Saturday, August 10, 2013

"sepenuhnya rampasan kuasa dari semua aspek", "diHARAMkan oleh Islam serta merupakan satu tindakan JENAYAH".

Kenyataan dari beberapa tokoh agama dan ulama Arab Saudi menyebut bahawa pengambil alihan kuasa dari Presiden Mesir Muhammad Mursi adalah "sepenuhnya rampasan kuasa dari semua aspek", "diHARAMkan oleh Islam serta merupakan satu tindakan JENAYAH".

Mereka menyatakan bahawa rampasan ini berlaku akibat pertembungan dan didalangi oleh pihak negara Arab serantau dan antarabangsa terutama Amerika yang menyokong kemusanahan dan kejatuhan Islam dan tindakan ini telah pun dirancang secara rapi sejak awal Presiden Mursi dilantik.

Kenyataan yang disokong oleh ramai ulama ini menegaskan mereka akan tetap tegas bersama rakyat yang dianiyai oleh rampasan pihak kudeta tentera, mereka juga meminta agar tentera Mesir tidak bertindak bodoh dan kejam dengan membunuh rakyat Mesir sepertimana yang berlaku di Syria hanya kerana mempertahankan kerusi presiden yang bukan sahaja dirampas tetapi diambil secara tidak sah dari seorang presiden yang dipilih secara sah melalui pilihanraya iaitu Dr Mursi.

-AlJazeera.
http://www.aljazeera.net/news/pages/505de470-a8a6-44ed-a6a5-8dccda273eaa

No comments:

Post a Comment