Negara anggota UNSC sebulat suara menerima pakai Resolusi 2216 yang mengenakan embargo senjata terhadap pemberontak Houthi. |
RIYADH - ARAB SAUDI. Majlis Kerjasama Teluk (GCC) menyambut baik keputusan Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengeluarkan resolusi mengenakan embargo senjata terhadap kumpulan pemberontak Houthi selain menyenaraihitamkan bekas Presiden Yaman, Ali Abdullah Saleh.
Menurut laporan Al-Arabiya, Setiausaha Agungnya, Dr Abdulllatif al-Zayani berkata, tindakan tegas UNSC itu jelas menunjukkan kesungguhan masyarakat antarabangsa menyokong penduduk Yaman dan kuasa yang sepatutnya dikembalikan kepada kerajaan sah.
Kelmarin, Resolusi 2216 diluluskan di bawah Bab 7 Piagam PBB dan UNSC turut mengenakan sekatan ke atas pemimpin pemberontak Houthi serta bekas presiden negara tersebut.
Keputusan itu dibuat selepas ia diterima sebulat suara oleh negara anggota kecuali Rusia yang mengambil pendekatan berkecuali.
Sementara itu, Jawatankuasa Revolusi Agung Yaman bertindak mengutuk Resolusi 2216 yang dikenakan ke atas mereka dan menyifatkan keputusan itu seakan menyokong 'pencerobohan' Saudi serta sekutunya ke atas negara bergolak tersebut.
"Kami menggesa penduduk Yaman supaya mengadakan protes sebagai membantah resolusi tersebut," menurut kenyataan mereka menerusi saluran TV rasmi kumpulan terbabit.

No comments:
Post a Comment