Monday, June 21, 2010

Jerman mengutuk Israel halang menterinya memasuki Gaza



21/06/2010 4:34am

BERLIN 21 Jun - Menteri luar Jerman, Guido Westerwelle semalam mengutuk tindakan rejim zionis Israel yang menghalang menteri negaranya memasuki Gaza.
“Saya sangat kesal dengan tindakan rejim zionis yang menghalang menteri pembangunan Jerman, Dirk Niebel memasuki Gaza. Namun kerajaan Jerman dan rakan-rakan dalam Kesatuan Eropah tetap akan memastikan kepungan ke atas Gaza oleh rejim zionis dihentikan sepenuhnya, ” kata Westerwelle dalam satu kenyataan.
Rejim zionis bertindak ganas dengan melancarkan sekatan ke atas Gaza sejak Hamas menguasai pemerintahan Genting Gaza melalui kemenangan dalam pilihan raya sejak tiga tahun lalu.
Westerwelle berkata, para pegawai kerajaan Jerman termasuk dirinya telah beberapa kali meminta pihak rejim zionis agar membenarkan Niebel memasuki Gaza untuk melawat kilang rawatan sisa kumbahan yang disumbangkan oleh yayasan Jerman di Gaza dalam kunjungan resmi tiga harinya ke wilayah Palestin dan Israel. - AP

Musa Hitam didesak letak jawatan dari Sime Darby


21/06/2010 3:39pm

KUALA LUMPUR 21 Jun - Seorang Anggota Parlimen hari ini mendesak Pengerusi Sime Darby Berhad, Tun Musa Hitam dan keseluruhan ahli lembaga pengarah syarikat itu meletak jawatan dengan serta-merta kerana kerugian besar yang dialami syarikat itu.
Wee Choo Keong (BEBAS-Wangsa Maju) berkata, kerugian syarikat itu dalam dua projek di Qatar telah bermula pada tahun 2007 tetapi syarikat tersebut telah menafikannya.
Ini bermakna Sime Darby bukan sahaja membohongi pemegang-pemegang sahamnya malah ia juga menipu Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti.
"Saya juga hairan bagaimana Musa boleh membuat kenyataan bahawa Lembaga Pengarahnya tidak tahu menahu tentang kerugian yang dialami. Ini amat memalukan kerana Sime Darby adalah syarikat perladangan yang terbesar di dunia," katanya.
Beliau turut mempersoalkan mengapa Sime Darby hanya mengambil tindakan terhadap Ketua Eksekutifnya, Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid sahaja dan bagaimana pula dengan pegawai-pegawai pengurusan kanan lain yang turut terlibat dalam membuat keputusan. - Bernama

RM15 juta kerja baik pulih 30 laluan maut - Shahziman


21/06/2010 4:28pm

BENTONG 21 Jun - Kementerian Kerja Raya memperuntukkan sebanyak RM15 juta bagi kerja-kerja membaik pulih 30 lokasi yang kerap berlaku kemalangan di seluruh negara.
Menterinya, Datuk Shahziman Abu Mansor berkata, 60 peratus kerja-kerja membaik pulih kawasan itu telah selesai dan bakinya dijangka siap sepenuhnya sebelum akhir tahun ini. - Utusan

PKR mungkin lakukan rombakan kepemimpinan - Saifuddin



21/06/2010 8:38pm

KUALA LUMPUR 21 Jun – Parti Keadilan Rakyat (PKR) dijangka membuat beberapa perubahan pada barisan kepemimpinannya dalam satu rombakan yang mungkin diumumkan hujung minggu ini.
Beberapa ketua perhubungan dan ketua biro parti dijangka diganti, manakala beberapa lantikan baru akan mengisi jawatan majlis tertinggi, badan pembuat keputusan parti.
"Terdapat beberapa perubahan kecil yang akan diumumkan kemudian oleh kepimpinan parti,” kata Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail.
Saifuddin berkata, parti itu dijangka mengumumkan rombakan tersebut selepas mengadakan permukiman di sebuah hotel di Shah Alam hujung minggu ini.
Terdapat spekulasi bahawa dua bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim dan Chua Jui Meng, yang merupakan anggota Majlis Pimpinan Pusat, akan diberi peranan lebih besar.
Zaid kini mengetuai sekretariat pakatan pembangkang PKR-DAP-Pas, manakala Jui Meng menganggotai biro politik parti.
Terdapat desas-desus bahawa ketua komunikasi parti, Jonson Chong akan diganti dengan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad, yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. – Bernama

Undian di Dewan Rakyat tentukan status Tian Chua


21/06/2010 8:43pm

KUALA LUMPUR 21 Jun – Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, Tian Chua masih lagi Ahli Parlimen (MP) Batu sehingga adanya usul dibentangkan di dewan dan undian dijalankan untuk menentukan statusnya.
Beliau berkata, usul itu hanya boleh dibentangkan selepas segala hak-hak perundangan berakhir termasuk rayuan untuk Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat itu.
"Dia masih lagi wakil rakyat sehingga hak-hak perundangannya tamat dan perkara tersebut akan kembali ke Parlimen, kemudian barulah Parlimen akan membuat keputusan kecuali Tian Chua menerima pengampunan,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, hari ini.
Pandikar Amin berkata, keputusan untuk melucutkan jawatan seseorang MP atau mengekalkannya bukanlah terletak di tangan Speaker sebaliknya menerusi undian di Dewan Rakyat.
"Prosedur yang betul ialah saya tidak boleh sebagai Speaker menulis surat dalam kapasiti saya sebagai Speaker kepada SPR dengan memberitahu kerusi itu kosong. Ini mesti ditentukan oleh Parlimen,” katanya.
Khamis lepas, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ghazali Cha mengetepikan hukuman penjara enam bulan dan denda RM3,000 terhadap Tian oleh Mahkamah Majistret kerana mencederakan anggota polis pada 2007 dan menggantikannya kepada denda RM2,000 atau dua bulan penjara.
Ketika menyampaikan keputusannya, Ghazali berkata, seandainya hukuman yang dikenakan boleh menjadikan Tian Chua, 47, tidak layak menjadi seorang MP, satu pilihan raya kecil terpaksa diadakan.
Peguamnya, Ranjit Singh, hari ini menemui Ghazali dalam kamar dan memberitahu pemberita selepas itu hukuman denda RM2,000 atau penjara dua bulan terhadap Tian bertujuan supaya tiada pilihan raya kecil diadakan. – Bernama

Wanita tidak dikira syarat sah solat Jumaat




SHAH ALAM- Wanita tidak boleh mencukupkan bilangan jemaah solat Jumaat sekiranya jemaah lelaki tidak cukup 40 orang bagi melakukannya, kata Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria. 

Menurutnya, biarpun solat Jumaat adalah amalan sunat bagi wanita dan tidak diwajibkan ia harus mengikut syarat sah solat iaitu mestilah berjemaah dengan sekurang-kurangnya 40 orang lelaki yang tinggal tetap di kawasan itu. 

“Ia bukanlah baru, namun tidak semua wanita menunaikannya bergantung pada ruang yang disediakan di sesebuah masjid dan kelapangan waktu. 

“Kadang kala wanita mempunyai komitmen dan pekerjaan yang lain,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam. 

Menurutnya, wanita yang menunaikan solat jumaat tidak perlu lagi menunaikan solat zohor, memadai dengan solat Jumaat yang ditunaikan. 

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan :Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyarankan wanita turut mengerjakan solat Jumaat sebagaimana lelaki menunaikannya di masjid dengan mempunyai ruang khas. 

Sementara itu, Penasihat Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut berkata, biarpun ia amalan sunat, wanita yang berkahwin perlu mendapat keizinan suami sebelum menunaikan solat dan mengelakkan memakai wangian yang boleh mendatangkan fitnah yang jelas haram hukumnya. 

Namun, katanya banyak kelebihan yang boleh diperoleh apabila wanita menunaikan solat Jumaat antaranya dapat berkongsi ilmu sewaktu mendengar khutbah. 

Bagaimanapun Noh mencadangkan agar prasarana bagi memudahkan wanita menunaikan solat dipertingkatkan terlebih dahulu. 

Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid, solat Jumaat adalah fardu ain kepada lelaki, iaitu wajib kepada setiap individu lelaki yang beragama Islam dan akil baligh. 

“Tetapi bagi wanita, mereka adalah tidak wajib, cuma harus sahaja namun andai kata kalau dia buat (sembahyang Jumaat) maknanya akan gugurlah tuntutan solat Zuhur,” katanya ketika dihubungi, semalam. 

Beliau berkata, tidak menjadi kesalahan untuk seseorang wanita Islam menunaikan solat Jumaat sekiranya masjid itu mampu menampung jumlah jemaah yang ramai.

Tidak layan Khairy





SHAH ALAM – Cabaran yan:g diberikan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendedahkan bukti UMNO terlibat memberi RM2 juta kepada wakil rakyat bebas dianggap sebagai satu cabaran murahan. 

Ahli Parlimen Balik Pulau dari PKR, Yusmadi Yusoff berkata, Anwar tidak akan menyahut cabaran tersebut kerana beliau jelas mengatakan akan mendedahkan bukti tersebut pada waktu dan tempat yang sesuai. 

“Hari ini terdapat banyak lagi isu lain yang lebih penting dari isu-isu murahan seperti ini, oleh itu saya seru kepada seluruh pemimpin politik negara supaya meninggalkan politik murahan yang tidak menguntungkan rakyat. 

“Cabaran Pakatan Rakyat (PR) supaya Rancangan Malaysia Kesepuluh dibahaskan di Parlimen untuk untung nasib negara dan masyarakat lebih penting dari cabaran murahan Khairy,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam. 

Ditanya mengenai kepercayaan ahli parti terhadap Anwar, Yusmadi menjelaskan isu ini tidak akan menggugat kesetiaan ahli PKR. 

Kelmarin, Khairy memberi tempoh 48 jam kepada Anwar untuk mengeluarkan bukti bahawa wakil rakyat yang keluar dari PR menerima imbuhan sebanyak RM2 juta dan cabaran tersebut berakhir hari ini. 

Sementara itu, Yusmadi turut menegur gabungan Konsensus Bebas yang terdiri dari ahli parlimen bebas supaya kekal kepada prinsip mereka yang asal iaitu berjuang untuk rakyat dan bukannya menimbulkan isu-isu murahan. 

“Mereka dibentuk demi rakyat, bukannya untuk serang orang lain, oleh itu sila kekal kepada prinsip asal,” katanya. 

Konsensus Bebas terdiri dari Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong, Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu, Zulkifli Noordin, Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng dan Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri. 

Ahli-ahli konsensus ini terdiri dari bekas Ahli Parlimen PKR dan mereka sering bertembung dengan pemimpin PR dalam banyak isu sehingga mereka digelar ‘askar upahan BN’.

Wee persoal pendirian Pas berhubung lesen judi


KUALA LUMPUR - Anggota Parlimen Bebas dari Wangsa Waju Wee Choo Keong mempersoalkan pendirian wakil rakyat Pas menentang perlesenan pertaruhan sukan oleh kerajaan Persekutuan sedangkan kerajaan Kelantan pimpinan parti itu terus membenarkan penjualan arak kepada bukan Islam. 

Menurut beliau Pas sepatutnya tidak membantah perlesenan pertaruhan sukan sebagaimana ia telah mengeluarkan 40 lesen arak di Kelantan dan menggunakan hasil cukainya untuk pembangunan infrastruktur di negeri itu. 

"Selagi kita melengahkan usaha membawa pertaruhan sukan ke arus perdana dan melesenkannya, kita hanya melengahkan perolehan dana yang boleh digunakan untuk pembangunan sosial dan sukan bola sepak termasuk sukan lain," katanya semasa
membahaskan usul Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) di Dewan Rakyat hari ini. 

"Sedang kita semua sibuk berbahas dalam Dewan yang mulia ini, negara mungkin sedang kehilangan nilai hasil yang berjuta, mungkin berbilion, ini semua hanya kerana politiking melampau dan hipokrit yang dijana oleh seorang manusia rakus demi memenuhi nafsu politik matlamat menghalalkan cara," kata Wee.

Hujah beliau kononnya Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah mengeluarkan fatwa bahawa hasil daripada aktiviti seperti jual beli dan peminuman arak boleh digunakan untuk pembangunan negeri Kelantan, disangkal oleh Dr Lo'Lo'Mohamad Ghazali (Pas-Titiwangsa) yang berkata Wee telah mengelirukan Dewan.

"Perkara yang dinyatakan itu bukan fatwa, dia (Wee) bercakap perkara yang dia sendiri tidak faham. Dia (Nik Abdul Aziz) tiada di sini dan tak boleh hendak mempertahankan diri," kata Lo'Lo yang disokong oleh Khalid Abdul Samad (Pas-Shah Alam). 

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee berkata, peraturan itu membolehkan seseorang Anggota Parlimen dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, tetapi dalam situasi ini, peruntukan itu tidak terpakai kerana Wee tidak faham dan tidak berniat.


Jalan Gambang-Segamat wajar dinaik taraf jadi lebuh raya


PELBAGAI cerita suka duka terpahat sepanjang cuti persekolahan selama dua minggu bermula 5 Jun lalu.
Antara yang menceriakan musim cuti persekolahan kali ini adalah bermulanya aksi perlawanan Piala Dunia yang menyebabkan ada kalangan kaki bola yang tidak cukup tidur.
Berita gembira terbaru bagi penduduk Pahang pula apabila negeri ini diumumkan sebagai tuan rumah Sukan Malaysia (Sukma) 2012 selepas temasya dwitahunan itu melabuhkan tirainya di Melaka Bandaraya Bersejarah kelmarin.
Namun di sebalik keceriaan itu, ada dua peristiwa hitam yang sepatutnya boleh dielakkan daripada berlaku.
Dua tragedi menyayat hati apabila 11 nyawa daripada dua keluarga terkorban dalam kemalangan ngeri yang berlaku di Jalan Gambang-Segamat, Pekan dalam tempoh sembilan hari.
Kemalangan pertama berlaku pada 8 Jun lalu di Kilometer 78 melibatkan enam sekeluarga maut selepas kereta Proton Iswara yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori bermuatan kayu.
Kejadian didakwa berpunca daripada kegagalan pemandu kereta terbabit yang cuba memotong sebuah lori di hadapannya sebelum bertembung dengan lori bermuatan kayu dari arah bertentangan.
Dalam kes kedua pada 17 Jun lalu, lima sekeluarga yang berhasrat untuk bercuti di Melaka menemui ajal apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki mereka bertembung sebuah treler di Kilometer 87.
Insiden itu juga dipercayai berpunca daripada kegagalan pemandu treler terbabit yang gagal memotong sebuah lori di hadapannya menyebabkan ia bertembung dengan MPV yang dinaiki lima sekeluarga itu.
Lokasi kejadian antara kedua-dua kemalangan tersebut hanya sembilan kilometer dan tempoh antara kedua-dua kemalangan itu ialah sembilan hari.
Beberapa pengajaran boleh diambil daripada dua tragedi berdarah ini.
Faktor utama berlaku kejadian itu disebabkan kecuaian manusia apabila pemandu cuba memotong kenderaan di hadapan secara gopoh gapah.
Kejadian tersebut sepatutnya boleh dielakkan jika pemandu benar-benar memastikan tiada kenderaan lain datang dari arah bertentangan.
Satu lagi faktor manusia yang mungkin menyumbang kemalangan tersebut ialah memandu melebihi had yang ditetapkan.
Difahamkan dalam kes kedua, ia berlaku di kawasan berbukit dan berselekoh.
Sekiranya pemandu mengurangkan kelajuan apabila tiba di kawasan terbabit, mungkin tragedi tersebut tidak menjadi berita muka depan kebanyakan akhbar pada keesokan harinya.
Faktor jalan tidak boleh dipersalahkan bulat-bulat kerana keadaan Jalan Gambang-Segamat boleh dianggap sempurna walaupun ia berbukit-bukit dan mempunyai banyak selekoh.
Jalan itu juga menjadi laluan utama kebanyakan penduduk terutama dari Kuantan ke Negeri Sembilan, Melaka dan Johor serta agak sibuk pada musim cuti persekolahan dan perayaan.
Laluan itu juga menjadi tumpuan bas ekspres dan pemandu lori ke selatan tanah air untuk membawa muatan kayu-kayan dan hasil sawit berikutan sebahagian besar kawasan yang dilalui ialah tanah rancangan Felda dan hutan rimba.
Apa yang penting, setiap pemandu perlu meningkatkan tahap keselamatan dengan mematuhi peraturan lalu lintas yang ditetapkan ketika melalui jalan tersebut.
Tahap kesabaran adalah amat penting buat setiap pemandu apabila melalui jalan tersebut terutama ketika mengekori kenderaan berat di kawasan yang berselekoh dan berbukit.
Ada juga cadangan daripada pihak tertentu supaya Jalan Gambang-Segamat sepanjang lebih 200 kilometer itu dinaik taraf menjadi lebuh raya bagi mengurangkan kadar kemalangan maut di laluan itu.
Kerajaan negeri seharusnya mengkaji cadangan itu dan menjadikannya sebagai salah satu agenda dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

Kementerian Pertahanan sedia bendung Jemaah Islamiah


KUALA LUMPUR 20 Jun - Kementerian Pertahanan sedia memberikan kerjasama jika diperlukan bagi membendung penyebaran fahaman kumpulan militan, Jemaah Islamiah (JI) di negara ini.
Timbalan Menterinya, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad (gambar) berkata, pihaknya memiliki pasukan khas serta kepakaran dalam risikan bagi mematahkan sebarang usaha menyuburkan atau cubaan membawa masuk fahaman tersebut.
''Kerajaan memandang serius perkara itu. Lebih-lebih lagi ada yang cuba menghidupkan JI di pusat-pusat pengajian tinggi negara.
''Kebiasaannya, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertanggungjawab untuk menanganinya. Namun, jika diperlukan, Kementerian Pertahanan bersedia membantu,'' katanya ketika ditemui selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Selayang, dekat sini hari ini.
Turut hadir, Pengerusi Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan Pemuda UMNO yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Selayang, Datuk Sohaimi Shahadan.
Pada majlis sama, Abdul Latiff turut melancarkan Buletin Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Selayang yang memuatkan bahan berita tentang aktiviti pergerakan tersebut.
Mengulas lanjut, Abdul Latiff berkata, perihal tentang gerakan JI yang dikesan baru-baru ini sudah pun dibincangkan melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
''Perkara ini cukup serius dan Kementerian Pertahanan sedang menunggu sebarang arahan daripada Perdana Menteri untuk bersama bertindak,'' jelasnya.
Terdahulu, dalam ucapannya, beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO mengingatkan kepimpinan dan ahli Pemuda UMNO supaya ikhlas dalam berjuang untuk parti.
Katanya, mereka perlu mengambil iktibar daripada perjuangan golongan muda pada zaman Rasulullah yang berjaya menewaskan musuh walaupun memiliki jumlah tentera yang kecil.
''Selain itu, kita perlu ada sifat adil, ihsan serta bijaksana dalam melawan musuh-musuh parti,'' tambahnya.

Pasukan khas pantau projek sakit


KOTA BHARU 20 Jun - Kerajaan Pusat menubuhkan sebuah pasukan khas bagi memantau perkembangan semasa beberapa projek sakit di negeri ini yang mengalami kelewatan untuk disiapkan.
Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, antara projek sakit tersebut adalah pembinaan Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Politeknik Jeli, Jalan Simpang Pulai - Loging - Gua Musang, Jalan Jeli - Jelawang, Jalan Pasir Puteh - Tok Bali, dan Jabatan Sultan Yahya Petra.
Jelas beliau, projek-projek terbabit perlu disiapkan dengan segera untuk memastikan pembangunan baru yang dirancang dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) tidak terganggu.
"Terdapat lima atau enam projek sakit di negeri ini yang perlu disiapkan secepat mungkin agar boleh digunakan dan dimanfaatkan rakyat," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita ketika menghadiri Majlis Ramah Mesra bersama warga Jabatan Kesihatan Kelantan di sini pagi ini.

Jemaah tinggal dekat Masjidil Haram


SIK 20 Jun – Tabung Haji telah membuat persiapan rapi dalam memastikan semua jemaah haji Malaysia tinggal dalam keadaan selesa dan dekat dengan Masjidil Haram ketika menunaikan rukun Islam kelima itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata , jemaah haji negara ini akan diberikan penginapan pada jarak antara 1.2 kilometer dengan Masjidil Haram berbanding jemaah dari negara lain.
“Kita telah membuat persiapan rapi supaya lebih memberi keselesaan keada jemaah dari negara ini,” katanya selepas merasmikan program Juara Rakyat di Pondok Ahmadiah Kuala Beris dekat sini hari ini.
Dalam pada itu Jamil Khir berkata, Malaysia masih menunggu jawapan daripada kerajaan Arab Saudi dalam menetapkan kuota jemaah haji negara ini.
Katanya, kerajaan terutama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sedang berusaha untuk memastikan kuota jemaah haji Malaysia dapat ditambah pada tahun ini.
Beliau berkata, kerajaan telah memohon kepada kerajaan negara berkenaan supaya kuota haji bagi jemaah dari negara ini ditambah.
Katanya, setakat ini kuota jemaah haji bagi Malaysia masih kekal iaitu sebanyak 26,000 orang.
Sementara itu beliau memberitahu, Tabung Haji akan memberi keutamaan kepada bakal haji yang berusia lebih 75 tahun untuk mengerjakan haji tahun ini.
Selain itu katanya, mereka yang sakit dan Orang Kurang Upaya(OKU) yang mempunyai muhrim masing-masing akan turut diberikan keutamaan.
Sementara itu beliau berkata, kerajaan sentiasa bersedia memberi bantuan pendidikan kepada sekolah-sekolah agama berasaskan sistem pengajian pondok di negara ini dalam usaha meningkatkan tahap pengajian Islam di sekolah berkenaan.
Jamil Khir berkata, sekolah-sekolah pondok tidak terkecuali daripada mendapat bantuan pendidikan sekiranya mereka berdaftar dengan Kementerian Pelajaran di bawah program Sekolah Agama Bantuan Kerajaan(SABK).
“Sekolah pondok tidak terasing untuk turut diberi bantuan tetapi mereka perlu mendaftar di bawah program SABK ini,” katanya.
Pada majlis itu itu Jamil Khir turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM10,000 kepada pengurusan Pondok Ahmadiah bagi kemudahan pondok yang mempunyai pelajar kira-kira 132 orang.
Pada program itu juga, kira-kira 100 penduduk termasuk penghuni pondok dan beberapa penduduk keturunan Siam menerima sumbangan daripada beliau.

Serangan Israel mungkin berulang - Mukhriz


NIBONG TEBAL 20 Jun - Perdana Global Peace Organisation (PGPO) tidak menolak kemungkinan sekumpulan kapal kecil yang berhasrat menghantar bantuan ke Gaza melalui Lebanon bakal menerima nasib sama dengan tujuh kapal konvoi bantuan yang diserang rejim Israel baru-baru ini.
Penasihat PGPO, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, kumpulan terbaru itu bakal berdepan risiko tersebut selepas Israel awal-awal lagi sudah melaungkan amaran untuk melakukan apa sahaja bagi menghentikan sebarang bentuk konvoi menuju ke Gaza.
Sehubungan itu katanya, PGPO akan bekerjasama dengan badan-badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk di luar negara untuk terus memberi isyarat kepada Israel bahawa masyarakat dunia tanpa mengira fahaman agama prihatin terhadap nasib rakyat Palestin.
''Israel mengeluarkan amaran yang sama ketika tujuh kapal melakukan konvoi ke Gaza baru-baru ini dan akhirnya mereka diserang, berdasarkan pengalaman sebelum ini ada kemungkinan ia berulang lagi.
''Sebab itu kita minta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Lebanon tidak tunduk kepada tekanan Israel dan dunia perlu bersama-sama memberi tekanan kepada Israel supaya membenarkan konvoi berkenaan meneruskan perjalanan ke Gaza," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Nibong Tebal, di sini hari ini.
Turut hadir Ketua UMNO bahagian itu, Datuk Zainal Abidin Osman dan timbalannya, Datuk Mahmud Zakaria.
Mukhriz diminta mengulas kenyataan Duta Israel ke PBB semalam yang menggesa Lebanon dan masyarakat antarabangsa supaya mencegah sekumpulan kapal kecil yang mahu belayar dari Lebanon untuk menghulurkan misi bantuan ke Gaza.
Gabriela Shalev melalui sepucuk surat kepada Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon, memberi amaran akan menggunakan 'semua tindakan perlu' bagi menghentikan konvoi yang didakwa memberi kesan kepada keamanan serta keselamatan di rantau itu.
Menurut Mukhriz, Israel tidak mempunyai hak mewujudkan sekatan kepada masyarakat dunia untuk menghantar bantuan ke Gaza kerana PBB sendiri tidak pernah mempersetujui sebarang bentuk sekatan seumpama itu.
''Kita harap PBB tidak tunduk terhadap tekanan ini kerana tiada peruntukan undang-undang yang menyekat usaha menyalurkan bantuan, sekatan yang dikatakan oleh Israel adalah sekatan haram kerana ia tidak pernah diluluskan PBB," jelasnya.
Dalam pada itu, Mukhriz memberitahu, PGPO berharap Israel akan mengembalikan semula dua kapal iaitu MV Rachel Corrie dan Challenger I yang ditawan rejim Zionis itu secepat mungkin.
Ia bagi membolehkan dua kapal tersebut dapat menyertai misi flotila 60 kapal yang akan digerakkan oleh PGPO dan beberapa NGO lain di seluruh dunia pada September ini.
''Buat masa ini, kita minta bantuan daripada Jordan dan Turki untuk berunding bagi pihak PGPO supaya Israel melepaskan tujuh kapal yang ditahan itu dan kedua-dua negara itu optimis akan mendapatkan semula kapal-kapal tersebut," tambahnya.

UPSR, PMR mungkin dimansuh



Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman bersalaman dengan para perwakilan pada majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Pagoh, Muar, semalam. –BERNAMA


MUAR 20 Jun – Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) mungkin dimansuhkan kerana sistem pembelajaran kini dilihat terlalu berorientasikan peperiksaan berbanding memberi pendidikan holistik kepada pelajar.
Bagaimanapun, peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan dikekalkan sebagai satu-satunya peperiksaan awam di sekolah.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan kini sedang mengkaji dengan teliti cadangan pemansuhan kedua-dua peperiksaan itu sebelum membuat keputusan muktamad.
“Di Malaysia, kita terlalu berorientasikan peperiksaan. Umumnya sepanjang 11 tahun murid masuk ke sekolah ada tiga peperiksaan awam. Ada pihak berpendapat ini menyebabkan cara pembelajaran lebih menjurus usaha mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan awam.
“Maka sebab itu di Malaysia selain di sekolah, ibu bapa hantar anak ke tuisyen sebab hendak keputusan cemerlang dalam UPSR, PMR dan SPM.
“Pihak kami sedang fikirkan sama ada akan kekalkan atau perlu hanya satu sahaja peperiksaan awam, seperti di peringkat SPM sahaja,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pagoh di Kompleks Seri Pekembar dekat sini hari ini.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, pelaksanaan UPSR dan PMR adalah baik namun disebabkan terlalu menjurus kepada peperiksaan, tujuan utama menuntut ilmu secara kreatif, interaktif dan menimba pengetahuan secara holistik tidak tercapai sepenuhnya.
Beliau berkata, disebabkan terlalu berorientasikan peperiksaan, fokus utama guru dan pelajar tertumpu kepada keputusan cemerlang pada peperiksaan awam dan mereka turut dibebani dengan peperiksaan penilaian di peringkat sekolah.
“Dalam soal kerjaya dan kerja, orang tidak pakai lagi PMR dan UPSR. Orang (majikan) tidak tanya pun berapa ‘A’ yang dapat dalam PMR dan UPSR, sebaliknya hanya keputusan SPM dan di peringkat universiti saja orang ambil kira,” katanya.
Timbalan Perdana Menteri berkata, kebanyakan negara lain hanya mempraktikkan satu peperiksaan awam sepanjang persekolahan dan contoh itu boleh diambil Malaysia dengan memberi lebih penekanan kepada penilaian di peringkat sekolah.
“Saya sendiri berpendapat adalah lebih wajar kalau perlu adanya penilaian, kita buat di peringkat yang terakhir, selepas belajar 11 tahun (di sekolah rendah dan menengah) sebelum masuk universiti.
“Saya mengajak golongan pakar pendidikan dan masyarakat untuk memberi respons kerana kita belum ada keputusan tetapi banyak pihak mencadangkan untuk mengubah sistem kepada hanya satu sahaja peperiksaan awam,” katanya.
Namun menurut Muhyiddin, sekiranya peperiksaan UPSR dan PMR diteruskan, ia hanya sebagai penilaian pencapaian pelajar di peringkat sekolah dan bukannya sebagai peperiksaan awam.
Tegas beliau, banyak perkara harus diteliti terlebih dahulu dan penstrukturan semula perlu dilakukan bagi membolehkan keputusan penilaian di peringkat sekolah dapat diguna pakai oleh pelajar untuk memasuki sekolah berasrama penuh.
“Ini ada hubung kait dengan rombakan sistem pendidikan negara untuk mengubah bentuk kurikulum supaya lebih banyak masa terluang untuk fokus kepada subjek-subjek utama serta aktiviti sukan.
“Di peringkat kementerian, kita sedang meneliti dan memerlukan input dari warga akademik, pendidik dan masyarakat. Debat sihat dalam media juga bagus untuk perkara ini,” katanya.

RAKYAT MARHAEN: Ulamak Sertai UMNO, Dr.Asri Wajar Pertimbang Semasak-Masaknya Sebelum Menjadi Syaitan Bisu Yang Dicucuk Hidung Dalam UMNO !

RAKYAT MARHAEN: Ulamak Sertai UMNO, Dr.Asri Wajar Pertimbang Semasak-Masaknya Sebelum Menjadi Syaitan Bisu Yang Dicucuk Hidung Dalam UMNO !

™ kaasii peecaahhh laaa...�: Pemimpin Yang Tulen

™ kaasii peecaahhh laaa...�: Pemimpin Yang Tulen

Serangan pengganas: Pakatan politik jahat Umno

Serangan pengganas: Pakatan politik jahat Umno

DUNIACACAMARBA: Sepasang Pelajar SEKOLAH RENDAH Bercium Depan Rakan Kelas - Rakam & Siar di Internet

DUNIACACAMARBA: Sepasang Pelajar SEKOLAH RENDAH Bercium Depan Rakan Kelas - Rakam & Siar di Internet

Dewan Ulamak Pas Perak: AF Ustaz Ibrahim Di Tahan Di Mesir

Dewan Ulamak Pas Perak: AF Ustaz Ibrahim Di Tahan Di Mesir

Blog-list Malaysia: Parlimen Batu - Teori FIRAUN BANGANG Dari Kulim

Blog-list Malaysia: Parlimen Batu - Teori FIRAUN BANGANG Dari Kulim

Biaqpila: Saman Ekor Bukan Menyusahkan Tetapi Menganiayakan

Biaqpila: Saman Ekor Bukan Menyusahkan Tetapi Menganiayakan

Ex CEO Petronas Tan Sri Hassan Marican Kini di Singapura

Ex CEO Petronas Tan Sri Hassan Marican Kini di Singapura

Batu vs Kayu: Masuk penjara untuk kekal MP Batu ?

Batu vs Kayu: Masuk penjara untuk kekal MP Batu ?

::TOK KIYAI - ISU SEMASA::: Pelajar Habiskan Baki Cuti Sekolah Berasmara di Hotel

::TOK KIYAI - ISU SEMASA::: Pelajar Habiskan Baki Cuti Sekolah Berasmara di Hotel

RAKYAT MARHAEN: Akta dipinda bagi elak akuan bersumpah disalah guna

RAKYAT MARHAEN: Akta dipinda bagi elak akuan bersumpah disalah guna

Lesen premis kafe siber dibeku



KERIAN - Sebagai langkah membendung gejala sosial dalam kalangan pelajar, Majlis Daerah Kerian (MDK) terpaksa mem bekukan pengeluaran lesen perniagaan kafe siber di pekan dan bandar kawasan tadbirannya walaupun permohonan lesen berkenaan di luar jangkaan.

Yang Dipertuanya, Ismail Hassan berkata, kini sudah ada lebih 54 premis kafe siber yang dikendalikan warga tempatan di kawasan tadbiran MDK terutama di Parit Buntar, Bagan Serai, Kuala Kurau dan Tanjung Piandang.

Menurutnya, disebabkan premis terbabit sudah melebihi 50 buah, MDK tidak berhasrat menambah kemudahan itu dalam masa terdekat.

“Kita bimbang dengan gejala sosial yang berlaku dalam kalangan anak-anak muda termasuk pelajar yang menghabiskan masa sehingga larut malam di kafe siber.

“Kita bimbang mereka menyalahgunakan kemudahan itu sehingga boleh membawa keruntuhan akhlak dan masalah kewangan kepada keluarga,” katanya.

Ismail berkata, MDK bersama polis dan Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Kerian sering mengadakan operasi mengejut, memantau dan memeriksa kafe siber bagi me

100,000 pekerja berhimpun bantah pinda akta



SHAH ALAM – Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) merancang untuk mengadakan perhimpunan di Putrajaya dalam masa terdekat sebagai bantahan terhadap cadangan Pindaan Undang- undang Buruh 2010 oleh Kementerian Sumber Manusia Malaysia, baru- baru ini.

Pengerusi Kaukus Pekerja Parlimen Malaysia, Abdullah Sani berkata, pihaknya menyasarkan seramai 100,000 pekerja dari seluruh negara akan menyertai perhimpunan dan turut diadakan ialah perarakan serta pemberian memorandum kepada Perdana Menteri.

Menurutnya, pihaknya juga akan mengadakan siri jelajah ke seluruh negara untuk menerangkan perjuangan sebenar mereka terhadap penolakan cadangan pindaan Undang- undang Buruh supaya pekerja di negara ini mengetahui implikasi terhadap mereka sekiranya pindaan itu dilaksanakan dan dijangka akan dibuat pada Julai nanti.

“Selepas ini, kita akan mengadakan siri jelajah di Melaka dan kita juga turut mendapat jemputan ke Pulau Pinang untuk menerangkan hal ini,” katanya.

Khayal, bercumbu


Oleh Badrul Hizar Ab Jabar

2010/06/21

 GELAGAT dua remaja wanita yang tidak segan silu menghidu gam sambil berjalan di tempat awam di Taman Melaka Raya 1.
GELAGAT dua remaja wanita yang tidak segan silu menghidu gam sambil berjalan di tempat awam di Taman Melaka Raya 1.
MELAKA: Sebahagian remaja bawah umur yang suka berpeleseran di sekitar Taman Melaka Raya, Bandar Hilir, di sini, dipercayai turut terbabit dalam kegiatan menghidu gam sehingga membimbangkan pelbagai pihak terutama peniaga di kawasan berkenaan. 

Selain menghidu gam, ada di antara mereka tanpa segan silu melakukan perbuatan tidak bermoral seperti berpelukan dan mengganggu ketenteraman awam serta duduk berkumpul di tembok laluan pejalan kaki dengan membuat bising.Tinjauan Berita Harian baru-baru ini, mendapati dua gadis remaja khayal menghidu gam tanpa mempedulikan apa yang berlaku di sekitar mereka, malah kehadiran jurugambar Berita Harian di situ juga tidak diendahkan.Akibat terlalu khayal, dua gadis yang berusia dalam lingkungan belasan tahun itu juga merepek dan membebel tidak tentu arah sehingga masing-masing mengadu kesal terhadap keluarga masing-masing. 

Remaja terbabit dikatakan menjadikan gam sebagai alternatif kepada dadah, sebagai alat untuk membuatkan diri mereka asyik dan khayal serta melupakan masalah dihadapi. 

Mereka dipercayai membeli gam basikal pada harga RM5 setin di beberapa kedai basikal berhampiran, sebelum memasukkannya ke dalam plastik dan kemudian menghidunya. 

Seorang pengunjung yang hanya mahu dikenali sebagai Amin, 19, berkata dia sering terserempak dengan 'komuniti' penghidu gam itu terutama pada setiap hujung minggu. 
Beliau berkata, 'geng lalok' terbabit di kalangan sekumpulan remaja nakal dipercayai dari kawasan berhampiran, menjadikan setiap Sabtu dan Ahad sebagai waktu untuk berkumpul menghidu gam beramai-ramai di laluan kaki lima kedai di Jalan Melaka Raya 1 sebagai 'port' melakukan kegiatan itu. 

"Apa yang mengejutkan, kumpulan remaja ini bukan saja lelaki, malah disertai remaja perempuan yang turut menjadi kaki hidu gam. 

"Mereka juga dilihat bercumbuan dan berpelukan di kawasan yang dilalui orang ramai tanpa malu, selain sanggup membuang air kecil di tepi premis," katanya ketika ditemui. 

Seorang peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Salmah, 36, berkata lokasi sekitar kawasan itu adalah antara lokasi 'panas' remaja menghidu gam. 

Katanya, beberapa lorong dan kaki lima di kawasan premis itu dijadikan lokasi golongan terbabit melepaskan gian tanpa silu atau takut orang ramai memerhati gelagat mereka. 

"Remaja yang dipercayai masih bersekolah ini akan berkumpul di sini, kira-kira jam 2 petang hingga malam setiap Sabtu dan Ahad. 

"Selain menghidu gam, mereka juga mengganggu orang ramai termasuk pengunjung yang melalui kawasan mereka. Jika wanita atau warga asing lalu di kawasan itu, mereka meminta wang dan jika lelaki pula, mereka minta rokok," katanya

Perkampungan haram pendatang


Oleh Syed Mohd Ridzuwan Syed Ismail dan Sarah Sulaiman 

2010/06/21

SEGAMBUT: Di sebalik bangunan tinggi yang tersergam di Mont Kiara di sini, tidak ramai yang mengetahui wujudnya perkampungan setinggan dihuni pendatang asing dari pelbagai negara yang diragui status mereka. 

Kedudukan perkampungan itu di atas bukit dan dihimpit dengan bangunan tinggi dan moden yang sudah siap dan dalam pembinaan, menjadikan perkampungan itu agak tersorok dan tidak kelihatan daripada pandangan mata kasar.Tinjauan Sentral ke kawasan itu mendapati seolah-olah ‘melancong ke luar negara‘ apabila ratusan pendatang asing dari pelbagai negara termasuk Indonesia, Myanmar dan Bangladesh menjadikan kawasan tanah bercerun dan kawasan lereng bukit itu sebagai tempat tinggal mereka tanpa sebarang gangguan pihak berkuasa.Kebanyakan mereka dipercayai bekerja di sektor pembinaan di kawasan sekitar. 

Pendatang asing itu juga dipercayai mencuri air dan bekalan elektrik dari kawasan pembinaan berdekatan kerana kelihatan ramai penghuninya yang mandi menggunakan air paip disimpan dalam tong, manakala gerai makan di kawasan itu turut dilengkapi bekalan elektrik. 

Ratusan pendatang asing yang bekerja dalam sektor pembinaan, membina laluan sendiri daripada Mont Kiara yang dijadikan sebagai laluan pintas untuk ke Segambut Masjid, manakala di bahagian lain, ada jalan pintas yang boleh ditembusi ke Tol Jalan Duta, di sini. 

Di kawasan perkampungan itu, pendatang asing juga membina kedai untuk komuniti mereka dan pada waktu petang, suasana bawah jejantas Tol Jalan Duta bertukar meriah dengan aktiviti jualan pelbagai barangan runcit dan gerai makan. 
Deretan premis haram yang didirikan tanpa kelulusan pihak berkuasa itu juga menunjukkan seolah-olah tindakan mereka kebal daripada tindakan undang-undang berikutan hasil tinjauan mendapati golongan terbabit sama ada peniaga atau pelanggan, melepak dalam keadaan selesa tanpa rasa takut diserbu atau ditangkap. 

Ada juga pendatang yang mendirikan tandas yang tiada sistem kumbahan sempurna hingga air daripada tandas itu mengalir ke bahagian bawah lereng bukit, manakala bagi penghuni yang membina rumah di tepi parit besar, sisa kumbahan dibiar mencemari parit serta menimbulkan busuk yang meloyakan. 

Kewujudan ramai pendatang asing itu menimbulkan rasa kurang senang penduduk apabila kawasan Segambut Masjid dimonopoli golongan berkenaan yang dikhuatiri meningkatkan kes jenayah setempat. 

Sementara itu, penduduk di sebuah rumah pangsa berdekatan Segambut Masjid, Rose Ismani Ismail, berkata masalah kebanjiran pendatang asing itu menyebabkan penduduk berasa tidak selesa dan keselamatan mereka terancam. 

“Kami khuatir tahap keselamatan keluarga kerana sebelum ini banyak kes jenayah berlaku terutama pada waktu malam, yang dilakukan warga asing. 

“Selain itu, penduduk juga berasa tidak selesa dan bimbang setiap kali melalui jalan utama ke Seri Hartanas dan Mont Kiara kerana rumah pendatang asing terbabit dibina di kiri dan kanannya, malah kumpulan warga asing itu sering berkumpul di situ hingga lewat pagi,” katanya. 

Seorang lagi penduduk, Mohd Khairul Rizzuan, 29, berkata walaupun kebanyakan warga asing yang tinggal di kawasan itu bekerja sebagai buruh di tapak pembinaan berhampiran, tetapi pihak berkuasa perlu memantau status kemasukan ke negara ini. 

Beliau berkata, warga asing yang bekerja di sini berjaya membina koloni sendiri termasuk menjalankan perniagaan di bawah jejantas bagi memenuhi permintaan masyarakat mereka, menyebabkan kelompok mereka semakin kuat. 

“Kami berharap pihak berkuasa memantau perkara ini dan mengambil tindakan sewajarnya dengan melakukan pemeriksaan terhadap status warga asing terbabit. 

“Jika penduduk tempatan membuat binaan haram atau berniaga tanpa permit, kita akan dikenakan tindakan tetapi saya hairan kerana pendatang asing ini seolah-olah kebal melakukan perkara itu semua di sini,” katanya.