Shara bersama anak-anaknya terkilan tidak sempat berjumpa dengan suaminya.
GEORGETOWN - "Bukan simpati diharapkan, namun pembelaan yang sewajarnya diberikan kepada semua isteri dan anak-anak arwah."
Itu diminta isteri pertama mangsa runtuhan Jambatan Kedua Pulau Pinang, Shara Ismail, 44, selepas kejadian malang menimpa suaminya, Tajudin Zainal Abidin, 45, 6 Jun lalu.
Dia yang ditemui semalam terkilan apabila dia dan dua anaknya seolah-olah dipinggirkan daripada menerima pembelaan yang sewajarnya selepas kehilangan suami tercinta.
Menurutnya, dia berkahwin dengan Tajudin pada 1997 dan dikurniakan dua anak iaitu Nur Izzati Syahirah, 12, dan Nur Izzati Syafiqah, 8.
"Selepas suami berkahwin dengan isteri kedua, Sharifah Ramli pada 2001, saya ambil keputusan tinggal di kampung, di Kampung Sanglang, Ayer Itam, Kedah," katanya, semalam.
Shara yang hanya bekerja sebagai operator kilang berkata, kini dia dan anaknya merasakan kehilangan dan terpaksa menempuh kehidupan baru tanpa suami dan ayah.
“Saya hanya bekerja sebagai operator kilang dengan berpendapatan RM700 sahaja. kehilangan suami amat terasa dan kini saya terpaksa menanggung sendirian perbelanjaan harian anak-anak.
“Saya berharap pihak berkenaan tidak abaikan saya dan dua anak arwah di sini selain isteri keduanya dan dua lagi anaknya,” katanya.
Shara berkata, kejadian malang menimpa keluarganya memberi kesan kepada kedua-dua anaknya apabila mereka hilang tempat bergantung dan bermanja ditambah pula anak sulungnya bakal menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tidak lama lagi.
Katanya, kali terakhir dia bertemu dengan arwah suaminya pada dua minggu yang lalu dan hanya mengetahui kejadian malang itu daripada madunya pada jam 8.45 malam Jumaat lalu.
“Arwah berjanji akan pulang tidak lama lagi namun ajal terlebih dahulu menjemputnya dan kami semua tidak sempat bertemu dengannya. Itu yang membuat saya dan anak-anak terkilan.
“Memang dia banyak habiskan masa di rumah isteri kedua, namun saya tidak ada masalah mengenai hal itu dan kami hanya berhubung melalui telefon sahaja sepanjang arwah di sana,” katanya.
Shara berkata, arwah suaminya juga tidak menunjukkan perubahan semasa kali terakhir bertemu dengannya.
Dia yang reda dengan kejadian yang menimpa suaminya berharap kebajikannya dan anak-anak arwah diberi perhatian sewajarnya selain berharap kejadian sama tidak akan berulang lagi.
Sementara itu, Shara berkata, wakil Jambatan Kedua Sdn Bhd ada bertemu dengannya semalam dan mengambil semua dokumen dan butiran mengenai dia dan anaknya.
“Sehingga kini kami tidak terima apa-apa bantuan daripada mana-mana pihak dan atas nasihat keluarga, kami akan dapatkan khidmat peguam,” katanya.

No comments:
Post a Comment