HUBEI - CHINA. Sibuk dengan kerja sehingga menghalangnya untuk mencari teman hidup mendorong seorang lelaki mengiklankan diri sendiri untuk mencari teman wanita.

Lelaki yang dikenali sebagai Ji, 23 tahun bertindak mengiklankan diri sendiri dengan berdiri bersama sekeping kad di kampus Huazhong University of Science and Technology di Wuhan, Hubei.

Tindakan beraninya itu menjadi perhatian pengguna Internet selepas gambarnya yang berpakaian kemas bersama dengan senarai ciri-ciri wanita yang diingininya tersebar di China.

Ji dilihat menyenaraikan beberapa syarat yang dikehendakinya dalam mencari teman wanita seperti umur, berat, taraf pendidikan malah turut memberi tempoh sebulan percubaan untuk melihat sejauh mana kejayaan terhadap perhubungan itu.

" Wanita yang materialistik tidak akan dilayan" kata dipetik China Daily

Tambah Ji, sebelum ini, bekas teman wanitanya adalah pelajar universiti itu dan tindakannya untuk mengiklankan diri di universiti berkenaan adalah dengan harapan bakal teman wanitanya juga akan ditemui di situ.

Berdasarkan laporan beberapa media, setakat ini tiada wanita berminat dengan tawaran lelaki itu.