Thursday, June 13, 2013

Misteri dua kubur

Misteri dua kuburAbdul Jalil (tengah) bersama dua rakannya cuba membaca tulisan tertera di kubur milik tentera British yang tidak dapat dikenalpasti.
KUALA TEMBELING - Dua kubur yang dipercayai milik tentera British di Kampung Pasir Tambang, dekat sini, menimbulkan tanda tanya penduduk mengenai sejarah yang berlaku di kawasan itu.

Pengerusi Pengusaha-pengusaha Pelancongan Taman Negara, Abdul Jalil Abd Rahman berkata, salah satu kubur itu milik Alfred Edward Cyrill Franklin yang lahir pada 18 Jun 1875 dan mati pada Mei 1915.

Menurutnya, sebuah lagi kubur yang berkemungkinan orang berpangkat dalam tentera British memandangkan keadaan kuburnya yang lebih besar dan terhormat tetapi tidak dapat dikenal pasti kerana tanda namanya sudah hilang.

“Dua kubur ini terletak di atas bukit di Kampung Pasir Tambang dan dalam kebun kelapa sawit penduduk. Keadaan kubur ini dilihat pada sebelum ini seperti dijaga kerana mempunyai pagar tetapi kini ia tidak lagi dijaga dengan baik dan dibiarkan di tengah hutan.

“Dalam hal ini kita minta mana-mana pihak termasuk pihak Muzium supaya dapat memelihara kembali kubur ini dan mencari apa sebenarnya sejarah yang berlaku hingga dua tentera ini ditanam di atas bukit ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Abdul Jalil berkata, kemungkinan dua tentera itu mati kerana berperang dengan penduduk kampung ketika itu.

Menurutnya, kawasan Kuala Tembeling ini kaya dengan pelbagai sejarah dan dua kubur ini boleh dijadikan salah satu kawasan pelancongan bagi memberi pengetahuan kepada orang ramai mengenai apa yang telah berlaku hingga dua tentera ini mati di kawasan ini.

“Kubur ini perlu dijaga semula dan penulisan sejarah yang berlaku perlu dipaparkan untuk pembacaan orang ramai. Kita mahu tahu apa sebenarnya yang berlaku.

“Secara tidak langsung ia dapat menaikkan lagi semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat untuk lebih menghargai nikmat keamanan negara dan mengingati pejuang negara yang bertempur demi kemerdekaan negara,” katanya.

Minum 2 liter darah untuk lebih sihat

Julia Caples
foto ihsan bulawayo24.com
PENNSYLVANIA - Seorang wanita yang mempunyai tabiat seperti pontianak sanggup minum darah sebanyak dua liter setiap bulan.

Julia Caples, 45, ibu kepada dua orang anak yang berusia di antara sembilan dan 24 tahun.

Dia akan mengambil dua liter darah setiap bulan atas alasan mahu mengekalkan bentuk badan yang menarik.

“Apabila saya minum darah, saya akan rasa lebih sihat dan kuat,” katanya dipetik Daily Mirror.

“Saya juga akan berasa lebih cantik jika kerap minum darah. Setakat ini saya sihat dan tidak mengalami sebarang masalah kesihatan. Saya juga berasa sentiasa bertenaga,” ujarnya.

Caples sebaliknya tidak akan mengambil bekalan darah secara haram atau menyerang mangsa sebaliknya, akan mencari penderma darah yang sanggup menderma darah dan datang sendiri ke rumahnya.

Bapa minta bantu cari anak gadis

anak hilangAbdullah Yaakub, 62, (kiri) dan isteri, Jariyah Othman, 53, menunjukkan tiga laporan Polis dan gambar anaknya Noor Hasimah Abdullah, 27, dipercayai hilang 23 Mei lepas selepas keluar bersama rakan lelaki yang mengambilnya di rumah sewa di Taman Darul Aman Jaya, Jitra ketika ditemui pemberita di Kampung Tandop Besar, Tekai Kanan dekat sini hari ini. Mereka merayu kepada anak ketiga dari 10 beradik itu pulang ke pangkuan keluarga. Orang ramai yang mempunyai mengenai Noor Hasimah boleh menyalurkan maklumat di balai Polis terdekat atau terus menghubungi Abdullah di talian 019-4166115. - Foto Bernama
KUALA NERANG - Seorang bapa meminta orang ramai membantu mencari anaknya, Noor Hasimah Abdullah, 27, yang hilang selepas keluar bersama seorang rakan lelaki dari rumah sewanya di Taman Darul Aman Jaya, Jitra sejak 23 Mei lepas.
 
Abdullah Yaakub, 62, berkata pelbagai usaha telah dibuat termasuk mencari di beberapa tempat di negara jiran, Thailand namun gagal menemui anaknya itu.
 
Dia yang tidak berputus asa untuk terus mencari anak kesayangan keluarga itu berkata Nor Hasimah yang bekerja sebagai kerani akaun di sebuah syarikat di Jitra tidak pulang ke rumah selepas keluar dengan seorang rakan lelaki pada 8.30 malam pada hari berkenaan.
 
Katanya dia mendapat tahu mengenai perkara itu selepas anak keempatnya Siti Zulaika, 24, yang tinggal bersama kakaknya itu menghubunginya dan bertanyakan sama ada anak ketiga daripada 10 beradik itu pulang ke rumah.
 
"Pada 26 Mei lepas saya terus buat laporan di Balai Polis Kuala Nerang selepas gagal menghubungi dan mencari anak saya.

"Selepas itu saya buat dua kali laporan di balai Polis Jitra iaitu pada 2 dan 11 Jun agar polis dapat mengesan anak saya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tandop Besar, Tekai Kanan di sini hari ini.
 
Siti Zulaika berkata kakaknya keluar rumah sehelai sepinggang dan sempat berpesan kepadanya yang dia akan balik ke kampung selepas keluar makan malam.
 
Katanya dia yang bekerja di syarikat swasta yang sama dengan kakaknya di Jitra, terpaksa berhenti kerja semata-mata untuk membantu mencari kakaknya itu.
 
"Kakak, pulanglah keluarga sangat merindui kakak. Kasihanilah ayah, mak yang sentiasa tunggu kepulangan kakak," katanya.
 
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Noor Hasimah boleh menghubungi mana-mana balai polis atau Abdullah di talian 019-4166115. - Bernama

5 Melayu terkaya Malaysia

Menurut Majalah Niaga dot com, 5 orang Melayu terkaya di Malaysia masih didahului oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari yang menguasai pelbagai industri di Malaysia. Orang Kedah dan merupakan pengasas Yayasan Albukhary. Dalam senerai keseluruhan merupakan orang ke-8 terkaya di Malaysia dengan jumlah kekayaan $US 2.75 bilion

Tempat kedua pula ialah Shahril & Shahriman Shamsuddin. Kedua adik-beradik ini menjalankan perniagaan dalam industri gas dan petroleum. Merupakan CEO dan Presiden Sapura Kencana manakala adik beliau merupakan lembaga pengarah syarikat tersebut. Merupakan orang ke-12 terkaya di Malaysia dengan jumlah kekayaan $US 1.05 bilion

Datuk Mokhzani Mahathir, anak kedua Tun Mahathir Mohamad adalah yang ketiga Melayu terkaya yang menjalankan perniagaan dalam industri Gas dan Petroleum. Merupakan Naib Pengerusi Eksekutif di Sapura Kencana dan orang ke-15 terkaya di Malaysia dengan jumlah kekayaan $US 980 juta.

Juga orang Kedah... ramai benar orang Kedah kaya raya!

Tan Sri Azman Hashim adalah Melayu keempat terkaya di Malaysia merupakan antara tokoh industri perbankan Melayu yang paling berjaya di Malaysia. Merupakan Pengerusi Ambank Group yang merupakan bank ke-5 terbesar di Malaysia dan orang ke-17 terkaya di Malaysia dengan jumlah kekayaan $US 810 juta.

Datuk Kamarudin Meranun adalah orang Melayu kelima terkaya di Malaysia merupakan tokoh terkemuka dan antara pemegang saham serta pengasas bersama dalam syarikat penerbangan Air Asia. Adalah rakan kongsi kepada Tony Fernandes, beliau juga adalah Timbalan Pengarah Eksekutif Air Asia Berhad sejak Disember 2001. Merupakan orang ke-20 terkaya di Malaysia dengan jumlah kekayaan $US 635 juta.

Kita sedar bahawa pembahagian kekayaan negara perlu diagih secara adil.

Kekayaan negara juga bukan dimonopoli oleh sesetengah golongan dan menepikan tanggungjawab sosial kepada golongan yang miskin.

Kita juga tidak mahu anak-anak pemimpin menjadi kaya raya buka kerana kebijaksanan dan usaha gigih tetapi kerana dia 'anak aku' dia kroni aku.

Rakyat perlu sedar dan insaf bahawa kekayaan yang ada perlu diagihkan kepada semua pihak oleh PEMERINTAH YANG ADIL.~ TKOsumber

BMW 10 series.

POHON NABI


Yang dimaksud dengan Pohon Nabi adalah Pohon yang pernah menanungi Nabi Muhammad Saw. dari terik matahari. Pohon Nabi ini sudah berumur ribuan tahun, namun anehnya Pohon Nabi ini masih hidup dan berbuah hingga sekarang. Pohon Nabi ini sekali lagi menjadi bukti kenabian Nabi Muhammad Saw. Dan sepertinya Pohon Nabi ini sengaja dibiarkan hidup oleh Allah Swt. agar menjadi pengingat, kenangan dan bukti sejarah masa lalu. Pohon ini adalah pohon yang penuh keberkahan, pohon ajaib, pohon keramat dan pohon yang aneh. Dulu ketika Rasulullah Saw. melakukan perjalanan menuju Syam bersama Maisarah (pembantu Sayyidatuna Khadijah Ra.) untuk berdagang, Rasulullah Saw. pernah berteduh di bawah pohon ini sebelum sampai ke sana. Pada saat Rasulullah Saw. berteduh di bawahnya, dahan dan ranting-ranting pohon ini bergerak menaungi beliau Saw. dari panasnya terik matahari. Seorang rahib (pendeta) yang melihat kejadian ini, lantas mendatangi Maisarah dan menunjukkan kepadanya pohon tempat berteduh Rasulullah Saw. itu seraya berkata: “Hanya seorang Nabi saja yang berteduh di bawah pohon itu.” Lihatlah sampai hari ini pohon tersebut tetap subur walaupun berada di tengah-tengah padang pasir yang kering kerontang serta tiada tumbuhan yang hidup sepertinya. Allah Swt. menghidupkannya dengan kehendaknya. TAHUKAH ANDA APAKAH POHON INI ? Inilah pohon yang memahami cinta buat Nabinya Muhammad SAW, Pohon yang diberkati. Sehingga sekarang pokok ini masih hidup lagi di Jordan. Sebab itu ianya digelar “ the only living sahabi ” atau “sahabat Nabi yang masih hidup”. Sedikit sejarah mengenainya… Ketika Rasulullah SAW keluar ke Syam bersama Maisarah – pekerja Sayyidatuna Khadijah ra- untuk berniaga, Baginda SAW pernah berteduh di bawah pohon ini sebelum sampai ke sana. Semasa Baginda SAW berteduh di bawahnya, dahan dan ranting-ranting pohon ini bergerak menaungi Baginda SAW daripada cahaya matahari. Seorang paderi yang melihat kejadian ini datang bertemu Maisarah & menunjukkan kepadanya pohon tempat teduhan Rasulullah SAW itu dengan berkata: “Hanya seorang Nabi sahaja yang berteduh di bawah pohon ini.” Pohon ini terletak di tengah padang pasir bernama Buqa’awiyya di negara Jordan. Dari segi geografi, ia berdekatan dengan kota Bosra di Syria. Sebagaimana kita tahu, Rasulullah S.A.W dua kali tiba di Bosra : 1. Ketika bersama bapa saudaranya Abi Talib sewaktu berumur 12 tahun & bertemu dengan Rahib Buhaira dan terserlah tanda kerasulan baginda SAW di belakang bahu sepertimana tercatat dalam kitab injil tentang tanda kerasulan nabi akhir zaman. 2. kali kedua rasulullah SAW ke bosra membawa barang dagangan saidatina khadijah. Apa yg menarik selepas dari tanah Tabuk hingga ke Bosrasejauh lebih 500km kita tidak akan berjumpa dengan pokok seumpama di atas. Lihatlah sampai hari ini ia tetap subur walaupun berada di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang. Tiada tumbuhan yang boleh hidup sepertinya. ALLAH menghidupkannya dengan kehendak-NYA jua.

Lelaki maut, isteri, 3 anak maut dirempuh babi hutan

KUANTAN 12 Jun - Seorang lelaki terbunuh manakala isteri dan tiga anaknya cedera selepas motosikal yang dinaiki mereka dirempuh seekor babi hutan di KM21.5 Jalan Ibam-Rompin, dekat Rompin, malam tadi.
Mangsa, Syed Abdullah Syed Ali, 32, pembantu am pejabat dari Perumahan Mardi, Muadzam Shah di Rompin meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.
Bagaimanapun, isteri mangsa yang berusia 22 tahun dan tiga anaknya berusia antara satu dan empat tahun hanya cedera ringan.
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang, Supritendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, dalam kejadian 8 malam itu, mangsa sekeluarga dikatakan sedang menuju ke bandar Muadzam Shah untuk membeli susu.
"Dipercayai seekor babi hutan tiba-tiba keluar dari semak berhampiran untuk melintas jalan sebelum merempuh motosikal yang dinaiki lima beranak itu sehingga menyebabkan mereka sekeluarga tercampak ke atas jalan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Mangsa yang cedera menerima rawatan di Hospital Muadzam Shah. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130612/je_09/Lelaki-maut-isteri-3-anak-maut-dirempuh-babi-hutan#ixzz2W4GEIOxD
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Dua remaja disebat 700 kali


Riyadh: Dua remaja lelaki Arab Saudi kelmarin, dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan 700 sebatan selepas didapati bersalah menyamun beberapa pemandu teksi di bandar raya itu menggunakan pisau.

Akhbar Sabq melaporkan, polis menahan mereka selepas menerima laporan daripada beberapa pemandu teksi, termasuk seorang warga Yaman dan rakyat Pakistan bahawa mereka disamun selepas diugut dengan pisau.
“Mereka mengaku mencuri kereta, memecah masuk rumah dan kedai,” lapor Sabq. - AGENSI 

Kuasa terhad di selatan Thai


Pasukan keselamatan Thai memeriksa kawasan kenderaan anggota renjer terbalik selepas serangan bom di tepi jalan oleh pemberontak Islam di wilayah Pattani pada 24 Mei lalu. Lima anggota renjer terbunuh dan seorang lagi cedera dalam serangan itu. - REUTERS
BANGKOK 12 Jun - Kerajaan Thailand akhirnya bersetuju menimbangkan untuk memberi kuasa terhad kepada penduduk di wilayah selatan negara ini, sebagai usaha memujuk kumpulan pemberontak meletakkan senjata.
Ketua Majlis Keselamatan Kebangsaan, Paradorn Pattanatabut (gambar), hari ini bagaimanapun berkata, kerajaan tidak berniat memberi kuasa autonomi kepada wilayah itu, namun merancang untuk membangunkan pentadbiran tempatan.
"Penduduk di wilayah selatan mempunyai identiti mereka sendiri dan pentadbiran tempatan dilihat sebagai kaedah paling sesuai untuk melindungi identiti, budaya dan agama mereka.
"Bagaimanapun, usul tersebut tidak akan dibincangkan dalam pertemuan esok," katanya.
Thailand akan mengadakan perbincangan pusingan ketiga dengan dua kumpulan pemberontak di Kuala Lumpur esok, selepas beberapa perbincangan sebelum ini menemui kegagalan.
Bangkok dan Pattaya sudah membentuk pentadbiran tempatan yang diketuai gabenor yang bertanggungjawab menggubal undang-undang, menguruskan cukai dan bajet infrastruktur di wilayah masing-masing.
Paradorn berkata, pembentukan pentadbiran tempatan di dua wilayah tersebut boleh dikembangkan ke tiga wilayah selatan iaitu Yala, Narathiwat dan Pattani. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130613/lu_01/Kuasa-terhad-di-selatan-Thai#ixzz2W47bZmyl
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Theodor Herzl

Theodor Herzl merupakan orang Yahudi pertama yang mendirikan gerakan politik Zionisme, yakni gerakan yang bertujuan mendirikan negara Yahudi di Tanah Israel. Pada tahun 1896, Herzl menerbitkan buku Der Judenstaat (Negara Yahudi).

Herzl dikenali sebagai seorang yang bijak mengambil kesempatan.
Semasa perang dunia pertama meletus, kerajan Turkey Usthmaniah telah bergabung dengan kekuatan Jerman untuk menyekat kekuasaan British dan sekutunya.
Di akhir perang tersebut, Turkey telah mengalami kekalahan dan menyebabkan beberapa tanah empayarnya dirampas oleh Bristih.

Sekalipun British telah menang dalam peperangan tersebut, negara itu telah menanggung bebanan hutang yang banyk. Diantara individu yang bertanggungjawab memberi pinjaman hutang kepada pihak Bristih ialah Theodor Herzl.

Untuk menyelesaikan jumlah hutang tersebut, Theodor Herzl telah mendesak Bristih agar memberi beberapa tanah jajahanya kepada gagasan Zionis. Bristh telah mempersetujui tawaran tersebut, dan bermulanya episod ini lah, tanah palestine satu persatu diratah oleh Israel...

Dikatakan jua,perang dunia pertama sengaja dicipta oleh Israel bagi merencanakan misi mereka yang licik dan halus itu, walhualam

Puteri Kuwait ketepi kemewahan, keluarga


Bandar raya Kuwait: Seorang puteri Kuwait mengetepikan harta dan meninggalkan negara untuk kekal menetap di Arab Saudi bagi merasa dekat dengan makam Nabi Muhammad SAW, mengatakan ia menjadi impiannya sejak bertahun-tahun lamanya, lapor akhbar kelmarin.

Puteri Aisha Mubarak Al Sabah, ahli keluarga keluarga pemerintah negara teluk yang kaya dengan minyak itu berkata, dia mengucapkan selamat tinggal kepada rakyat Kuwait dalam satu kenyataan ringkas diterbitkan kebanyakan akhbar tempatan.


Aisha berkata, dia secara kekal meninggalkan Kuwait untuk menetap di bandar Madinah, di barat Arab Saudi, tempat di mana terletaknya makam Nabi.

“Selepas berserah kepada Allah, saya memutuskan untuk meninggalkan negara sendiri dan tinggal di Madinah agar dapat dekat dengan Nabi serta memenuhi impian yang menghantui diri selama bertahun-tahun,” katanya.


Aisha berkata, dia sudah mendapatkan keizinan untuk meninggalkan negara itu daripada Emir Kuwait sendiri, Sheikh Sabah Al Ahmed Al Sabah.


“Saya mengucapkan terima kasih kepada Emir atas sokongan dan simpatinya serta berdoa kepada Allah agar menjadikan Madinah tempat tinggal saya sebagai bukti ketaatan dan tempat pengebumian saya kelak,” katanya. - Gulf News

Thai timbang serah kuasa


Bangkok: Selepas hampir sedekad konflik yang menyebabkan beribu-ribu terkorban, Thailand menimbang menyerahkan kuasa terhad kepada wilayah selatan dihuni majoriti umat Islam dalam usaha memujuk pemisah meletak senjata.

Pegawai kerajaan Thai akan bertemu dua pemimpin utama kumpulan pemisah di Kuala Lumpur untuk pusingan ketiga rundingan yang setakat ini gagal mengakhiri keganasan di wilayah bersempadan dengan Malaysia itu. Dalam usaha memecahkan kebuntuan dalam perang yang dilupakan dunia luar itu yang mencatat lebih 5,500 kematian sejak 2004, pihak berkuasa Thai menimbang menyerahkan beberapa keputusan agar dibuat kerajaan tempatan di tiga wilayah selatan didominasi etnik Melayu Islam. “Kami bukan bercakap mengenai autonomi, tetapi mengenai pentadbiran tempatan,” kata perunding utama Bangkok, Paradorn Pattanatabut yang juga Ketua Majlis Keselamatan Kebangsaan kepada media minggu lalu. - AFP

Lapan bulan zakar pesakit tegang, doktor disaman


Wilmington: Seorang pemandu trak menyaman seorang doktor selepas kemaluannya tegang selama lapan bulan dan kantung buah zakarnya membesar seperti bola tampar setelah menjalani pembedahan implan kemaluan.

Daniel Metzgar, 44, menjalani pembedahan itu pada 2009. Mahkamah Agung New Castle County di Wilmington, semalam diberitahu, pembedahan itu gagal dilakukan dengan sempurna.


Peguam pemandu trak itu, Michael C Heyden, memberitahu mahkamah, kegiatan harian Metzgar seperti menunggang motosikal atau mengambil surat khabar, menjadi masalah kerana kemaluannya yang sentiasa tegang.

Lelaki itu memasukkan tiga implan kemaluan boleh kembung dan ia dilakukan oleh Dr Thomas J Desperito.


Bagaimanapun, peguam pakar urologi itu yang menolak tuduhan bertanggungjawab terhadap masalah menimpa Metzgar berkata, kesan perubatan yang buruk boleh berlaku tanpa kesilapan sesiapa.


Mereka berkata, Metzgar sepatutnya menyedari kesilapan berlaku apabila kantung buah zakarnya membengkak sehingga sebesar bola tampar selepas pembedahan pada Disember 2009 itu.

Bagaimanapun, dia tidak memaklumkan kepada sesiapa mengenai masalah itu sehingga April 2010.


Colleen D Shields yang mewakili Desperito memberitahu mahkamah, doktor itu menasihatkan pesakitnya menjalani pembedahan kedua empat bulan selepas pembedahan pertama mengeluarkan implan apabila dia mengadu berlaku jangkitan dan kemaluannya tegang berterusan.

Meskipun diberi amaran, Metzgar enggan bertindak sehingga beberapa bulan kemudian.


Kemaluan palsu itu akhirnya dikeluarkan pada 2010. Metzgar memberitahu mahkamah, dia terpaksa memencilkan diri dan mengelak majlis sosial kerana malu dengan kedudukan kemaluannya.


“Saya langsung tidak boleh menari dengan keadaan kemaluan yang tegang mencucuk teman saya,” katanya.


Metzgar dan isteri, Donna, menuntut bayaran ganti rugi yang tidak disebut jumlah daripada Desperito dan kumpulan perubatannya. - DM

Penunjuk perasaan Turki berundur

Penunjuk perasaan Turki  berundurSeorang penunjuk perasaan antikerajaan memegang poster berbunyi ‘Tamatkan pemerintahan diktator, mari kita bentuk Turki yang baru, ketika mengadakan bantahan di Dataran Gundogdu, di Izmir, Anatolia semalam. - Foto AFP Istanbul: Penunjuk perasaan Turki berundur daripada bantahan di sebuah dataran di Istanbul semalam selepas semalaman bertempur dengan polis pencegah rusuhan berikutan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan menekankan untuk berhadapan dengan demonstrasi besar-besaran itu.

Dataran Taskim, yang menjadi tumpuan rusuhan di seluruh negara berada di bawah kawalan ketat polis hingga awal pagi dengan trak membersihkan kanister gas pemedih mata dan serpihan halangan penunjuk perasaan.
Dengan dipantau pasukan bersenjata, kereta dan bas kembali ke dataran itu buat pertama kali sejak lebih 10 hari.


Perusuh berhimpun

Ratusan penunjuk perasaan berhimpun di Gezi Park di mana api rusuhan tercetus untuk mencabar pemerintahan sejak Erdogan sejak berdekad lamanya.

Perdana menteri itu mengadakan rundingan dengan pemimpin penunjuk perasaan semalam, tetapi kebanyakan penunjuk perasaan berkata operasi yang di Dataran Taksim yang tidak menyaksikan kehadiran polis sejak 1 Jun lalu menyebabkan mereka hilang kepercayaan terhadap sebarang dialog.

“Kami tidak menerimanya,” kata Anessa, 29, jurugambar yang mengadu mengenai pemilihan kerajaan terhadap kumpulan yang diundang ke mesyuarat berkenaan.
Berjalan di sekitar Gezi Park dalam hujan beliau berkata keganasan hanya akan membuat penunjuk perasaan lebih berani.

Kami tak akan berhenti

“Kami tidak takut. Kami amat marah dan kami tidak akan berhenti.”

Ibu negara Ankara juga menyaksikan pertempuran terbaru sepanjang tengah malam dengan polis rusuhan yang menggunakan gas pemedih mata, penyembur lada hitam dan meriam air terhadap beribu-ribu penunjuk perasaan berhampiran kedutaan Amerika Syarikat.

Ada di antara mereka melontarkan batu sebagai membalas.

Erdogan, yang dikatakan semakin keras, mengambil langkah tegas terhadap penunjuk perasaan kebanyakan golongan muda dan kelas pertengahan. - AFP

Benarkah bangsa Yahudi pandai membaca Al-Quran dan faham isi kandungan Al-Quran..?

Benarkah bangsa Yahudi pandai membaca Al-Quran dan faham isi kandungan Al-Quran..?? Suatu persoalan yg sentiasa bermain-main dibenak kita umat islam..

Mari kita telusuri sistem pendidikan di Israel :

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, pemakanan anak-anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah-buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever). 

Di dalam pengamatan saya, kanak-kanak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sejak awal lagi mereka dilatih untuk bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. menurut mereka bermain muzik dan memahami nota-notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak-kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. - 

Bermakna bangsa Yahudi memang memahami bahasa arab sejak kecil lagi dan mereka digalakkan mengkaji Al-Quran bukannya untuk beriman dgn Allah tetapi untuk menentang Allah.. Bagai mana ini boleh berlaku sedangkan kebenaran Al-Quran itu jelas terpampang di hadapan mata mereka..?? Jawapannya mudah sahaja.. sejak kecil mereka telah didoktrin tentang semangat Kebangsaan dan Ketuanan Yahudi

Justeru itu Allah dan Rasulnya menglaknat golongan yang berjuang atas dasar Assobiyah ( Kebangsaan ) 

" Jika kamu meletakkan bangsa dan keturunan di hadapan kamu, maka kamu tidak akan dapat melihat segala kebenaran sedangkan Allah menjadi saksi di atas kebenaran tersebut " - TZI.. 13 / 6 / 2013

Note : 

Jika kita pandai mengaji Quran dan memahami isi kandungannya tetapi terus-terusan menentang hukum Allah maka apa bezanya kita dgn Yahudi..?? Apakah Lafaz Syahadah kita itu hanya suatu lafaz yang palsu..??

Teuku Zacharyah Iskandar.
Admin FB : Anak Muda Bangkit hancurkan UMNO.
Benarkah bangsa Yahudi pandai membaca Al-Quran dan faham isi kandungan Al-Quran..?? Suatu persoalan yg sentiasa bermain-main dibenak kita umat islam..
Mari kita telusuri sistem pendidikan di Israel :
Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, pemakanan anak-anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah-buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever).
Di dalam pengamatan saya, kanak-kanak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sejak awal lagi mereka dilatih untuk bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. menurut mereka bermain muzik dan memahami nota-notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak-kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. -
Bermakna bangsa Yahudi memang memahami bahasa arab sejak kecil lagi dan mereka digalakkan mengkaji Al-Quran bukannya untuk beriman dgn Allah tetapi untuk menentang Allah.. Bagai mana ini boleh berlaku sedangkan kebenaran Al-Quran itu jelas terpampang di hadapan mata mereka..?? Jawapannya mudah sahaja.. sejak kecil mereka telah didoktrin tentang semangat Kebangsaan dan Ketuanan Yahudi
Justeru itu Allah dan Rasulnya menglaknat golongan yang berjuang atas dasar Assobiyah ( Kebangsaan )

" Jika kamu meletakkan bangsa dan keturunan di hadapan kamu, maka kamu tidak akan dapat melihat segala kebenaran sedangkan Allah menjadi saksi di atas kebenaran tersebut " - TZI.. 13 / 6 / 2013
Note :
Jika kita pandai mengaji Quran dan memahami isi kandungannya tetapi terus-terusan menentang hukum Allah maka apa bezanya kita dgn Yahudi..?? Apakah Lafaz Syahadah kita itu hanya suatu lafaz yang palsu..??
Teuku Zacharyah Iskandar.
Admin FB : Anak Muda Bangkit hancurkan UMNO.

VW panggil semula 26,000 unit kenderaan di Australia

VOLKSWAGEN Jetta merupakan antara model yang ditarik balik di pasaran Australia.


CANBERRA - Syarikat pengeluar kenderaan Volkswagen AG akan menarik balik hampir 26,000 unit keretanya di Australia sebagai maklum balas terhadap kemungkinan berlakunya masalah kotak gear, kata syarikat itu semalam.
Langkah sama turut dibuat di China, Singapura dan Jepun.
Syarikat dari Jerman itu dalam satu kenyataan berkata, Volkswagen Australia akan menarik balik model-model seperti Golf, Jetta, Polo, Passat dan Caddy yang dikeluarkan antara Jun 2008 hingga September 2011.
Sebanyak 25,928 unit kereta yang dilengkapi kotak gear berkembar (DSG) tujuh kelajuan didakwa terlibat dengan masalah itu.
Tindakan tersebut diambil selepas pemilik kenderaan membuat aduan mengenai kegagalan transmisi dan enjin yang menyebabkan kereta kehilangan kuasa.
"Dalam kes tertentu, kerosakan elektronik dalam unit kawalan di dalam mekatronik kotak gear boleh mengakibatkan gangguan kuasa," jelas kenyataan Volkswagen AG itu.
Pada Mei lalu, Volkswagen menarik balik kira-kira 91,000 unit kereta di Jepun kerana berhadapan masalah kotak gear.
Hasil siasatan mendapati masalah itu berpunca daripada cuaca panas dan lembap, keadaan jalan raya yang sesak serta faktor pencemaran di beberapa bandar di Asia.
Terdahulu, syarikat tersebut memberitahu bahawa transmisi DSG automatik berteknologi tinggi yang digunakan pada kenderaan di Australia dihasilkan di Eropah dan tidak perlu ditarik balik. - Reuters.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0613&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_09.htm#ixzz2W2fhaPvJ 
Hakcipta terpelihara