Protes tersebut diadakan di luar masjid dan Pusat Komuniti Islam di Phoenix pada Jumaat lalu. |
PHOENIX - ARIZONA. Lebih 200 penunjuk perasaan berhimpun di luar pekarangan masjid dan pusat komuniti Islam yang dilihat sebagai langkah provokatif dicetuskan oleh pihak yang sengaja mahu membangkitkan sentimen anti-Islam di Arizona.
Agensi berita Reuters melaporkan protes anti-Islam tersebut dianjurkan oleh veteran perang Iraq yang telah memuat naik gambarnya memakai kemeja T mempersendakan Islam sambil memegang bendera kebangsaan Amerika Syarikat (AS) di media sosial.
"Polis terpaksa bertindak untuk menyuraikan protes tersebut selepas mereka mula bertempur dengan sebuah lagi kumpulan yang membantah tunjuk perasaan tersebut," menurut laporan tersebut.
Menurut Al-Arabiya penganjurnya, Jon Ritzheimer berkata, bantahan itu kononnya sebagai respons terhadap insiden serangan di sebuah acara anti-Islam di Texas pada awal bulan lalu.
Bagaimanapun, keadaan kembali reda menjelang lewat malam Jumaat lalu selepas kumpulan penunjuk perasaan terbabit mula bersurai.
Difahamkan, tiada insiden keganasan tercetus dan tiada sebarang tangkapan dibuat ketika kejadian tersebut.

No comments:
Post a Comment