PRESTON, Britain – Sepasang adik-beradik di sini menerima pampasan berjumlah £13 juta (RM71 juta) akibat kecacatan yang dialami ketika mereka dilahirkan.
Natasha, 24, dan Patrick Jackson, 22, menghidap beberapa komplikasi pada otak dan menjadi cacat akibat kecuaian yang sama dilakukan oleh petugas di wad bersalin di Hospital Sharoe Green di sini.
Ibu kepada adik-beradik yang lahir berselang dua tahun itu, Paula McKay menerima pampasan £7 juta (RM38.22 juta) bagi penjagaan anak perempuannya lima tahun selepas menerima pampasan £6 juta (RM32.77 juta) untuk penjagaan seumur hidup anak lelakinya baru-baru ini.
Petugas di wad bersalin itu gagal memantau tahap kesihatan McKay dan bayinya ketika melahirkan anak pertama di hospital tersebut. Keadaan itu mengakibatkan Natasha yang dilahirkan pramatang mengalami cerebral palsy dan epilepsi sawan.
Situasi sama berlaku kepada Patrick apabila petugas di wad bersalin itu berjanji untuk tidak melakukan kesalahan sama. Namun, mereka gagal mengesan keadaan Jackson yang mengalami kadar denyutan jantung yang lemah menyebabkan dia turut mengalami cerebral palsy.
“Ia suatu penderitaan yang besar. Perasaan ini seperti mengakhiri terowong gelap yang panjang,” ujar Mckay. – Agensi
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0416&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3XQ0n8wOe
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment