TAIF: Beberapa kakitangan di tiga buah hospital di selatan Taif semalam mendesak pihak berkuasa bertindak serta-merta terhadap majikan mereka selepas mereka tidak dibayar gaji selama lima bulan.
Sebahagian daripada 40 warga Saudi yang bekerja di hospital itu berkata, pihaknya bosan dengan janji daripada pegawai syarikat dan Pentadbiran Kesihatan Taif yang mereka dakwa memihak kepada syarikat itu.
Mereka berkata, kelewatan itu sudah sering berlaku. Mereka sebelum ini tidak menerima bayaran selama enam bulan, kemudian empat bulan.
Tahun lalu, Emir Makkah terpaksa campur tangan bagi menyelesaikan masalah itu.
Seorang kakitangan yang mahu dikenali sebagai AH saja berkata, kelewatan itu menyebabkan kehidupan keluarganya menderita. - Agensi
Wednesday, January 12, 2011
Makkah sesak dek pendatang
MAKKAH: Penduduk sebuah daripada daerah paling tua dan sesak di Makkah mengadu mereka diabaikan oleh pihak berkuasa.
Penduduk daerah Al-Hindawwiyah yang juga dikenali sebagai Al-Quraniyah berkata, daerah itu kini menjadi ‘syurga’ bagi pendatang haram.
Mereka berkata, daerah itu juga dipenuhi rumah terbiar yang digunakan oleh elemen penjenayah untuk tujuan tidak bermoral. “Jalan raya begitu teruk, bekalan air sentiasa terputus dan daerah ini menjadi tumpuan setinggan,” kata seorang penduduk tempatan, Hassan Al-Saad.
Menurutnya, masalah paling serius yang dihadapi daerah itu ialah kehadiran pendatang haram.
“Jumlah mereka amat ramai. Mereka mempengaruhi remaja Saudi di daerah ini dengan tabiat tidak bermoral.
“Beberapa wanita tempatan juga terpengaruh,” katanya.
Hassan juga berkata, selain tingkah laku buruk mereka, pendatang asing itu juga menjual makanan yang tidak menyihatkan.
“Jalan raya begitu sempit dan sesak, khususnya di waktu puncak pada sebelah pagi dan petang apabila sekolah bermula dan berakhir.
“Tempat meletak kereta juga tidak cukup di daerah ini. Pasukan peronda keselamatan dan polis trafik sepatutnya meningkatkan kehadiran mereka,” katanya.
Seorang lagi penduduk tempatan, Zaini Al-Ayed berkata, beberapa pendatang asing membeli kereta lama daripada penjual besi buruk, mengambil barang ganti dan membuang barangan yang tidak diperlukan di jalan raya.
“Terlalu banyak rangka kereta menyebabkan ruang menjadi sempit,” katanya.
Dia juga berkata, ada juga penduduk yang menduduki lereng bukit meninggalkan kenderaan mereka di jalan raya di bawah, menyesakkan lagi kawasan itu.
Zaini berkata, dia sudah menetap di Al-Hindawwiyah selama 30 tahun tetapi tidak melihat sebarang perubahan berlaku di daerah itu.
“Tidak ada perubahan. Jika adapun, ia perubahan ke arah lebih buruk,” katanya.
Hamid Al-Qarni pula mengadu mengenai rumah terbiar yang digunakan untuk kegiatan haram.
“Lebih buruk, masjid juga diabaikan. Tidak ada penyelenggaraan dilakukan,” katanya. - Agensi

Pulanglah Along
MELAKA: “Ayah harap Along pulang, jangan menghilangkan diri tanpa khabar berita kerana emak dan adik (bongsu) selalu teringatkan Along. Mereka rindu serta fikirkan masa depan kerana pelajaran itu penting.”
Begitulah rayuan Abdul Hamid Abdul Ghani, 46, dari Pulau Sebang, Alor Gajah kerana bimbangkan anaknya, Muhammad Rashid, 14, yang gagal dikesan sehingga kini selepas keluar dari asrama bersama pelajar seniornya pada 30 Disember lalu.
Pengawal keselamatan itu berkata, anak sulung daripada empat beradik yang tinggal di asrama Madrasah Bahrul Ulum, Tengkera Pantai, dekat sini, tidak menunjukkan sebarang perubahan ketika pulang ke rumah kira-kira seminggu sebelum kehilangannya.
Bagaimanapun, katanya, dia terkejut apabila dimaklumkan guru kira-kira jam 10.15 pagi pada hari kejadian, bahawa anaknya tiada di asrama.
“Saya dimaklumkan Along keluar dari kawasan asrama dengan seorang pelajar lelaki berusia 22 tahun sekitar jam 3 pagi. Ia hanya disedari pengurusan madrasah berkenaan ketika mahu menunaikan solat Subuh.
“Sebaik mengetahui kehilangannya, hati saya berdebar dan tidak menyangka dia sanggup berbuat demikian kerana Muhammad Rashid pendiam dan kurang bergaul dengan pelajar lain.
“Lebih pelik, dia langsung tidak memaklumkan kami ke mana dia pergi. Emaknya begitu runsing hingga semua kerja yang dibuat tidak keruan kerana teringatkannya,” katanya yang datang ke pejabat Harian Metro, di sini, semalam.

Badan putus dilanggar komuter
KUALA LUMPUR: Seorang wanita warga Indonesia maut dalam keadaan mengerikan apabila badannya terputus dua selepas dilanggar komuter berhampiran Taman Medan, di sini, pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi, mangsa yang dikenal pasti sebagai Suriani, 39, mati di tempat kejadian selepas dilanggar komuter dari ibu kota ke Klang.
Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh orang awam yang mendakwa ada orang dilanggar komuter sebelum anggota polis bergegas ke tempat kejadian. “Sebaik tiba, mangsa sudah meninggal dunia dengan keadaan menyayat hati di atas landasan dipercayai dilanggar komuter,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Menurutnya, polis masih menyiasat punca wanita itu melintas di landasan itu kerana kebanyakan penduduk di kawasan itu tidak berani berbuat demikian.

Hidup daif, pelajaran tercicir
GRIK: Dua beradik berusia 15 dan 17 tahun sepatutnya menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini, namun kekangan kewangan ibu bapa tidak dapat menyekolahkan mereka, sebaliknya menamatkan persekolahan setakat tahun enam.
Lebih malang, empat lagi adik-beradik mereka berusia 19, 20, 22 dan 24 tahun turut tercicir dalam pelajaran dan hanya mempunyai kelulusan tertinggi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) berikutan kemiskinan keluarga.
Siti Norazma Yaakob, 17, dan adik lelakinya, Mohd Zulkifli, 15, reda dengan nasib keluarga mereka dan tidak kisah dicemuh masyarakat walaupun menerima nasib sama dengan empat adik-beradik mereka.
Pasangan suami isteri, Yaakob Harun, 45, dan isteri, Zaitun Othman, 41, tidak pernah bermimpi untuk hidup mewah, sebaliknya mereka bersama lapan anak hanya menumpang teduh di pondok kecil diperbuat daripada buluh dan kayu hutan tanpa bekalan elektrik di sebuah lokasi terpencil di Kampung Plang Keledang, di sini, sejak lima tahun lalu.
Yaakob berkata, pendapatannya sekitar RM400 sebulan sebagai buruh kasar tidak mencukupi bagi menampung keluarga dan dia kesal tidak berupaya menyekolahkan enam anaknya sebelum ini.
Menurutnya, empat anaknya, Mohd Shaiful Zaman, 24, Mohd Zamri, 22, Rabiatul Adawiyah, 20, dan Mohd Sayuti, 19, yang kini masih belum bekerja hanya menamatkan persekolahan setakat tahun enam.

Khir Toyo serah balik sementara gelaran ”Datuk Seri”
12/01/2011 8:21pm
SHAH ALAM 12 Jan. – Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo berkata, beliau telah memulangkan sementara pingat Darjah Kebesaran Negeri Selangor yang membawa gelaran ”Dato Seri”.
Mohamad Khir menulis dalam blognya di http://www.drkhir.com hari ini bahawa tindakan itu diambil selepas beliau dihadapkan ke mahkamah berhubung tuduhan rasuah membabitkan pemilikan dua lot tanah dan sebuah rumah mewah di Seksyen 7 di sini.
Katanya, pada pertengahan Disember 2010 yang lalu, beliau telah menghantar sepucuk surat kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi memulangkan sementara pingat Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) yang membawa gelaran Dato Seri.
“Hari ini Dewan Diraja (Selangor) telah memperkenankan pemulangan semula pingat tersebut.
“Pemulangan semula pingat ini bagi mengelakkan darjah kebesaran negeri turut terpalit dengan sebarang keaiban sepanjang pertuduhan dan perbicaraan yang akan berlangsung (berhubung kes),” katanya.
Mohamad Khir, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Sungai Panjang berkata, berikutan itu, semua media dan penganjur program hendaklah menggugurkan nama Datuk Seri dari pangkal namanya dan menggunakan nama Dr Mohamad Khir Toyo sahaja. – Bernama
Aishah Natasya tabah hadapi enam pembedahan
KUALA TERENGGANU - Walaupun sudah dua tahun kes kemalangan ngeri melibatkannya berlaku, namun, sehingga kini Aishah Natasya Baharuden masih menanggung seksa akibatnya.
Kanak-kanak berusia enam tahun itu masih menderita kesakitan ekoran enam siri pembedahan yang dilakukan ke atasnya.
Bagaimanapun, Aishah yang menjadi yatim piatu akibat kemalangan ngeri di Kilometer 123, Jalan Jerangau-Jabor, Kemaman pada 23 Oktober 2009 kini kental melawan rasa sakit akibat cedera parah yang terpaksa ditanggungnya.
Paling malang, kanak-kanak itu menjadi yatim piatu selepas ibu bapanya, Baharuden Taib, 45, dan Maimon Ibrahim, 40, serta adik dan neneknya, Muhammad Nor Firdaus, 2, dan Esah Ibrahim, 76, terkorban dalam kejadian yang sama.Kosmo! Online - Negara
Subscribe to:
Posts (Atom)