Thursday, September 18, 2014

21 Perkara Tentang Scotland Yang Merdeka Yang Perlu Anda Tahu


Diterbitkan: Khamis, 18 September 2014 9:30 PM
Bendera Scotland (kiri) berkibar bersebelahan dengan bendera kesatuan United Kingdom di ibu kota London. Rakyat Scotland keluar mengundi pada Khamis, 18 September 2014 untuk membuat penentuan sama ada memerintah sendiri atau kekal dalam Great Britain. Scotland bersama-sama England, wales dan Ireland Utara membentuk sebuah kesatuan yang dikenali sebagai Great Britain, 307 tahun yang lalu.

LONDON: Jika Scotland mengundi untuk memerintah sendiri dalam referendum pada Khamis, apakah perubahan yang akan berlaku dan apakah kesannya ke atas kesatuan United Kingdom of Great Britain yang telah bertahan selama 307 tahun?
Berikut adalah jawapannya;
1. Kewarganegaraan: Semua warga Britain yang bermastautin di wilayah Scotland secara automatiknya akan menjadi warganegara Scotland jika hasil referendum mendapati majoriti memilih untuk memerintah sendiri dan keluar dari kesatuan UK. Mereka kemudiannya akan layak untuk memohon pasport Scottish walaupun mereka dilahirkan di England, Wales atau Ireland Utara iaitu tiga lagi anggota kesatuan.Bagaimanapun mereka yang sudah pun memiliki pasport UK tidak akan dipaksa untuk menukar kepada pasport Scottish.Namun begitu, kerajaan UK berhak menentukan sama ada untuk membenarkan warganya memegang dua kewarganegaraan Britain dan Scotland.
2. Status United Kingdom: Walaupun Scotland memilih untuk merdeka, tetapi England, wales dan Ireland Utara akan terus dikenali sebagai ‘The United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland’.
3. Keahlian Kesatuan Eropah: Tidak ada siapa yang boleh memberi jawapan apakah Scotland akan diterima secara automatik sebagai anggota Kesatuan Eropah jika mereka memilih untuk merdeka. Ini kerana jika anggota-anggota kesatuan membenarkan Scotland menyertai mereka, ia seolah-olah memberi lampu hijau kepada gerakan pemisah di negara-negara seperti Sepanyol dan Belgium untuk menuntut hak yang sama.
4. Yuran pelajar: Apakah pelajar-pelajar Inggeris, Welsh dan Irish akan dikenakan yuran sebagai pelajar luar di universiti-universiti Scotland? Buat masa ini tidak kerana Scotland adalah sebahagian dari kesatuan UK tetapi tiada siapa yang tahu jika Scotland memilih untuk merdeka.
5. Stesen Penyiaran BBC: Jika merdeka, Scotland mahu menubuhkan stesen penyiaran mereka sendiri iaitu 'the Scottish Broadcasting Service' atau SBS. Sebagai permulaan SBS mahu mengambil alih aset BBC Scotland dengan bayaran £320 juta ke atas lesen dan juga BBC output. Tetapi tiada siapa yang dapat memberi jawapan sama ada Scotland perlu membayar yuran hak penyiaran untuk program-program popular seperti 'Top Gear', 'Strictly' dan 'Eastenders'.
6. Sukan Olimpik: Naib Presiden Majlis Olimpik Antarabangsa, Sir Craig Reedie menegaskan untuk jangka panjang Scotland boleh menyertai Sukan Olimpik tetapi sudah terlalu lewat untuk menngambil bahagian dalam Sukan Olimpik Rio 2016.
7. Nilai matawang: Tiada siapa yang tahu jenis matawang apakah yang bakal digunakan oleh Scotland yang merdeka. Para pemimpin pro-kemerdekaan tidak dapat memberi kata putus mengenai perkara ini.
8. Angkatan tentera: Scotland perlu membentuk angkatan tenteranya sendiri. Mereka sudah pun menetapkan bajet sebanyak £2.5 bilion untuk pasukan pertahanan berbanding £34 bilion oleh kerajaan UK sekarang. Ini bermakna dengan bajet serendah itu, angkatan tentera Scotland hanya boleh berfungsi pada waktu pejabat sahaja iaitu dari jam 8 pagi hingga 4 petang. Jumlah askar pula ditetapkan seramai 3,500 anggota buat permulaan manakala angkatan udara mereka akan memperolehi 12 jet pejuang canggih Typhoon daripada angkatan udara Britain, enam buah pesawat pengangkut Hercules dan satu skuadron helikopter dengan kekuatan 2,000 anggota. Mana-mana warga Scotland yang kini sedang berkhidmat dalam angkatan tentera Britain akan diberi peluang untuk memilih sama ada untuk terus kekal bersama pasukan Britain atau pulang berkhidmat di Scotland.
9. Senjata nuklear: Buat masa ini terdapat enam kapal selam berkuasa nuklear milik tentera British berpangkalan di Faslane, Scotland. kedua-dua belah pihak masih tidak dapat menentukan di manakah kapalselam berkenaan akan ditempatkan jika Scotland memilih untuk tidak membenarkan ia beroperasi dari pangkalan berkenaan.
10. Bank: Buat masa ini boleh dikatakan kesemua bank yang beroperasi dari Scotland seperti the Royal Bank of Scotland mengancam untuk menarik keluar operasi dan berpindah ke England sepenuhnya kerana Scotland tidak memiliki mata wang sendiri dan bank pusat. Jika ini berlaku tidak kurang dari 15,000 orang akan hilang pekerjaan jika Scotland memilih untuk merdeka.
11. Ahli parlimen Scotland: Buat masa ini ahli-ahli parlimen dari Scotland merupakan sebahagian dari Dewan Rakyat Britain tetapi hanya sehingga Mac 2016 apabila pemerintahan sendiri berkuatkuasa sepenuhnya di Scotland jika mereka memilih untuk merdeka.
12. Bendera Union Jack: Tiada keputusan muktamad apakah bendera Britain akan bertukar wajah jika Scotland merdeka tetapi ada yang mengesyorkan supaya ia dikekalkan untuk mewakili bangsa Scotland yang memilih untuk terus menjadi warga UK.
13. Ketua negara: Bangsa Scotland yang merdeka tidak berhasrat untuk membuang Ratu dan warisnya sebagai ketua negara. Mereka mahu terus kekal di bawah naungan Ratu.
14. Populasi: Jika Scotland memutuskan untuk berpisah, ini bermakna dominasi bangsa Inggeris akan meningkat dari 84 peratus sekarang kepada 92 peratus dari segi populasi.
15. Sertai semula UK: Bolehkah Scotland menyertai semula kesatuan UK jika mereka berpisah sekarang? Kerajaan Britain memberi amaran jika mereka berpisah sekarang, Scotland tidak akan diterima semula sebagai anggota kesatuan pada masa akan datang. Sejarah menunjukkan, tidak ada satu pun daripada 140 buah negara baru yang muncul selepas Perang Dunia Kedua kembali ke negara asal mereka.
16. Lesen memandu: Pemegang lesen memandu UK akan diterima sebagai lesen yang sah di bawah Scotland yang merdeka sementara pembentukan agensi baru yang mengendalikan pengeluaran lesen.
17. Ahli sukan: Ahli sukan diberi hak untuk memilih mewakili negara mana jika Scotland memutuskan untuk memerintah sendiri.
18. Perkhidmatan kereta api dan bas: Akan diteruskan seperti biasa tanpa sebarang gangguan.
19. Produk tempatan: Tidak akan dilabelkan sebagai 'produk UK' lagi selepas kemerdekaan. Sebaliknya akan menggunakan label 'Produk Scotland.' Bagaimanapun pemilik diberi kebebasan untuk meneruskan dengan label yang mereka suka.
20. Harta intelektual: Masih belum ada jawapan yang pasti kerana keanggotaan Scotland yang merdeka di bawah Kesatuan Eropah masih belum muktamad.
21. Pilihan raya umum: Pilihan raya umum Britain dijadualkan berlangsung pada Mei tahun hadapan. Kemerdekaan sepenuhnya untuk Scotland jika mereka mengundi untuk memerintah sendiri hanya akan berkuatkuasa mulai Mac 2016. Ini bermakna jika pilihan raya umum tidak ditangguh dan diteruskan juga tahun depan, rakyat Scotland masih perlu mengundi untuk memilih wakil rakyat mereka bagi Parlimen UK. Buat masa ini Scotland diwakili oleh 59 wakil rakyat dalam Parlimen UK. Bagaimanapun setahun selepas itu wakil rakyat ini dari sudut perundangan tidak sah mewakili kawasan masing-masing di Parlimen UK melainkan mereka diserap secara automatik ke dalam Parlimen Scotland yang baru. 
mstar

Jokowi tunjuk kasut baru


“Ini jenama Grutty. Lebih mahal berbanding kasut lama saya. Yang dulunya hanya Rp200,000 (RM59). Yang ini Rp400,000. Beli di Cibaduyut,” kata Jokowi sambil menunjukkan kasut barunya itu kepada wartawan. 
Menurut Jokowi, pembantunya membelikan kasut itu sebulan lalu. 

“Saya tidak perlu ke Cibaduyut untuk membeli kasut. Isteri saya juga boleh membelikannya untuk saya. Anak saya juga boleh membelikannya. Hendak membeli menerusi Internet juga boleh. Tetapi yang ini, pembantu saya yang membelinya,” katanya.
Foto
JOKOWI menunjukkan kasut baru yang dibeli di Cibaduyut, Bandung kepada wartawan, kelmarin.

Menurut Jokowi, beliau sanggup membeli kasut yang harganya lebih mahal asalkan ia buatan tempatan.

“Kalau harga kasut ini Rp5 juta juga saya sanggup bayar kerana dia buatan tempatan, dari Cibaduyut. Kalau keluaran dalam negara, harus dibeli,” katanya. 

Selama ini bakal presiden baru Indonesia itu sering memakai kasut coklat jenama Everbest. 

“Asyik coklat saja. Sudah bosan. Bagaimanapun, saya tetap suka kasut lama saya kerana lebih ringan,” katanya.- Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/18

350,000 jadi penentu


Dengan hanya 24 jam sebelum kempen itu sampai ke penghujungnya, golongan ‘Yes’ yang menyokong pemisahan berkenaan dianggarkan 48 peratus berbanding penentang digelar ‘No’ yang mendahului dengan hanya empat mata iaitu 52 peratus. 
Tinjauan Survation untuk Daily Mail semalam menunjukkan puak Yes semakin bertambah dan keputusan akhirnya akan bergantung kepada kira-kira 350,000 pengundi yang masih belum membuat keputusan. 

Ia turut membayangkan Parti Buruh UK menyokong Yes dengan satu pertiga daripada mereka mengundi untuk parti itu pada pilihan raya Scotland 2011 akan menyokong pemisahan terbabit.
Foto
PENYOKONG Menteri Pertama Scotland Alex Salmond menunggu ketibaannya di kempen Vote Yes di Stirling.
Foto
PENYOKONG kempen ‘No’ mengadakan perhimpunan di Trafalgar Square, London.

Tinjauan itu turut membuktikan perbezaan pandangan antara jantina dengan 49 peratus lelaki bercadang mengundi untuk Yes manakala 46 peratus menentang, berbanding 39 peratus wanita (Yes) dan 49 peratus (No).

Sementara itu, ketua kempen Better Together - yang mahukan Scotland terus berada dalam UK - Alistair Darling berkata, hari ini akan menjadi hari paling penting dalam sejarah demokrasi negara itu. 

“Dari 7 pagi hingga 10 malam Scotland dan UK akan berada dalam keadaan tergantung dan setiap usaha untuk membina negara ini bersama sejak tiga kurun lalu juga berada di hujung tanduk,” katanya. 

Perdana Menteri David Cameron, timbalannya Nick Clegg dan ketua Parti Buruh Ed Miliband semalam berjanji memberikan lebih banyak kuasa kepada Edinburgh jika Scotland memilh kekal di dalam UK selain meneruskan formula kewangan berkontroversi yang seterusnya dapat memastikan negeri itu mendapat lebih banyak dana. 

Pada masa sama, kempen No turut mendedahkan dokumen yang membayangkan Parti Kebangsaan Scotland (SNP) terpaksa memotong berbilion paun daripada belanjawan Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS)selepas referendum diselesaikan. 

Sehubungan itu, Menteri Pertama Scotland Alex Salmond merayu pengundi tidak terpengaruh dengan pelbagai ‘kisah dongeng’ dikeluarkan Downing Street yang disifatkannya sebagai ‘terdesak.’ 

“Pungutan sura ini amat penting untuk membolehkan Scotland dimiliki oleh orang Scotland sendiri,“ paling penting untuk kita semua,” katanya.- Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/18

Bantah ringan hukuman


Dalam keputusan mengejutkan itu, Mahkamah Agung memutuskan Delwar Hossain Sayedee, 74, dipenjara sehingga habis hayatnya kerana jenayah yang dilakukan dalam perang tuntut kemerdekaan dari Pakistan pada 1971. 
Hukuman mati yang dikenakan ke atas Delwar diputuskan tahun lalu oleh tribunal jenayah perang mencetuskan keganasan politik terburuk dalam sejarah Bangladesh. 

Semalam, ribuan anggota polis dikerah berkawal sebelum keputusan dibuat.
Foto
POLIS Bangladesh menggunakan gas pemedih mata dan meriam air untuk menyuraikan tunjuk perasaan membantah keputusan mahkamah meringankan hukuman mati ke atas seorang ulama di Dhaka, semalam.

Peguam Negara Mahbubey Alam memberitahu media dia tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah agung itu.

“Kami menjangka mahkamah mengekalkan hukuman mati itu,” katanya. 

Ekoran pengumuman itu, polis bertempur dengan ratusan penunjuk perasaan sekular yang menentang ulama berkenaan di Universiti Dhaka. 

Polis melepaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air bagi menyuraikan penunjuk perasaan yang melontar batu ke arah mereka. 

Pemimpin tunjuk perasaan Imran Sarker mendakwa keputusan itu sebahagian daripada tolak-ansur antara kerajaan dan Parti Jamaat al-Islami. 

Aktivis sekular sudah lama menggesa parti berkenaan diharamkan dengan mendakwa pemimpin mereka melakukan kekejaman ketika peperangan. 

Jamaat yang dipersalahkan berhubung keganasan yang tercetus tahun lalu, menggesa tunjuk perasaan selama dua hari di seluruh negara bermula hari ini. 

Menurut mereka Delwar dihukum atas ‘tuduhan yang sengaja diada-adakan.’ 
Aktivis Jamaat turut bertempur dengan polis di bandar Rajshahi. 

Delwar didapati bersalah pada Februari 2013 atas lapan tuduhan, termasuk membunuh, merogol dan menganiayai masyarakat Hindu. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/18

Lelaki tanpa kedua-dua belah tangan lulus ujian memandu



CAUNITIS menunjukkan lesen memandu yang yang diperolehnya selepas lulus dalam ujian memandu.- Agensi


RIGA, Latvia - Seorang lelaki di bandar ini berjaya memperoleh lesen memandu walaupun dia tidak mempunyai kedua-dua belah tangan dan terpaksa memandu dengan menggunakan kaki, lapor portal MailOnline, kelmarin.
Lebih menakjubkan lagi, lelaki tersebut, Gatis Caunitis, 26, lulus ujian lesen memandu dalam cubaan yang pertama.
Caunitis kehilangan kedua-dua belah tangannya akibat terkena renjatan elektrik ketika berusia enam tahun dan sejak itu dia menggunakan kakinya untuk melakukan semua tugas termasuk memandu kereta.
Walaupun cacat, Caunitis mampu memandu kereta transmisi automatik dengan baik dan lebih selamat berbanding pemandu normal.
Caunitis berkata, pengajar di sekolah memandu tidak terkejut apabila kali pertama melihat keadaan dirinya dan pengajar tersebut sering memberi kata-kata semangat kepadanya.
"Pengajar itu memberitahu saya, dia kagum melihat kecekapan saya memandu kereta walaupun saya hanya menggunakan kaki.
"Saya lulus ujian teori dan praktikal dalam cubaan yang pertama," katanya. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0918&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3DcMJgdWe 
Hakcipta terpelihara 

Pemimpin Scotland buat rayuan terakhir


MENTERI Pertama Scotland, Alex Salmond membuat isyarat bagus sebelum meninggalkan Lapangan Terbang Edinburgh di Scotland pada 15 September lalu.- AFP


EDINBURGH - Menteri Pertama Scotland, Alex Salmond semalam membuat rayuan terakhir kepada penduduk negeri itu agar menyokong kemerdekaan, sehari sebelum mereka mengundi sama ada mahu memutuskan penyatuan selama 300 tahun dengan United Kingdom (UK).
"Bangunlah pagi Jumaat ini (esok) pada hari pertama di sebuah negara (baharu) yang lebih baik (Scotland). Bangun dan ketahui andalah yang menjadikan ini satu realiti," kata pemimpin tersebut dalam sepucuk surat peribadi kepada para pengundi.
Dalam suratnya, Salmond turut meminta pengundi agar yakin pada diri sendiri dan menolak segala kenyataan bersifat terdesak dan tidak munasabah dari London bertujuan untuk menakutkan mereka.
"Setiap negara tentunya akan membuat silap. Scotland juga akan berdepan dengan pelbagai cabaran getir tetapi siapakah yang paling layak untuk menentukan masa depan kita jika bukan diri kita sendiri," katanya.
Terdahulu, beberapa tinjauan pendapat menunjukkan keputusan yang hampir setara sekali gus menjadikan referendum hari ini agak sukar untuk diramal.
Satu kaji selidik terbaharu merangkumi enam tinjauan pendapat oleh profesor Universiti Strathclyde, John Curtice pula mendapati 51 peratus penduduk Scotland menolak kemerdekaan manakala 49 peratus lagi menyokong.
Hampir 4.3 juta penduduk di Scotland berdaftar akan mengundi pada referendum hari ini.
Mereka perlu menjawab ya atau tidak pada soalan "Adakah Scotland perlu merdeka?". - dpa


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0918&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3DcM80e00 
Hakcipta terpelihara 

4,100 jemaah haji tanpa permit dikenakan tindakan


Pihak berkuasa Arab Saudi mula mengambil tindakan ke atas kira-kira 4,100 orang jemaah yang menjalankan ibadah haji tanpa permit. - AGENSI
JEDDAH 17 Sept. - Pihak berkuasa Arab Saudi mula mengambil tindakan ke atas 4,100 orang jemaah yang menjalankan ibadah haji tanpa permit.
Portal berita saudigazette.com.sa melaporkan, komander pasukan pasport untuk haji, Major Jeneral Ayed Al-Harbi berkata, nama jemaah terbabit telah dicatat dalam senarai yang bakal dikenakan hukuman ekoran kesalahan tersebut tidak lama lagi.
Sebelum ini, pihak berkuasa Arab Saudi memberi amaran sesiapa yang menjalankan ibadah haji tanpa permit akan dihantar pulang dan dilarang memasuki Arab Saudi selama 10 tahun.
Selain itu, pemilik kenderaan yang bersalah menyeludup jemaah haji ke tanah suci Mekah juga akan ditahan dan didenda, manakala kenderaan merekabakal disita.
Menurut Ayed, sejumlah 525,558 jemaah haji telah tiba di Arab Saudi untuk menjalani rukun Islam kelima itu, manakala sebilangan jemaah haji yang didapati menggunakan visa palsu atau melanggar arahan telah dihantar pulang.
Sebanyak 80 bangunan kediaman turut disenarai hitam oleh jawatankuasa penginapan jemaah haji selepas didapati kemudahan yang mereka sediakan tidak sesuai untuk para jemaah.
Dalam perkembangan sama, Menteri Dalam Negeri, Putera Muhammad Bin Naif mempengerusikan satu mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Haji, semalam bagi membincangkan laporan berhubung projek pembangunan di puncak Bukit Mina untuk menyediakan lebih banyak ruang kepada jemaah haji yang melawat tempat itu.
Sementara itu, akhbar Al-Madinah Arabic melaporkan, peniaga di Jeddah didapati mengeksploitasi penduduk Arab Saudi yang mahu mendaftar untuk pakej kos haji rendah dengan meningkatkan kadar pakej itu sebanyak 40 peratus.
Menurut sumber, ini berikutan jumlah jemaah haji yang menggunakan khidmat syarikat tersebut sangat rendah, menyebabkan mereka mengenakan caj yang lebih tinggi daripada biasa.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140918/lu_04/4100-jemaah-haji-tanpa-permit-dikenakan-tindakan#ixzz3DcDscmzn
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Ahli politik dihalau keluar pesawat kerana lewat


ISLAMABAD 18 Sept. - Bosan dengan kelewatan dan pembatalan penerbangan yang acap kali berlaku, para penumpang pesawat Pakistan yang berang semalam menghalang seorang ahli politik daripada menaiki pesawat selepas terlewat selama dua jam.
Satu rakaman video yang dimuat naik menunjukkan sekumpulan penumpang melaungkan kata-kata ‘Malu, Malu’ ketika mereka menghalang bekas Menteri Dalam Negeri, Rehman Malik, daripada memasuki pesawat dan mengusirnya keluar ke bangunan terminal.
Pesawat itu, yang dikendalikan oleh Pakistan International Airlines (PIA), akhirnya berlepas dari Karachi ke Islamabad tanpa Malik.
Seorang lagi ahli politik, Ramesh Kumar Wakwani, juga dihalang daripada menaiki pesawat berkenaan kerana turut tiba lewat. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140918/lu_01/Ahli-politik-dihalau-keluar-pesawat-kerana-lewat#ixzz3DcDCjBD3
© Utusan Melayu (M) Bhd