Oleh Rabi ‘Atul ‘Adawiyah Ismail
Kapit: Jika menjejakkan kaki ke Terminal Penumpang Kapit, jangan terkejut jika terlihat orang mengangkat motosikal ataupun barangan seberat 100 kilogram di situ.
Bagi mereka yang pertama kali melihatnya, pasti kagum dengan kekuatan fizikal pengangkat barang itu, lebih-lebih lagi jika melihat susuk fizikal mereka seperti orang biasa.
Di terminal pengangkutan sungai itu, mereka bersedia menerima khidmat mengangkat apa saja jenis barang daripada pengguna bot ekspres sehingga ramai yang menggelar mereka sebagai ‘Badang Sarawak’.
Lazimnya, khidmat mereka itu diperlukan penumpang untuk memuatkan barang atau kargo ke dalam bot ekspres yang berulang dari Sibu dan Kapit.
Lazimnya, khidmat mereka itu diperlukan penumpang untuk memuatkan barang atau kargo ke dalam bot ekspres yang berulang dari Sibu dan Kapit.
BADANG Sarawak mengangkat motosikal daripada bot untuk dibawa ke jeti.
Dalam kalangan penduduk tempatan, sudah menjadi pemandangan biasa sekitar terminal berkenaan apabila melihat mereka ini memikul longgokan besi yang berat, motosikal, mesin basuh, seguni beras atau apa saja jenis barang berat.
Bagi Rantai Ija (gambar), 25, kerja mengangkat barang ini sebenarnya mudah sekiranya tahu cara dan teknik betul mengangkatnya walaupun berat barang berkenaan melebihi separuh berat badannya.
Dia yang bekerja sebagai pengangkut barang di Terminal Penumpang Kapit sejak berusia 18 tahun berkata, teknik yang sering digunakannya ialah memikul barang di atas bahu kerana selain dapat menampung berat, ia juga memudahkannya melangkah, terutama ketika menaiki dan menuruni tangga di jeti berkenaan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya
No comments:
Post a Comment