Tuesday, March 5, 2013

Kecewa dengan skuad Densus 88

Jakarta: Ketua Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia, Marzuki Alie menyatakan kekecewaannya apabila rakaman video kekejaman skuad elit antipengganas terhadap suspek, semalam.
Mendesak supaya polis menjalankan siasatan secara telus, Marzuki berkata, apa yang berlaku itu menyalahi prosedur yang ditetapkan dan mesti dihentikan.

“Jika skuad itu tidak mengkaji semula tindakan mereka yang memperlekehkan Islam, kita bimbang akan timbul persepsi bahawa mereka sebenarnya memusuhi Islam,” katanya.
Baru-baru ini, satu klip video memaparkan anggota skuad Densus 88 menyoal siasat suspek tersebar secara meluas.

Densus 88 (nama asalnya ialah Detasemen Khusus 88) adalah unit elit polis Indonesia bagi menangani isu pengganas di negara itu.

Dianggarkan skuad itu dianggotai kira-kira 400 orang yang mempunyai kemahiran tersendiri, termasuk penembak tepat.
Foto
ANGGOTA Densus 88 menjalani latihan.
Sementara itu, Timbalan Ketua Majlis Perwakilan Rakyat, Hajriyanto Y Tohari berkata, anggota Densus 88 melakukan pelanggaran hak asasi manusia serius dan perlu dihukum sewajarnya.

“Densus 88 perlu faham, negara ini didirikan dengan tujuan utamanya untuk melindungi setiap rakyat daripada sebarang penindasan dan memberikan keamanan kepada mereka,” katanya. - republika.co.id

Kekejaman Zionis


Kekejaman Zionis
Kanak-kanak Palestin diseksa Zionis
Tindakan mogok lapar berlaku disebabkan tahanan menuntut hak tawanan perang, hak untuk dilawati oleh keluarga dan hak mendapatkan pendidikan. Sebelum mereka melakukan mogok tersebut, tahanan tidak kira lelaki, wanita tau kanak-kanak biasanya didera, diseksa, dipukul atau dirogol.

Proses Penangkapan

Penangkapan biasanya dilakukan di pusat pemeriksaan atau di rumah pada awal pagi. Bagi kes tangkap dari rumah, tentera Zionis akan mengepung rumah mangsa antara tengah malam dan 4 pagi lalu memaksa ahli keluarga keluar dari rumah tanpa menghiraukan pakaian ataupun cuaca ketika itu.

Selepas penangkapan, tahanan digari dengan matanya ditutup. Mereka tidak dimaklumkan sebab penangkapan dan lokasi yang bakal dibawa tetapi biasanya ia mengambi tempoh 20 minit sehingga berjam-jam.

Semasa penangkapan, tahanan dipaksa berbogel di khalayak ramai sebelum ditahan. Manakala, ahli keluarga yang lain turut dipaksa berbogel sekiranya tangkapan dilakukan dari dalam rumah.

Ketika disoal siasat, penderaan fizikal dan penghinaan adalah perkara biasa. Berdasarkan banyak afidavit, tahanan melaporkan mereka tertakluk kepada tuduhan membunuh dan rogol sebelum disepak terajang.

Pengagihan Banduan

Penjara Israel terletak dalam 1,948 kilometer dari sempadan Israel. Terdapat empat pusat soal siasat dan 21 penjara khusus buat penduduk Palestin. Lokasi penjara atau pemindahan tahanan ke lokasi di dalam wilayah Israel adalah menyalahi undang-undang antarabangsa, pelaku boleh dituduh melakukan jenayah perang.

Konvensyen Geneva Ke-4 menyatakan “orang terlindung yang dituduh melakukan kesalahan hendaklah ditahan di negara yang diduduki, dan jika sabit kesalahan, mereka hendaklah dihukum di dalamnya negaranya.” (Perkara 76).

Lawatan keluarga

Keluarga tahanan yang ingin melawat tahanan di Israel mesti mempunyai permit masuk ke Israel (kecuali bagi penduduk Baitulmuqaddis). Permit mengambil tempoh antara satu dan tiga bulan untuk mendapatkannya tetapi hanya sah untuk tiga bulan.

Permohonan permit dikemukakan melalui ICRC dan dipindahkan kepada pihak Israel. Lelaki berusia 16 hingga 45 tahun dilarang mendapatkan permit termasuk beratus keluarga atas faktor keselamatan.

Bagi yang dibenarkan melakukan lawatan, tempoh dibenarkan adalah sekali setiap dua minggu iaitu selama 45 minit. Mereka dipisahkan dengan tingkap kaca dan berbual hanya melalui telefon. Hanya tiga orang ahli keluarga dibenarkan untuk melawat tahanan pada satu-satu masa.

Sejak Jun 2007, pihak berkuasa Israel meletakkan larangan jumlah lawatan oleh ahli keluarga dari Gaza. Pengharaman ini memberi kesan kepada kira-kira 1,000 banduan dan keluarga mereka.

Keadaan penjara

Tahanan ditempatkan di penjara penuh sesak dengan keperluan terhad dan kotor. Pihak Berkuasa Penjara Israel (IPS) hanya menyediakan produk kebersihan dengan jumlah terhad. Tahanan melaporkan, IPS hanya menyediakan setengah liter cecair pembersihan lantai.

Mereka juga melaporkan makanan disediakan tidak mencukupi dari segi kualiti dan kuantiti. Kebanyakan banduan terpaksa membeli makanan sendiri dari kantin. Ada juga yang terpaksa berlapar kerana tidak dapat makanan dan tidak mampu membeli makanan.

Penjagaan kesihatan

Terdapat klinik dengan seorang jururawat di semua penjara Israel. Doktor datang ke klinik sekali atau dua kali seminggu tidak lebih daripada empat jam. Selepas itu mereka meninggalkan penjara dan banduan yang sakit tidak dirawat sehingga minggu berikutnya.

Jika tahanan memerlukan rawatan lanjut, doktor penjara akan merujuk pesakit ke hospital Penjara Ar-Ramleh. Jika pesakit perlu menjalani pembedahan mereka terpaksa menunggu giliran yang mengambil masa hingga beberapa bulan sekali gus menyebabkan komplikasi teruk lalu meninggal dunia.

Ubat tahan sakit diberikan kepada semua jenis penyakit. Pentadbiran penjara melarang akses ubat dari luar penjara, sama ada dari keluarga atau organisasi Palestin. Kebanyakan tahanan menghidapi penyakit kulit, keletihan, masalah buah pinggang dan ulser.

Pendidikan

Tahanan boleh menerima buku melalui ICRC dan keluarga ketika lawatan, tetapi jenis dan bilangan buku adalah terhad. Mereka hanya menerima akhbar dalam bahasa Arab, Ibrani atau Inggeris yang telah luput tarikh.

Tahanan Palestin dibenarkan melanjutkan pelajaran di Open University Israel. Tahanan dihalang menyertai program pengajian universiti Arab atas sebab-sebab keselamatan. Ramai tahanan gagal mendaftar di universiti-universiti Israel kerana sekatan kewangan dan bahasa.

Kanak-kanak Palestin diseksa Zionis


PALESTIN
$entry.content.caption.value
Kementerian Tahanan Palestin melaporkan, tahun lalu seramai 900 kanak-kanak diculik berbanding 700 pada 2011, peningkatan mendadak itu menyaksikan pelanggaran hak Israel terhadap kanak-kanak Palestin.

“Sebanyak 95 peratus daripada kanak-kanak diculik dari rumah antara jam 2 dan 4 pada waktu subuh tanpa waran dan dibawa ke destinasi tidak diketahui,” katanya.

Jurucakap kementerian berkata, kanak-kanak itu digari dan ditutup mata sebelum askar Zionis menyerang dan menghina ibu bapa mereka yang cuba menghalang anak-anak mereka dari ditangkap.

“Kebanyakan kanak-kanak diculik diseksa dan didera ketika tangkapan, askar akan memukul dan menendang mereka dengan senjata atau but. Mereka juga akan melepaskan tembakan, gas pemedih mata dan bom sekiranya dihalang," katanya.

Menurutnya, kanak-kanak ditahan akan dipukul sepanjang perjalanan ke pusat tahanan.

“Setibanya di pusat tahanan kanak-kanak itu berterusan diseksa dengan tangan terikat belakang, mata ditutup dan kaki dikangkangkan. Mereka juga dipaksa berdiri beberapa jam di bawah matahari ketika musim panas melampau dan hujan ketika musim tengkujuh,” katanya.

Beliau berkata, penyiasat Israel menggunakan kejutan elektrik semasa menyoal siasat tahanan dan memaksa kanak-kanak itu minum air panas seperti dilakukan terhadap Nassar Aref Jaradat, 16, dari bandar Sair berhampiran Tebing Barat di selatan Hebron.

Nassar diculik pada 2 Februari, 2010, dan dibawa ke kem tentera Etzion. Di sana beliau dipaksa berdiri beberapa jam dalam musim sejuk sebelum berkali-kali dipukul dan ditumbuk. Selepas itu, askar Zionis melakukan kejutan elektrik sehingga beliau tidak sedarkan diri.

Kebanyakan kanak-kanak diculik dan dihantar ke  Keryat Arba , Maaleh Adumim dan Dan Shomron. Sementara itu, Kelab Banduan Palestin melaporkan Hamza Al-Za’aol, 10, diculik Mei 2012 atas tuduhan membaling batu.

Tentera Israel menggunakan kejutan elektrik dan dipukul dengan teruk ketika dalam penjara Etzion hingga kakinya tempang.

Kelab itu mendedahkan, bilangan kanak-kanak diculik pada suku pertama tahun 2009 meningkat 443 banduan selepas menculik 14 kanak-kanak di bawah umur tahun ini.

Jawatankuasa itu berkata, kini, terdapat lebih 140 kanak-kanak Palestin masih menunggu untuk dibicarakan termasuk 32 daripadanya adalah di bawah umur 16 tahun.

Bekas hamba seks berang


Bekas hamba seks berang
Kumpulan wanita bekas hamba seks Jepun memfailkan saman di Gwangju, Selatan Seoul, Korea Selatan.
SEOUL - Sekumpulan wanita bekas hamba seks Korea Selatan ketika era perang Jepun memfailkan saman fitnah terhadap kumpulan rock Jepun selepas menggelar mereka sebagai pelacur tua di Gwangju, selatan Seoul.

Jurucakap kumpulan itu berkata, tindakan kumpulan rock Scramble dianggap melampau dan menjatuhkan maruah mereka yang sekian lama telah tercalar.

“Lirik lagu dinyanyikan kumpulan itu menyebut kami digelar 'wanita penyedap' dan tidak mempunyai maruah,” katanya.  

Menurutnya, terdapat lagu dan klip video disiarkan di laman  YouTube bertajuk Slashing Koreans yang menggelar mereka sebagai ‘pelacur tua’.

“Selama ini kami mendesak Jepun untuk memohon maaf dan ganti rugi terhadap tindakan tentera mereka yang menganinya kami ketika pemerintahan rejim.

“Kami berasa sedih dan kecewa dengan tindakan kumpulan rock berkenaan. Sehingga kini permintaan kami tidak dilayan oleh kerajaan Jepun kini, masyarakat negara itu pula menghina kami, “ katanya.

Kumpulan rock terbabit didakwa tidak popular di Jepun dan hanya mempunyai kumpulan peminat tersendiri dari kalangan pro-kerajaan. - AFP

Pemimpin FSA kembali ke Syria


Moaz Alkhatib
Moaz Alkhatib
AMMAN - Pemimpin Tentera Pembebasan Syria (FSA) yang dibuang negeri, Moaz Alkhatib melawat Syria untuk kali pertama sejak tahun lalu, semalam.

Alkhatib, 52, merupakan Presiden Perikatan Kebangsaan Syria (SNC), sebuah kumpulan anti kepentingan Presiden Syria Bashar Al Assad, yang cuba mendapat pengiktirafan antarabangsa, memasuki utara Syria dari negara jiran Turki dan melawat bandar Jarablus serta Minbij.

Bekas khatib Masjid Umayyad di Damsyik itu dipilih sebagai pemimpin SNC November lalu dan lawatannya dilihat sebahagian daripada usaha meredakan keraguan di kalangan beberapa pasukan pemberontak terhadap perikatan itu.

Alkhatib berkata, beliau bersedia mengadakan rundingan dengan wakil kerajaan Syria dalam usaha menyelesaikan konflik yang berlaku hampir dua tahun di negara itu.

“Saya sedia bertemu dan mengadakan perbincangan dengan Assad,” katanya.

Sebelum memasuki Syria, Alkhatib menghadiri mesyuarat dihadiri 220 komander FSA di bandar Gaziantep, Turki untuk merangka pentadbiran baru dan menyediakan kediaman baru kepada penduduk di daerah Aleppo.

Sementara itu Assad, dalam satu temu bual dengan akhbar Britain, The Sunday Times berkata, beliau bersedia berbincang dengan Alkhtab namun menegaskan enggan meninggalkan negara itu atau berundur di bawah tekanan asing.

“Kami bersedia untuk berunding dengan sesiapa sahaja, termasuk militan, tetapi mereka tidak boleh mengenakan sebarang syarat atau penasihat luar,” katanya.

Jawatankuasa krisis pembangkang, Mohammad Mroueh pula berkata, satu pertempuran sengit berlaku di tengah bandara Homs, apabila tentera Assad berusaha menawan semula bandar itu yang didiami kumpulan minoriti Alwaite, kelmarin. - Reuters

AS salur bantuan bernilai RM776 juta


AS salur bantuan bernilai RM776 juta
Rundingan dua jam Kerry (kiri) dan Mursi di Riyadh, Arab Saudi.
RIYADH - Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry mengumumkan AS bersetuju menyalurkan bantuan AS$250 juta  kepada Mesir selepas Presiden Mesir, Muhammad Mursi berjanji mengadakan rundingan  lanjut dengan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) bagi meningkatkan ekonomi negara itu.

Kerry berkata, terdapat dua bahagian bantuan, pertama AS$190 juta untuk menangani keperluan pembangunan dan AS$60 juta untuk menyokong perniagaan kecil.

Menurutnya kesemua bajet berkenaan telah diluluskan oleh anggota Kongres.

“Dalam perbincangan itu juga Mursi berjanji memastikan keadilan pilihan raya Mesir pada April nanti tanpa komitmen politik antara Mesir dan AS,” katanya.

Beliau berkata, pembayaran itu dibuat secara berperingkat dengan pendahuluan AS$ 190 juta.

Sebelum ini, Mursi pernah memohon pinjaman AS$3.2 bilion (RM9.9 bilion) daripada IMF apabila ekonomi negara itu berdepan kesan ketidaktentuan ekonomi selepas penggulingan Presiden Hosni Mubarak, kira-kira setahun lalu.

Pemimpin Mesir itu memerlukan pinjaman untuk mengelakkan penurunan ketara ekonominya. - Reuters

Pelombong dipecat kerana Harlem Shake

PERTH - Akhbar The West Australian melaporkan, 15 pelombong dipecat kerana melakukan tarian Harlem Shake di bawah tanah Lombong Emas Angnew di Australia.

Laporan menyebut, kesemua pelombong itu kehilangan pendapatan yang mencecah enam angka.

Dalam surat pemecatan itu, pemilik lombong berkenaan Barmico menyatakan, tindakan itu diambil kerana ia berkaitan dengan isu keselamatan.

Aksi tersebut telah dimuat naik di laman You Tube dengan nilai penonton 300,000. - AP

'Batman' tangkap suspek dikehendaki polis

BRADFORD - Seorang lelaki yang berpakaian seperti ‘Batman’ menangkap dan menyerahkan suspek dikehendaki kepada polis sebelum menghilangkan diri.

Menurut pihak polis, penjenayah yang berusia 27 tahun itu dibawa oleh lelaki yang memakai kostum Batman pada awal pagi 25 Februari lalu.

Penjenayah itu didakwa atas kesalahan mencuri dan menipu.

“Individu yang membawa penjenayah itu ke balai polis memakai kostum Batman dan hingga kini, identitinya masih lagi menjadi misteri,” kata sumber polis.

“Bukan saja identiti Batman itu tidak diketahui, malah kami sendiri juga kurang pasti sama ada lelaki itu terlibat sama atau tidak dengan penjenayah yang diserahkan kepada polis,” ujar pihak polis.

Pemilik kedai The Joke Shop di Kirkgate, Kathryn Sutcliffe berkata, dia ada menjual kostum Batman kepada seorang lelaki berusia dalam lingkungan 20-an beberapa hari sebelum kejadian itu.

Sutcliffe berkata, lelaki itu menggunakan loghat penduduk tempatan dan berambut kerinting.

Tambah beliau, mungkin lelaki itu yang terlibat menyerahkan penjenayah kepada pihak polis baru-baru ini kerana dia membeli kostum batman menggunakan kad kredit dan berkata mahu merahsiakan identitinya.

Mangsa rogol dicampak dari bas terima Anugerah Keberanian

WASHINGTON - Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) memberi penghormatan dengan menganugerahkan pingat keberanian kepada mangsa geng rogol berusia 23 tahun di New Delhi, yang maut baru-baru ini.

Ia dikenali sebagai Anugerah Keberanian Wanita Antarabangsa 2013.

Wanita yang tidak didedahkan namanya itu telah dirogol dalam bas ketika bersama teman lelakinya pada 16 Disember lalu dan dirogol oleh sekumpulan lelaki.

Dia meninggal dunia dua minggu kemudian di sebuah hospital di Singapura.

Kes ini mengejutkan seluruh India sehingga menyebabkan berlaku protes jalanan menuntut keadilan terhadap gadis malang itu.

Dalam satu kenyataannya semalam, Jabatan Negara menyifatkan wanita yang lebih dikenali sebagai Nirbhaya, membawa maksud ‘berani’, menjadi asas kepada gerakan popular untuk menamatkan keganasan terhadap wanita di India.

“Bagi berjuta-juta wanita India, pengalaman pahit beliau, ketabahan dan keberanian keluarganya berjuang untuk menuntut keadilan menjadi asas dan punca kesedaran wanita di negara itu yang keganasan terhadap wanita wajar diberi keadilan,” katanya.

45 maut letupan bom di Karachi


45 maut letupan bom di Karachi
Orang ramai mengangkat mayat rentung dan cedera dalam kebakaran di bandar Abbas, Karachi, Pakistan.
KARACHI - Sebuah letupan bom kereta mengorbankan sekurang-kurangnya 45 orang ketika Pakistan sedang bersiap sedia mengadakan pilihan raya di kawasan penempatan Islam Syiah di Karachi, semalam.

Pegawai tertinggi Pakistan di Karachi, Hashim Raza Zaidi, berkata, letupan berkenaan berlaku pada awal pagi di pekarangan pangsapuri di bandar Abbas.

“Sisa api letupan menyambar pangsapuri berdekatan hingga menyebabkan letupan,” katanya.

Menurutnya, wanita dan kanak-kanak antara terbunuh dan cedera selepas  gagal mencari jalan keluar akibat api marak.

“Sekurang-kurangnya 45 maut manakala 150 lagi cedera. Jumlah kematian dijangka meningkat selepas mangsa cedera dalam keadaan kritikal dan parah,” katanya.

Beliau berkata, ratusan rumah dan kedai rosak teruk termasuk puluhan orang ramai dilihat meninggalkan masjid berhampiran bagi menyelamatkan diri ketika menunaikan solat subuh.

“Tiada siapa mengaku bertanggungjawab, tetapi kami percaya puak militan Sunni dikaitkan dengan Al Qaeda dan Taliban terbabit dalam perbuatan ini,” katanya.

Parlimen Pakistan bubar dua minggu lagi bagi memberi laluan kepada pilihan raya, namun keganasan membabitkan kaum dan perbezaan agama terus meningkat. - AFP

AS, Saudi beri Iran dan Syria amaran

RIYADH - Amerika Syarikat (AS) dan Arab Saudi memberi amaran kepada Iran dan Syria agar tidak meneruskan cita-cita nuklear.

Selain itu kedua-dua negara tersebut memberi peringatan kepada Presiden Syria, Bashar al-Assad yang mereka akan mengambil tindakan segera terhadap Syria  kecuali jika beliau meletak jawatan.

Setiausaha Negara AS, John Kerry dalam rangka lawatan rasminya sebagai diplomat Washington pertama ke Timur Tengah berkata, Presiden AS Barack Obama sendiri berikrar tidak akan membenarkan Iran mendapatkan senjata nuklear.

“Pihak kami telah menyediakan anggota tentera yang cukup kuat bagi mengelakkan perkara ini terus berlaku. Jika Iran berniat untuk meneruskan usaha nuklear mereka, kami akan mengambil tindakan,” katanya.

Beliau turut berkata, perbincangan secara diplomatik tidak dapat lagi memberi sebarang makna.

“Sebarang rundingan yang diadakan secara berterusan bakal menyebabkan keadaan bertukar menjadi lebih bahaya,” ujar beliau.

Menteri Luar Arab Saudi, Putera Saud al-Faisal turut berkongsi kebimbangan mengenai perkara ini dan turut bersetuju jika tindakan agrerif dikenakan terhadap Iran.

“Kami berharap rundingan ini akan meletakkan satu titik pengakhiran terhadap konflik nuklear ini. Rundingan ini juga tidak boleh diadakan selama-lamanya tanpa ada sebarang penyelesaian,” tegasnya.

AS, Saudi beri Iran dan Syria amaran

RIYADH - Amerika Syarikat (AS) dan Arab Saudi memberi amaran kepada Iran dan Syria agar tidak meneruskan cita-cita nuklear.

Selain itu kedua-dua negara tersebut memberi peringatan kepada Presiden Syria, Bashar al-Assad yang mereka akan mengambil tindakan segera terhadap Syria  kecuali jika beliau meletak jawatan.

Setiausaha Negara AS, John Kerry dalam rangka lawatan rasminya sebagai diplomat Washington pertama ke Timur Tengah berkata, Presiden AS Barack Obama sendiri berikrar tidak akan membenarkan Iran mendapatkan senjata nuklear.

“Pihak kami telah menyediakan anggota tentera yang cukup kuat bagi mengelakkan perkara ini terus berlaku. Jika Iran berniat untuk meneruskan usaha nuklear mereka, kami akan mengambil tindakan,” katanya.

Beliau turut berkata, perbincangan secara diplomatik tidak dapat lagi memberi sebarang makna.

“Sebarang rundingan yang diadakan secara berterusan bakal menyebabkan keadaan bertukar menjadi lebih bahaya,” ujar beliau.

Menteri Luar Arab Saudi, Putera Saud al-Faisal turut berkongsi kebimbangan mengenai perkara ini dan turut bersetuju jika tindakan agrerif dikenakan terhadap Iran.

“Kami berharap rundingan ini akan meletakkan satu titik pengakhiran terhadap konflik nuklear ini. Rundingan ini juga tidak boleh diadakan selama-lamanya tanpa ada sebarang penyelesaian,” tegasnya.

50 pemberontak, askar Perancis terbunuh


50 pemberontak, askar Perancis terbunuh
Seorang askar Perancis maut di Mali, semalam.
BAMAKO - Kira-kira 50 pejuang pemberontak terbunuh termasuk askar Perancis dalam pertempuran di utara Mali, kelmarin.

Pegawai tentera Perancis melaporkan, Chad mendakwa akan membuktikan askarnya berjaya membunuh dua militan Islam dalam pertempuran itu.

Menteri Pertahanan Perancis, Jean-Yves Le Drian meminta Chad lebih berhati-hati ketika mengeluarkan dakwaan, askarnya di Mali membunuh Mokhtar Belmokhtar, iaitu individu bertanggungjawab dalam merancang serangan di
loji gas Algeria, Januari lalu.

Chad juga mendakwa tenteranya membunuh komander rangkaian Al Qaeda di Maghribi, Abdelhamid Abou Zeid.

“Saya memberi amaran khabar angin yang berulang sepanjang pertempuran tidak akan menjadi fakta sebenar, malah memburukkan lagi  keadaan” katanya. - Reuters

Penasihat Sultan Sulu: Usaha masuk Lahad Datu mula Okt 2012

MANILA - Seorang pastor yang dikenali sebagai Saycon tampil mengakui beliau adalah penasihat kepada Sultan Sulu Jamalul Kiram III dalam membuat tuntutan ke atas Sabah.

Saycon berkata beliau bekerja untuk sultan atas kapasiti peribadi dan bukan sebagai Setiausaha Agung Majlis bagi Hal Ehwal Filipina (Copa).

Dalam temu bual dengan media tempatan Saycon berkata, beliau terpanggil untuk menerangkan keadaan sebenar selepas pengikut Sultan Sulu dan pasukan keselamatan Malaysia menemui jalan buntu untuk menyelesaikan masalah itu di Lahad Datu, Sabah  hingga mencetuskan keganasan.

Saycon mendakwa sebagai pakar strategi politik dan berperanan ketika penggulingan bekas Presiden Joseph Estrada pada 2001 dan berpengaruh dalam pentadbiran bekas Presiden Gloria Macapagal Arroyo.

“Sebagai seorang penasihat kepada sultan, saya membantu beliau mengumpul bukti dan dokumen yang akan membantu dalam tuntutan Sabah kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Saya juga membantu beliau menyusun strategi supaya beliau dapat fokus kepada usaha untuk mendapatkan semula Sabah,” katanya dipetik Globalnation Inquirer.

Ditanya sama ada beliau juga menasihatkan Jamalul untuk menghantar Azzimuddin dan bilangan pengikut ke Sabah untuk menuntut sebahagian wilayah Malaysia, beliau mejawab: “Tidak."
Namun beliau mengakui bahawa mengetahui tentang rancangan menuntut Lahad Datu sejak Ogos lalu.

Saycon berkata, terdapat empat percubaan untuk memasuki Lahad Datu iaitu pada Ogos dan September lalu.

“Ketika itu, saya juga mendapat tahu tindakan nekad memasuki Lahad Datu disebabkan terdapat pengikut mereka di Tausung Sabah tertindas ini menyebabkan Sultan Sulu berasa malu kerana tidak mampu berbuat apa-apa. Beliau juga menerima laporan bahawa terdapat pengikutnya dipukul anggota keselamatan Malaysia sebelum dihantar pulang ke Sulu dan Tawi-Tawi,” katanya.

Menurutnya, selepas kerajaan menandatangani perjanjian damai awal dengan Barisan Pembebasan Islam Moro pada Oktober 2012, terdapat ketegangan dalam pentadbiran kesultanan, tetapi tiada rancangan untuk menduduki Sabah.

Namun, Jamalul khuatir dan kecewa kerana permintaan mereka kepada kerajaan termasuk tuntutan Sabah dalam rundingan damai dengan Bangsamoro itu tidak dinyatakan.

“Percubaan ketiga adalah pada November selepas Jamalul mengeluarkan 'dekri diraja' membenarkan Azzimuddin pergi ke Sabah, perintah itu dikeluarkan semasa mesyuarat puak di Bandar Zamboanga.

Beliau berkata,  sebelum Disember lalu beliau mendapat tahu Azzimuddin telah mengumpulkan senjata untuk penyokong dan pengikut menyeberang ke Sabah.

“Segala tindakan beliau dari awal tidak saya setuju, malah saya meyakinkan beliau supaya mengumpul dokumen dan sokongan untuk dihantar kepada jawatankuasa Kehakiman PBB kerana itu usaha terakhir bagi mereka,” katanya.

Saycon berkata, Kiram menjelaskan kepadanya bahawa Kesultanan Sulu tidak mempunyai pilihan tetapi akan melakukan apa sahaja yang didesak oleh pengikutnya.

“Mereka akan kehilangan maruah jika gagal untuk melakukannya, sebagai pengikut mereka hanya mahu merebut kembali Sabah dan perkara itu memberi tekanan kepada sultan,“ katanya.

Balu Sultan Sulu dakwa ceroboh Sabah hanya drama


Balu Sultan Sulu dakwa ceroboh Sabah hanya drama
Maryam Kiram (kiri) bercakap pada sidang media di Makati semalam. - Foto ihsan The Philippine Star
MANILA - Balu kepada Sultan Sulu, Mohd Mahakuttah Kiram percaya pertempuran yang sedang berlaku di Sabah hanya satu drama dan menegaskan ia hanya sebagai pelan permainan untuk mendapatkan kembali hak milik mereka.

Bercakap kepada pemberita semalam, Puteri Maryam Kiram mendakwa yang dirinya juga pernah ditawar untuk menjadi sebahagian dari drama oleh pihak-pihak berkenaan satu ketika dahulu.
“Saya yakin perkara ini hanya drama selepas saya pernah duduk sekali bersama mereka.

"Saya juga bersedia untuk berunding bagi menyelesaikan konflik ini dari terus berlanjutan. Penyelesaian bersama kedua-dua belah pihak dapat dicapai,” ujar beliau dipetik The Philippine Star.

Maryam bagaimanapun tidak menjelaskan apa yang dimaksudkan sebagai "drama" tetapi mendakwa yang media turut memainkan peranan dalam mengada-adakan cerita.

Beliau yang mendakwa mewakili Kesultanan Sulu berkata ahli keluarga diraja telah menubuhkan Yayasan Diraja Kesultanan Sulu.

Maryam turut berharap dapat mengadakan perbincangan dengan pemimpin Malaysia.

Beliau turut yakin yang kerajaan Malaysia mengamalkan sikap terbuka dan mampu menyelesaikan perkara ini secara baik.

Zahid: 5 lima batalion dikerah, tidak perlu campur tangan asing


IGP: Kawalan di Semporna diperketatkan
Anggota polis berkawal di pos kawalan di hadapan Kolej Integrasi Ilmu berhampiran Kampung Tanduo, lokasi pasukan keselamatan melancarkan serangan hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Pasukan keselamatan mempunyai kepakaran untuk menumpaskan saki baki penceroboh bersenjata selepas serangan udara dan darat dilancarkan pagi ini untuk mengakhiri insiden pencerobohan yang berlarutan selama 21 hari di Kampung Tanduo, kira-kira 130km dari Lahad Datu, Sabah, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
  
Katanya walaupun kawasan yang diceroboh mempunyai bentuk muka bumi yang mencabar dan diibarat 'lubuk permainan' penceroboh, namun kepakaran serta taktik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) cukup membanggakan.
  
Oleh itu, katanya, Malaysia tidak memerlukan sebarang campur tangan asing dalam menangani insiden pencerobohan di Sabah kerana ia mempunyai pasukan keselamatan yang kuat.
  
Pada 4 petang, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar memberitahu pemberita bahawa saki baki musuh dipercayai masih bersembunyi di Kampung Tanduo, berhampiran Felda Sahabat 16, kira-kira 130km dari Lahad Datu.   
  
"Setakat ini keadaan tenang malah tiada tembak-menembak sebagai serangan balas berlaku dan kita harap dengan keadaan ini, penceroboh dapat ditumpaskan namun kita perlu sentiasa berjaga-jaga untuk sebarang kemungkinan," kata Ahmad Zahid menerusi perbualan telefon bersama Bernama TV di sini hari ini.
  
Sehubungan itu, beliau berkata pasukan keselamatan telah bersiap siaga di beberapa kawasan tertentu yang berkemungkinan terancam berikutan taktik 'psikologi songsang' yang digunakan penceroboh.
  
"Kita sentiasa mematuhi Konvensyen Geneva dan kita menggunakan etika peperangan yang mana pihak musuh dilayan dengan penuh berperikemanusiaan," katanya.
  
Ahmad Zahid berkata, lima batalion tentera telah dikerah di beberapa kawasan seperti Tawau dan Sandakan, dan akan terus berada di sana sehingga berpuas hati dengan operasi pembersihan penceroboh.


KRONOLOGI PENCEROBOHAN KUMPULAN BERSENJATA DI LAHAD DATU

 
   12 Feb - Sekumpulan lelaki berpakaian ala tentera dan dipercayai bersenjata
yang menaiki bot pancung mendarat di pesisiran pantai Lahad Datu.
  
    14 Feb - Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata polis mengenal pasti
kumpulan rakyat Filipina yang mendarat di pesisir pantai Lahad Datu, Sabah
sebagai pewaris berketurunan 'Raja Sulu' dari selatan Filipina.
      
    14 Feb - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan
Malaysia akan melakukan yang terbaik termasuk melalui perundingan bagi
menangani isu pencerobohan itu sebelum mengusir mereka keluar dari kawasan
berkenaan.
   
    16 Feb - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
mengesahkan kumpulan terbabit bukan kumpulan militan atau pengganas sebaliknya
penyokong kuat 'Kesultanan Sulu' dan menegaskan situasi di Kampung Tanduo adalah
terkawal.
       
    18 Feb - Hishammuddin berkata kerajaan Malaysia dan Filipina sentiasa
bekerja rapat dalam menyelesaikan konflik ini dan memberitahu ia akan dilakukan
secara diplomasi tanpa pertumpahan darah.
  
    24 Feb - Kerajaan Filipina menghantar sebuah kapal dalam misi kemanusiaan
untuk membawa pulang kumpulan 180 anggota termasuk 30 pengawal bersenjata yang
bertahan di Lahad Datu, Sabah sejak 12 Feb lepas.
  
    26 Feb - Tempoh pengusiran mereka tamat namun rundingan masih dijalankan
terhadap kumpulan penceroboh itu.
  
    28 Feb - Kerajaan Malaysia digesa mengadakan rundingan secara terus dengan
Sultan Jamalul Kiram III di Manila untuk menamatkan konflik perebutan kawasan di
Lahad Datu, Sabah yang berlanjutan selama lebih tiga minggu.
  
    1 Mac - Dua anggota polis, ASP Zulkifli Mamat dan Sjn Sabarudin Daud
terkorban manakala 12 anggota kumpulan penceroboh terbunuh dalam pertempuran
antara kumpulan itu dengan pasukan keselamatan di Kampung Tanduo.
  
    2 Mac - Enam anggota polis terkorban dalam serangan hendap di perkampungan
air Kampung Sri Jaya Simunul, Semporna. Kejadian pada pukul 8 malam itu
menyebabkan enam anggota kumpulan penceroboh terbunuh.
  
    3 Mac - Mayat enam anggota polis dikeluarkan dari kawasan perkampungan air
itu dan polis turut mengeluarkan 19 anggota polis dengan selamat dari kampung
itu.
  
    4 Mac - Setiausaha Rendah Luar Filipina Jose Brillantes dan Duta Besar
Filipina ke Malaysia J. Eduardo Malaya dilapor bertemu Menteri Pertahanan Datuk
Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun
Hussein untuk mencari resolusi damai.
      
    4 Mac - Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar menegaskan keadaan
keselamatan di Kunak, Sandakan dan Semporna di Sabah adalah terkawal.
  
    4 Mac - Polis mengeluarkan senarai nama enam pegawai dan anggota yang
terkorban dalam serangan hendap di Semporna, Sabah.
  
    5 Mac (7 pagi) - Pasukan keselamatan melancarkan serangan menggunakan jet
pejuang F18 dan Hawk ke atas penceroboh kumpulan bersenjata di Kampung Tanduo,
Lahad Datu, Sabah diikuti tindakan susulan dan penggeledahan oleh pasukan
tentera dan polis di kawasan kampung itu.
  
    5 Mac (8 pagi) - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan
mesti mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjaga maruah dan kedaulatan
negara sebagaimana yang dituntut rakyat memandangkan usaha kerajaan mengelakkan
pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya.
  
    5 Mac (11 pagi) - Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dalam sidang media
bersama Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin menyifatkan Ops
Daulat itu mencapai objektif yang ditetapkan.
  
    5 Mac (1.30 tengah hari) - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun
Hussein dalam sidang akhbar bersama Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid
Hamidi mengesahkan tiada kematian dan kecederaan di pihak pasukan keselamatan.
  
    5 Mac (4 petang) - Ketua Polis Negara mengadakan sidang akhbar mengatakan
operasi susulan dan penggeledahan masih diteruskan kerana polis percaya masih
ada musuh di kawasan itu.
  
    5 Mac - Sehingga pukul 7 petang, polis belum mengesahkan jumlah kematian,
kecederaan atau tangkapan di pihak anggota kumpulan penceroboh bersenjata itu.
 
- Bernama

Rakyat Filipin berdemo di kedutaan Malaysia di Filipin



Terkini.. ~ Rakyat Filipin berdemo di kedutaan Malaysia di Filipin. dan sultan Sulu mophon AS dan PBB campor tangan.. 

Baca sini.. [Bonus ]ada video jet serangan di dalam

http://kingofgoblok.blogspot.com/2013/03/terkini-aultan-sulu-mohon-as-dan-pbb.html

UMNO langgar mati orang...

Tujuh batalion ATM ke Sabah



Ahmad Zahid Hamidi (empat dari kanan) bersama Hishammuddin Tun Hussein (tiga dari kiri) dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zain (kiri) sejurus tiba menggunakan helikopter Nuri di Felda Sahabat semalam.
KUALA LUMPUR 4 Mac - Sebanyak tujuh batalion anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sudah dikerah ke Sabah bagi membantu pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menangani insiden pencerobohan oleh kumpulan yang mendakwa tentera Kesultanan Sulu.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, daripada jumlah itu, lima batalion ditempatkan di daerah Lahad Datu, manakala masing-masing satu di Sandakan dan Tawau.
''Untuk maklumat penduduk Sabah, saya ingin maklumkan bahawa pihak tentera membantu polis sepenuhnya,'' kata beliau menerusi Twitternya di sini hari ini.
Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberikan mandat dan kuasa sepenuhnya kepada Panglima ATM, selain Ketua Polis Negara untuk mengambil apa sahaja tindakan yang perlu tanpa ada lagi sebarang lanjutan masa kepada kumpulan penceroboh berkenaan.
Sementara itu, Panglima ATM, Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zain semalam menegaskan ATM dan polis mempunyai perancangan dan strategi mantap serta mampu menangani isu pencerobohan di Kampung Tanduo, Lahad Datu.
Pada 1 Mac lalu, dalam pertempuran antara kumpulan pencerobohan Sulu dengan pasukan VAT 69 telah mengorbankan dua anggota pasukan itu .
Dalam dua serangan berasingan di Kampung Simunul, Semporna Sabtu lalu pula, enam anggota polis terbunuh, dua cedera dan beberapa lagi anggota keselamatan dikepung oleh kumpulan penceroboh.
Terdahulu, Zahid bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang berada di Lahad Datu turut mendengar taklimat daripada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130305/dn_03/Tujuh-batalion-ATM-ke-Sabah#ixzz2Md88cWbW
© Utusan Melayu (M) Bhd 

al-Qaeda terbit majalah Inspire



LONDON 4 Mac - Kumpulan al-Qaeda menerbitkan edisi terbaharu majalah propaganda berbahasa Inggeris yang memberi panduan kepada pengikutnya tentang bagaimana membakar kereta dan mencetuskan kemalangan jalan raya.
Rangkaian kumpulan yang paling aktif, al-Qaeda di Semenanjung Arab (AQAP) menerbitkan majalah edisi ke-10 yang dikenali sebagai Inspire itu di laman web kumpulan militan tersebut bulan ini.
Selain menunjukkan cara melakukan keganasan, kumpulan itu turut memberi amaran kepada Perancis supaya menarik balik tentera negara itu dari Mali.
AQAP juga menyenaraikan 11 tokoh awam di Barat, termasuk penulis Salman Rushdie, yang dikehendaki sama ada hidup atau mati kerana melakukan jenayah ke atas Islam.
Tokoh-tokoh lain termasuklah ahli politik Belanda, Geert Wilders, aktivis Kanada keturunan Somalia, Ayaan Hirsi Ali, yang kedua-duanya kuat mengkritik Islam, selain paderi Amerika Syarikat, Terry Jones yang menganjurkan pembakaran naskah al-Quran.
Majalah itu turut memaparkan artikel-artikel yang memperingati anggota mereka yang maut ketika berjuang.
AQAP yang berpangkalan di Yemen sebelum ini pernah berkomplot untuk merampas pesawat penerbangan antarabangsa.
Dalam bahagian yang berjudul 'Buka sumber jihad', majalah itu menunjukkan cara-cara membakar kereta, termasuk panduan bagaimana mengelakkan minyak petrol daripada terkena diri sendiri dan cadangan menumpahkan minyak di jalan raya bagi mencetuskan kemalangan. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130305/lu_04/al-Qaeda-terbit-majalah-Inspire#ixzz2Mcp8bvx3
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pertempuran di Mali ragut 50 nyawa



Tentera Mali membuat pemeriksaan terhadap penumpang di sebuah pusat pemeriksaan di bandar Gao, kelmarin. - REUTERS
BAMAKO 4 Mac - Pertempuran sengit di utara Mali mengakibatkan sekurang-kurangnya 50 militan dan seorang tentera Perancis terbunuh, lapor pihak berkuasa semalam ketika Chad berjanji untuk membuktikan tenteranya membunuh dua pemimpin tertinggi kumpulan tersebut.
Seorang jurucakap ketenteraan Mali berkata, pertempuran sengit berterusan sehingga semalam berhampiran bandar Gao, ketika tentera yang dibantu Perancis cuba memburu kumpulan militan di daerah tersebut.
"Sekurang-kurang 50 militan Pergerakan Perpaduan dan Jihad di Afrika Barat (MUJAO) terbunuh dalam pertempuran sejak Jumaat lalu,'' katanya menambah, pertempuran di antara tentera dan militan semakin bertambah hebat sejak kebelakangan ini.
Menteri Pertahanan Perancis, Jean-Yves Le Drian dalam pada itu mengesahkan kematian seorang anggota tentera, Koperal Cedric Charenton yang terbunuh dalam pertempuran di utara Mali, kelmarin, kematian ketiga membabitkan askar negara itu.
Beliau pada masa yang sama meminta supaya lebih berwaspada tentang laporan Chad bahawa tentera mereka telah membunuh dalang serangan pusat pemprosesan gas di In Amenas, Algeria, Mokhtar Belmokhtar dan komander kumpulan militan Islamic Maghreb, Abdelhamid Abou Zeid, yang mempunyai kaitan dengan al-Qaeda.
Sementara itu, ketika kerajaan asing sedang berusaha untuk mengesahkan kematian Belmokhtar dan Abou Zeid di daerah Sahel, Menteri Komunikasi Chad, Hassan Sylla berkata, kerajaannya 'tidak membuang masa' membuat pengumuman tersebut.
''Tidak lama lagi kami akan menunjukkan beberapa tahanan termasuk berpangkat leftenan yang ada bersama dengan pemimpin itu,'' katanya kepada AFP.
Bagaimanapun, Le Drian sebaliknya memberi amaran bahawa khabar angin yang berulang-ulang setiap waktu tidak akan menjadi fakta. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130305/lu_03/Pertempuran-di-Mali-ragut-50-nyawa#ixzz2McoxOsMc
© Utusan Melayu (M) Bhd 

'Kiram Spring' di Sabah?



Sultan Jamalul Kiram III
MANILA 4 Mac - Keadaan yang berlaku di Sabah pada waktu ini disifatkan sebagai 'Kebangkitan Kiram' setelah tercetusnya pertempuran di antara tentera setia kepada Jamalul Kiram III dan pasukan keselamatan Malaysia.
Jurucakap Sultan Sulu, Abraham Idjirani berkata, apa yang mereka lakukan kini adalah demi untuk rakyat Filipina.
“Ini merupakan kebangkitan Sultan Jamalul Kiram III. Kami melakukan ini atas nama rakyat Filipina," katanya semalam.
Abraham mendakwa, Sandakan turut menjadi ‘zon pertempuran’ malam tadi ketika konflik di Semporna menemui jalan buntu.
Bagaimanapun, dia menafikan laporan yang mengatakan tentera Sulu yang diketuai Raja Muda Azzumudie Kiram menerima bantuan daripada pejuang-pejuang Barisan Pembebasan Nasional Moro (MNLF).
Sebaliknya, dia berkata, tentera Sulu hanya dibantu oleh rakyat Filipina yang berada di Sabah.
Dia juga memberitahu enam anggota pasukan keselamatan Malaysia terbunuh dalam pertempuran di Semporna.
Abraham sebelum itu menggambarkan pertempuran yang berlaku sebagai ‘tidak dirancang dan merebak secara tiba-tiba’ dengan bantuan rakyat Filipina yang berada di Sabah.
Sehingga tengah hari semalam, dia mendakwa tentera Sulu sudah mengawasi seluruh Semporna.
Sementara itu, Pengerusi Majlis Pemerintah Islam MNLF, Habib Mujahab Hashim berkata, bantuan dari Mindanao berjaya melepasi kawalan keselamatan Malaysia di Sandakan dan menyerang dua trak pasukan Tentera Malaysia.
Habib, yang mendakwa mendapat kebenaran Sultan Sulu untuk bercakap mengenai situasi di Sabah berkata, pasukan itu menggunakan bom jangka dalam serangan tersebut. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130305/lu_01/Kiram-Spring-di-Sabah#ixzz2McojxXDx
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Lima maut di utara Iraq



MOSUL 4 Mac - Sekurang-kurangnya lima anggota polis terbunuh dan 12 lagi cedera apabila seorang pengebom berani mati meletupkan diri dalam sebuah kereta di utara bandar ini semalam.
Serangan itu bagaimanapun tidak jelas dilakukan oleh siapa tetapi insiden itu membayangkan kumpulan militan al-Qaeda yang bertujuan untuk merampas kembali tanah yang kalah kepada pasukan keselamatan Iraq.
Pengebom berani mati sebelum itu, memandu kenderaan yang penuh dengan bahan letupan menuju ke ibu pejabat polis persekutuan di Mosul, kira-kira 390 kilometer dari utara Baghdad sebelum meletupkan bahan tersebut. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130305/lu_08/Lima-maut-di-utara-Iraq#ixzz2Mcnmnp6R
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Naik pangkat serta-merta

Najib bersama  Muhyiddin dan    Dr  Mahathir   menyambut  ketibaan jenazah Allahyarham Superintendan Ibrahim Lebar dan Lans Koperal Mohd Azrol Tukiran  di Pangkalan Udara Subang,  semalam.
Najib bersama Muhyiddin dan Dr Mahathir menyambut ketibaan jenazah Allahyarham Superintendan Ibrahim Lebar dan Lans Koperal Mohd Azrol Tukiran di Pangkalan Udara Subang, semalam. Subang Jaya: Enam pegawai dan anggota polis yang terkorban dalam tragedi berdarah di Kg Sri Jaya Siminul, Semporna, malam kelmarin dinaikkan pangkat berkuat kuasa serta-merta.

Ia diumumkan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar selepas dipersetujui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi mengiktiraf pengorbanan mereka.
Khalid berkata, kenaikan pangkat itu diharap membantu meringankan beban kewangan isteri dan anak wira negara yang sanggup mengetepikan kepentingan peribadi untuk melindungi keselamatan negara dan ketenteraman awam.


“Perdana Menteri memaklumkan kepada saya perkara ini sejurus beliau tiba di Pangkalan Udara Subang, semalam bagi menyambut ketibaan jenazah Allahyarham Superintendan Ibrahim Lebar dan Lans Koperal Mohd Azrol Tukiran.

Setimpal komitmen tinggi 

“Beliau turut meminta agar kenaikan pangkat disegerakan setimpal dengan komitmen tinggi dan keberanian semua pegawai dan anggota polis terbabit memburu kumpulan penceroboh hingga mengorbankan nyawa mereka,” katanya semalam.

Selain Ibrahim, 52, dari Cawangan Khas Bukit Aman dan Mohd Azrol, 27, dari Batalion 14 PGA Tawau, turut terkorban ialah Asisten Superintendan Michael Padel, 36, (Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Semporna), Sarjan Baharin Hamid (Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah) dan Koperal Salam Togiran, 42, (IPD Tawau).
Jenazah Ibrahim dan Mohd Azrol diterbangkan dari Tawau ke ibu negara menggunakan pesawat C-130 Hercules TUDM dan tiba di ibu negara jam 6.45 petang sebelum masing-masing dikebumikan di Tanah Perkuburan USJ 20, Subang Jaya dan Tanah Perkuburan Islam Jalan Shapadu, Kampung Rantau Panjang, Klang, malam tadi.

Selain Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor, turut menyambut ketibaan jenazah ialah Raja Zarith Sofia Sultan Idris Shah; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad serta isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Khalid juga berkata, PDRM dan kerajaan sedang menguruskan bantuan lain kepada isteri dan anak serta keluarga mereka.

7 batalion ATM bantu polis

pix_gal0
Tentera kini bertindak sebagai barisan kedua

Kuala Lumpur: Sebanyak tujuh batalion tentera dikerah bagi membantu pasukan polis menghadapi penceroboh di Sabah, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menerusi laman Twitter, beliau berkata daripada jumlah itu, lima batalion dihantar ke Lahad Datu, manakala dua batalion lagi masing-masing di Tawau dan Sandakan.
“Untuk maklumat penduduk Sabah, saya ingin maklumkan bahawa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan membantu polis sepenuhnya dalam menangani krisis ini.


“ATM sudah menghantar tujuh batalion yang sedang beroperasi sekarang. Lima batalion di Lahat Datu, satu batalion di Sandakan dan satu batalion di Tawau,” katanya.

Barisan kedua

Sementara itu, Timbalannya, Datuk Dr Abdul Latif Ahmad, berkata ATM kini bertindak sebagai barisan kedua dalam membantu mengawal keselamatan di pantai timur Sabah berikutan insiden pencerobohan kumpulan bersenjata yang setakat ini mengorbankan lapan anggota keselamatan dan 19 anggota kumpulan itu.

Katanya, ketika ini ATM bertindak sebagai barisan kedua bagi meyakinkan tahap keselamatan rakyat negeri itu.
ATM siap siaga

“Sekarang ini ia (insiden) di bawah Kementerian Dalam Negeri, PDRM (Polis Diraja Malaysia) yang diberi kuasa untuk menangani atau ketuai situasi itu.

“Buat masa ini, kami (ATM) hanya dalam keadaan siap siaga. Apabila suruh ambil alih, kami ambil alih,” katanya pada sidang akhbar selepas pelancaran buku Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) di Kementerian Pertahanan di sini semalam.

Karachi berkabung

Penduduk berhimpun di hadapan kediaman mereka yang rosak berhampiran lokasi serangan bom kereta di Karachi semalam.  - Foto AP
Penduduk berhimpun di hadapan kediaman mereka yang rosak berhampiran lokasi serangan bom kereta di Karachi semalam. - Foto AP Karachi: Bandaraya terbesar Pakistan, Karachi semalam berkabung berikutan kematian 45 orang yang terbunuh dalam letupan bom kereta di sebuah kejiranan Islam Syiah, kejadian terbaru dalam siri serangan memusnahkan menjelang pilihan raya umum.

Lalu lintas lengang
Lalu lintas kelihatan lengang berikutan institusi pendidikan, perniagaan dan pasar ditutup selepas kerajaan tempatan mengumumkan tempoh berkabung sehari dan tiga hari bagi kumpulan Syiah bagi mengingati mereka yang terbunuh dalam pengeboman di Abbas Town, kelmarin.


Bom berkenaan meletup ketika orang ramai keluar dari masjid, memusnahkan dua blok apartmen, menyebabkan kebakaran satu daripadanya dan memerangkap orang ramai dalam runtuhan. Mereka yang selamat ditempatkan sementara di sekolah.

Tiada pihak yang segera mengaku bertanggungjawab tetapi ia disyaki membabitkan pertubuhan pelampau Sunnah, Lashkar-e-Jhangvi, yang mendakwa melakukan serangan besar di bandaraya Quetta serta Taliban Pakistan.

Kumpulan hak asasi dan rakyat biasa mengkritik kerajaan kerana kegagalan menghentikan pembunuhan dan pengeboman dan membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.

“Pengganas membunuh kita tetapi kerajaan tidak mengambil sebarang tindakan menghapuskan mereka,” kata seorang penganut Syiah, Mohsin Ali, 29 yang kehilangan abangnya di dalam kejadian itu.
“Berapa lama lagi kita akan terus kehilangan anak-anak atau saudara mara?”

Cari barang peribadi

Mereka yang terselamat turut mencari barangan peribadi dan barangan lain seperti barangan kemas daripada runtuhan apartmen terbabit.

“Kerajaan perlu melengkapkan kita dengan senjata untuk berhadapan dengan pengganas jika agensinya tidak mampu untuk menangkap mereka,” kata seorang Sunnah, Azam Khan yang berkata beliau turut membawa beberapa mangsa yang maut ke hospital.

“Kami akan mengundi kepada mereka yang mampu menghapuskan pengganas ini. Kami tidak bersedia dengan slogan kosong lagi.”

Karachi sumber ekonomi utama Pakistan menyumbangkan 42 peratus daripada Kadar Dalam Negara Kasar, 70 peratus pulangan cukai pendapatan dan 62 peratus hasil cukai jualan.

Tetapi bandaraya terbabit dilanda keganasan puak, etnik dan politik sejat tahun lalu yang membunuh lebih 2,200 penduduk dan sering kali terpaksa ditutup.
AFP 

Kahwin untuk lindung harta

pix_gal0
Jakarta: Suruhanjaya Pembanteras Rasuah Indonesia, (KPK) mendapati perkahwinan ratu cantik Dipta Anindita dan ketua polis Djoko Susilo, 48, bertujuan untuk melindungi kekayaan haram yang dimiliki pegawai tinggi keselamatan.

Dipta, pemenang pertandingan Ratu Surakarta Putri Solo 2008, berusia 19 tahun ketika berkahwin dengan Djoko dan menerima mas kahwin berjumlah Rp 15 bilion (RM4.6 juta).
KPK sebelum itu merampas 11 rumah dimiliki Djoko yang ditahan atas dakwaan rasuah dan penggubahan wang haram bernilai Rp 200 bilion (RM6.4 juta) melalui skandal yang berlaku ketika beliau mengetuai Jabatan Polis Trafik Kebangsaan (Korlantas).


Suruhanjaya itu merampas 11 rumah Djoko ada di antaranya mempunyai keluasan melebihi satu hektar persegi di Depok, Jawa Barat; Jakarta; Semarang dan Surakarta, Jawa Tengah dan Yogyakarta.

Djoko didakwa memiliki aset bernilai Rp 40 bilion (RM12.9 juta) di Surakarta saja, manakala jumlah keseluruhan aset beliau tidak diketahui.

Daftar nama lain

Semua rumah yang dibelinya, didaftarkan dengan beberapa nama saudaranya termasuk Dipta dan wanita lain yang disyaki adalah isteri beliau. Sebuah rumahnya di Surakarta didaftarkan kepada Dipta, manakala yang lain didaftarkan di bawah nama, Poppy Femialya, seorang rakan wanita.
KPK menyoal siasat Dipta dan Poppy sebagai saksi dalam kes berkenaan. Djoko didakwa menerima wang berkenaan hasil daripada sogokan untuk kedua-dua wanita terbabit. Beliau turut memberikan tujuh rumah mewah dan sebuah pangsapuri kepada Dipta.

Tidak diketahui bilangan isteri yang dimiliki Djoko. Selain Suratmi sebagai isteri pertamanya dan Dipta, beliau juga dilaporkan mengahwini seorang wanita lain dikenali sebagai Mahdiana.

Pakar penggubahan wang dan undang-undang jenayah, Yenti Garnasih dari Universiti Tirsakti berkata, beliau mengesyaki Djoko ‘melapis’ asetnya untuk mengelak dikesan.

Sukar jalankan siasatan

“Sukar untuk KPK menyiasat aset Djoko jika hak milik diserahkan kepada orang lain,” katanya kepada The Jakarta Post.

Yenti berkata bahawa suruhanjaya terbabit perlu mempercepatkan siasatan jika mahu mengetahuinya.

“Jika KPK terlalu berhati-hati dan perlahan, ia mungkin terlewat kerana akan semakin sukar untuk menjejaki ke mana wang terbabit pergi.”

Timbalan ketua KPK, Bambang Widjojanto yakin kebanyakan aset Djoko dibeli dengan wang yang diperolehnya secara haram.
Agensi

Wanita didakwa kerana mogok lapar selama 12 tahun di India




SHARMILA (empat dari kanan) dikawal beberapa anggota polis di sebuah kompleks mahkamah di New Delhi semalam.- AP


NEW DELHI - Seorang aktivis hak asasi manusia, Irom Sharmila, 40, yang mogok lapar selama 12 tahun dihadapkan ke sebuah mahkamah di sini semalam atas dakwaan cuba membunuh diri.
Sharmila yang dipaksa makan dengan menggunakan saluran ke hidung mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan tersebut.
Beliau berkata, mogok lapar merupakan satu-satunya cara bagi menarik perhatian terhadap pencabulan hak asasi manusia di negeri kelahirannya, Manipur.
Sharmila mula mogok lapar pada November 2000 selepas menyaksikan pembunuhan 10 orang penduduk di perhentian bas berhampiran rumahnya.
"Saya bukan cuba untuk membunuh diri dan saya ingin menyatakan saya tidak bersalah," kata Sharmila kepada Majistret Akash Jain.
Pihak berkuasa telah memaksa Sharmila makan melalui satu saluran ke hidungnya bagi menghalang beliau mati.
Beliau juga kini dikurung di dalam wad di sebuah kolej perubatan di Manipur - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0305&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2McbqPgDs 
Hakcipta terpelihara