Saturday, June 5, 2010

Gambar: Kemalangan penyelamat Kemalangan



"Hasrat sepasukan enam anggota Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Seremban untuk memadamkan kebakaran di sebuah taman perumahan terpaksa dilupakan selepas jentera yang mereka naiki berlanggar dengan sebuah motosikal di persimpangan Jalan Rahang-Dusun Nyior dekat sini malam tadi. Menurut Timbalan Penguasa Bomba dan Penyelamat Negeri, Zakaria Amat yang ditemui di tempat kejadian, pasukan bomba itu sedang dalam perjalanan menuju ke Taman Merbuk selepas mendapat panggilan kecemasan pada kira-kira pukul 9.30 malam. Bagaimanapun, ketika pasukan penyelamat itu tiba di lokasi kemalangan, sebuah motosikal secara tiba-tiba datang dari arah bertentangan lalu bertembung dengan jentera bomba yang dinaiki. Penunggang motosikal mati di tempat kejadian manakala rakannya yang membonceng motosikal turut mengalami kecederaan parah. - foto BERNAMA"

No comments:

Post a Comment