Thursday, August 8, 2013

17 terkorban keganasan terbaru di Iraq


TIKRIT (Iraq): Sekurang-kurangnya 17 orang terbunuh dalam kejadian tembak menembak dan letupan bom di ibu negara Iraq hari ini, kata pegawai tempatan.

Serangan itu adalah yang terbaru dalam gelombang keganasan di bulan Ramadan, dengan lebih 800 orang terkorban di seluruh negara bulan ini.
Militan mensasarkan kedai makan di mana rakyat Iraq berkumpul selepas berbuka puasa dan menunaikan solat Tarawih sepanjang Ramadan.

Serangan dasyat itu melanda Tikrit, utara Baghdad, di mana militan bersenjata menembak mati seorang anggota polis dengan senjata automatik.

Sejurus kemudian, satu bom kereta meletup, membunuh sekurang-kurangnya sembilan orang dan mencederakan sekurang-kurangnya 35.

Berdekatan Dhuluiyah, utara Bahgdad, letupan bom meragut tiga nyawa anggota polis, manakala satu bom yang diletakkan di sebuah bas membunuh seorang rakyat tempatan dan mencederakan dua yang lain. - AFP

No comments:

Post a Comment