KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Hulu Selangor Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melaka di Jalan Cheras-Kajang kira-kira jam 11 pagi tadi.
Terdahulu, jenazah Allahyarham disolat di Masjid Batu 10 Jalan Cheras dan turut hadir ialah Ketua Pembangkang dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga Presiden PKR; Timbalan Presiden Dr Syed Husin Ali dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali. Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani antara mereka yang berada di tanah perkuburan itu.
Allahyarham meninggalkan isteri, Datin Siti Zaharah Mohd Zin dan empat orang anak.
Allahyarham meninggal dunia kira-kira 9.27 malam tadi akibat barah otak di rumahnya di Batu 9 1/2, Jalan Cheras-Kajang.-Bernama
No comments:
Post a Comment