Tuesday, July 13, 2010

KUANG KUANG kUANG


Speaker gantung Adun Kuang sehari selepas bertikam lidah




SHAH ALAM: Sidang pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang bermula semalam hingga 16 Julai ini menyaksikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuang, Abdul Shukur Idrus, digantung sehari selepas beliau bertikam lidah dengan Speaker, Teng Chang Khim berhubung isu pasir.
Ia bermula apabila Abdul Shukur (BN-Kuang) bangun dan mengemukakan soalan untuk mendapatkan penjelasan kenapa usulnya untuk memotong gaji Menteri Besar, membabitkan isu pasir ditolak DUN.
Pertikaian lidah berlarutan hampir 10 minit dan Abdul Shukur terus mendesak Speaker dengan menyebut Peraturan Tetap 35 Peraturan Dewan iaitu seseorang ahli Dewan perlu berdiri untuk bercakap, mempersoalkan mengapa usulnya itu tidak diterima untuk dibahaskan selepas Teng bertanyakan peraturan mana yang diguna pakainya.

“Saya Speaker...saya nak ajar. YB (Yang Berhormat) tak arif dengan Dewan. Ini untuk selesaikan masalah. Kalau YB tak dengar saya akan arahkan YB keluar,” kata Teng selepas tidak puas hati terhadap Abdul Shukur yang enggan duduk walaupun sudah diarahkan beberapa kali.

Abdul Syukur yang masih tidak puas hati dengan keputusan itu terus mendesak Speaker supaya memberi penjelasan berhubung perkara itu beberapa kali.

“Persoalannya ditolak atau tidak. Saya minta YB semak semula. Saya nak tanya Speaker. Oleh kerana salinan dah ada jawablah!“ katanya sambil menunjukkan salinan surat yang dibawanya.

No comments:

Post a Comment