Wednesday, June 23, 2010

Kaya!!! Razak Baginda dapat komisen kapal selam scorpene 114.96 JUTA Euro

Warta 365 - Berita Terkini Segenap Dimensi: Kaya!!! Razak Baginda dapat komisen kapal selam scorpene 114.96 JUTA Euro

Kaya!!! Razak Baginda dapat komisen kapal selam scorpene 114.96 JUTA Euro

WEDNESDAY, JUNE 23, 2010

WOW!!! KAYO GILER

Kerajaan membayar sejumlah 1.341 bilion euro (kira-kira RM6.7 bilion) untuk dua kapal selam Scorpene yang pembeliannya kini disiasat oleh mahkamah di Perancis kerana dipercayai mempunyai unsur rasuah.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi mendedahkan jumlah itu dalam jawapan bertulisnya kepada soalan yang dikemukakan oleh ahli parlimen Batu, Tian Chua di Dewan Rakyat hari ini. Katanya lagi, sejumlah RM600 juta dibayar untuk perkhidmatan penyelenggaran bagi tempoh enam tahun. “Kontrak penyelenggaraan masih dibincangkan dan akan dimuktamadkan dalam masa terdekat,” kata Zahid. Daripada jumlah itu, 114.96 juta euro dibayar kepada Perimekar Sdn Bhd, yang dimiliki oleh Abdul Razak Baginda, yang mempunyai kaitan rapat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.-Malaysiakini Mindef :Kontrak Scorpene bernilai RM 6.7 Bilion.

Inilah contoh Melayu tolong Melayu Cemerlang slogan baru Umno. Melayu yang tak tau apa hanya melopong biji mata sedap dengar pemimpin Umno guna ayat power 'Hidup Melayu' dan 'Melayu cemerlang'. Melayu yang bukan kroni hanya dapat ucapan berapi-api pemimpin Umno .Sampai tua Melayu kena tipu dengan Melayu Umno.

Rakyat nak makan gula kat kedai pun susah nak dapat. Sedangkan kilang gula tersergam besar depan mata. Pengeluaran gula dikilang tak pernah berkurangan tapi gula tak ada di pasaran. Kilang gula ada di Malaysia bukan di Amerika syarikat. Taukeh gula juga orang Malaysia tapi gula susah nak dapat.Kita sedang dipermainkan oleh kroni-kroni lintah darat yang kaut kekayaan negara tapi kita dibuai mimpi indah 'hidup Melayu dan Melayu cemerlang'!

No comments:

Post a Comment