Tuesday, June 11, 2013

7 pemisah cuba serang ibu pejabat NATO


Kabul: Sekurang-kurangnya tujuh pemisah Taliban bersenjata berat melancarkan serangan awal pagi berhampiran lapangan terbang utama Afghanistan semalam, menyasarkan ibu pejabat NATO bersebelahan dengan menggunakan bom, senapang dan sebutir bom besar.

Dua orang awam dilaporkan cedera dan semua penyerang terbunuh selepas pertempuran selama beberapa jam.
Serangan ketiga
“Tiada kerosakan pada landasan. Beberapa bahan tajam jatuh berhampiran tetapi ia sudah dibersihkan” Yaqub Rassuli, Ketua Lapangan Terbang Kabul

Ia adalah kali ketiga dalam tempoh sebulan pemisah melancarkan serangan besar di ibu negara Afghanistan, cuba mencari sasaran berprofil tinggi bagi menjejaskan keyakinan rakyat apabila pasukan keselamatan Afghanistan bakal mengambil alih tanggungjawab melindungi negara selepas pengunduran tentera asing tahun depan.

“Lapangan terbang itu sendiri tidak rosak dan dibuka semula sebaik saja selepas pertempuran berakhir.

“Tiada kerosakan pada landasan. Beberapa bahan tajam jatuh berhampiran tetapi kami sudah membersihkannya,” kata Ketua Lapangan Terbang Kabul, Yaqub Rassuli.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Sediq Sediqi, berkata dua penduduk awam Afghanistan cedera tetapi tiada kematian di kalangan pasukan keselamatan atau penduduk awam.
Jurucakap Taliban, Zabiullah Mujahid mendakwa bertanggungjawab terhadap serangan, dan berkata pemisah mensasarkan ibu pejabat NATO bersebelahan lapangan terbang awam. Tentera bersekutu antarabangsa berkata, mereka masih menilai situasi dan tiada laporan mengenai sebarang kematian atau kerosakan.

Serangan bermula dengan letupan kuat ketika penduduk Kabul selesai solat subuh kira-kira jam 4.30 pagi.

Jaket penuh bahan letupan

Polis berkata penyerang memakai jaket dipenuhi bahan letupan mendiami satu daripada dua bangunan yang masih dalam pembinaan di barat lapangan terbang dan melepaskan tembakan ke arah kemudahan tentera, yang tidak jauh.

Ia tidak diketahui sama ada bedilan turut mengenai bahagian dalam kemudahan NATO. - AP

No comments:

Post a Comment