• Yammy mengesat peluh anaknya yang selepas diumumkan sebagai calon DAP bagi PRK Parlimen Teluk Intan.Yammy mengesat peluh anaknya yang selepas diumumkan sebagai calon DAP bagi PRK Parlimen Teluk Intan.

SHAH ALAM - Ibu kepada calon DAP PRK Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud , Yammy Samad mengumumkan keluar dari pertubuhan NGO Perkasa, hari ini.

Difahamkan, Yammy merupakan seorang ahli jawatankuasa penaja dalam NGO terbabit.

Dalam sidang media bersama Dyana dan beberapa pemimpin DAP yang lain, Yammy menyatakan hasrat tersebut demi menamatkan kontroversi pembabitkan beliau dalam NGO terbabit.

Sebelum ini, kempen PRK Teluk Intan membabitkan anaknya itu turut dikaitkan dengan penglibatan beliau dengan NGO pro Melayu itu.

Dyana sebelum ini menafikan bahawa ibunya merupakan ahli Perkasa.

Namun bekas pembantu penasihat DAP, Lim Kit Siang itu semalam mengakui pernah membantu ibunya mengendalikan sesi pendaftaran keanggotaan Perkasa pada tahun 2008.

"Saya tidak tahu sama ada ibu saya anggota Perkasa ketika itu, dan saya pula masih belajar," katanya pada sidang akhbar semalam.