Pastikan pemisah cukup bekalan peluru, makanan
Zamboanga: Pemisah Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) mendapat bantuan penyokong tempatan menyebabkan mereka tidak kehabisan peluru dan makanan selepas 12 hari pertentangan meletus.
Ia didedahkan dalam wawancara dengan bekas tebusan pemisah itu dan penduduk tempatan Isnin lalu, jurucakap tentera, Lt Kol Ramon Zagala, menjangka pemisah semakin kehabisan peluru tetapi pertentangan berterusan hingga hari ini.
Katanya, ada masanya komander MNLF mengarahkan anggota mereka 'menyertai' tebusan sebelum keluar dari kawasan tertentu.
“Mereka ambil senjata dan peluru di kampung Talon-Talon dan Taluksangay,” kata budak itu yang diselamatkan daripada pemisah MNLF yang mendakwa dirinya tebusan, Wilfredo Ramirez.
Rancang serangan
Seorang lagi bekas tebusan, Maricel Teves, berkata tebusan lain memberi ubat yang diberi pemisah kepadanya selepas dia cedera dan dibebaskan.
“Mereka ada bekalan,” katanya serta percaya pemisah tahu selok-belok kawasan sekitar Santa Catalina, Santa Barbara, Kasanyangan dan Rio Hondo.
“Pemisah itu berkata, mereka sudah lama merancang serangan ini dan bekalan senjata api sudah ada di kawasan berkenaan,” kata Teves.
Katanya, dia diberitahu seorang pemisah yang datang dari Basilan, Pal Aukusa, bahawa mereka membuat persediaan sebelum bulan Ramadan lagi.
Pemisah itu berkata, mereka tiba di Zamboanga dari Basilan pada 9 September lalu. - AGENSI
No comments:
Post a Comment