PERTUBUHAN Islam di Amerika Syarikat (AS) menuntut permohonan maaf daripada calon Presiden mewakili Republican, Donald Trump berikutan tindakannya menghalang seorang wanita berhijab yang berdiri tanya proses secara senyap di salah satu acara kempennya di Carolina Selatan, minggu lalu.
Majlis Hubungan Islam-Amerika (Cair) menyatakan pendiriannya itu bagi menuntut permohonan maaf kepada Rose Hamid yang dihalau keluar dari dewan di Universiti Winthrop.
Rose berkata, beliau berdiri tanya protes secara senyap susulan kenyataan Trump yang berbaur anti Islam.
Pengarah Eksekutif Cair, Nihad Awad juga meminta Trump menemui pemimpin Islam di AS untuk meredakan situasi berikutan beberapa kenyataan bersifat anti Muslim yang dibuat ahli perniagaan itu.
Bagaimanapun, setakat Sabtu tiada sebarang maklum balas atau tindakan susulan yang dilakukan Trump.
Bagaimanapun sehari selepas kejadian itu, Trump yang meneruskan kempennya di Iowa mengambil sikap 'diam' apabila tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan kejadian melibatkan Rose.
Ketika kejadian, Rose, 56 memakai kemeja T yang tertulis "Salam, I come in peace" (Salam, Saya Datang Secara Aman).
No comments:
Post a Comment