Thursday, April 11, 2013

demo anti-amerika

Edisi sejarah

ini demo anti-amerika
pada 19 oktober 1973 ketika perang ramadan
atau perang yum kippur
perang arab-isreal

ini gambar dalam pejabat pak duta amerika
ketika ini kedutaaan amerika di jalan ampang
bangunan AIA yang kini masih wujud

polis dalam gambar ini ialah ocpd kuala lumpur
disebelahnya ialah duta amerika

tt datang bersama delegasi mahasiswa
untuk membatah sokongan amerika terhadap isreal
punca kekuatan zionis israel pada tahun 1973 ialah imperialis amerika
punca kekuatan zionis israel pada tahun 2012 ialah imperialis amerika
yang juga disokong oleh zionis tempatan di malaysia

sebelum demo ini
pada 16 oktober anak mahasiswa dari UM
telah datang berdemo dihadapan kedutaan amerika
kami diserang lalu bertempur dalam kota kuala lumpur

IBRAHIM ALI
ada ceriita dalam cerita
tak perlu dituliskan disini
kalau ada ruang kosong
mungkin tt akan menulis
dalam memoir tt
yang sedang diusahakan
(ini pun jika difikirkan penting)

NOTA:
sosok muda berkaca mata itu
ialah sidek fadil
anak muda india itu ialah
mahasiswa UM dari fakulti ekonomi

tt memakai baju hijau
inilah baju harian tt dalam kampus
juga ada lilitan kain hitam
kerana bergabung tanda setiakawan
terhadap warga palestin yang terkorban

NOTA:
yang penting sekarang
ialah kita turun berdemo
sekali lagi pada 12 januari ini
ini lah ibu dan bapak segala demo
diharapkan demo ini akan membawa kemenangan
 —

No comments:

Post a Comment