Kes tersebut menarik perhatian pelabur luar dan rakyat Indonesia kerana ia menekankan amalan pembayaran wang kepada Ahli Parlimen untuk menjamin sokongan mereka terhadap pelantikan itu.
"Kebanyakan rasuah di negara ini melibatkan politik. Hukuman penjara kepada Ahli Parlimen adalah penting untuk menghentikannya," kata Pemerhati Rasuah Indonesia, Febri Hendri.
Ahli politik yang berkhidmat dalam suruhanjaya kewangan Parlimen yang memilih pegawai-pegawai kanan bank pusat didapati menerima cek kembara bernilai antara 150 juta rupiah (RM52,039) hingga 1.45 bilion rupiah (RM503,052) sebagai tukaran pelantikan Miranda.
Miranda yang menamatkan penggal jawatannya sebagai Timbalan Gabenor Bank Indonesia tahun lalu, tetap menyatakan dia tidak tahu mengenai pembayaran itu. Dia bagaimanapun tidak dapat dihubungi.
KPK berkata, mereka masih menyiasat tiga lagi Ahli Parlimen berhubung kes sama yang dikatakan menjadi sumber pembiayaan itu. Media tempatan melaporkan dana itu diberikan oleh seorang ahli perniagaan Indonesia.
Mahkamah rasuah sebelum ini telah menjatuhkan hukuman penjara terhadap empat lagi Ahli Parlimen berhubung kes sama. - Reuters
No comments:
Post a Comment