Wednesday, December 17, 2014

Kalimah Allah: UMNO Kepala Batas mahu Lim disiasat Akta Hasutan

NAIB Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas, Abdul Razak Ahmad (tiga, kanan) menunjukkan laporan polis yang dibuat bersama ahli-ahli UMNO bahagian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara di sini hari ini. - Foto BERNAMA
KEPALA BATAS: UMNO Bahagian Kepala Batas mahu Lim Guan Eng disiasat mengikut Akta Hasutan berikutan kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang itu bahawa orang bukan Islam di negeri ini boleh menggunakan kalimah Allah adalah berbaur hasutan.
Naib Ketuanya, Abdul Razak Ahmad berkata, kenyataan Lim itu juga adalah satu provokasi melampau dan pihaknya berharap polis dapat menjalankan siasatan dengan segera.
Tindakan Lim membangkitkan semula isu penggunaan kalimah Allah termasuk menegaskan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Pulau Pinang 2004 tidak terpakai kepada orang bukan Islam dilihat menggambarkan keangkuhan ketua menteri itu.
"Kami (UMNO Kepala Batas) kesal dengan kenyataan Lim yang dilihat sengaja memainkan isu kalimah Allah," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis berhubung kenyataan Lim itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara, di sini Isnin.
Jumaat lepas beberapa portal melaporkan bahawa Lim memberi kebenaran kepada orang bukan Islam di Pulau Pinang menggunakan kalimah Allah.
Lim juga dilapor berkata larangan penggunaan kalimah Allah yang termaktub dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Pulau Pinang 2004 tidak terpakai kepada bukan Islam kerana penguatkuasaannya hanya sah kepada orang Islam.
Abdul Razak berkata, sebagai orang nombor satu di negeri ini Lim sepatutnya sedar dan menghormati orang Islam selaras dengan Enakman Pentadbiran Agama Islam Pulau Pinang yang telah diputuskan.
Beliau berkata kenyataan Lim itu juga jelas menghina agama Islam, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, Majlis Fatwa Kebangsaan dan mufti negeri.
"Ini bukan kali pertama Lim membangkitkan isu kalimah Allah dan amalan orang Islam yang kita lihat seperti membawa mesej bahawa beliau tidak memerlukan sokongan orang Melayu dan umat Islam.
"Beliau perlu sedar Ketua Menteri bukan bertanggungjawab untuk mempertahankan hak sekelompok rakyat semata-mata tetapi harus memperjuangkan hak keseluruhan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama," katanya. - BERNAMA

Robin Williams topik carian tertinggi Google, MH370 keempat

GAMBAR fail bertarikh 27 Mac, 2010, pelakon Robin Williams berucap pada penyampaian anugerah American Cinematheque di California. - Foto AP
SELASA, 16 DISEMBER 2014 @ 6:15 PM

SAN FRANCISCO: Berita kematian Robin Williams mencetuskan fenomena di seluruh dunia apabila menjadi topik carian paling tertinggi menerusi enjin carian Google, demikian menurut laman web gergasi itu, hari ini.
"Kehilangan pelawak dan pelakon tercinta, Robin Williams mengejutkan dunia menyebabkan ramai masyarakat dalam talian untuk mencari maklumat lanjut dan untuk memperingatinya, menjadikan Williams nombor satu dalam trend carta global kami," kata Naib Presiden Carian Google, Amit Singhal.
"Terdapat juga satu carian berkaitan ujian kemurungan dan kesihatan mental selepas kematiannya," katanya.
Williams yang terkenal sebagai seorang aktor yang bertenaga dan pelawak, ditemui mati pada 11 Ogos di rumahnya di Daerah Marin, utara San Francisco.
Menurut anggota penyiasat, beliau didapati menggantung dirinya sendiri.
Terdapat juga tanda-tanda bahawa pelakon komik yang berusia 63 tahun itu - yang disahkan menghidap penyakit Parkinson - cuba memotong pergelangan tangan kirinya, menurut laporan bedah siasat.
Williams, pemenang Oscar dan seorang veteran filem, mempunyai rancangan sendiri dan membintangi drama bersiri adalah seorang penghibur paling popular Hollywood dan pemergiannya meninggalkan kesan mendalam kepada emosi masyarakat seluruh dunia.
Sementara itu, demam bola sepak Piala Dunia berada pada kedudukan kedua trend carian paling tertinggi di Google.
"Piala Dunia di Brazil mempunyai perkongsian sama rata mengenai detik-detik yang tidak dapat dilupakan dan menjadikan semua penduduk di seluruh dunia melekat di kaca televisyen dan telefon bimbit masing-masing sepanjang musim panas lalu," katanya.
"Daripada gigitan Luis Suarez menjadi trend di seluruh dunia, dengan prestasi ala Superman Tim Howard ketika menentang Belgium, jangkaan luar biasa Jerman untuk merebut kejuaraannya buat kali keempat, semuanya menjadikan kejohanan itu turut mengungguli carta pencarian."
Virus maut Ebola dan tragedi kehilangan pesawat MH370 Malaysia Airlines (MAS) pula masing-masing menjadi topik carian pada kedudukan ketiga dan keempat, diikuti oleh "Cabaran ALS Ice Bucket" iaitu berendam dalam ketulan ais untuk mencari dana bagi penyakit "Lou Gehrig".
Manakala baki 10 carian tertinggi di Google tahun ini adalah permainan mudah alih Flappy Bird, kisah ratu drag Conchita Wurst, kumpulan pengganas Negara Islam (IS), filem animasi pecah panggung Frozen dan Temasya Sukan Olimpik Sochi.
"Ia adalah tahun di mana kita dikejutkan dengan pemergian pelawak tercinta dan melihat berita mengenai nahas kapal terbang yang ngeri serta penularan penyakit yang menakutkan," kata Singhal.
Sementara itu, model iPhone terbaru, iPhone 6 menjadi trend carian paling teratas bagi segmen elektronik manakala bintang filem Hunger Games, Jennifer Lawrence berada pada tangga teratas dalam carian pertanyaan mengenai individu. - AFP

Pasangan remaja 15, 17 tahun kahwin

Gambar majlis akad nikah pasangan remaja, Muhd. Muaz Mislan dengan
Gambar majlis akad nikah pasangan remaja, Muhd. Muaz Mislan dengan Nur Izzati Amiera Ishak yang dimuat naik oleh pasangan itu di laman sosial Facebook mereka, semalam.
KLUANG 16 Dis. – Sepasang remaja masing-masing berusia 15 dan 17 tahun yang berasal dari daerah ini menarik perhatian ramai terutamanya pengguna media sosial apabila menamatkan zaman bujang mereka pada hujung bulan lalu.
Difahamkan, pasangan terbabit, Muhd. Muaz Mislan, 15, dan Nur Izzati Amiera Ishak, 17, dinikahkan pada 30 November lalu selepas mendapat persetujuan daripada keluarga kedua-dua belah pihak.
Muhd. Muaz dalam satu entri di laman sosial Facebook miliknya sehari selepas majlis tersebut menafikan perkahwinan pada usia muda itu disebabkan mahu menutup perkara-perkara negatif, sebaliknya atas dasar keluarga.
“Asal (apabila) kahwin muda sahaja mesti orang cakap macam-macam, benda itu Muaz dah ‘prepare’ awal sebenarnya. Perkahwinan Muhd. Muaz bukan atas dasar sebab bunting ke, dia nak mati ke (atau) apa benda semua la (lain-lain hal) tetapi atas dasar keluarga,” katanya seperti dipetik dalam entri Facebook milik­nya di sini hari ini.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/pasangan-remaja-15-17-tahun-kahwin-1.37390#sthash.lJAoY3iE.dpuf

Yahudi Di Balik Misteri Kematian Bruce Lee?

lee-600

SETIAP mendengar kata ‘Bruce Lee’ pasti yang ada dipikiran kita adalah kung fu.1940 adalah tahun naga, pada tahun itu di suatu rumah sakit di San Fransisco lahirlah Lee Hsiao Lung. Dokter yang menangani kelahiran bayi itu, memberinya nama Inggris, Bruce. Demikianlah sang legenda terlahir.
Saat berusia 6 tahun Bruce kecil sudah berakting untuk pertama kalinya dalam film berjudul “A Beginning Of A Boy”. Hal ini tidak mengherankan karena ayahnya Lee Hoi Chun adalah seorang aktor film.
Sebenarnya Bruce adalah anak yang rapuh bahkan ia termasuk anak yang susah makan. Sehingga ketika dia terlibat perkelahian a la jalanan ia mengalami kekalahan. Waktu itu ia berumur 14 tahun. Setelah berdiskusi dengan ibunya, ia memutuskan belajar seni bela diri.
Jenis ilmu bela diri yang ia pelajari adalah Wing Chun, ia berguru dengan Sifu Yip Man. Ia juga berguru dengan master kungfu Siu Hon Sung. Biasanya dibutuhkan tiga minggu untuk menguasai 30 jurus Siu Hon Sung, Bruce Lee hanya memerlukan tiga malam saja. Disamping itu Bruce Lee juga mendapat ketrampilan anggar dari ayahnya. Ada satu hal unik, Bruce Lee tidak hanya mahir beladiri. Ternyata ia pintar menari cha-cha bahkan pada tahun 1958 ia berhasil meraih trophy Hongkong Cha-Cha Championship.
Seiring dengan berjalannya waktu, Bruce lee ingin sekali menguji keahlian kungfunya dalam perkelahian yang sesungguhnya. Maka ia pun terlibat dalam perkelahian jalanan. Polisi memberi peringatan kepada ibunya jika Bruce tidak menghentikan ulahnya maka ia akan ditahan. Lalu ayahnya membuat keputusan untuk mengirim Bruce ke Amerika agar menjadi orang yang lebih bertanggung jawab.Dengan berbekal 100 US$ berangkatlah ia ke tanah kelahirannya San Fransisco dengan kapal laut. Dalam perjalanan Bruce masih sempat mencari uang dengan memberi kursus tari cha-cha.
Di San Fransisco, Bruce dititipkan kepada teman ayahnya, Ruby Chow, pemilik sebuah restoran. Bruce pun ikut bekerja di restoran tersebut. Setelah menyelesaikan SMA, Bruce masih giat membina fisiknya. Baginya tidak cukup sekedar menjadi ahli seni bela diri yang baik, ia harus menjadi yang terbaik.
Bruce pun kemudian memutuskan untuk melanjutkan kuliah di Seattle dan mengambil jurusan filsafat. Di universitas tersebut ia bersua dengan sesama teman dari Asia bernama Taki Kimura Kimura pernah mengalami serangkaian serangan rasialis. Didasari belas kasihan, Bruce memotivasi Kimura untuk meningkatkan harga dirinya dengan cara melatih dia seni beladiri. Inilah cikal bakal sekolah seni beladiri kungfu dan tidak lama kemudian sekolah itu pun berdiri. Sekolah ini terbuka untuk umum atau bagi siapa saja yang berminat. Berbeda sekali dengan di Hong Kong. Di Hong Kong, kung fu adalah ilmu rahasia yang tidak boleh sembarangan diajarkan kepada orang. Hanya orang terhormat saja yang boleh mempelajari kung fu.
Tahun 1961 ia berjumpa dengan seorang gadis bernama Linda Emery. Mereka jatuh cinta, menikah, lalu lahirlah Brandon disusul Shannon dua tahun kemudian.
Tahun 1964, dalam suatu turnamen karate, Bruce mendemonstrasikan jurus pukulan satu inchi yang legendaris. Seorang produser acara televisi sangat terkesan dengan penampilan Bruce yang penuh intensitas dan konsentrasi. Lalu ia melakukan pendekatan pada pihak Bruce Lee. Setelah melalui screening test, akhirnya Bruce mendapat peran sebagai kato dalam film Green Hornet. Kato hanyalah peran pembantu dalam film itu, namun popularitasnya mengalahkan peran utamanya, terlebih di Hong Kong
Van Williams, bintang utama Green Hornet, menceritakan tentang banyaknya stunt-man terluka karena gerakan Bruce, akibatnya sukar mencari stunt-man yang bersedia bekerja dengan Bruce. Bruce juga memiliki gerakan yang teramat cepat untuk ditangkap oleh kamera sehingga Bruce terpaksa memperlambat pergerakannya.
Setelah proyek “Green Hornet” usai Bruce membuka sekolah kung fu lagi yang baru bernama “Lee Jun Fan, Gung Fu Institute”. Di tempat inilah Bruce Lee belajar menggunakan senjata nunchaku. Para pesohor pun belajar kung fu di tempat ini seperti Kareem Abdul-Jabbar, James Coburn, dan Steve McQueen. Popularitas Bruce pun meningkat dan ini menaikkan nilai seorang Bruce Lee, untuk satu sesi latihan selama satu jam harga yang ditetapkan 300US$.
Di sekolah yang baru itu pula lah Bruce menciptakan teknik Jeet Kune Do, teknik memotong serangan. Bruce berpendapat memotong serangan lebih baik dan lebih cepat dari pada menahan lalu melakukan serangan.
Tahun 1967, Bruce membintangi “A Man Called Ironside”, sebagai seorang master martial art, Bruce sering melakukan adegan berbahaya sendiri tanpa stunt-man. Karir filmnya terus berlanjut, sampai akhirnya ia bisa memenuhi apa yang dicita-citakan yaitu dibayar lebih mahal daripada Steve McQueen perfilm.
Dengan pertimbangan tertentu Bruce memutuskan melanjutkan karir filmnya di Hong Kong. Beberapa film dibintanginya, sekarang Bruce sudah dianggap sebagai pahlawan nasional. Tidak puas dengan itu semua, dia membuka perusahaan sendiri karena ia ingin menulis skenario, menyutradarai, sekaligus membintangi film selanjutnya. Lagi-lagi Bruce berhasil, beberapa film produksi perusahaannya laris manis di pasaran.
Setelah berbagai film dibuat dan berbagai kesuksesan diraih, pada tanggal 10 Mei 1973 Bruce tiba-tiba pingsan selama setengah jam saat mengisi dubbing untuk “Enter The Dragon”. Dokter memberinya resep Manatol, obat untuk mengatasi gejala brain swelling (pengembangan otak).
Pada 20 Juli 1973, Bruce berencana akan bertemu dengan Raymond Chow dan Betty Ting Pei, yang akan menjadi salah satu bintang dalam film “Game of Death”. Di rumah Betty, Bruce mengeluh sakit kepala kemudian dia meminum Aguagesic, obat sakit kepala yg biasa dikonsumsi Betty. Lalu Bruce merebahkan diri, saat tertidur ternyata serangan brain swelling datang kembali. Akhirnya Bruce meninggal di ruang gawat darurat RS Queen Elizabeth.
Misteri Di Balik Kematian Bruce Lee
Kabar kematian Bruce Lee sangat mengejutkan, bahkan banyak yang tidak percaya. Berbagai spekulasi tentang kematiannya bermunculan, seperti:
1. Dia dibunuh oleh gangster karena menolak membayar uang keamanan, suatu praktek yang lazim dalan dunia perfilman Hong Kong saat itu.
2. Dia dibunuh pendekar shaolin yang marah karena Bruce telah menyebarkan kung fu kepada semua orang di penjuru dunia.
3. Bruce dikutuk karena telah membeli rumah berhantu.
4. Bruce meninggal saat berselingkuh dengan Betty Ting Pei
5. Kebanyakan orang Cina yakin Bruce tewas karena terlalu keras berlatih kung fu
6. Isu yang belakangan terkuak bahkan lebih dahsyat lagi, Bruce Lee dibunuh oleh jaringan rahasia Yahudi, yaitu Mafia Triad, sebuah perkumpulan rahasia yang sangat berpengaruh di Cina, Hongkong, bahkan sampai ke Amerika. Alasannya, Bruce Lee banyak mengekspos ke publik jurus-jurus kungfu yang seharusnya menjadi rahasia kelompok itu. Jaringan rahasia Yahudi, seperti Mafia Triad, Yakuza, Mafia Italia, Freemasonry, Illuminati, dan lain-lain adalah organisasi kriminal, gangster, dan konspirastif, yang bertujuan merusak dunia. (Sumber: National Geografic Indonesia)
Terlepas dari spekulasi tersebut, fakta medis menyebutkan Bruce meninggal setelah mengalami koma karena Cerebral Edema, pembengkakan otak karena cairan yang berlebih. []http://www.islampos.com/yahudi-di-balik-misteri-kematian-bruce-lee-48586/

Cartoon Zunar: BR1M vs GST

Embedded image permalink

Kenapa Mukhriz benarkan Miss Tourism di Langkawi?


IZWAN ABDUL HALIM | .
ALOR SETAR: Dewan Ulama PAS Negeri Kedah menyifatkan penganjuran Miss Tourism International: Show Extravaganza di Berjaya Langkawi Resort, Pulau Langkawi pada 17 Disember sebagai bukti sikap pragmatik Kerajaan Negeri Kedah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang mencampuradukkan segala kegiatan sama ada makruf atau mungkar.

“Kami percaya, perkara ini langsung tidak dirujuk kepada pihak Mufti terlebih dahulu. Sedangkan semasa awal pentadbiran Datuk Seri Mukhriz, logo rasmi negeri Kedah pun dirujuk kepada pihak Mufti,” sindir Setiausaha Ulama PAS Kedah, Ustaz Ahmad Yahaya.

Ujar beliau, acara seperti ini hakikatnya langsung tidak mewakili budaya, identiti dan simbol masyarakat negara ini.

Malah katanya, tidak juga membawa keuntungan ekonomi yang nyata melalui urusan perniagaan atau pelancongan tempatan, selain tidak meluaskan hubungan dengan banyak pihak kecuali golongan berkepentingan.

Paling utama tegasnya, penganjuran itu menyalahi hukum syarak dan melanggar fatwa berkaitan dengannya.

Demikian itu tegas Ustaz Ahmad, tidak ada kewajaran yang nyata dan perlunya acara tersebut diadakan di Langkawi khususnya dan di Malaysia amnya.

“Apatah lagi dengan imej ketimuran serta pelbagai penganjuran tahunan bertaraf dunia seperti ‘Musabaqah Al-Quran’ hingga meletakkan negara ini dengan julukan ‘Negara Islam’ contoh.

“Lebih malang, Langkawi Permata Kedah yang pernah diusahakan sebagai pulau pelancongan berakhlak dan dibatasi serta dikurangkan unsur maksiat terhadapnya semasa diketuai oleh mantan Menteri Besar, Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak kini dicemari semula dengan imej-imej sedemikian.

“Malah, penganjuran program seperti ini bukan kali pertama sejak Kedah kembali ditadbir Barisan Nasional, apabila sebelum ini membenarkan penganjuran Pesta Muzik Planet Eupe di Sungai Petani melibatkan artis antarabangsa yang juga tidak sesuai dengan masyarakat setempat,” katanya pada satu kenyataan di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, hari ini.

Menurutnya, Dewan Ulama PAS Negeri Kedah melihat, jika sekiranya ‘trend’ ini tidak ditangani, bermakna Kedah akan terus menjadi tumpuan program seumpamanya yang dilihat mempunyai pelbagai agenda tersirat.

Secara khusus dakwanya, program seperti itu tentunya mengundang kesan sosial terutama kepada anak-anak muda yang selama di bawah kepimpinan Almarhum Ustaz Azizan telah dibawa kepada bimbingan yang berakhlak dan mendewasakan.

“Oleh itu, Dewan Ulama PAS Negeri Kedah mendesak Mukhriz agar menetapkan pendirian sebenar terhadap jati diri rakyat negeri Kedah yang diacukannya untuk masa hadapan dan bukan hanya menumpukan kepada projek mega angan-angannya.

“Dewan Ulama PAS Negeri Kedah juga menggesa pihak berkuasa agama negeri agar tidak berdiam diri, sebaliknya memandang serius perkara ini serta melihat pelbagai kemungkinan pada masa hadapan agar ia segera ditangani sebelum membarah,” ujar kesal. –HARAKAHDAILY 16/12/2014

Tahaluf siyasi pakatan pembangkang terbatal


Haram jika Pas tinggalkan dasar perjuangan

nasruddin HASSAN
NASRUDDIN HASSAN

KUALA LUMPUR 16 Dis. - a hli Jawatankuasa Pas Pusat, Nasruddin Hassan menegaskan penolakan hukum hudud oleh DAP akan menyebabkan tahaluf siyasi dalam pakatan pembangkang terbatal kerana jika Pas mengabaikan dasar itu, hukumnya adalah haram.
Menurut beliau, tahaluf siyasi bukanlah sebuah parti yang mempunyai satu ideologi sebaliknya kerjasama itu adalah berkait dengan tindakan politik yang dipersetujui bersama tanpa mengganggu hak dan dasar perjuangan masing-masing.
Katanya, kerjasama tersebut hanyalah dalam urusan kepentingan bersama membabitkan aspek politik untuk menolak kezaliman, penindasan, rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa dan pelbagai lagi tanpa melepasi dasar perjuangan parti.
“Jika DAP buat syarat pakatan pembangkang mestilah tanpa pelaksanaan Islam dan syariatnya, dan menegaskan bahawa Pas tidak boleh melaksanakan syariat Islam termasuk hudud, maka pada saya, syarat dan penegasan yang DAP buat itu membatalkan syarat tahaluf, tiada ertinya lagi tahaluf siyasi ini.
“Jika dasar parti terhalang untuk ditunai dan dilaksana dengan kerjasama ini, maka tahaluf ini batal. Malah tidak keterlaluan kalau saya nyatakan hukumnya adalah haram,” katanya dalam wawancara yang dipetik daripada portal Malaysia Transform di sini hari ini.
Beliau yang berada di Mekah mengulas perkembangan terkini dalam pakatan pembangkang berikutan beberapa siri serangan terbuka oleh pemimpin DAP termasuk daripada Lim Guan Eng sendiri, khususnya berhubung isu hudud dalam Persidangan Kebangsaan DAP 2014 kelmarin.
Guan Eng dalam nada kerasnya mendesak pakatan agar memuktamadkan pendirian untuk tidak melaksanakan hukum hudud jika pembangkang berjaya memenangi pilihan raya umum akan datang, kononnya perkara itu adalah aspirasi daripada penyokong pembangkang.
Persidangan tersebut yang dihadiri 938 perwakilan juga sebulat suara meluluskan resolusi menolak pelaksanaan hudud sama ada di peringkat negeri atau kebangsaan sekiranya pakatan pembangkang berjaya mentadbir Putrajaya.
Mengulas lanjut, Nasruddin berkata, Pas tidak akan sama sekali mengabaikan dasar perjuangan demi pakatan pembangkang, justeru DAP tidak sepatutnya menghalang pelaksanaan hukum hudud jika tidak mahu gabungan tersebut berpecah.
Dalam wawancara itu, Nasruddin turut mengakui bahawa kedudukan pakatan pembangkang kini semakin sukar kerana kesemua pihak belum ‘menemui lantai untuk sama-sama bersila menyelesaikan masalah yang dihadapi’.
Meskipun begitu tegasnya, Pas akan tetap mempertahankan dasar tersebut dalam apa juga cara dan menyifatkan pihak yang menolak hukum hudud sebagai penghalang kepada perjuangan Islam.
“Pas akan tetap berjuang untuk melaksanakan Islam dan syariatnya. Hudud adalah sebahagian daripadanya. Ia adalah kewajipan agama yang ditetapkan syarak, tiada siapa yang boleh halang, kalau mereka halang bererti mereka menjadi penghalang kepada perjuangan Islam.
“Kepada mereka yang meng­halang kerana dendam, benci, ang­kuh dan semangat menentang Islam, maka akan didepani dengan sebijaknya dan sesuai dengan penentangan yang dihadapi. Hujah dengan hujah, saraf dengan saraf, senjata dengan senjata,” tegas beliau.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/tahaluf-siyasi-pakatan-pembangkang-terbatal-1.37398#sthash.Ep0xdFvP.dpuf

Malaysia Airlines, 10 carian teratas Google


Nahas pesawat MH370, MH17 gemparkan dunia

Beyonce dan Ed Sheeran muncul sebagai selebriti paling banyak
Beyonce dan Ed Sheeran muncul sebagai selebriti paling banyak dicari di Google. – AGENSI
LOS ANGELES 16 Dis. - Syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) tersenarai dalam 10 carian teratas di laman web carian Google pada tahun ini, demikian menurut satu kajian tahunan yang dijalankan syarikat itu.
Tragedi membabitkan dua pesawat MAS, ekoran kehilangan secara misteri pesawat MH370 pada Mac lalu dan nahas pesawat MH17 pada Julai lalu menggemparkan masyarakat dunia dan mencetuskan polemik yang berlanjutan sehingga kini.
Sementara itu, penyanyi Beyonce dan Ed Sheeran, masing-masing muncul sebagai selebriti wanita dan lelaki paling dicari dalam laman web carian tersebut.
Menurut portal Mirror.co.uk, Beyonce, 33, menarik perhatian pengguna Internet ekoran pergaduhan yang membabitkan suaminya, Jay Z dengan kakak penyanyi berkenaan, Solange Knowles di dalam lif sebuah hotel.
Selain Beyonce, aktres Jennifer Lawrence berada di tempat kedua, diikuti aktres Emma Watson, penyanyi Katy Perry dan Taylor Swift yang turut berada dalam senarai 10 teratas carian Google.
Selain itu, penyanyi Jay-Z berada di kedudukan teratas selebriti lelaki paling dicari di laman web Google diikuti Harry Styles dan Benedict Cumberbatch yang berada di tangga ketiga dan keempat.
Sheeran yang merupakan penyanyi yang berasal dari United Kingdom memenangi pelbagai anugerah muzik antaranya dinobatkan sebagai penyanyi lelaki terbaik Anugerah Muzik Video MTV pada tahun ini.
Kajian tahunan Google turut mendapati, berita tentang wabak Ebola berada di kedudukan teratas bagi kategori berita paling dicari di laman web carian itu diikuti berita penyakit Amyotrophic Lateral Sclerosis (ALS) dan tragedi membabitkan pesawat Malaysia Airlines.
Insiden memalukan membabitkan bekas pemain Liverpool, Luis Suarez turut tersenarai pada kedudukan 10 teratas berita paling dicari di dalam laman web carian tersebut.
Sementara itu, jenama New Look muncul sebagai jenama fesyen paling dicari di United Kingdom.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/malaysia-airlines-10-carian-teratas-google-1.37246#sthash.QfTsVHUG.dpuf