Saturday, July 11, 2015

Rakyat India atasi kekayaan China


New Delhi: Hasil kajian syarikat maklumat kekayaan Wealth X menunjukkan semakin ramai rakyat India menjadi jutawan dalam tempoh setahun.

Bilangan jutawan di India menunjukkan peningkatan 27 peratus daripada 196,000 kepada 250,000 sejak setahun lalu.

Sejajar itu, pembelian barangan mewah juga meningkat, sekali gus menunjukkan golongan kaya semakin banyak berbelanja berbanding sedekad lalu.

Peningkatan itu semakin mengatasi China dan Jepun. Jumlah orang kaya di Jepun meningkat 3.15 peratus pada 2014 dengan harta mereka bertambah 4.7 peratus.

China pula menunjukkan peningkatan golongan kaya sebanyak 3.7 peratus pada 2014 selepas penurunan 5.06 peratus pada tahun sebelumnya. Jumlah harta mereka pula meningkat 3.3 peratus.

Sebagai perbandingan, antara 2013 hingga 2014, jumlah nilai aset bersih individu India di India meningkat 9.49 peratus manakala jumlah harta mereka bertambah 8.34 peratus.

Malah, bandar besar India seperti Mumbai (2,440) dan New Delhi (2,130) kini mempunyai lebih ramai golongan kaya berbanding Singapura (1,395), Shanghai (1,535) dan Seoul (1,095). - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Julai 2015 @ 5:02 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/63596#sthash.1CmyaCqK.dpuf

No comments:

Post a Comment