Saturday, April 24, 2010

Usul Nazri gamatkan Dewan





KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat ‘panas’ dengan drama pertikaman lidah berhubung usul untuk merujuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen berhubung dakwaannya yang mengaitkan firma Apco Worldwide dan One Israel dengan konsep 1Malaysia.

Usul yang dikemukan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz itu menyebut pada 17 Mac lepas ketika mengambil bahagian dalam perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, Anwar telah mengeluarkan kenyataan bahawa “1999 Satu Israel. 2009 Apco menasihati Perdana Menteri, Datuk Seri Najib 1Malaysia”.

Kenyataan itu disifat sebagai mengelirukan serta membuat dakwaan yang serius dan menyalahi hak dan keistimewaan sebagai Ahli Parlimen serta satu penghinaan kepada Dewan.

Lapan pembahas mengutarakan hujah masing-masing iaitu Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) Datuk Nur Jazlan Mohamad (BN-Pulai), Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur), Datuk Mahfuz Omar (Pas-Pokok Sena), Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh), Dat:uk Seri Mohamed Nazri Aziz (BN-Padang Rengas), Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) dan Khairy Jamaluddin (BN-Rembau).

:Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali dalam perbahasannya menyifatkan usul yang dibawa Mohamed Nazri adalah satu tindakan untuk menutup kesilapan kerajaan dengan penglibatan Apco.

Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) dalam ucapannya mempersoal campur tangan Kabinet untuk mengheret Anwar ke jawatankuasa berkenaan.

Keadaan Dewan bertambah gamat apabila Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) mendakwa One Israel adalah gabungan tiga parti di Israel yang sama seperti gabungan tiga parti dalam Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun, Abdul Rahman menarik balik kenyataannya selepas ditegur Timbalan Speaker, Wan Junaidi Tuanku Abdul Rahman

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dalam perbahasannya tetap berpendirian ucapan Anwar tidak mengandungi kenyataan yang mengelirukan Dewan dan mendesak Mohamed Nazri menarik balik dan meminda usul merujuk Anwar ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen itu.

sinarharian


Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2010/04/usul-nazri-gamatkan-dewan.html#ixzz0lxn50800

No comments:

Post a Comment