Wednesday, February 1, 2012

Anwar: Hasan Ali tak perlu ikut cara Umno

Anwar IbrahimKUALA LUMPUR - Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar)menasihatkan bekas Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali supaya tidak mengikut cara Umno dengan membuat serangan peribadi dalam ceramahnya.

Beliau berkata, Hasan sepatutnya menerangkan tentang dasar dan tidak menjadikan serangan peribadi sebagai modal ceramahnya.

"Modal dia serang peribadi… dia patut terang dasar. Tak payahlah ikut cara Umno. Saya rasa tak payah jawab soalan ini," kata beliau kepada Sinar Harian Online selepas menghadiri majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina di Taman Sri Sentosa hari ini.Hasan mengadakan siri ceramah jelajahnya bagi untuk mendedahkan 'parasit' yang ada dalam Pas.

Beliau yang dipecat Pas pada 8 Januari lalu turut mendakwa, selain pemimpin DAP dan PKR, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad penghalang utama kerja beliau sewaktu menjadi Exco Agama Kerajaan Negeri, sebelum ini.

Sementara itu, ketika berucap di hadapan kira-kira 200 orang hadirin majlis rumah terbuka itu, Anwar berkata, jika beliau menjadi Perdana Menteri, cakap rakyat akan dituruti.
Menurutnya, dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengatakan bahawa jika Pakatan Rakyat (PR) memerintah akan ikut cakap DAP adalah tidak benar sama sekali.

"Mereka kata Anwar puji (Ketua Menteri Pulau Pinang) Lim Guan Eng. Ya memang... dia tak curi tanah. Dia buat kerja bagus. Dia jaga negeri dan ekonomi dengan baik. Saya sokong. Saya tak malu untuk cakap.
"Saya nak beritahu, kalau saya jadi ketua, saya akan ikut rakyat. Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan saya akan ikut," katanya.Anwar: Hasan Ali tak perlu ikut cara Umno - Politik - Sinar Harian:

'via Blog this'

Rayu?: Hasan Ali umum beberapa hari lagi

Hasan AliBANDAR BARU BANGI - Bekas Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali akan membuat keputusan dalam masa beberapa hari lagi sama ada mahu membuat rayuan ataupun tidak keputusan Pas memecat beliau awal bulan lalu.
Beliau diberi 30 hari untuk mengemukakan rayuan. Pas memecatnya 8 Januari lalu.
Sambil bertanya pendapat kepada hadirin pada ceramahnya di Bandar Baru Bangi malam tadi, Hasan dilihat masih lagi tidak dapat membuat keputusan hingga hari ini.
"Saya akan putuskan dalam beberapa hari sama ada akan merayu atau tidak. Tetapi sebelum itu, saya nak tanya pendapat penduduk Bangi... adakah saya patut merayu atau tidak?" soalnya sambil dijawab "tidak".
Sekitar 500 orang hadir pada ceramah yang diadakan di Padang Balai Pahlawan.
Selain Hasan, turut hadir sama memberikan ceramah ialah bekas Ketua Penerangan Pas Selangor, Hassan Basri.
Sementara itu, dalam ceramahnya, Hasan turut mempertikaikan tindakan Pas menghalang usahanya memerangi penjualan arak di Selangor pada tahun 2008.
Katanya, jika parti komponen lain seperti DAP atau PKR yang menghalang usahanya itu, beliau tidak kisah.
"Saya berasa hairan. Tuan-tuan tahukan macam mana saya memerangi arak? Jadi, siapa yang halang saya? Kalau DAP atau PKR yang nak halang saya, saya boleh faham. Tetapi bekas parti saya sendiri yang halang. Saya tak boleh terima," katanya.
Sambil mempersoalkan kembali tindakan Pas memecat beliau, Ahli Dewan Undangan Negeri Gombak Setia ini berkata, beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan, yang dijadikan alasan untuk memecatnya.
"Kesalahan saya bukan meliwat orang. Kesilapan saya bukan gila kuasa. Tetapi kesalahan saya kerana melaksanakan enakmen jenayah Syariah.
"Itu salah saya. Terpulang pada saudara untuk menilai... saya tak tambah dan tak kurang apa yang saya katakan malam ini," katanya.
Justeru, sempena penubuhan badan bukan kerajaan (NGO) yang dinamakan Jati untuk meneruskan agendanya memperjuangkan agama Islam, hak orang Melayu dan raja-raja Melayu, beliau menyeru agar seluruh masyarakat menjadikan badan itu sebagai payung demi pembangunan negara.Rayu?: Hasan Ali umum beberapa hari lagi - Politik - Sinar Harian:

'via Blog this'

Rayu?: Hasan Ali umum beberapa hari lagi


BANDAR BARU BANGI
1 Februari 2012
Hasan Ali

BANDAR BARU BANGI - Bekas Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali akan membuat keputusan dalam masa beberapa hari lagi sama ada mahu membuat rayuan ataupun tidak keputusan Pas memecat beliau awal bulan lalu.

Beliau diberi 30 hari untuk mengemukakan rayuan. Pas memecatnya 8 Januari lalu.
Sambil bertanya pendapat kepada hadirin pada ceramahnya di Bandar Baru Bangi malam tadi, Hasan dilihat masih lagi tidak dapat membuat keputusan hingga hari ini.

"Saya akan putuskan dalam beberapa hari sama ada akan merayu atau tidak. Tetapi sebelum itu, saya nak tanya pendapat penduduk Bangi... adakah saya patut merayu atau tidak?" soalnya sambil dijawab "tidak".

Sekitar 500 orang hadir pada ceramah yang diadakan di Padang Balai Pahlawan.

Selain Hasan, turut hadir sama memberikan ceramah ialah bekas Ketua Penerangan Pas Selangor, Hassan Basri.

Sementara itu, dalam ceramahnya, Hasan turut mempertikaikan tindakan Pas menghalang usahanya memerangi penjualan arak di Selangor pada tahun 2008.

Katanya, jika parti komponen lain seperti DAP atau PKR yang menghalang usahanya itu, beliau tidak kisah.

"Saya berasa hairan. Tuan-tuan tahukan macam mana saya memerangi arak? Jadi, siapa yang halang saya? Kalau DAP atau PKR yang nak halang saya, saya boleh faham. Tetapi bekas parti saya sendiri yang halang. Saya tak boleh terima," katanya.

Sambil mempersoalkan kembali tindakan Pas memecat beliau, Ahli Dewan Undangan Negeri Gombak Setia ini berkata, beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan, yang dijadikan alasan untuk memecatnya.

"Kesalahan saya bukan meliwat orang. Kesilapan saya bukan gila kuasa. Tetapi kesalahan saya kerana melaksanakan enakmen jenayah Syariah.

"Itu salah saya. Terpulang pada saudara untuk menilai... saya tak tambah dan tak kurang apa yang saya katakan malam ini," katanya.

Justeru, sempena penubuhan badan bukan kerajaan (NGO) yang dinamakan Jati untuk meneruskan agendanya memperjuangkan agama Islam, hak orang Melayu dan raja-raja Melayu, beliau menyeru agar seluruh masyarakat menjadikan badan itu sebagai payung demi pembangunan negara.Rayu?: Hasan Ali umum beberapa hari lagi - Politik - Sinar Harian:

'via Blog this'

Hasan: Khalid penghalang utama


RISWANDI RAZAK
1 Februari 2012
Khalid Abdul Samad
SHAH ALAM - Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali mendakwa, selain pemimpin DAP dan PKR, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad penghalang utama kerja beliau sewaktu menjadi Exco Agama Kerajaan Negeri, sebelum ini.
Menurutnya, beliau memahami bantahan dibuat oleh DAP dan PKR kerana pemimpin tersebut terdiri daripada orang bukan Islam.
Sebaliknya, Hasan menegaskan beliau tidak faham mengapa Ahli Parlimen Shah Alam dari Pas menentang beliau, termasuk pernah mempersoalkan pengharaman penjualan arak di kawasan majoriti Melayu.
“Kalau DAP dan PKR itu saya faham kerana mereka bukan Islam, tetapi yang saya tidak faham Ahli Parlimen Shah Alam berdiri di barisan hadapan menentang apa yang saya lakukan.
“Tuan-tuan bayangkan, saya mahu bersihkan Shah Alam daripada judi, tidak boleh, saya nak lihat rumah urut dibersihkan pun tidak boleh,” katanya dalam ceramah Bicara Memurnikan Akidah Ummah di sini, kelmarin.
Turut hadir, bekas Ketua Penerangan Pas Selangor, Hasan Basri dan bekas Timbalan Dekan Fakulti Ekonomi Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Datuk Aidit Ghazali.
Beliau berkata, penduduk di Shah Alam perlu menolak pemimpin yang didakwa mengkhianati perjuangan Agama Islam dalam pilihan raya akan datang.
“Kalau dia bertanding dalam pilihan raya akan datang ini, jangan beri satu undi pun kepadanya,” katanya.
Menurutnya, pelbagai pelan dan strategi telah dirangka bagi menguatkuasakan Enakmen Jenayah Syariah, sewaktu beliau menjadi Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam.
Beliau berkata, pelan ini termasuk usaha memelihara akidah dengan mengadakan pemeriksaan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), 3 Ogos lalu.
Sementara itu, Hasan turut menegaskan dalam isu pemecatan beliau sebagai ahli Pas, sehingga kini pertuduhan-pertuduhan terhadapnya masih belum diketahui.
“Sehingga kini, saya masih lagi belum dipanggil membela diri atas pemecatan saya,” katanya.
Hasan berkata, beliau terima pemecatan beliau sebagai Exco Kerajaan Negeri atas prinsip perjuangan memelihara akidah, syariah dan Agama Islam.
“Isteri dan anak-anak saya tidak menitiskan air mata pun, atas pemecatan ini, kami reda kerana kami tahu apa yang kami lakukan.
“Tetapi sekiranya saya dilucutkan kerana rasuah, menipu dan mengumpul kekayaan, pastinya saya tidak boleh tidur malam,” katanya.Hasan: Khalid penghalang utama - Politik - Sinar Harian:

'via Blog this'

Presiden Pas: Memang molek MB jadi Exco Agama



31 Januari 2012

SHAH ALAM - Keputusan Menteri Besar, Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim memegang sendiri portfolio agama Islam di negeri itu memang satu keputusan "molek", kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata, dengan kelebihan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor yang selalu berjumpa dengan Sultan, ia akan memudahkan lagi urusan agama di negeri itu.

"Kita kena tahu di Selangor agama di bawah bidang kuasa raja melalui majlis agama. Kita nampak Tan Sri Khalid ini orang paling rapat dengan Sultan, dia paling kerap jumpa Sultan, jadi moleklah orang paling acap jumpa sultan (pegang Exco agama)," katanya dipetik Harakahdaily hari ini.

Abdul Hadi menambah, siapapun yang dilantik sebagai ketua tidak penting, namun yang lebih penting adalah siapa yang akan menjalankan tugas jawatankuasa itu.

Sebelum beberapa pihak tertentu khususnya Umno sebelum ini kononnya Pas dipinggir kerana tidak diberi portfolio agama kepada exco dari parti itu.
Isu tersebut timbul selepas Adun Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi dilantik sebagai Exco Selangor menggantikan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali.

Bagaimanapun, portfolio hal ehwal Islam yang sebelum ini di bawah Hasan kemudiannya diletakkan dibawah menteri besar sendiri manakala Dr Yunus dilantik memegang portfolio Belia, Sukan dan Adat Melayu.

Peluang itu sekali gus digunakan Umno dengan mendakwa Pas hilang potfolio agama.

Abdul Hadi juga berkata, Pas masih berperanan besar apabila Menteri Besar melantik Adun Bangi Dr. Shafie Abu daripada Pas sebagai Pembantu Exco Agama.

"Cumanya kita lantik siapa bawah Tan Sri Khalid, ini yang penting. Setengah orang kita ni tak nampak (siapa) yang kena buat kerja, nak tengok siapa (ketua).

"Lagipun pilihan raya umum dekat dah," katanya sambil menyifatkan keputusan itu juga sebagai strategi pilihan raya.Presiden Pas: Memang molek MB jadi Exco Agama - Politik - Sinar Harian:

'via Blog this'

Hasan Ali tubuh 'Jati', tidak sertai parti politik



31 Januari 2012
Hasan Ali

SHAH ALAM - Bekas ahli Pas Datuk Dr Hasan Ali akan menubuhkan badan bukan kerajaan (NGO) dinamakan 'Jati' untuk meneruskan agendanya memperjuangkan agama Islam, hak orang Melayu dan raja-raja Melayu.

"Secara peribadi orang tanya saya nak sertai Umno atau PKR (Parti Keadilan Rakyat)...saya nak katakan, saya tidak akan sertai mana-mana parti politik, saya akan sertai NGO yang namanya Jati," katanya kepada pemberita di sini.
Beliau yang ditemui selepas berceramah di Seksyen 17 malam tadi,turut mengakui masih sayangkan Pas dan mahu membantu parti itu menghapuskan golongan 'parasit' yang cuba merosakkan perjuangan asal Pas.
Sejak dipecat dari PAS pada 8 Jan lepas, spekulasi tersebar luas bahawa bekas anggota exco kerajaan negeri Selangor itu akan menyertai Umno.

Mengulas mengenai Jati, bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu berkata NGO tersebut akan dilancarkan pada 21 Februari ini.
Beliau turut mengajak NGO lain untuk bergabung dengan Jati bagi membentuk 'kuasa ketiga' yang diharapkan dapat mengimbangi kehadiran Barisan Nasional dan pakatan pembangkang pada pilihan raya umum ke-13.
Ditanya sama ada kuasa ketiga itu akan menyokong parti memerintah, Hasan berkata perkara tersebut belum diputuskan.

"Kita adalah kuasa ketiga kalau bertanding pun atas nama kuasa ketiga dan kita tak kisah sama ada kita bertanding bersama atau tidak bersama dengan mana-mana parti politik," katanya. - BernamaHasan Ali tubuh 'Jati', tidak sertai parti politik - Politik - Sinar Harian:

'via Blog this'

Bangkok arah siasat kes renjer tembak penduduk



BANGKOK 31 Jan. - Kerajaan Thailand mengarahkan siasatan dijalankan mengenai insiden empat penduduk awam Islam ditembak mati oleh pasukan Renjer di selatan negara ini, selepas pembunuhan itu mencetuskan kemarahan penduduk tempatan.

Seorang lelaki tua dan seorang remaja berusia 18 tahun antara mangsa yang terbunuh apabila renjer tentera Thai melepaskan tembakan bertalu-talu ke arah sebuah trak pikap di Pattani pada malam semalam.

Renjer itu mendakwa mereka mendengar satu bunyi tembakan dan menyangka mereka diserang, tetapi mangsa yang selamat berkata, trak itu membawa sekumpulan penduduk yang hendak pulang selepas menghadiri pengebumian seorang ahli keluarga.

"Hari ini kami tidak yakin kami betul-betul berada di pihak yang benar kerana keempat-empat mangsa bukanlah penyokong militan," kata Timbalan Perdana Menteri, Yutthasak Sasiprapa yang bertanggungjawab terhadap keselamatan negara ini.

Katanya, siasatan itu akan menentukan sama ada prosedur yang betul telah dipatuhi oleh renjer terlibat.

Jika mangsa didapati ditembak akibat kesilapan pasukan renjer, kerajaan akan memohon maaf dan membayar ganti rugi, ujar Yutthasak.

Beliau berkata, ada kemungkinan penumpang di dalam trak pikap itu telah digunakan sebagai perisai manusia oleh seorang pemberontak yang diburu oleh pihak berkuasa.

Dua senjata api ditemui di dalam trak tetapi pemandunya memberitahu polis, senjata itu bukan milik penumpang.

Dalam usaha untuk membendung kekacauan di selatan Thai, pihak berkuasa menempatkan ramai askar kerajaan yang dibantu oleh pasukan separa tentera, serta mengenakan perintah darurat yang menurut aktivis hak asasi manusia memberi kekebalan kepada tentera daripada tindakan undang-undang. - AFP

tusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

Melayu paling ramai tidak daftar mengundi


PULAU PINANG 31 Jan. - Orang Melayu dikesan paling ramai tidak mendaftar sebagai pengundi walaupun layak berbuat demikian.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, berdasarkan kajian pihaknya mendapati orang Melayu memandang remeh perkara itu dengan memberikan pelbagai alasan.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan bilangan sebenar orang Melayu yang terbabit daripada jumlah terkini 3.7 juta orang yang layak mendaftar tetapi tidak berbuat demikian.

"Ada yang memberi alasan bahawa mereka terlalu sibuk dengan urusan harian sehingga tiada masa untuk mendaftar. Malah ada yang mengatakan tidak ada perubahan besar akan berlaku dengan hanya satu undi," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas taklimat persediaan Pilihan Raya Umum Ke-13 kepada pegawai pengurus pilihan raya negeri di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Jaafar.

Sehubungan itu, Abdul Aziz menasihatkan golongan itu agar segera berbuat demikian bagi membolehkan mereka menunaikan hak dan tanggungjawab pada pilihan raya umum nanti.

Dalam perkembangan lain beliau memberitahu, hanya 50 responden memberikan maklum malas daripada 42,057 orang yang disenaraikan sebagai pengundi meragukan.

"Daripada 50 orang itu, 26 masih aktif manakala 24 lagi tidak dapat dipastikan status mereka," jelasnya.

Oleh itu, katanya, seramai 42,031 nama lagi akan digugurkan daripada senarai pemilih selepas tarikh semakan berakhir hari ini.

Sementara itu Abdul Aziz menjelaskan, cadangan untuk mengadakan proses pengundian awal bagi pengundi di luar negara tidak dapat dilakukan dan akan kekal dengan kaedah sedia ada iaitu undi pos.

"SPR ada meminta kerjasama Wisma Putra untuk melaksanakannya, namun mereka tidak dapat melakukannya kerana pelbagai faktor. Antaranya jumlah pengundi yang ramai selain kedudukan mereka yang berselerak," katanya.Utusan Malaysia Online - Politik:

'via Blog this'

Hasan dedah pemimpin parasit



HASAN Ali berucap pada 'Program Bicara Memurnikan Aqidah Ummah' yang turut dihadiri Hasan Basri Mohd. (kanan) dan Adib Ghazali (dua dari kanan) di Dewan Rukun Tetangga Seksyen 17, Shah Alam, malam semalam. – UTUSAN/Ahmad Fadzly Esa


SHAH ALAM 31 Jan. - Buat kali pertama, bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali mendedahkan pemimpin Pas yang selama ini dianggap ‘parasit’ dengan menamakan Timbalan Pesuruhjaya Pas III negeri, Khalid Samad sebagai individu terbabit.

Beliau yang dilucutkan jawatan Exco Hal Ehwal Islam negeri pada 13 Januari lalu mendakwa, Ahli Parlimen Shah Alam itu sering dilihat menyebarkan fahaman yang tidak menyebelahi Islam selain merupakan individu paling lantang menentang usahanya untuk melarang penjualan minuman keras di kedai-kedai runcit di kawasan penempatan majoriti orang Melayu.

Hasan berkata, Khalid juga beria-ia mengkritik Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ketika agensi agama itu menyerbu sebuah premis yang dikatakan sebagai Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) meskipun pihak berkuasa menerima maklumat mengenai penganjuran satu majlis yang bermatlamat bagi menyelewengkan akidah umat Islam di negeri ini.

“Saya tidak hairan sekiranya usaha-usaha itu ditentang oleh pemimpin DAP mahu pun pemimpin bukan Islam dalam PKR, tetapi saya sangat hairan apabila ia ditentang hebat oleh Khalid Samad yang bertanding atas tiket Pas.

“Sebab itu saya hendak ingatkan pengundi di Shah Alam agar jangan beri satu undi pun kepada dia (Khalid) pada pilihan raya umum akan datang kerana dia adalah pengkhianat kepada akidah umat Islam,” katanya ketika berucap pada program Bicara Memurnikan Akidah Ummah di Dewan Rukun Tetangga Seksyen 17 di sini malam ini.

Program itu dihadiri lebih 1,000 orang termasuk bekas Ketua Penerangan Pas Selangor, Hasan Basri Mohd. dan bekas Timbalan Dekan Fakulti Ekonomi Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Datuk Aidit Ghazali.

Hasan berkata, pihaknya sedang dalam perancangan untuk menubuhkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bertujuan untuk mempertahankan Islam, Melayu dan institusi diraja di negara ini.

Kata beliau, pertubuhan yang akan dikenali sebagai Jati itu akan menggabungkan beberapa NGO lain yang turut mempunyai perjuangan sama selain individu yang berminat untuk menyertainya.

“Pertubuhan itu dijangka dilancarkan pada 21 Februari di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) dengan sasaran penyertaan seramai 100,000 keahlian.

“Matlamat kami adalah untuk mewujudkan jaringan ketiga iaitu sebagai pengimbang kepada parti pemerintah serta parti pembangkang dalam mempertahankan Islam, Melayu dan Raja Melayu (IMR) di negara ini,” jelasnya.

Dalam pada itu, Hasan Basri berkata, penyebaran fahaman ‘Anwarism’ kini semakin merbahaya kerana ia jelas bersifat sekular dan liberal yang bercanggah dengan ajaran Islam sebenar.

“Sebagai contoh, demi untuk kuasa dan mendapat sokongan negara Barat, Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) sanggup mengiktiraf sebuah negara haram Israel yang sejak sekian lama melakukan kekejaman terhadap umat Islam di Palestin.

“Selain itu, atas nama hak asasi manusia, Anwar juga bersungguh-sungguh menganggap Seksyen 377B (Kanun Keseksaan) yang melarang seks gay dan lesbian sebagai lapuk serta tidak lagi relevan dan sebab itulah saya kata fahaman ‘Anwarisme’ ini merbahaya kepada umat Islam di negara ini,” tegasnya.

Aidit pula mengingatkan umat Islam di negara ini supaya taksub hanya kepada Allah dan bukannya kepada seseorang pemimpin mahu pun organisasi kerana ia adalah tuntutan Islam.Utusan Malaysia Online - Politik:

'via Blog this'