Thursday, April 15, 2010

AS tidak desak Israel isytihar nuklear



BAITULMAQDIS 14 April - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dalam sidang nuklear minggu ini tidak memberi tekanan kepada Israel supaya meminda dasar kesamaran berhubung program nuklear rejim Zionis itu.
"Dasar yang samar adalah asas keselamatan Israel, ia sentiasa akan dan terus kekal seperti itu. Obama tidak meminta mengubahnya buat ini," kata Timbalan Menteri Luar, Danny Ayalon.
Beliau berkata demikian selepas sidang nuklear antarabangsa di Washington yang bermula Isnin lalu dan berakhir semalam, yang dilihat Ayalon 'tiada perubahan dasar ke atas Israel dan tiada tuntutan daripada Israel'.
Ditanya tentang kenyataan Obama bahawa Israel perlu menandatangani Perjanjian Pengawalan Nuklear (NPT), Ayalon berkata, permintaan itu bukanlah satu desakan.
"Apabila semua ancaman, dari dekat atau jauh terhadap Israel sudah tiada, barulah kita boleh menimbangkan persoalan itu secara positif," katanya.
Perdana Menteri Benjamin Netanyahu telah mengumumkan pada saat-saat akhir bahawa beliau tidak akan mengambil bahagian dalam persidangan itu dan menghantar seorang timbalan menggantikannya.
"Israel bukan menjadi tumpuan acara itu," kata Timbalan Perdana Menteri, Dan Meridor yang mengetuai delegasi Israel.
"Kami tidak disebut oleh mana-mana penceramah, malah daripada pihak yang dibimbangi akan menyebut mengenai kami," katanya.
Pakar tentera luar percaya Israel memiliki beratus-ratus senjata nuklear, tetapi tidak pernah mengakuinya sejak memulakan reaktor nuklear Dimona pada 1965. - AFP

No comments:

Post a Comment