Saturday, April 3, 2010

Hulu Selangor, ujian kemelayuan Umno



Anak Sengat   
Beberapa kelompok Umno khususnya di Hulu Selangor mula bersuara menuntut kerusi itu diserahkan kepada mereka.

Jika dilihat gelombang itu, tuntutan tersebut dikitra wajar. ini kerana Hulu Selangor memiliki lebih 50 % pengundi melayu berbanding MIC yang mewakili India kira kira 15 %.Malah pengundi Cina mengatasi India .

Namun itu adalah dasar sebenar Umno yang rela menggadaikan kerusi Melayu kepada India atau Cina. Ia bukan pelik malah terlalu banyak milik melayu yang digadai Umno kepada bukan Melayu. Malangnya kebodohan fakta menjadikan pengundi melayu terus dibermimpi Umno sebagai pembela melayu.

Sudah tiba masanya penyokong Umno khususnya mereka yang tebal kemelayuannya menuntut kerusiitu dikembalikan kepada Umno. Jika mereka gagal, mereka wajar mengadakan protes beramai ramai dengan mengundi Pakatan Rakyat yang hampir pasti diwakili melayu.

Pengaruh MIC yang kian pudar terutama sejak pilihanraya 12 yang lalu adalah antara faktor yang menguatkan tuntutan tersebut.

Namun hampir pasti juga tuntutan kepada PM itu akan mengecewakan. Muhyidin yang kini menduduki kerusi kedua yang dilihat memiliki darah melayu juga akan gagal melakukan sesuatu demi menjaga hati MIC.

Najib tentunya akan mengutamakan sokongan bukan melayu kerana beliau amat memahami jiwa melayu yang mudah dipujuk berbanding bangsa lain.

Bagi MIC pula, mereka tiada pilihan selain mempertahankan kerusi tersebut jika ingin terus berperanan di arena politik negara khususnya dikalangan pengundi India.

Jika kerusi ini dilepaskan kepada Umno, bermakna untuk mendapatkannya kembali adalah satu mimpi ngeri. Ia juga sebagai pembuka laluan kepada tuntutan kerusi lain oleh rakan sekutu BN.

Gerakan di Perak dilihat lebih bijak apabila berjaya mendapatkan kerusi ganti kawasan Taiping yang diserahkan kepada PPP .

Kerusi Bukit Gantang yang ditandingi Kaveays telah diganti dengan kerusi Gerakan di Taiping kerana tuntutan melayu Bukit Gantang yang ingin kerusi itu dikembalikan setelah janji sepenggal untuk PPP.

Kayveas yang dipindahkan ke kerusi Gerakan di Taiping gagal menjadi MP sebaliknya Gerakan yang dipindahkan ke satu lagi kawasan melayu di Gerik setelah ditentang di Lenggong mendapat kerusi selamat . Semuanya kerana sokongan melayu Umno.

Kita nantikan bagaimana tolak tarik yang sedang dirudingkan ini berlangsung. Apakah melayu Umno mampu menunjukkan kejantanan mereka ataupun ianya hanya satu taktik politik murahan. Kita ingin melihat sejauh mana darah melayu yang mengalir dalam tubuh Umno mampu bertahan.


* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.

No comments:

Post a Comment