Saturday, September 21, 2013

Mati selepas kahwin dalam keadaan koma


Beijing: Seorang wanita yang mengalami koma selama dua tahun mengucapkan selamat tinggal kepada insan tersayang yang menghentikan mesin bantuan hayat hanya beberapa jam selepas dia berkahwin.

Kehidupan He Jingjing dan tunangnya Lu Lai dari Guandong di tenggara China amat sempurna pada 2011.


Kedua-duanya menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan tempatan di Guangzhou, baru membeli kediaman dan merancang untuk berkahwin.

Namun rancangan mereka bertukar tragedi apabila He pengsan di tempat kerja. Dia kemudian koma dalam perjalanan ke hospital dan tidak pernah terjaga sejak itu. Dua tahun kemudian, keluarganya berkumpul di sisi katil hospital untuk meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-28 dengan sebiji kek. Mereka juga merealisasikan rancangan pasangan itu untuk berkahwin. Kini organ He didermakan bagi membantu mereka yang memerlukannya.


Sementara itu Lu berkata, dia gembira kerana dengan cara itu He dapat membantu orang lain meneruskan kehidupan. - Agensi

No comments:

Post a Comment