TIKAM BATU - Gara-gara kerana penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, imam Masjid Kariah Kampung Permatang Pasir tidak tidur lena sejak tiga hari lalu selepas dimaklumkan bahawa isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Khalid Mohamad Jiwa itu akan pulang ke Kampung Permatang Pasir untuk memberikan zakat. Imam berkenaan, Mahmood Rejab, 72, berkata, sejak dimaklumkan mengenai kepulangan Khalid dan Siti Nurhaliza ke kampung itu untuk menyampaikan zakat kepada golongan asnaf di sini, beliau serta jawatankuasanya bertungkus-lumus membuat persiapan majlis penyampaian zakat terbabit. Menurutnya, oleh kerana sudah agak lama Khalid dan Siti Nurhaliza tidak mengunjungi kampung itu sejak Ramadan tahun lalu, beliau dan seluruh warga kampung tidak tidur lena menantikan detik kepulangan pasangan berkenaan. “Namun majlis yang diadakan serba sederhana ini akhirnya selesai dengan sempurna setelah 250 golongan asnaf di kampung ini dan sekitarnya mendapat sumbangan zakat daripada Datuk Khalid dan Datuk Siti (Nurhaliza). “Selepas ini kami kembali tidak tidur lena kerana tidak sabar menantikan kemeriahan hari raya pertama di kampung ini setelah mereka mengumumkan akan bersembahyang raya di masjid ini dan kemudiannya mengadakan rumah terbuka,” katanya ketika ditemui Sinar Harian. Dalam perkembangan lain, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Permatang Pasir, Mohd Noor Wahab, 62, berkata, beliau menyambut seruan Khalid untuk mendapatkan kerjasama warga kampung menyumbangkan tenaga dan idea dalam pembangunan kampung yang telah dihulurkannya. Menurutnya, beliau menggalakkan penduduk kampung dan kariah masjid terbabit untuk sama-sama mengimarahkan tempat ibadat berkenaan setelah ia siap sepenuhnya menjelang Hari Raya Aidiladha nanti. “Kami semua warga kampung menyambut baik usaha beliau (Khalid) yang begitu pemurah menyumbangkan wang membina semula masjid di sini yang dahulunya rosak teruk dan berharap usaha beliau akan disambut dengan bersama mengimarahkan masjid,” katanya. |
Monday, August 23, 2010
Imam tak lena tunggu Siti Nurhaliza
Cara baru dengar khutbah
IPOH - Perkhidmatan produk AKORiman.net dari Akademi Komputer Rakyat (AKOR) menjadi kaedah baru dalam penyampaian dakwah atau khutbah di semua masjid di daerah ini.
Penasihat Agama kepada Menteri Besar, Datuk Mohd Najmuddin Elias Al-Hafiz berkata, ia merupakan cara menarik jemaah datang masjid dengan menggunakan sistem komunikasi teknologi maklumat (ICT).
Menurutnya, sistem ini akan disyorkan kepada Menteri Besar dalam memperluaskan penggunaan ICT sebagai medium penyebaran agama Islam.
“Adanya program ini, ICT menjadi daya penarik menaikkan semangat jemaah untuk mendengar khutbah dan menarik minat pengunjung masjid.
“Sekali klik akoriman.net ini, pelbagai maklumat dapat dipraktikkan di kalangan jemaah,” katanya ketika berucap merasmikan Program mengimarahkan masjid dengan ICT dan pelancaran website AKORiman.net di dewan Masjid Sultan Azlan Shah di sini, semalam.
Mohd Najmuddin berkata, seorang ahli jawatankuasa (AJK) masjid di seluruh daerah perlu bertindak sebagai pegawai ICT bagi memastikan sistem ini berjalan lancar.
“Saya juga syorkan seorang AJK masjid di seluruh daerah datang berkursus dengan akademi ini untuk dipraktikkan di masjid masing-masing. Dengan adanya kemudahan teknologi membolehkan jemaah berasa selesa beribadah dan mengikuti tazkirah di masjid.
“Penyampaian dakwah ilmu Islam di masjid akan menjadi lebih kreatif dan inovatif. Akoriman.net ini menjadikan sistem pentadbiran masjid lebih teratur dan kemas,” katanya.
Petani Pendang dakwa alami kerugian jual padi kepada Bernas
PENDANG - Lebih 100 petani di daerah ini meminta syarikat Padiberas Nasional Berhad (Bernas) meneliti semula kadar potongan timbangan berat padi yang didakwa tidak munasabah dan menyebabkan mereka kerugian.
Mereka mendakwa sejak musim tuaian Julai lepas, Bernas memotong antara 28 dan 30 kilogram bagi setiap 100kg padi berbanding sebelum itu hanya 17kg seperti yang diamalkan syarikat swasta.
Pemotongan tidak munasabah itu menyebabkan pendapatan petani berkurangan kerana mereka biasanya memperolehi sekitar RM1,050 bagi setiap tan metrik, kata wakil petani Umar Abdullah Samsuddin kepada pemberita, di sini, hari ini.
"Kualiti padi yang dihasilkan amat baik dan hanya sebilangan kecil sahaja hasil kurang berkualiti ekoran faktor cuaca yang tidak menentu dan penyakit padi yang sukar dikawal.
"Jadi tidak relevan jika potongan timbangan dibuat terlalu banyak," katanya.
Katanya, sebagai pilihan petani berhasrat menjual padi kepada syarikat swasta bagi memastikan pendapatan mereka setimpal dengan kerja dan modal yang dikeluarkan.
"Ini sahaja pendapatan utama mereka untuk menyara keluarga dan dengan potongan hasil timbangan sebanyak itu membuatkan kami semua rasa rugi jika kami jual dekat Bernas," katanya.
Mereka mendakwa sejak musim tuaian Julai lepas, Bernas memotong antara 28 dan 30 kilogram bagi setiap 100kg padi berbanding sebelum itu hanya 17kg seperti yang diamalkan syarikat swasta.
Pemotongan tidak munasabah itu menyebabkan pendapatan petani berkurangan kerana mereka biasanya memperolehi sekitar RM1,050 bagi setiap tan metrik, kata wakil petani Umar Abdullah Samsuddin kepada pemberita, di sini, hari ini.
"Kualiti padi yang dihasilkan amat baik dan hanya sebilangan kecil sahaja hasil kurang berkualiti ekoran faktor cuaca yang tidak menentu dan penyakit padi yang sukar dikawal.
"Jadi tidak relevan jika potongan timbangan dibuat terlalu banyak," katanya.
Katanya, sebagai pilihan petani berhasrat menjual padi kepada syarikat swasta bagi memastikan pendapatan mereka setimpal dengan kerja dan modal yang dikeluarkan.
"Ini sahaja pendapatan utama mereka untuk menyara keluarga dan dengan potongan hasil timbangan sebanyak itu membuatkan kami semua rasa rugi jika kami jual dekat Bernas," katanya.
Lagi doa untuk Guan Eng
BUTTERWORTH - Kejadian khatib menggantikan nama Yang di-Dipertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin kepada nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam doa khutbah kedua, solat Jumaat berlaku lagi di negeri ini, Jumaat lalu.
Di Masjid Jamek Kubang Buaya, Bagan, di sini, doa itu dibaca oleh Zakaria Ahmad, khatib jemputan yang sama mencetuskan kontroversi sebelum ini.
Beberapa ahli jemaah masjid berkenaan mendakwa mendengar Zakaria membacakan doa seperti berikut: "Ya Allah Ya Tuhanku, Kau Selamatkanlah Pemimpin Kami Yang Amat Berhormat Lim Guan Eng dan rakan-rakan kepimpinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang."
Tiga saksi yang mendengar doa berkenaan iaitu Mohd Shahril Harun, 36, Mohd Radzi Hussain, 34, serta Muhammad Fahmie Omar, 21, membuat laporan di Balai Polis Butterworth tengah hari semalam.
Mohd Shahril, seorang kontraktor dari Bagan Dalam berkata, dia singgah di masjid itu untuk menunaikan solat Jumaat selepas selesai meninjau pekerjanya yang menjalankan tugas di sekitar Bagan Ajam di sini.
“Semasa khutbah kedua, saya mendengar dengan jelas, khatib itu, Zakaria Ahmad yang dijemput membacakan khutbah mendoakan agar Guan Eng diselamatkan dan langsung tidak mendoakan keselamatan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin sebagai Ketua Agama Islam Pulau Pinang dan Tuan Yang Terutama Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas yang sepatutnya dibacakan.
“Saya dan jemaah lain yang duduk berdekatan memandang antara satu sama lain dalam keadaan terkejut,” katanya.
Hadir sama menemani kumpulan pemuda itu membuat laporan polis ialah Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Naina Merican dan Naib Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Shaik Hussein Mydin.
Mohd Radzi pula berkata, dia mendengar jelas doa Zakaria dalam bahasa Melayu itu mendoakan kesejahteraan Guan Eng dan langsung tidak mendoakan kesejahteraan Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Tun Abdul Rahman Abbas.
“Saya dengar cuma nama Guan Eng disebut menyebabkan kebanyakan jemaah yang ketika itu menunduk tiba-tiba tegak dan saling berpandangan kerana terkejut. Ada jemaah yang menadah segera menurunkan tangan mereka sambil menggeleng-geleng kepala,” katanya.
Saksi ketiga, Mohd Fahmi berkata, sebagai orang Islam, dia kecewa dan meminta Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) mengambil tindakan terhadap khatib berkenaan. Sementara itu, Shaik Hussein yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bagan berkata, Pengerusi Jawatankuasa Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Abdul Malik Abul Kassim gagal melaksanakan tugasnya untuk memelihara kesucian agama Islam dan institusi Islam seperti mimbar masjid.
“Beliau sebenarnya tidak layak menerajui portfolio ini apabila terus membuat penafian dan menuduh UMNO dan Barisan Nasional (BN) cuba memainkan isu perkauman sedangkan sepatutnya beliau membuat siasatan sebelum mengeluarkan kenyataan.
Tambahan lagi dengan berulangnya kes sama di beberapa masjid sebelum ini menunjukkan beliau langsung tidak buat kerja,” katanya.
Pegangan agama longgar
SHAH ALAM - Longgar pegangan agama dalam kalangan masyarakat adalah punca utama berlakunya gejala maksiat pada bulan penuh keberkatan ini.
Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, gejala seperti itu harus dibanteras segera kerana ia mencemarkan nama agama dan umat Islam, apatah lagi maksiat berlaku ketika Ramadan.
Menurutnya, Ramadan adalah bulan membersihkan jiwa, bulan beribadat dan bulan di mana Allah limpahkan pelbagai ganjaran pahala kepada hamba-hamba-Nya.
“Kita harus mengisi bulan ini dengan amal ibadat dan bukan mendekatkan diri dengan maksiat. Jika seseorang itu tahu azab dan seksaan yang bakal menimpa sekiranya melakukan maksiat, sudah tentu mereka tidak melakukannya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika pengulas laporan Sorot semalam yang memaparkan kegiatan maksiat tidak menurun pada bulan Ramadan, malah ada umat Islam yang berani melakukan perbuatan terkutuk itu secara terang-terangan.
Mereka yang sudah ‘sebati’ dengan perbuatan keji begitu, usahkan mahu memuliakan Ramadan, hari-hari biasa dalam bulan-bulan lain pun tidak ‘senang duduk’ tanpa ‘tabiat’ buruk tersebut.
Abdul Rahman berkata, maksiat berlaku bila-bila masa dan bukan hanya ketika Ramadan sahaja.
“Kalau pada bulan lain, mungkin boleh kita membuat tafsiran bahawa ia adalah pengaruh syaitan, tetapi ketika Ramadan adakah juga disebabkan pengaruh syaitan?
“Syaitan telah dirantai, jadi maksiat berlaku pada bulan tersebut disebabkan tabiat manusia itu sendiri yang gemar melakukan maksiat. Bila maksiat sudah menjadi darah daging, tentulah sukar untuk berubah,” katanya.
Abdul Rahman meminta, individu yang masih melakukan maksiat agar segera bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.
“Renunglah dan ingatlah mati. Besar azab dan seksaan Allah jika masih lagi melakukan apa yang dilarang oleh-Nya,” katanya.
Dalam masa sama, Abdul Rahman menggesa setiap pendakwah di Jabatan Agama Islam negeri masing-masing peka dan fokus dengan apa yang berlaku di negeri mereka.
Tinggalkan negara jika tidak suka Artikel 153
SHAH ALAM – Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali menegaskan bukan Bumiputera yang tidak menghormati Artikel 153 Perlembagaan Negara boleh berti:ndak meninggalkan negara ini secepat mungkin dan kembali ke tanah asal nenek moyang mereka.
:Beliau berkata, sekarang orang bukan Melayu semakin berani menuntut hak-hak yang bukan menjadi hak mereka terutamanya mendesak agar sasaran ekuiti Melayu sebanyak 30 peratus dikurangkan sedangkan Melayu membentuk 67 peratus daripada penduduk negara ini.
:Menurutnya, kenyataan Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon menegurnya supaya tidak melukai hati kaum lain tidak boleh diterima kerana selama ini kaum lain sering melukai hati kaum Melayu dengan kenyataan-kenyataan pedih dan tuntutan yang melampau.
:“Sebagai Menteri Perpaduan, kenapa beliau tidak tegur Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek baru-baru ini yang menyokong Kongres Ekonomi Cina Malaysia supaya 30 peratus tersebut dihapuskan,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas turut mendakwa Tsu Koon sebagai penggerak anti Melayu secara halus dan mendesaknya supaya menjelaskan pendiriannya dalam isu ekuiti Melayu tersebut.
Artikel 153 Perlembagaan Malaysia mengspesifikasikan bagaimana Kerajaan Pusat melindungi kepentingan Bumiputera dengan mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam.
Tangkap ‘ikan besar’ selesai masalah
IPOH – Terdapat banyak kes berprofil tinggi lewat diselesaikan agensi penguatkuasaan kerana terlalu memberi tumpuan menyelesaikan kes-kes kecil yang tidak pernah berkesudahan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata, agensi penguatkuasaan yang dipertanggungjawabkan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) harus mengambil tindakan serius untuk menghentikan perkara yang sama daripada terus berulang dengan menangkap ‘ikan besar’ yang menjadi dalang pada masalah itu. Menurutnya, terdapat segelintir rakyat yang meletakkan persepsi negatif terhadap agensi itu seolah-olah mereka tidak menjalankan tugas yang diamanahkan dengan sempurna. “Agensi terbabit harus menangkis persepsi itu dengan mempertingkatkan usaha dan tenaga bagi mengesan ‘ikan besar’ supaya aktiviti mereka dapat dihalang daripada terus berleluasa,” katanya. Beliau ditemui pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Gerakan Perak di sini, semalam. Hadir sama, Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe dan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Gerakan Perak, Datuk Chang Ko Youn. Tsu Koon berkata, jika ‘ikan besar’ berjaya ditangkap ia adalah kejayaan yang besar daripada mengambil tindakan ke atas 1,000 ‘ikan kecil’. Beliau yang juga Presiden Gerakan berkata, selain melaksanakan strategi ‘carpet bombing’ pada perniagaan kecil dan sederhana, agensi berkenaan harus memeriksa secara rawak sama ada peniaga menjalankan peniagaan mengikut syarat yang ditetapkan undang-undang. “Bagaimanapun, saya berpendapat agensi berkenaan harus bertugas secara efektif dan langkah seperti menambah kakitangan adalah jalan terbaik bagi menyelesaikan segala tugasan yang diberi,” katanya. Terdahulu, dalam ucapannya beliau meminta supaya kerajaan membenarkan pekerja warga asing untuk bekerja di negara ini. Katanya, jika pekerja warga asing ini dihalang untuk bekerja, industri perkilangan dan perladangan tidak dapat beroperasi secara sempurna. “Sehubungan itu, sistem pengawalan dan pemantauan yang lebih efektif terhadap pekerja warga asing perlu dilakukan sebelum mereka dibenarkan untuk bekerja di sini,” katanya. |
Dua beradik menderita talasemia
MERSING - Orangnya bertubuh kecil sahaja seperti kanak-kanak sekolah rendah namun hakikatnya gadis sunti ini sudah mencecah usia 19 tahun. Keadaan fizikal inilah yang dimiliki dua beranak malang yang menghidap penyakit talasemia sejak dilahirkan di Kampung Sri Lumpur, di sini.
Norliah Abdul Karim, 19, dan kakaknya Nurfarazila Abd Karim, 23, menghidap penyakit berkenaan sejak dilahirkan dan kini dua beradik berkenaan menerima rawatan daripada Hospital Mersing setiap bulan untuk menambah darah.
Nurfarazila berkata, jika darah lewat dimasukkan ke dalam tubuh, akibatnya mereka akan mengalami keletihan, lesu dan tidak bermaya.
“Saya juga sukar mendapat pekerjaan, kerana setiap bulan saya terpaksa mengambil cuti untuk ke hospital menambah darah,” katanya yang ketika ini menganggur.
Adiknya Norliah pula masih menuntut di Sekolah Pendidikan Khas di Sekolah Menengah Kebangsaan Mersing.
Sementara itu, kakak mereka yang juga ibu tunggal, Normah Abdul Karim, 35, berkata, pendapatan bulanannya untuk menanggung kos hidup tiga beradik hanyalah bergantung kepada upah basuh pinggan di kedai makan sebanyak RM20 sehari.
Katanya, walaupun mendapat bantuan kebajikan, namun ia masih tidak mencukupi.
“Kini saya kehilangan sumber pendapatan kerana bulan puasa saya tidak bekerja disebabkan kedai makan berkenaan tutup sempena Ramadan,” katanya kepada Sinar Harian.
Isu doa khutbah Jumaat: Khatib dijangka beri penjelasan esok
23/08/2010 8:50pm
GEORGETOWN 23 Ogos – Khatib yang mencetuskan kontroversi dengan mendoakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam khutbah kedua solat Jumaat di beberapa masjid di negeri ini, dijangka memberi penjelasan berhubung perkara itu esok.
Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), Ellias Zakaria berkata, Zakaria Ahmad akan membuat penjelasan itu kepada barisan panel termasuk Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) dan MAIPP.
"Alhamdulillah, individu yang dilibatkan itu juga telah membuat pengakuan tentang beliau yang membaca doa yang disebut itu dan bagi pihak kami pula akan mendengar penjelasannya esok,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Ellias berkata, walaupun segala maklumat yang diperlukan sudah dikumpul, namun sehingga hari ini, MAIPP dan JHEAIPP masih belum memperoleh ayat atau perkataan sebenar yang digunakan Zakaria dalam khutbah tersebut.
Katanya, Mufti Pulau Pinang, Datuk Hassan Ahmad yang juga pengerusi jawatankuasa bertanggungjawab menyediakan teks khutbah Jumaat di negeri itu, tidak akan menghadiri sesi tersebut kerana mempunyai urusan lain.
Sesi penjelasan itu akan diadakan 2.30 petang di Pejabat JHEAIPP di Bangunan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Pulau Pinang (DPMMPP) yang terletak di Lebuh Pantai di sini.
Semalam, Zakaria mengakui tidak menyebut nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dalam doanya pada khutbah berkenaan.
Beliau memberi alasan bahawa beliau mendoakan kesejahteraan semua pemimpin dalam khutbah kedua solat Jumaat itu, termasuklah Yang di-Pertuan Agong.
Minggu lepas, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan penggunaan nama Setiausaha Agung DAP itu dalam khutbah Jumaat yang dikesan di beberapa masjid di sekitar Permatang Pauh dan Jelutong. – Bernama
Kariah masjid nafi dakwaan
PERMATANG PAUH: Kariah Masjid Jamek Al-Hidayah, Jalan Baru, di sini, menafikan pihaknya turut terbabit mendoakan kesejahteraan Ketua Menteri, Lim Guan Eng bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dalam doa khutbah solat Jumaat seperti yang dilaporkan media sebelum ini.
Pengerusinya, Ishak Mohd, berkata beliau hanya mengetahui mengenai perkara itu melalui akhbar utama dan berita di televisyen yang mengatakan masjid di bawah kendaliannya terbabit dalam kes berkenaan.
Katanya, pihaknya dukacita terhadap dakwaan berkenaan kerana perkara itu langsung tidak berlaku berikutan mereka sentiasa memantau pergerakan di masjid berkenaan dan setiap permasalahan yang timbul dibincangkan dalam kariahnya terlebih dulu.
“Saya menafikan perkara itu (doa kepada Lim Guan Eng) berlaku selain kami juga tidak pernah menjemput penceramah luar datang memberi ceramah di masjid kami sejak kami memegang pentadbiran masjid ini empat tahun lalu. “Kenapa kami perlu mengambil penceramah dari luar sedangkan kami sudah mempunyai empat khatib terdiri daripada kadi Bukit Mertajam dan tiga imam masjid ini bagi membacakan khutbah solat Jumaat.
“Apa yang saya kesalkan, dakwaan itu mencemarkan nama baik masjid ini. Sepatutnya perkara ini tidak berlaku kerana masjid adalah tempat untuk beribadat,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Sementara itu, Imam Ketiga masjid berkenaan, Dalba Dansa Merican @ Nazir Ishak Merican pula berkata, beliau terkejut apabila membaca laporan akhbar pada 13 Ogos lalu mengenai kes mendoakan kesejahteraan Lim Guan Eng dalam khutbah Jumaat di masjid berkenaan.
Menurutnya, beliau pelik dan kecewa terhadap laporan berkenaan yang disifatkan tidak benar dan tidak tahu siapa yang bertanggungjawab mengeluarkan cerita tidak betul itu.
Pengerusinya, Ishak Mohd, berkata beliau hanya mengetahui mengenai perkara itu melalui akhbar utama dan berita di televisyen yang mengatakan masjid di bawah kendaliannya terbabit dalam kes berkenaan.
Katanya, pihaknya dukacita terhadap dakwaan berkenaan kerana perkara itu langsung tidak berlaku berikutan mereka sentiasa memantau pergerakan di masjid berkenaan dan setiap permasalahan yang timbul dibincangkan dalam kariahnya terlebih dulu.
“Saya menafikan perkara itu (doa kepada Lim Guan Eng) berlaku selain kami juga tidak pernah menjemput penceramah luar datang memberi ceramah di masjid kami sejak kami memegang pentadbiran masjid ini empat tahun lalu. “Kenapa kami perlu mengambil penceramah dari luar sedangkan kami sudah mempunyai empat khatib terdiri daripada kadi Bukit Mertajam dan tiga imam masjid ini bagi membacakan khutbah solat Jumaat.
“Apa yang saya kesalkan, dakwaan itu mencemarkan nama baik masjid ini. Sepatutnya perkara ini tidak berlaku kerana masjid adalah tempat untuk beribadat,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Sementara itu, Imam Ketiga masjid berkenaan, Dalba Dansa Merican @ Nazir Ishak Merican pula berkata, beliau terkejut apabila membaca laporan akhbar pada 13 Ogos lalu mengenai kes mendoakan kesejahteraan Lim Guan Eng dalam khutbah Jumaat di masjid berkenaan.
Menurutnya, beliau pelik dan kecewa terhadap laporan berkenaan yang disifatkan tidak benar dan tidak tahu siapa yang bertanggungjawab mengeluarkan cerita tidak betul itu.
'Kami tabah tunggu mama, papa'
Oleh Mohd Fakri Awang Lah
2010/08/23
KUALA KRAI: Sembilan beradik yang ditinggalkan hampir setahun kini menanti penuh sabar sambil berdoa agar keberkatan Ramadan mengetuk pintu hati ibu bapa mereka untuk sekurang-kurangnya menghubungi keluarga sejurus kad ucapan terbuka sempena sambutan Aidilfitri dilayangkan mereka menerusi akhbar, semalam. Sehingga petang semalam, mereka masih berharap telefon bimbit milik datuk, Kassim Mat Diah, 55, berdering dengan panggilan daripada ibu bapa, pasangan Kasmaliza Kassim, 29, dan Mahadi Che Mansor, 31.Bagi sembilan beradik itu, kepulangan ibu bapa mereka sempena sambutan Aidilfitri ini adalah hadiah paling bermakna buat mereka sekeluarga, berbanding duit raya atau baju baru yang sentiasa diimpikan oleh kebanyakan rakan sebaya masing-masing.Semalam, tujuh daripada sembilan beradik iaitu Amirul Rizal, 11; Afiq Asyraf, 10; Natasha Emilia, 9; Arif Hafizi, 7; kembar Airin Puteri dan Adlin Puteri, 4; dan Naqiuddin, 3, menitipkan kad ucapan Aidilfitri khusus buat Kasmaliza dan Mahadi, yang disiarkan pada muka semua akhbar terbitan kumpulan The New Straits Times Press (NSTP).
Amirul Rizal berkata, dia dan adiknya sentiasa berdoa agar ibu bapa mereka terbuka hati untuk kembali ke pangkuan keluarga pada sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang kira-kira dua minggu lagi.
Saya dan adik hanya mahu mama dan papa balik menjaga kami seperti dulu. Kami sangat merindui mereka, tanpa mama dan papa, Aidilfitri kali ini amat menyedihkan kami sekeluarga.
Kami tidak pernah berhari raya tanpa mama dan papa, katanya, murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan Kampung Tengah itu, yang kini memikul tanggungjawab besar membantu mengawasi adiknya. Dua lagi kakaknya, Nor Hidayah, 13, dan adik, Nia Khalisa, 2, dalam jagaan ibu saudara di Seremban dan Kota Bharu.
Sementara itu, Kassim berharap anak dan menantunya melupakan persengketaan yang pernah timbul antara mereka dan kembali ke kampung halaman serta menjaga anak mereka yang ditinggalkan.
Saya tak menyebelahi mana-mana pihak sebaliknya cuma berdoa agar mereka pulang menyambut Hari Raya bersama anak.
Jika orang ramai mempunyai maklumat anak dan menantu saya atau mereka sendiri dapat menghubungi saya menerusi talian, 013-9260756, katanya di sini, semalam.
Sementara itu, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kuala Krai, Azizan Aziz, ketika mengulas kelewatan bantuan disalurkan kepada sembilan beradik terbabit, berkata bantuan itu akan disalurkan dalam masa terdekat kerana beberapa masalah berlaku.
Anggota demokrat juga bantah bina masjid dekat lokasi 9/11
2010/08/23
NEW YORK: Semakin ramai anggota Parti Demokrat Amerika Syarikat khususnya di New York dan sekitarnya tidak menyokong pandangan Presiden Barack Obama minggu lalu bahawa orang Islam berhak membina masjid dan menjalankan kegiatan keagamaan dekat lokasi 9/11. Penganalisis percaya, lapan anggota Demokrat mungkin kalah dalam pilihan raya separuh penggal tahun ini sekali gus hilang majoriti di Kongres. Parti Demokrat menguasai 27 kerusi Senat dan 29 kerusi Kongres di New York.Bermula dari timur Long Island hingga ke kawasan pedalaman lebih mewah, anggota Demokrat menentang pembinaan bangunan diberi nama Pusat Cordoba menempat masjid, gimnasium, kolam renang dan pusat budaya bernilai AS$100 juta (RM320 juta), dua blok dari lokasi 9/11.Kira-kira 2,700 orang terbunuh dalam kejadian pada September 2001 meskipun 300 daripadanya adalah orang Islam jarang disebut.
Anggota Demokrat terbaru tidak menyokong pandangan Obama ialah John Hall yang sudah dua penggal berkhidmat di daerah ke-19 di utara New York dan bakal menghadapi tentangan pencabar Republikan, Nan Hayworth.
Dalam kenyataannya, beliau berkata, kebebasan beragama adalah asas demokrasi tetapi berharap projek itu dibina di tempat lain.
Saya berpendapat, langkah terbaik ialah membina pusat itu di tempat lain sebagai menghormati mereka yang terbunuh dalam insiden 11 September selain menunjukkan kita sensitif kepada keluarga mangsa, katanya.
Hall menyertai tiga anggota Demokrat lain yang dipercayai berkedudukan goyah menghadapi pilihan raya November depan, membantah pembinaan Pusat Cordoba.
Di Long Island, seorang lagi anggota Demokrat, Tim Bishop, berkata pengusaha pusat Islam patut memindahkan pembinaan ke tempat lain kerana lokasi 9/11 wajar menjadi simbol persefahaman antara agama. Perwakilan Demokrat di Staten Island, Mike McMahon juga berharap projek itu dibina di tempat lain.
Pandangan mereka sedikit sebanyak dibantu kenyataan Ratu Amerika Syarikat 2010, Rima Fakih, berketurunan Lubnan yang dilaporkan berkata bahawa Pusat Cordoba terlalu hampir dengan tempat berlakunya serangan terburuk dalam sejarah Amerika. Agensi
Masih ada doa Lim
BUTTERWORTH: “Ya Allah Ya Tuhanku, Kau Selamatkanlah Pemimpin Kami Yang Amat Berhormat Lim Guan Eng dan rakan kepemimpinan kerajaan negeri Pulau Pinang.” Itu doa dibacakan khatib dalam khutbah kedua solat Jumaat yang masih berlaku kelmarin tanpa menyebut nama Yang di-Pertuan Agong, sebaliknya nama Setiausaha Agung DAP itu.
Insiden berlaku di Masjid Kubang Buaya, Bagan, dekat sini, kelmarin dan beberapa saksi yang menunaikan solat Jumaat di masjid itu mendakwa khatib yang membaca doa adalah Zakaria Ahmad yang juga adik Mufti Pulau Pinang, Datuk Hassan Ahmad.
Zakaria bagaimanapun tidak mendoakan kesejahteraan Tuanku Mizan Zainal Abidin sebagai Ketua Agama Islam Pulau Pinang dan Tuan Yang Terutama Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas yang sepatutnya dibacakan dalam doa kedua solat Jumaat.
Berikutan itu, tiga saksi yang mendengar doa berkenaan, Mohd Shahril Harun, Mohd Radzi Hussain dan Muhammad Fahmie Omar membuat laporan di Balai Polis Butterworth sambil ditemani Pemuda Umno Pulau Pinang, semalam.
Hadir sama Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Naina Merican dan Naib Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Shaik Hussein Mydin.
Mohd Radzi berkata dia mendengar jelas doa dibaca Zakaria yang mendoakan kesejahteraan Guan Eng dan langsung tidak mendoakan kesejahteraan Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Tun Abdul Rahman Abbas.
“Saya dengar cuma Guan Eng. Ramai jemaah dalam masjid itu terkejut, semua saling berpandangan selepas mendengarnya,” katanya di sini, semalam.
Mohd Sharil berkata, dia kecewa dengan kenyataan Zakaria dan menggesa Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) segera mengambil tindakan.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaacob, mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai insiden itu dan sudah memulakan siasatan.
“Namun kami belum mengklasifikasikan kes terbabit untuk disiasat mengikut seksyen mana kerana memerlukan kajian mendalam terlebih dulu,” katanya.
Khamis lalu, Pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan beberapa masjid di Permatang Pauh, Tasek Gelugor dan Jelutong didakwa menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong kepada Guan Eng dalam doa khutbah kedua solat Jumaat.
Insiden berlaku di Masjid Kubang Buaya, Bagan, dekat sini, kelmarin dan beberapa saksi yang menunaikan solat Jumaat di masjid itu mendakwa khatib yang membaca doa adalah Zakaria Ahmad yang juga adik Mufti Pulau Pinang, Datuk Hassan Ahmad.
Zakaria bagaimanapun tidak mendoakan kesejahteraan Tuanku Mizan Zainal Abidin sebagai Ketua Agama Islam Pulau Pinang dan Tuan Yang Terutama Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas yang sepatutnya dibacakan dalam doa kedua solat Jumaat.
Berikutan itu, tiga saksi yang mendengar doa berkenaan, Mohd Shahril Harun, Mohd Radzi Hussain dan Muhammad Fahmie Omar membuat laporan di Balai Polis Butterworth sambil ditemani Pemuda Umno Pulau Pinang, semalam.
Hadir sama Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Naina Merican dan Naib Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Shaik Hussein Mydin.
Mohd Radzi berkata dia mendengar jelas doa dibaca Zakaria yang mendoakan kesejahteraan Guan Eng dan langsung tidak mendoakan kesejahteraan Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Tun Abdul Rahman Abbas.
“Saya dengar cuma Guan Eng. Ramai jemaah dalam masjid itu terkejut, semua saling berpandangan selepas mendengarnya,” katanya di sini, semalam.
Mohd Sharil berkata, dia kecewa dengan kenyataan Zakaria dan menggesa Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) segera mengambil tindakan.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaacob, mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai insiden itu dan sudah memulakan siasatan.
“Namun kami belum mengklasifikasikan kes terbabit untuk disiasat mengikut seksyen mana kerana memerlukan kajian mendalam terlebih dulu,” katanya.
Khamis lalu, Pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan beberapa masjid di Permatang Pauh, Tasek Gelugor dan Jelutong didakwa menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong kepada Guan Eng dalam doa khutbah kedua solat Jumaat.
Kesusahan empat beradik dapat perhatian
JITRA - Empat beradik yatim piatu terkejut dengan kehadiran Datuk Wira Mohd. Johari Baharum yang singgah untuk bersahur bersama mereka di Kampung Gelung Rambai, Tunjang di sini semalam.
Kedatangan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu memberi harapan kepada mereka untuk memohon bantuan bagi membaiki bumbung rumah pusaka yang didiami selain membina bilik air baru.
"Saya gembira dan terharu dengan rombongan yang dapat melihat kesusahan kami berempat," kata anak sulung keluarga itu, Mohd. Razmi Wahab, 28.
Menurutnya, kedatangan Ramadan kali ini amat menyentuh hati kerana buat kali pertama berpuasa tanpa ibu, Kamariah Othman yang maut dalam kemalangan jalan raya Mac lalu.
"Selepas kematian bapa akibat sakit paru-paru berair pada tahun 2004, ibulah tempat kami bermanja namun dengan ketiadaan ibu sambutan Ramadan dan raya tahun ini tidak meriah," katanya yang bekerja sebagai pemandu jentolak.
Jangan fitnah Raja Azmi - Roslin
OLEH YUSMAN AWANG
yusman.awang@kosmo.com.my
yusman.awang@kosmo.com.my
KUALA LUMPUR - Jaguh badminton negara, Roslin Hashim menegaskan beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana media yang masih meneruskan spekulasi bahawa dia dan penerbit filem, Raja Azmi Raja Sulaiman mempunyai hubungan sulit.
Roslin, 35, memberitahu, beliau akan berusaha bagi membersihkan nama Raja Azmi yang sudah dianggap sebagai anggota keluarganya sendiri kerana menjadi mangsa fitnah sebagai punca perceraian dengan isteri terbarunya, Nurhayati Othman, 38.
"Selepas berbincang dengan peguam dan dalam usaha saya membersihkan nama Raja Azmi, saya ingin merayu semua pihak, khususnya media supaya tidak lagi membuat sebarang spekulasi mengaitkan saya dengan Raja Azmi ada hubungan sulit.
"Kalau tidak saya akan mengambil tindakan undang-undang," tegas beliau ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Subscribe to:
Posts (Atom)