Thursday, October 3, 2013

Tuduhan terhadap Thaksin digugur


Bangkok: Pendakwa raya kerajaan memutuskan untuk tidak memfailkan tuduhan keganasan terhadap bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra berhubung rusuhan dan pemberontakan pada 2010.

Timbalan pemimpin Parti Demokrat Thaworn Senneam semalam berkata, dia dimaklumkan mengenai keputusan itu oleh sumber di pejabat peguam negara.


Parti Demokrat memohon pada 2011 supaya pejabat pendakwa raya mengkaji kes Thaksin itu supaya bekas perdana menteri disiasat atas tuduhan keganasan selepas dia didakwa menjadi dalang pemberontakan Baju Merah yang menyebabkan hampir 100 orang terbunuh.

“Saya berpendapat, keluarga mangsa yang terbunuh dan mereka yang mengalami kerugian dalam kejadian pada 2010 itu boleh memfailkan kes ke mahkamah sendiri tanpa perlu bergantung kepada pendakwa raya awam,” katanya. - Agensi

No comments:

Post a Comment