WELLINGTON 4 Julai - Akhbar terkemuka negara ini, The New Zealand Herald mengkritik Kementerian Luar Negara ini berhubung salah urus kes pecah rumah dan serangan seksual ke atas seorang wanita oleh seorang diplomat Malaysia.
Pengarah Politik akhbar itu, Audrey Young dalam kolumnya sebaliknya memuji Malaysia berhubung keputusan negara itu untuk menghantar balik diplomat itu, Muhammad Rizalman Ismail ke New Zealand untuk didakwa di negara ini.
Beliau berkata, imej Malaysia di negara ini sejak beberapa hari lalu tercalar apabila Kuala Lumpur dipercayai membawa pulang diplomat tersebut dan tidak mempedulikan permohonan New Zealand untuk membatalkan kekebalan diplomatik Muhammad Rizalman.
"Bagaimanapun, kesalahan sebenar terletak pada pegawai divisyen protokol Kementerian Hal Ehwal Luar New Zealand yang menyebabkan pegawai Malaysia percaya negara ini tidak membantah tindakan Malaysia untuk membawa pulang diplomat tersebut.
"Malaysia membuat keputusan tersebut selepas berlaku salah faham dalam komunikasi, katanya.
Young berkata, Malaysia selepas dimaklumkan tentang perkara itu membuat keputusan untuk menghantar balik Muhammad Rizalman ke New Zealand untuk didakwa di negara ini.
Beliau berkata, hubungan dua hala antara kedua-dua negara tetap tidak terjejas jika Malaysia membuat keputusan tidak mahu menghantar balik Muhammad Rizalman ke New Zealand, kerana apa yang berlaku adalah kesalahan New Zealand.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140705/lu_07/Akhbar-NZ-puji-tindakan-Malaysia#ixzz36XZrKCUg
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment