Showing posts with label kotor. Show all posts
Showing posts with label kotor. Show all posts

Sunday, September 30, 2012

Lelaki sumbat mulut isteri dengan sabun pencuci kerana mengeluarkan kata-kata kotor

Konflik antara dua sejoli memang suatu hal yang wajar terjadi, tapi ketika salah satu diantara keduanya mulai mengeruhkan suasana dengan melemparkan kata-kata kotor, sabun cuci piring bukanlah solusi yang terbaik.
Malam  25 September kelmarin, John Vincent Caruso (26), dan kekasihnya, Stephanie Madwell, terlibat dalam perang mulut yang terjadi di rumah John di daerah Pasco, Florida.
Ketika pertengkaran semakin memanas, John mulai khuatir jika suara keras mereka dapat membangunkan anak-anak mereka yang sudah terlelap. John kemudian memberikan peringatan kepada Stephanie agar ia berhenti mengeluarkan sumpah-serapah kotor dari mulutnya. Jika tidak, ia akan membersihkan mulut isterinya menggunakan sabun pencuci.
Stephanie tak mempedulikan peringatan dari John yang pertama, kedua, dan pada saat peringatan yang ketiga dijatuhkan dan kata-kata kotornya terus mengalir, John segera mengambil sebuah botol sabun cuci piring dari dapur, menempelkan hujung botol itu ke mulut Stephanie, dan crooot!
Stephanie, dengan mulut dan bajunya yang kini wangi dengan aroma sabun cuci piring, segera lari menuju rumah ibunya. Dari sana ia lalu menghubungi polis.
Kepada polis, John mengatakan metodenya untuk menghentikan sumpah-serapah dengan menggunakan sabun cuci piring itu ia pelajari dari orang tuanya sendiri ketika ia masih kecil. Waktu kecil ia sering diperlakukan seperti itu. Ia bahkan mengaku jika kini, setelah dewasa, ia masih tetap sering 'mencuci' mulutnya sendiri untuk menghargai orang tuanya. Bagaimanapun, cerita tradisi keluarganya yang aneh ini tak mempengaruhi keputusan polis untuk menahan John atas tuduhan melakukan kekerasan dalam rumah tangga.
Ini adalah kali ke-empat bagi John menginap di hotel prodeo setelah sebelumnya ia ditahan kerana masalah memilikan ubat terlarang dan menghindari kejaran polis.
via My Fox

 sumber

Friday, September 7, 2012

mee goreng mamak



cubalah pergi tengok kat dapur ....bersih ke tidak...kalau bersih baru order!

Sunday, March 27, 2011

Tolak politik kotor



JOHOR BAHRU - Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri ini membuat laporan polis terhadap tiga individu dikenali sebagai ‘Datuk T’ yang bertanggungjawab menayangkan video lucah kononnya melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Laporan polis berkenaan dibuat oleh Ketua AMK Johor, Mohamad Nazri Ismail yang turut ditemani pemimpin Pakatan Rakyat (PR) negeri ini di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam, Pasir Gudang, di sini, 10.55 pagi, semalam.

Mohamad Nazri berkata, tindakan tiga individu bergelar ‘Datuk T’ menayang video lucah itu jelas bertujuan membunuh kerjaya politik dan menggugatkan kredibiliti Anwar malah kenyataan media yang dibuat seolah-olah mendapat restu dari pihak tertentu.

Menurutnya, pengakuan kepada media oleh Datuk Shazryl Eskay Abdullah; bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim, merupakan perancangan jahat begitu tersusun.

“AMK Johor melihat ‘politik kotor dan jijik’ mula berakar di negara ini dengan tujuan membunuh kerjaya politik Anwar di salah sebuah hotel di ibu negara yang didalangi tiga individu bergelar Datuk T.

“Tayangan video lucah ini oleh Datuk T dengan menjemput wartawan sebenarnya agak mustahil apabila pihak berkuasa sendiri tidak mendapat sebarang maklumat sekali gus seolah-olah mendapat restu dari pihak tertentu untuk berbuat sedemikian.

“Pengakuan Datuk T khususnya Tan Sri Rahim sendiri membayangkan dengan jelas bahawa dendam kesumat dirinya kepada Anwar atas arahan melepaskan jawatan sebagai Ketua
Menteri Melaka selepas perbicaraan kes rogolnya dengan seorang gadis bawah umur,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui, di sini, semalam.

Terdahulu, Anwar ditemani isterinya Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 22 Mac lalu sudah membuat laporan polis bagi menafikan dakwaan dilemparkan seterusnya mendesak polis menyiasat kes berkenaan secara telus dan berani.

Mohamad Nazri berkata, AMK Johor juga percaya kerja terkutuk itu sudah diatur oleh ‘konspirator’ yang mahu menamatkan karier politik seterusnya mengaibkan Anwar selain mengalihkan fokus pimpinan PR terhadap pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

“Penayangan video lucah ini jelas bermotifkan politik kerana pemilihan hari penayangan serentak dengan pembubaran DUN Sarawak dan kami yakin ada individu ‘penting’ di belakang Datuk T,” katanya.

Justeru, AMK Johor mendesak supaya pihak berkuasa menahan Datuk T dan didakwa atas tuduhan di bawah Seksyen 5 (1) (a) dan (b) Akta Penapisan Filem 2002 di atas kesalahan mempunyai dan menayang filem lucah yang bertentangan dengan kesopanan awam.

“Kami juga mahu Ummi Hafilda Ali turut ditahan di atas pengakuan memiliki 18 video lucah melibatkan pemimpin utama parti pembangkang. dalam akhbar tabloid tempatan pada 23 Mac lalu,” katanya.

Selain itu, katanya, AMK turut menyelar kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz apabila menyatakan bahawa tindakan Datuk T menayangkan video lucah berkenaan tidak menyalahi mana-mana perundangan negara.

Tuesday, March 22, 2011

Pas sifatkan video lucah amalan politik kotor



KUALA LUMPUR - Pas menyifatkan pendedahan video lucah memaparkan aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan pelacur semalam sebagai amalan politik kotor dan bermotif politik menjelang pilihan raya negeri Sarawak.

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga Anggota Parlimen Marang berkata mengikut ajaran Islam, sebarang tuduhan yang melibatkan maruah dan moral perlu ditolak sekiranya wujud kekeliruan.

Abdul Hadi berkata, demikian kepada pemberita di pejabat ketua pembangkang di Parlimen yang turut dihadiri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan beberapa anggota pakatan pembangkang yang lain.

"Kekeliruan boleh berlaku sekiranya laporan itu tidak diperincikan dengan cara yang sebenar, sebab itu Islam mewajibkan empat orang saksi yang adil dan bermaruah.

"Perlu diteliti jurukameranya siapa, alat perakam itu bagaimana, pelakon yang sebenar, penerbitnya...adakah mempunyai sifat-sifat bodoh, jahat, bohong, kalau ada sifat ini tidak layak menjadi satu maklumat yang betul. - Bernama

Monday, July 5, 2010

Mihun jijik



Posted on the July 5th, 2010 under BeritaTempatanWarning by johnjimat
15/7
KUALA LUMPUR: Hanya pemidang plastik memisahkan tempat memproses mihun dengan kandang babi ketika serbuan dilakukan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) ke atas sebuah kilang di Seberang Prai, Pulau Pinang, minggu lalu.
Kilang jijik itu terbongkar selepas penguat kuasa terhidu bau najis babi ketika melakukan pemeriksaan mengejut mengenai penggunaan logo halal ke atas operasi kilang terbabit, kira-kira jam 11 pagi.
Sumber berkata, pegawai Jakim, Jabatan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang ( JAIPP) dan kakitangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK) memeriksa kilang itu berdasarkan kesangsian terhadap maklumat makanan yang mempamerkan sijil halal Jakim pada bungkusan makanan.
Ketika serbuan dilakukan, lebih 20 pekerja kebanyakannya warga tempatan memproses mihun menggunakan mesin khas.
Tetapi, pegawai Jakim gagal menemui bungkusan plastik yang ada logo halal Jakim seperti dilaporkan.
Pemilik kilang seolah-olah tahu kehadiran penguat kuasa dan berkemungkinan menyembunyikan plastik bungkusan itu, katanya.
Katanya, berdasarkan maklumat, pemilik kilang mengedarkan mi dan kue tiaw yang dihasilkan syarikat lain, namun hanya menggunakan logo halal bertulisan jawi tanpa menggunakan logo Jakim.
Pekerja kilang yang kebanyakannya Melayu ditemui enggan membuka mulut bagaikan merahsiakan sesuatu. Malah, semua mihun siap diproses sebaliknya dimasukkan ke dalam bungkusan plastik tanpa logo dan label seberat 5 kilogram setiap satu.
Namun, pegawai agama mula sangsi sejurus terhidu bau busuk sebelum menyelak plastik penghadang di tepi premis dan mendapati beratus babi diternak di ruang bersebelahan kilang makanan terbabit, katanya.
Menurutnya, tindakan pihak pengilang makanan terbabit yang beroperasi bersebelahan ladang babi amat dikesalkan berikutan ia dibimbangi membawa ancaman penyakit selain bau busuk yang menusuk dari najis haiwan berkenaan.
Apa menghairankan semua pekerja Melayu terbabit seolah-olah kebal dan tidak kisah dengan situasi terbabit, apatah lagi sanggup berdepan dengan bau busuk terbabit hampir saban hari, katanya.
Sementara itu, Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal Jakim, Amri Abdullah ketika dihubungi berkata, kilang terbabit pernah disiasat beberapa kali pihak berkuasa berikutan isu kebersihan.
Bagaimanapun, katanya, tindakan tidak boleh diambil Jakim berikutan pemilik kilang tidak menyalah guna logo halal Jakim sebaliknya hanya menggunakan perkataan jawi halal pada bungkusan.
Namun, saya percaya mihun keluaran kilang itu tidak hanya dibeli pengguna bukan Islam berikutan ia turut dijual menggunakan pelbagai jenis peket dan jenama berlainan yang tertera halal.
Tindakan ini jelas sesuatu yang boleh mengelirukan pengguna dan menyangka mihun terbabit selamat dan halal dijamah. Apa yang pasti pemiliknya dinasihatkan berpindah lokasi, selain mendapatkan sijil halal sah daripada Jakim, namun tidak dipatuhi, katanya.
Menurutnya, pengguna dinasihatkan berhati-hati ketika membeli makanan basah, terutama dalam bungkusan dan hanya memilih makanan mempunyai logo halal Jakim yang sah.
Sumber : Harian Metro

Monday, May 17, 2010

Melaka & Negeri Sembilan: Kedai pengotor

YUSOF (kiri) bersama anggota penguat kuasa  memeriksa premis makanan  di Melaka.
YUSOF (kiri) bersama anggota penguat kuasa memeriksa premis makanan di Melaka.


MELAKA: Tabiat pengotor segelintir peniaga restoran di sekitar bandar raya ini jelas masih tidak banyak berubah, biarpun tindakan tegas dikenakan terhadap mereka oleh penguat kuasa Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) kerana mengabaikan aspek kebersihan.

Ini terbukti apabila jumlah mereka yang dikenakan kompaun kerana membiarkan premis dipenuhi sampah, selain tidak mengamalkan aspek kebersihan ketika Operasi Antikekotoran dijalankan pihak berkuasa tempatan (PBT) terbabit masih di tahap mendukacitakan. Segelintir pengusaha makanan ini dipercayai berani melakukan perbuatan itu kerana beranggapan pihak berkenaan tidak akan lagi mengintip atau memantau perbuatan mereka membuang sampah sesuka hati, selain membiarkan premis kotor. Bagaimanapun, percaturan mereka tersilap apabila MBMB masih meneruskan operasi dari semasa ke semasa dan tidak hanya bertumpu ketika menganjurkan temasya Sukan Malaysia ke-13 (Sukma XIII) pada 10 hingga 19 Jun ini.

Terbaru, bagi menangani masalah itu, satu operasi khas diketuai Datuk Bandar Melaka Bandaraya Bersejarah, Datuk Yusof Jantan dilakukan ke kawasan sekitar Cheng. Operasi yang turut membabitkan Jabatan Kesihatan negeri itu memeriksa seluruh 15 premis di kawasan berkenaan dan kesimpulannya, pemilik atau pengusaha kedai makan di situ tidak mengutamakan aspek kebersihan.

Kebanyakan pemilik restoran dan gerai, didapati melakukan pelbagai kesalahan seperti sengaja meletakkan sisa makanan di luar premis, premis dipenuhi lipas, pemilik dan pekerja tidak menjaga kebersihan diri, tidak memakai apron dan penutup kepala ketika bertugas, selain makanan diletakkan di lantai dan tidak terurus.

Berita Harian yang turut menyertai operasi bermula dari jam 9 malam hingga 12 tengah malam bersama 80 anggota MBMB, mendapati kawasan berkenaan dipenuhi sampah sarap, manakala sisa makanan bertaburan. Tandas di sebuah restoran di situ juga didapati sangat kotor, manakala sesetengahnya rosak dibiarkan begitu saja.
Sebuah restoran pula meletakkan makanan mentah bersama kiub ais untuk minuman di dalam peti sejuk. Semua penemuan ini jelas menunjukkan pemilik restoran terbabit tidak serius menjadikan tandas dan tempat makanan bersih sebagai budaya hidup.

Yusof ketika ditemui berkata, operasi itu bertujuan memastikan semua premis berkeadaan bersih setiap masa dan peniaga mematuhi syarat perniagaan.

Beliau berkata, daripada semua premis makanan yang diperiksa, enam daripadanya diarah Jabatan Kesihatan negeri ditutup selama seminggu kerana terlalu kotor dan berada pada tahap kritikal, manakala sembilan premis dikenakan 35 kompaun kerana pelbagai kesalahan.

“Premis yang diarahkan tutup ini boleh beroperasi semula jika bersih dan mematahui peraturan ditetapkan. Pegawai Jabatan Kesihatan negeri akan melakukan pemeriksaan semula terhadap premis berkenaan dari masa ke semasa,” katanya.