SEORANG lelaki dinafikan hak untuk mendaftar untuk percubaan permainan video berjudul Paragon hanya kerana nama Islamnya iaitu Muhammad Zakir Khan.
Perkara tersebut didedahkan Zakir di laman Twitternya, @Muzzakh sebagai respons terhadap syarikat pembangun permainan video tersebut, Epic Games.
"Nama saya Khan dan saya bukan pengganas #Islamophonbia," kata Zakir di Twitternya, pada Ahad.
Menurut Kotaku, Zakir dilarang dari mendaftar kerana terdapat mesej di laman web pendaftaran Epic Games yang mengatakan namanya 'menimbulkan ancaman terhadap keselamatan, ekonomi dan polisi Amerika Syarikat (AS)'.
Zakir yang merupakan rakyat AS menuduh Epic Games mengamalkan diskriminasi.
Susulan itu, pengasas bersama Epic Games, Tim Sweeney memohon maaf kepada Zakir dan berjanji akan 'memperbetulkan keadaan'.
"Ia tidak patut terjadi. Kami akan perbetulkan masalah ini secepat mungkin. Puncanya adalah kekangan jualan permainan video di AS," kata Tim.
Zakir bagaimanapun tidak berpuas hati dengan penjelasan Tim dan menuduh syarikat-syarikat dalam industri pembangun permainan video memberikan data pengguna beragama Islam kepada kerajaan AS secara rahsia.
Zakir yang merupakan seorang profesor juga mendedahkan beberapa e-mel berunsur rasis dan diskriminasi yang diterima akibat kejadian tersebut.

No comments:
Post a Comment