lagi tidak bersuara sampai sekarang ? UMNO Sabah pula diam saja.

Ada juga isu PATI DATANG SECARA HARAM tidak di AMBIL TINDAKAN. Malah Di Beri I/C sekiranya sudah 20 tahun menetap di Sabah walaupun sebenarnya masuk secara haram..

 —

Pendatang jadi pengundi UMNO

Kenang kembali ...

Beribu-ribu pendatang asing tanpa izin menyerbu pejabat UMNO di bangunan di bangunan kwsp beberapa hari sebelum pembuangan undi untuk "MENADFTAR" sebagai pemilih dan mendapatkan kad pengenalan sementara,menentukan bas mana yang akan dinaiki untuk bergerak ke seluruh sabah dan mendapatkan wang saguhati diantara rm 50-100 seorang, Jabar khan jadi hero dalam soal ini dan layak dilantik pengerusi SAFMA.Cara ini merupakan salah satu faktor kekalahan PBS dalam pru 1994 menyebabkan PBS kehilangan kuasa dalam mentadbir negerinya sendiri.

Ia amat bertentangan sekali dengan kenyataan spr bahawa tidak ada pati yang mendaftar sebagai pemilihhh..
 

BIADAP SUNGGUH UMNO DENGAN RAJA-RAJA...

Umno hapus kuasa raja Melayu tapi tuduh DAP dan PKR lawan raja

Umno hapus kuasa raja Melayu tapi tuduh DAP dan PKR lawan raja. Sejarah tidak pernah berbohong, tapi Umno selalu lupa sejarah.

Laaa dengan MAT BASHAH pun ada.

Kenapa Mahdey Kutty Kembali Ke Pentas Politik Selepas Bersara

Kenapa Mahdey Kutty Kembali Ke Pentas Politik Selepas Bersara... Adakah Dia Ikhlas Bantu Rakyat Atau Cuba Untuk Selamatkan Kontrak Anak2nya Yang Bernilai Beribu Juta Ringgit ???

kenalah berlakon sikit...

Kakakakaka....rakyat sekarang bijak menilai...apa dorang ingat, suasana politik zaman sekarang sama dengan suasana politik zaman 80-an?...silap besar la jawabnya...hehehe

Nampak tak perbandingannya...kikikikikiki

KITA NIKMATI BERSAMA PAKATAN RAKYAT AYUH KITA UBAH KERAJAAN...PRU13 UTK KITA

Petugas p'raya KEADILAN Lembah Pantai diugut samseng, khemah diroboh


Apr 1 2013 / Keadilan Daily
(Oleh Aisha Geoffrey)

PANTAI DALAM 1 APRIL: Satu lagi siri keganasan politik berlaku di Lembah Pantai apabila petugas pilihan raya KEADILAN Parlimen itu diugut sekumpulan samseng dan khemah mereka diceroboh serta dimusnahkan.

Ketua Jawatankuasa Daerah Mengundi Lembah Pantai, Siti Mariam Mohd Aly berkata, pada 26 Mac lalu, beliau bersama tiga petugas di khemah Taman Sri Sentosa Utara didatangi dua lelaki dan mengancam mereka.

"Mereka ugut supaya jangan aktif di kawasan tersebut dan cepat cabut khemah," kata Mariam kepada Keadilan Daily.

Menurutnya, samseng tersebut kemudian datang semula ke kawasan khemah berkenaan keesokan hari bersama enam lagi rakannya dengan empat motosikal.

Mereka turut diiringi sekumpulan samseng yang menaiki dua kereta dan sebuah teksi.

"Mereka cabut bendera, rampas risalah, patahkan kaki khemah dan maki hamun kami dengan kata-kata kesat. Turut dirampas sebuah Samsung Galaxy Note," jelasnya.

Mariam membuat laporan polis berhubung insiden itu pada 28 Mac, dan diminta membuat kawad cam terhadap samseng tersebut.

"Polis kemudian periksa kawasan kejadian. Apa yang menghairankan, polis suruh kami dirikan khemah jauh dari situ kerana tapak khemah tersebut berdekatan khemah BN.

"Kami was-was kenapa polis arahkan demikian sedangkan kami tak buat kacau, malah kami yang diserang," kata Mariam.

Pada hari yang sama, salah satu bilik operasi KEADILAN di kawasan Jalan Kurau, Bangsar dipecah masuk. Barang-barang seperti kayu bendera dicuri dan kerugian dianggarkan berjumlah lebih RM20,000.

Pada 29 Mac pula, seorang petugas pilihan raya di Jalan Kampung Kerinchi Kiri mengalami kecederaan akibat diserang samseng dan terpaksa menerima lima jahitan di kepala.

Selain itu, papan iklan Ahli Parlimen Lembah Pantai bertajuk 'Berani Kerana Benar' yang dipasang di Lebuh Raya Persekutuan turut dirosakkan pada 12 Mac lalu.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen kawasan tersebut, Nurul Izzah Anwar mendesak Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sedaya mungkin memastikan insiden keganasan politik tidak berulang.

"Semua parti komponen tidak kira dari BN atau Pakatan Rakyat harus menolak politik ganas dan perlu memastikan tiada lagi insiden sebegini," katanya pada sidang media di Pejabat Parlimen beliau di Pantai Dalam, hari ini.

Pelbagai insiden keganasan berlaku di Lembah Pantai sejak 2012. Antaranya sukarelawan dari pejabat Parlimen Izzah menjadi mangsa intimidasi sewaktu membuat tinjauan pengundi di kawasan perumahan pada Mac dan 'Malam Berdarah' Lembah Pantai pada Mei menyaksikan penyokong ceramah Pakatan Rakyat cedera diserang.

Manakala aktivis mahasiswa, Adam Adli turut menjadi mngsa apabila ditumbuk di Kerinchi pada April.

"Justeru, Hishammuddin perlu sedaya mungkin dalam bidang kuasa beliau memastikan insiden-insiden keganasan tidak berulang. Mereka yang dibuktikan terlibat wajib dibawa ke muka pengadilan serta-merta," tegas Izzah. - NS

melayu miskin dibawah umno

Pak Lah yang kata

BILA IBLIS MEMBISU SYITAN JADI KELIRU,SEGALA GALA BOLEH BERLAKU,HANYA ALLAH YG MAHA TAHU