Saturday, July 11, 2015

Sah PAS-DAP Bercerai


Diterbitkan: Sabtu, 11 Julai 2015 9:14 AM

PETALING JAYA: Majlis Syura Ulama PAS pada Sabtu secara rasminya menyokong usul tergempar Dewan Ulama PAS Pusat pada persidangan muktamar bulan lalu untuk memutuskan hubungan  dengan rakan sekutunya, DAP.
Keputusan tersebut sekali gus menamatkan teka-teki mengenai status Pakatan Rakyat yang kekal menjadi tanya tanda sebelum ini.
Bagaimanapun, PAS mengekalkan tahaluf siyasi dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Setiausaha Majlis Syura Ulama, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata keputusan tersebut dibuat kerana kesal dengan tindakan provokasi berterusan DAP.
"Majlis Syura Ulama kesal dengan tindakan-tindakan provokasi berterusan dan keputusan DAP yang mengecam dan melanggar semangat kerjasama Pakatan Rakyat, serta campur tangan dalam aqidah, dasar dan matlamat PAS.
"Oleh itu, hubungan tahaluf siasi dengan DAP terbatal," katanya.
Beliau berkata, PAS konsisten meneruskan hubungan dengan semua pihak menerusi hubungan tahaluf siasi bersama parti politik dan badan bukan kerajaan (NGO) bukan Islam.
"PAS tetap teguh berpegang dengan dasar-dasar Islam ketika berhubung dengan semua pihak.
"PAS terus istiqamah dengan prinsip Islam sebagai rahmat untuk semua yang menegakkan keadilan dan kesejahteraan untuk semua kaum," katanya.
Jelas beliau lagi, keputusan tersebut diserahkan kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat untuk dilaksanakan menurut kesesuaian dan keperluan politik semasa.
Pada awal bulan lalu, PAS meluluskan usul yang dibawa Dewan Ulama PAS Pusat bagi memutuskan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dengan DAP susulan beberapa kenyataan pimpinan parti itu terhadap PAS dan Presidennya, Datuk Seri Andul Hadi Awang.
Bagaimanapun usul berkenaan mahu PAS kekal di dalam Pakatan Rakyat bersama PKR

No comments:

Post a Comment