Sungai Petani: “Saya kecewa ketika rakan lain mempersiapkan diri menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), saya pula terpaksa berhenti bersekolah kerana tidak memiliki sijil kelahiran.”
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/106886#sthash.Sx3JMDrJ.dpuf
Begitu kata anak sulung daripada enam beradik, Mohd Shukri Abdul Aziz, 15, yang tidak mempunyai sijil kelahiran sejak kecil.
Shukri berkata, nasib sama turut terjadi kepada adiknya Mohd Syafiq, 13, yang hanya bersekolah sehingga darjah empat manakala empat lagi adiknya Mohd Anwar, 11, Mohd Haikal, 9, Mohd Kabil, 8, dan Nurul Soleha, 7, tidak bersekolah.
Menurutnya, mereka sebelum ini tinggal di Kampung Kolam, Padang Besar, Perlis terpaksa menumpang di rumah bapa saudara, Ahmad Meera Hussin, 40, selepas ditinggalkan oleh ibu bapa tanpa sebarang khabar sejak November tahun lalu.
“Sebelum ibu meninggalkan kami, dia ada berkata hanya ingin pergi beberapa hari saja, namun selepas dua bulan dia tidak pulang.
“Saya mengambil keputusan menghubungi bapa saudara awal bulan lalu dan dia menyuruh kami tinggal bersamanya,” katanya ketika ditemui di Taman Orkid, di sini, semalam.
Sementara itu, Ahmad merayu pihak berkenaan membantu anak saudaranya mendapat sijil kelahiran supaya mereka dapat kembali bersekolah seperti biasa.
“Sewaktu mereka datang ke sini, saya ingin menghantar mereka ke sekolah, namun tidak dapat berbuat demikian kerana mereka tidak pernah memiliki sijil kelahiran.
“Pelbagai usaha termasuk mengesan ibu bapa mereka berada dan berjumpa pihak berkenaan juga menemui jalan buntu,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 January 2016 @ 9:02 AM
No comments:
Post a Comment