Tuesday, October 26, 2010

Mangsa patukan ular di Perlis terima bantuan TSBB RM20,000

KANGAR: Mangsa patukan ular tedung, Ahmad Asri Mohd Indra Suwardy, 2, yang mengalami kekejangan otot seluruh badan, menjadi penerima pertama Tabung Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas (TSBB) di Perlis.
Cek bantuan sebanyak RM20,000 disampaikan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu bagi pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada ibu mangsa Nor Amali Ahmad, 27, di rumah mereka di Kampung Bukit Merah di sini hari ini.

TSSB ialah perkhidmatan bantuan kewangan JKM di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, yang bertujuan meringankan beban mangsa atau keluarga mangsa serangan binatang buas seperti gajah, seladang, babi hutan, beruang, harimau, ular sawa, ular berbisa, primat (beruk, kera, siamang, ungka lotong serta kongkang) dan buaya.

Bantuan maksimum sebanyak RM20,000 diberikan dalam kes yang membabitkan kematian atau hilang upaya kekal, manakala bagi kes hilang upaya sebahagian, kadar bantuan ditentukan berdasarkan peratusan kategori kecederaan. Sementara itu, Nor Amali berkata, beliau amat bersyukur dengan bantuan itu dan berharap ia akan membolehkan anak bongsunya meneruskan kehidupan yang kini jauh berubah sejak dipatuk ular.

Beliau berkata, Ahmad Asri kini hanya mampu menggerakkan matanya dan kurang menangis selepas dirawat seorang bomoh ular dari Sungai Petani, Kedah sejak beberapa bulan lalu.

"Keadaan luka patukan di kepalanya juga sudah beransur pulih dan Asri kini sudah mampu untuk minum susu tanpa bantuan tiub nesogastrik," katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya.
Nor Amali berkata, sejak berita insiden yang menimpa anaknya dilaporkan, ramai orang tampil menghulurkan bantuan, dan pada masa sama, pegawai JKM juga sering melawat mereka.

Ahmad Asri pernah koma selama hampir dua bulan selepas kepalanya dipatuk reptilia berbisa itu ketika bermain dalam sebuah bilik di rumahnya pada 26 Mei lalu.-Bernama

70 mangsa ribut terima sumbangan



26/10/2010 4:12pm

KULIM- Seramai 70 mangsa kejadian ribut di Ladang Bukit Sidim di sini minggu lepas, menerima sumbangan sempena sambutan Deepavali daripada UMNO Bahagian Padang Serai, hari ini.
Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Merbau Pulas yang juga Ketua UMNO Bahagian Padang Serai, Abdul Rahman Mahamud berkata sumbangan itu adalah untuk meringankan beban mangsa yang kebanyakkannya terdiri daripada kaum India, dalam menyambut ketibaan Deepavali awal bulan depan.
"Barisan Nasional selama ini tidak pernah memilih sama ada penyokong atau anggota mana-mana parti pembangkang untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan di ladang berkenaan di sini hari ini.
Beliau berkata, pihaknya akan mengunjungi ladang-ladang dalam kawasan Parlimen Padang Serai untuk menyampaikan sumbangan itu bagi memastikan masyarakat India yang kurang bernasib baik dapat merayakan Deepavali dengan lebih ceria.
Penerima hari ini terdiri daripada kalangan pekerja-pekerja ladang yang terdiri daripada pelbagai kaum yang menjadi mangsa ribut kuat yang melanda kawasan perumahan ladang itu pada 20 September lepas.
Sebanyak 86 buah rumah mengalami kerosakan akibat kejadian itu, termasuk dua buah yang mengalami kerosakan teruk. - Bernama

PRK Batu Sapi: Pertandingan 3 penjuru


DATIN Linda Tsen Tsau Lin, calon Barisan Nasional (tengah), bersama Datuk Yong Teck Lee (kanan), calon dan merangkap Presiden SAPP dan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), pada hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi di Dewan Masyarakat Sandakan, hari ini. - Foto Edmund Samunting. 

26/10/2010 11:55am

SANDAKAN 26 Okt. - Seperti dijangkakan, Pilihan Raya Kecil Parlimen Batu Sapi akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Barisan Nasional (BN), parti pembangkang Sabah Parti Maju Sabah (SAPP) dan parti pembangkang Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Calon BN, Datin Linda Tsen Thau Lin daripada Parti Bersatu Sabah (PBS) akan berhadapan dengan Presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee, yang juga bekas ketua menteri Sabah, dan PKR diwakili peguam terkenal Ansari Abdullah, yang juga Ketua PKR Tuaran.

Senarai calon pilihan raya kecil pada 4 November itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Mohamad Hamsan Awang Supain, yang juga Setiausaha Majlis Perbandaran Sandakan di pusat penamaan calon Dewan Komuniti Sandakan.

Mohamad Hamsan menerima borang pencalonan ketiga-tiga calon selepas tiada isu dibangkitkan semasa tempoh bantahan selama sejam.

Ansari mendahului calon-calon lain apabila tiba di Dewan Komuniti Sandakan pada pukul 9.02 pagi untuk menyerahkan borang pencalonan, diikuti oleh Yong pada 9.05 pagi dan selepas itu calon BN, Tsen pada pukul 9.06 pagi.
Ribuan penyokong hadir berkumpul seawal pukul 5.45 pagi untuk mengiringi calon masing-masing.
Pilihan Raya Kecil Parlimen Batu Sapi diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Edmund Chong Ket Wah akibat kemalangan jalan raya pada 9 Oktober lalu di Kota Kinabalu.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengetuai penyokong BN bersama-sama Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan para penyokong mengiringi calon parti itu, Linda di pusat penamaan calon.
Antara pemimpin parti komponen BN adalah Presiden PBS Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu, Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Presiden Parti Progresif Rakyat (PPP) Datuk M. Kayveas dan wakil wakil parti komponen. - Bernama

PRK DUN Galas: Satu lawan satu


CALON Barisan Nasional (BN), Abdul Aziz Yusoff bersama calon PAS, Dr Zulkefli Mohamad mengangkat tangan selepas diumumkan layak bertanding pada hari penamaan calon Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas di Pejabat Tanah Jajahan, Gua Musang, sebentar tadi. - Foto Izhari Ariffin.

26/10/2010 11:43am

GUA MUSANG 26 Okt. - Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas bakal menyaksikan pertarungan dua penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Abdul Aziz Yusoff dan calon Pas, Dr. Zulkefli Mohamad.
Pengumuman perkara itu dibuat oleh Pengurus Pilihan Raya DUN Galas, Wan Mustapha Wan Hamid pukul 11.30 pagi di pusat penamaan calon di Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang.
Pilihan Raya Kecil DUN Galas akan diadakan pada 4 November ini. - Utusan

Ketua Audit: Hutang Negara Paling Tinggi Dalam 5 Tahun





KUALA LUMPUR 25 OKT: Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang hari ini mendedahkan bahawa hutang negara pada tahun lalu berjumlah RM362.39 bilion, iaitu paras yang paling tinggi dalam tempoh lima tahun.

Hutang itu mencakupi 53.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar(KDNK), kali pertama keadaan itu berlaku dalam sejarah negara, kata beliau dalam laporan tahunan terbaru yang di bentangkan di Parlimen hari ini.

Perangkaan itu mencerminkan kerapuhan ekonomi negara, meskipun pelbagai jaminan diberikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan pemimpin Umno lain.

Hutang RM362.39 bilion ringgit yang disebut dalam laporan audit itu juga jauh lebih tinggi daripada RM233.92 billion yang disebut oleh Najib di Parlimen Jun lalu.

Ketika itu Najib juga mendakwa hutang itu hanya mencakupi 34.3 peratus KDNK.

Dalam laporannya hari ini, Ketua Audit Negara menjelaskan hutang kerajaan meningkat dengan mendadak kerana hutang dalam negara yang semakin membesar.

Hutang kerajaan di dalam negara (domestic debt) pada tahun lalu adalah RM348.60 bilion atau 96.2 peratus keseluruhan hutang Kerajaan Persekutuan


Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2010/10/ketua-audit-hutang-negara-paling-tinggi.html#ixzz13T4r8gWo

Tuduh Pas tidak bawa kemajuan melampau




SHAH ALAM – Kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa mengharapkan Pas membawa kemajuan seperti mengharapkan bulan jatuh ke riba adalah kenyataan yang penuh emosi dan melampau. 

Ketua Penerangan Pas, Idris Ahmad berkata, kenyataan itu tidak seharusnya keluar daripada pemimpin seperti Muhyiddin kerana seolah-olah menggambarkan beliau baru keluar bertapa dari gua serta tidak pernah melihat kemajuan Kelantan di bawah Kerajaan Pas. 

Menurutnya, kenyataan itu hanya untuk menutup kelemahan UMNO ketika berjanji pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai tahun lalu yang masih belum ditunaikan. 

“Ia adalah mimpi menakutkan, kerana tidak terfikir ada pula PRK di Kelantan, kebetulan tidak jauh dari Manek Urai. Insya-Allah rakyat Galas akan ajar pemimpin dan parti yang pandai menabur gula di bibir pada hari mengundi di Galas, 4 November ini. 

“Kali ini kita akan buktikan kuasa sebenar berada di tangan rakyat dan semestinya mereka bijak memilih,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam. 

Idris berkata, UMNO seharusnya pergi ke Parlimen Batu Sapi kerana Sabah di bawah UMNO dikenali sebagai negeri yang paling miskin, diikuti Terengganu, sedangkan kedua-dua negeri itu mempunyai hasil petroleum. 

“Kedua-dua negeri ini UMNO yang memerintah dan mempunyai minyak, tetapi rakyatnya makan taik minyak, tetapi Kelantan yang diperintah Pas, lebih baik. 

“Pas nasihatkan Muhyiddin pergi ke Batu Sapi, janjilah biar banyak sikit, kerana Batu Sapi di bawah negeri yang UMNO perintah. Berapa ramai rakyat Batu Sapi yang perlukan rumah dan keperluan asas yang lain. Usah buang masa di Galas,” katanya. 

Katanya, sejak 1991, Kerajaan Pusat yang dipimpin UMNO tidak menghormati konsep Persekutuan Malaysia apabila tidak melaksanakan 118 projek yang diperuntukkan untuk Kelantan. 

Menurut Idris, projek ini diluluskan sejak dalam Rancangan Malaysia ke-6 (RMK-6) , tetapi sehingga hari ini terus terbengkalai, malah dihentikan tanpa sebab.

Asyik kena saman

IPOH – Seramai 40 pemandu teksi di Kompleks Yik Foong mendesak sebuah perhentian dibina bagi memudahkan urusan mengambil dan menurunkan penumpang. 

Ketua Pusat Khidmat dan Biro Aduan MCA, Datuk Lee Kon Yin berkata, pihaknya akan menyiasat dan membuat kajian menyeluruh memastikan formula berkesan untuk mengatasi masalah itu. 

“Ini kerana pemandu teksi sering disaman Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan polis kerana memarkirkan kenderaan di hadapan bangunan kerana tiada tempat khas. 

“Pendapatan mereka turut terjejas kerana sukar mendapatkan penumpang dan perlu mengelak daripada disaman,” katanya di sini, semalam. 

Menurutnya, Ogos lalu satu siri perjumpaan dan perbincangan bersama Datuk Bandar, Datuk Roshidi Hashim telah dilaksanakan untuk menyelesaikan perkara berbangkit. 

“Mereka (pemandu teksi) meminta supaya garisan kuning dipadamkan dan sebuah perhentian teksi dengan tanda khas diletakkan bagi memudahkan urusan seharian. 

“Kita juga akan mengadakan mesyuarat secara tertutup bersama kaunselor MCA dan badan bukan kerajaan (NGO) lain untuk mengatasi masalah ini,” katanya. 

Sementara itu, seorang pemandu teksi, Lee Chee Leong, 66, berkata, pendapatannya terjejas kerana perlu mengelak daripada di saman pihak berkuasa ketika menunggu untuk mendapatkan penumpang. 

“Kita berharap masalah ini dapat diselesaikan dengan segera kerana ia telah berlanjutan sekian lama. 

“Ini bagi memudahkan pelanggan kami yang sering menggunakan perkhidmatan teksi di hadapan kompleks ini,” katanya yang memperoleh pendapatan kira-kira RM30 hingga RM40 sehari. 

Seorang lagi pemandu teksi, Chong Yuen Wai, berkata, tiada tempat khas untuk perkhidmatan teksi kepada penumpang telah menjejaskan pendapatan utamanya sejak 10 tahun.

Rumah PPRT tidak lengkap



KLUANG - Penerima rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Kampung Pisang di sini kesal dengan rumah yang dibina untuknya tidak sempurna kerana tidak dilengkapi kemudahan bekalan air dan elektrik. 

Pemilik rumah PPRT, Ar Azmi Basri, 44, berkata, rumah tersebut telah dibenarkan duduk pada 18 Oktober 2009 tanpa dilengkapi kemudahan bekalan air dan elektrik. 

“Saya kesal kerana rumah yang dibina untuk saya tidak sempurna dan apabila dihubungi kontraktor yang membina rumah saya, tiada sebarang jawapan diterima. 

“Pelbagai usaha telah dilakukan untuk menyuruh mereka membina sistem bekalan air dan elektrik di rumah ini tetapi sehingga sekarang mereka tidak juga melakukannya apabila sudah setahun rumah ini dibina,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di kediamannya.

Penduduk bantah lombong bijih besi



KAMPUNG GANOH – Kira-kira 100 masyarakat Orang Asli Kampung Ganoh di sini, berhimpun secara aman bagi menuntut pampasan kepada syarikat yang menjalankan aktiviti melombong bijih besi di perkampungan berkenaan. 

Penduduk mendakwa, syarikat terbabit menjalankan kerja cari gali sejak enam bulan lalu di tanah pertanian yang diusahakan penduduk selama ini hingga menjejaskan sumber pendapatan penduduk. 

Mereka turut mendakwa, kawasan seluas 3.2 hektar yang diusahakan oleh empat penduduk di kampung itu, kebanyakannya musnah akibat daripada kerja melombong besi terbabit. 

Kebanyakan penduduk yang bergantung harap kepada aktiviti pertanian dengan menanam pokok getah, kelapa sawit, rambutan, pokok cempedak dan petai kecewa apabila tanaman mereka ditebang syarikat itu. 



Pokok ditebang jejas pendapatan 



Seorang penduduk, Husin Yahya, 53, berkata, sebelum ini syarikat cari gali itu memberi jaminan kepada pemilik tanaman mereka berjanji membayar semula pampasan selepas syarikat terbabit menebang tanaman penduduk. 

Bagaimanapun Husin berkata, sehingga ke hari ini syarikat itu belum menunaikan janji mereka kepada penduduk hingga sebahagian daripada pemilik tanaman hilang sumber pendapatan. 

“Saya sudah usahakan pelbagai tanaman untuk tujuan sara diri di sini sejak 10 tahun lalu dengan tanaman rambutan, cempedak, nangka untuk menambah pendapatan keluarga,” katanya kepada Sinar Harian. 

Bagaimanapun katanya, kerakusan pihak terbabit mengusahakan projek itu menyebabkan dia dan tiga lagi pemilik tanaman di sini, dihimpit kebimbangan apabila kebanyakan pokok yang ditanam musnah dalam sekelip mata. 

“Tanah pertanian ini adalah rezeki kami sekeluarga sejak dulu lagi dan saya amat sedih apabila melihat kawasan ini kosong dan hanya ada jengkaut untuk menjalankan operasi cari gali,” katanya. 



Pampasan perlu dibayar dengan nilai kerugian 



Seorang pemilik tanaman, Ka Badas, 54, berkata, pihak syarikat itu perlu membayar keseluruhan kerugian yang ditanggung pemilik tanaman dan bukan hanya dibayar sekali seumur hidup. 

Menurutnya, jika sebelum ini pemilik tanaman boleh memperoleh hasil pertanian setiap bulan, mereka turut menuntut kepada pihak syarikat supaya dapat membayar ganti rugi seperti apa yang mereka nikmati sebelum ini. 

“Kalau tiap-tiap bulan penduduk boleh meraih hasil pertanian, saya dan penanam lain juga mahu pihak syarikat membayar kami seperti apa yang kami peroleh sebelum ini,” katanya. 

Ka berkata, tuntutan itu perlu dibayar sama dengan nilai hasil pertanian yang mereka nikmati sebelum ini memandangkan penduduk di situ tidak mempunyai pendapatan tetap. 

“Saya berharap syarikat itu mengambil berat soal kebajikan penduduk kerana tanah ini telah lama kami usahakan bagi tujuan ekonomi penduduk setempat,” katanya. 



Ibu tunggal kecewa hilang mata pencarian 



Seorang lagi pemilik tanaman, Juriah Ibrahim, 40, berkata, dia kesal kerana kesemua tanamannya musnah akibat kerja cari gali yang dijalankan pihak terbabit. 

Juriah yang juga ibu tunggal berkata, kehidupannya bertambah susah akibat sikap pihak terbabit yang melengah-lengahkan proses bayaran pampasan memandangkan dia hanya bergantung harap kepada hasil pertanian. 

“Saya amat terkilan dan sedih dengan apa yang berlaku kerana selama ini saya menjaga dan mengusahakan pokok getah, kelapa sawit dan tanaman lain seolah-olah sama seperti saya menjaga anak sendiri. 

“Tapi bila hal ini berlaku, saya rasa hilang segala-galanya, tambahan pula tanaman ini sudah saya usahakan bertahun lamanya,” katanya. 

Seorang lagi penduduk, Mesuin Husin, 29, terkilan selepas pokok getah yang baru ditanam belum mengeluarkan hasil, tetapi dimusnahkan oleh syarikat itu. 

“Baru beberapa tahun saya tanam getah dan hanya menunggu hasil saja lagi, tapi kecewa kerana pokok getah yang ditanam telah ditebang dengan projek itu,” katanya. 



Air sungai mula keruh 



Biro Ekonomi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Ganoh, Osman Akau mendakwa, kerja melombong di penempatan Orang Asli menyebabkan air Sungai Ganoh menjadi keruh terutama ketika hujan. 

Menurutnya, keadaan itu dipercayai berpunca daripada kerja cari gali itu hingga mengakibatkan sungai berhampiran menjadi keruh berbanding sebelum ini. 

“Kita amat kesal dengan keadaan ini dan berharap pihak terbabit ambil kira soal kepentingan sumber air di sini yang menjadi nadi kepada penduduk untuk minum dan membasuh pakaian sekiranya bekalan air terputus,” katanya. 



Pemimpin kampung kecewa 



Ketua UMNO Cawangan Kampung Ganoh, Amir Sidin meluahkan rasa kecewa dengan tindakan yang dilakukan syarikat terbabit tanpa mengambil kira soal kebajikan setempat. 

Amir berkata, kampung Orang Asli Ganoh itu adalah penempatan lama yang dibuka sejak 1954 dengan dihuni lebih 54 keluarga. 

Katanya, kebanyakan penduduk di situ hanya mengharapkan tanah pertanian yang diusahakan penduduk di situ sejak sekian lama. 

“Penduduk turut bimbang sekiranya kawasan lain di kampung ini juga akan mengalami nasib yang sama dengan apa yang berlaku kepada empat pemilik tanaman di sini. 

“Saya berharap syarikat perlombongan memberi pampasan segera dan setimpal dengan apa yang telah diusahakan penduduk selama ini,” katanya. 



Syarikat dapat kelulusan Pejabat Tanah 



Sementara itu, jurucakap syarikat berkenaan, Datuk Munir Mat Yusoff berkata, kerja yang dilakukan oleh syarikat itu mendapat kelulusan daripada Pejabat Tanah dan Daerah Rompin. 

Menurutnya, sebanyak 83 hingga 133 hektar tanah di kawasan itu diluluskan pihak terbabit bagi menjalankan kerja cari hasil bijih besi di kawasan itu. 

“Kita tidak ceroboh sebaliknya kawasan itu sudah diluluskan untuk projek terbabit,” katanya. 

Munir berkata, syarikat itu juga akan menjelaskan pampasan kepada pemilik tanah dalam masa terdekat tetapi memerlukan kajian yang menyeluruh sebelum sebarang membuat bayaran kepada pemilik tanaman. 

“Kita perlu kaji semua perkara ini kerana terdapat tuntutan melampau yang diminta oleh penduduk, namun bagaimanapun kita akan tetap menjelaskan bayaran terbabit,” katanya. 

Sementara itu, Sinar Harian difahamkan penduduk Orang Asli di situ mendirikan khemah sementara bagi menghalang kerja operasi di tanah terbabit hingga pihak syarikat membayar pampasan.

Tipu rupanya

>> SELASA, OKTOBER 26, 2010

nota:
untuk tipu orang melayu di pulau pinang eee telah membuat sakeping surat tipu, surat ini cuba menunjukkan duit bantuan negeri pulau pinang ini haram. 

sayangnya eee ini tak berapa pandai menggunakan bahasa melayu - ini kerana eee menggunakan bahasa pundek warkrak dengan kaum keluarga dirumah

perhatikan betul betul surat ini banyak ejaaan bahasa melayu yang salah termasukMEMBASIMI

adalah dinasehat agar para eee agar pergi berjumpa dengan dewan bahasa dan minta dibuat kelas bahasa melayu tambahan untuk pelajar eee dan panggil program ini eee-elek melayu kah kah kah

sumber: TT 


Inikah eeeee... itu... hahahaha...http://www.ikutsukaakuisa.co.cc

Bertemu ibu selepas 6 tahun berpisah





2010/10/26

SITI ROHANI mencium cucunya sambil diperhatikan Siti Faizah ketika ditemukan semula  di Pusat Aduan Komuniti Pemuda UMNO Malaysia, semalam.
SITI ROHANI mencium cucunya sambil diperhatikan Siti Faizah ketika ditemukan semula di Pusat Aduan Komuniti Pemuda UMNO Malaysia, semalam.
KUALA LUMPUR: Selepas hampir enam tahun terpisah akibat sedikit perselisihan faham, akhirnya Siti Faizah Abu Bakar, 27 dan ibunya dipertemukan selepas berita mengenai kesusahan hidupnya yang menjadikan jambatan sebagai tempat berteduh mendapat liputan meluas media baru-baru ini. 

Pertemuan Siti Faizah bersama suami, Hazmain Abdul Jalil, 28 dan anaknya, Siti Norafidah, 5, dengan ibunya, Siti Rohani Abdullah, 52, lebih menyayat hati apabila dimaklumkan bapanya sudah meninggal dunia Julai lalu sebelum sempat menemuinya.
Siti Rohani berkata, beliau tidak menyangka sepanjang enam tahun berpisah akibat perselisihan faham, anaknya hidup dalam kesusahan sehingga tidak mampu membayar sewa rumah.
“Pada mulanya, saya terkejut melihat berita mengenai kesusahan hidup sehingga menjadikan jambatan sebagai tempat berteduh, namun tidak menyangka tiga beranak itu adalah darah daging saya sendiri. 

“Selepas mengetahui kesusahan dialami Siti Faizah, saya bertekad mencarinya sebelum kami dipertemukan hasil usaha yang dilakukan Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno,” katanya kepada pemberita di Pejabat Biro itu, di sini, semalam. 

Akhbar sebelum ini melaporkan, tiga beranak berkenaan terpaksa tinggal di bawah jambatan di Lebuh Raya Timur Barat (METRAMAC) bersama dua rakannya sejak lima bulan lalu. 

Katanya, walaupun sebelum ini pernah tercetus perselisihan faham dengan anaknya itu, namun beliau sudi memaafkan kesalahan yang dilakukan Siti Faizah dan berharap kesilapan lalu menjadi pengajaran dalam hidupnya. 
“Namun, sedikit terkilan kerana hajat suami untuk berjumpa dengan anak kesayangannya tidak kesampaian kerana sudah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya,” katanya. 

Siti Faizah berkata, beliau gembira kerana ibunya sudi berjumpa dan memaafkan kesilapan lalu, namun turut terkilan kerana tidak sempat menemui arwah bapanya untuk memohon keampunan. 

“Saya harap, hidup kami sekeluarga selepas ini akan berubah dan ada pihak tampil memberi peluang pekerjaan kepada suami untuk menampung kehidupan kami sekeluarga,” katanya. 

Sementara itu, Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno, Datuk Muhd Khairun Aseh, berkata pihaknya akan menguruskan penghantaran pulang keluarga terbabit ke Segamat, Johor. 

“Kami juga akan membuat pertukaran hospital bagi memindahkan anak Siti Faizah yang kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas disahkan mengalami jangkitan paru-paru kronik. 

“Bagaimanapun, kami turut berusaha menjejaki keluarga Hazmain di Sandakan, Sabah bagi mengatur satu lagi pertemuan,” katanya.

Laporan polis dibuat terhadap Malaysia Chronicle



Ahli biro Pengaduan Awam MCA menunjukkan keratan berita dalam Malaysia Chronicle dan laporan polis berhubung ucapan Najib Tun Razak pada Perhimpunan Agung UMNO 2010 di Petaling Jaya, semalam.


PETALING JAYA 25 Okt. - Biro Pengaduan Awam MCA negeri hari ini membuat laporan polis terhadap sebuah portal berita, Malaysia Chronicle dan penulisnya kerana menerbit dan mengeluarkan satu artikel yang berunsur provokasi, Khamis lalu.
Artikel itu mengulas ucapan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak pada perhimpunan agung parti tersebut di bawah satu tajuk kecil 'Pembersihan Kaum'.
Tajuk kecil itu di bawah artikel bertajuk 'Najib beri amaran - hancur badan, hilang nyawa, pembersihan kaum jika status quo tidak dijaga'.
Laporan dibuat oleh ketua biro itu, Datuk Theng Book di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di sini, pukul 11.30 pagi dengan ditemani pembantunya.
Menurut Theng Book, di dalam laporan itu, Najib beri amaran kemungkinan berlaku pembersihan kaum seperti di Bosnia jika mana-mana parti terus mencabar dan mendebatkan status dan hak orang Melayu.
Jelasnya, bagaimanapun artikel itu berbeza dengan dimaksudkan Najib yang juga Perdana Menteri dalam ucapannya.
"Ia (artikel) itu dilihat boleh mencetuskan isu perkauman dan menggugat keamanan selain menimbulkan perpecahan di kalangan rakyat negara ini yang membacanya kerana ia bersifat provokasi serta hasutan.
"Oleh itu, kita berharap agar pihak polis dapat menjalankan siasatan berhubung artikel tersebut dan mengambil tindakan sewajarnya seperti mengikut Akta Hasutan 1948," katanya ketika ditemui di IPD Petaling Jaya di sini, hari ini.
Menurut Theng Book, artikel itu boleh dilayari di http://www.malaysia-chronicle.com/.

Abdul Gani: Kes 15 portal fitnah didakwa sejak 2005-2010



KUALA LUMPUR 25 Okt. - Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail menjelaskan sebanyak 15 kes blog dan portal yang menyiarkan fitnah dan tuduhan palsu telah didakwa sejak tahun 2005 hingga 2010.
Beliau berkata, kenyataan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim yang disiarkan oleh Utusan Online pada 22 Oktober lalu yang bertajuk 15 kes blog sebar fitnah dirujuk Peguam Negara adalah tidak tepat.
"Kesemua kes tersebut sebenarnya adalah merujuk pada jumlah kes yang telah didakwa bagi tahun 2005 sehingga 2010,'' katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini, hari ini.
Menurut beliau, kenyataan itu menyatakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah melengkapkan siasatan terhadap 15 kes melibatkan blog dan portal yang dikatakan menyiarkan fitnah dan tuduhan palsu.
"Ia juga menyatakan kesemua kes tersebut telah dirujuk kepada Peguam Negara untuk memulakan pendakwaan," jelasnya.
Jumaat lalu, Utusan Online menyiarkan kenyataan Rais mengenai SKMM serta polis telah melengkapkan siasatan terhadap 15 kes melibatkan blog dan portal yang dikatakan menyiarkan fitnah dan tuduhan palsu.

Polis Perancis, pekerja masih bertempur



PEKERJA mogok duduk di hadapan unggun api semasa mereka menghadang jalan masuk ke loji pelupusan bahan buangan di Ivry-sur-Seine, dekat Paris, semalam. - AP


MARSEILLE 25 Okt. - Masalah kekurangan bahan api di stesen-stesen minyak di seluruh Perancis semakin memburuk hari ini berikutan kekurangan penghantaran bekalan minyak, selepas mogok ekoran isu peningkatan had umur persaraan dilancarkan sejak 12 Oktober lalu.
Kesatuan Industri Petroleum Perancis berkata, suku daripada 12,300 stesen minyak di negara ini berhadapan gangguan bekalan minyak semalam, ekoran tindakan penunjuk perasaan yang menyekat laluan di kilang-kilang penapisan minyak serta pelabuhan.
Mogok besar-besaran yang dilancarkan penunjuk perasaan termasuk di kalangan pembekal minyak itu turut mengakibatkan kerugian sebanyak 400 juta Euro (RM1.7 bilion) setiap hari di Perancis.
Dalam perkembangan terbaru, pertempuran antara penunjuk perasaan dengan polis di Perancis terus berlaku awal hari ini, dengan pekerja limbungan bertindak menyekat beberapa lori tangki di sebuah depot besar minyak di bahagian selatan negara ini, sementara keadaan di sebuah depot minyak di tengah Perancis pulih seperti biasa.
Menurut seorang jurugambar AFP, depot minyak yang terbesar di selatan Perancis, Fos-sur-Mer, kini dikawal anggota kesatuan yang membantah rancangan Presiden Nicolas Sarkozy untuk menaikkan umur persaraan daripada 60 tahun kepada 62 tahun.
Kira-kira 200 penunjuk perasaan dilapor menyekat beberapa lori tangki gasolin ketika polis memantau tindakan mereka.
Sementara itu, beberapa sumber berkata, keadaan di depot Saint-Pierre-des Corps berhampiran Tours, di tengah Perancis, pulih seperti seperti biasa hari ini selepas seminggu lumpuh, apabila kira-kira 30 penunjuk perasaan meninggalkan lokasi itu tanpa sebarang insiden.
Sarkozy minggu ini cuba untuk tidak terlalu memikirkan tunjuk perasaan yang berlaku dengan meneruskan langkah untuk meluluskan undang-undang menaikkan had umur persaraan, walaupun berhadapan gelombang baru mogok, perhimpunan serta tindakan menyekat bahan api oleh penunjuk perasaan.
Dengan beribu-ribu keluarga bersedia memulakan cuti penggal pertengahan sekolah dan penggubal undang-undang dijangka meluluskan rang undang-undang baru persaraan pada Rabu ini, Presiden itu berharap, bantahan besar-besaran akan berakhir.
Namun, tinjauan pendapat akhbar semalam menunjukkan populariti Sarkozy kini merudum, kesatuan-kesatuan pekerja dan badan-badan pelajar mengumumkan untuk meneruskan bantahan bagi sekurang-kurangnya dua hari lagi, termasuk mogok di sektor minyak utama.
Satu daripada empat stesen minyak di Perancis kehabisan bekalan, berikutan mogok di kilang penapisan minyak dan sekatan di depot oleh penunjuk perasaan yang bertempur dengan polis yang mahu menyuraikan mereka. - AFP

Bapa kecewa permohonan sijil lahir tiga anak belum dilulus JPN



KOTA KINABALU 25 Okt. - Seorang bapa, Mohd. Sulaiman Ismail, 53, kesal kerana permohonan daftar lewat sijil lahir bagi tiga anaknya masih belum diluluskan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) cawangan Keningau.
Menurutnya, dia telah mengemukakan lima permohonan sejak 1980 dan yang terakhir pada 5 Disember 2008 untuk anak-anaknya, Noraimah, 30: Hamidah, 29, dan Aisah, 24.
Menurutnya, alasan yang diberikan oleh kakitangan JPN daerah itu ialah borang permohonannya yang diserahkan kepada JPN negeri di Kota Kinabalu telah hilang.
''Saya berharap agar pihak JPN menyegerakan permohonan yang telah lama tertangguh ini. Disebabkan ini anak-anak saya hidup macam pendatang asing.
''Mereka tidak boleh buat MyKad kerana tidak ada sijil lahir," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.
Lebih menyedihkan katanya, disebabkan ketiadaan sijil lahir ketiga-tiga anaknya itu tidak dapat meneruskan persekolahan.
Jelasnya, mereka hanya sempat bersekolah sehingga darjah tiga di Sekolah Kebangsaan (SK) Menawo, Keningau.
Sulaiman berkata, permohonan pertamanya yang dibuat pada 1980 ditolak kerana dia tidak menyertakan sijil pernikahannya kepada pihak JPN.
Katanya, selepas memperoleh sijil nikahnya dia mengemukakan semula permohonan untuk kali kedua pada tahun yang sama.
''Dalam tahun itu juga saya ke pejabat JPN daerah. Malangnya, kakitangan yang bertugas ketika itu memberitahu bahawa borang saya hilang. Justeru, saya terpaksa permohonan baru buat untuk kali ketiga.
''Apabila anak kedua saya lahir saya ke JPN lagi untuk mendaftar. Saya tanya mengenai permohonan sijil lahir anak sulung saya, Noraimah, mereka kata tidak dapat diproses kerana ia hilang di JPN Kota Kinabalu.
''Saya sabar dan buat semula permohonan bagi kali yang keempat pada 1981. Sehinggalah anak ketiga saya lahir pada 1986 masih tiada perkembangan positif," ujarnya.
Sulaiman berkata, akibat menunggu terlalu lama, dia akhirnya membuat aduan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) pada 2008.