Myanmar: Penduduk Islam yang ketakutan semalam bersembunyi di hutan di barat Myanmar, sehari selepas kejadian seorang warga emas mati ditikam penganut Buddha yang merusuh.
Pembunuhan wanita Islam berusia 94 itu dan pembakaran puluhan rumah dibakar mencetus kebimbangan penduduk minoriti Islam yang mendakwa kerajaan gagal menanggani keganasan di negara itu. Di Thabyuchaing, kira-kira 20 kilomter dari utara Thandwe, lebih 700 perusuh, kebanyakannya menghayun pedang memenuhi jalan,” kata pegawai polis Kyaw Naing. Beliau berkata, antara 70 dan 80 rumah dibakar Seorang pegawai lain, berkata hanya 19 rumah dibakar perusuh. Menurutnya, perusuh turut memasuki kampung Linthi da, kira-kira 32 kilometer dari luar Thandwe dan membakar beberapa rumah di situ. Bagaimanapun, polis belum mendapat pengesahan kejadian itu.
Seorang penduduk Thandwe, Myo Min berkata, sebuah masjid kecil di Kyikanyet, kira-kira 43 kilometer dari Thandwe dibakar perusuh, Selasa lalu.
Beliau bimbang keselamatan keluarga penduduk Islam di Thabyuchaing kebanyakan wanita dan kanak-kanak yang masih bersembunyi di hutan.
“Kebanyakan keluarga sudah melarikan diri ke hutan apabila kampung mereka diserang. Mereka enggan keluar kerana bimbang diancam perusuh.
“Mereka memerlukan air dan makanan. Kami akan menemui pihak berkuasa untuk membantu mereka menyalurkan bantuan kepada keluarga berkenaan,” katanya. - AFP
No comments:
Post a Comment